Posts

Tema Elementary Untuk Firefox

Image
.. Teme Elementary Untuk Firefox (tanpa menu bar) Jika anda memakai tema Elementary untuk ubuntu anda, anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba tema elementary untuk firefox. Pada pendapat saya ia sesuai untuk mereka yang mempunyai skrin yang kecil (seperti netbook) kerana ia akan meluaskan lagi view website yang anda layari. Dan ia nampak lebih kemas. Pada gambar di atas, menu bar telah di simpan, hanya url bar, nav bar dan tab sahaja wujud. Gambar di bawah ini pula menu bar yang tidak di simpan. Sebaik sahaja anda memasang tema ini, menu bar akan terus disimpan. Bagi mengembalikannya, anda hanya perlu Right Click pada icon nav bar (yang ada home, next, previous) dan pilih menu bar. Berminat?   Anda boleh download di sini via: deviant art Sekian: p/s: dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan diperbanyakkan rezeki..insyaAllah. damhamaza

Kazam 0.1 dilepaskan!

Image
Dalam linux, terdapat pelbagai cara untuk merakam video desktop (screencast) samada menggunakan CLI (Command Line Interface) atau juga GUI (Graphical User Interface). Namun, saya boleh kata kesemua aplikasi yang ada hingga sekarang (gtkRecordMyDewsktop, Istanbul, xVidCap...) seakan-akan tidak begitu menitik beratkan aspek kemudahgunaan dan pengalaman kepenggunaan. Hal ini mungkin disebabkan pembangun aplikasi linux dahulunya hanyalah seorang programmer dan bukannya designer. Semenjak linux khususnya ubuntu semakin mendapat tempat dihati pembangun aplikasi, muncul ramai programmer yang dalam masa yang sama seorang designer yang menghasilkan idea untuk memudahkan banyak kerana termasuk memasukkan unsur pengalaman kepenggunaan ke dalam aplikasi didalam linux, dan Kazam ialah salah satu daripadanya. Pada akhir Jun lalu, seorang pembangun aplikasi (Andrew) telah mengeluarkan satu draf idea ke arah membangunkan aplikasi screncast yang dinamakan Kazam. Hari ini pula, Kazam versi 0.1 di...

Download Tema Ubuntu Light Maverick untuk Window Buttons Applet

Image
Jadi semua orang sudah melihat dan mungkin ada yang telah mencuba tema baru bagi ubuntu light dalam versi ubuntu 10.10 maverick beta. Terdapat banyak perubahan yang diperkenalkan terutamanya pada scrollbar, warna highlight, dan juga butang close, minimize dan maximize. Selepas upgrade ke maverick beta , saya masih mengekalkan kombinasi cardapio + window buttons + global menu pada panel untuk memaksimakan ruang vertikal desktop. Namun, tema butang close, minimize dan maximize masih lagi tema ubuntu light dalam lucid. Saya mencari tema tersebut untuk ubuntu light terbaru di gnome-look dan juga di google namun tidak menemui sesuatu yang seumpamanya. Lalu saya mengambil keputusan untuk membuatnya sendiri berasaskan kepada tema ubuntu light dalam maverick beta dan boleh dimuatturun melalui link dibawah; http://www.box.net/shared/o7dz55yvqg Extract file yang dimuatturun ini dan anda akan mendapati sebuah folder bernama "ambience-maverick". Katakan anda letakkan folder berken...

Isu sekitar proses upgrade ubuntu lucid ke maverick beta!

Image
Secara tradisi, selepas pihak pembangun ubuntu melepaskan mana-mana versi beta ubuntu, saya merupakan salah seorang yang tidak pernah ketinggalan mencubanya secara upgrade terus dari versi sebelumnya menggunakan kata arahan : update-manager -d Kemudian, tetingkap Update Manager akan muncul dengan diatasnya tertulis New Ubuntu release "No versi" is available. Klik pada upgrade dan proses seterusnya adalah interaksi biasa antara komputer anda pengguna. Beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum memulakan proses ini; Sila pastikan harddisk anada mempunyai cukup ruang untuk fail maverick - saya letak 5GB keatas (ianya sama sekali bergantung kepada ubuntu anda terdahulu) Proses upgrade tidak hanya memuatturun fail versi yang baru (sekitar 700MB) tetapi juga memuatturun aplikasi yang telah anda pasang dalam versi ubuntu terdahulu. Andaikata anda telah memasang beberapa game dari repo ubuntu dalam versi ubuntu terdahulu, proses upgrade akan turut memuatturun game tersebut...

Ubuntu Maverick Meerkat 10.10 Beta Dilepaskan

Image
2 September telah menjelma dan seperti yang dijadualkan, pihak pembangun ubuntu telah melepaskan Ubuntu versi pembangunan 10.10 kod nama Maverick Meerkat kepada umum . Sila ikuti pautan ini untuk proses muatturun dan info tambahan. Antara pembaharuan yang diperkenalkan termasuklah; gnome 2.31 kernel 2.6.35 evolution 2.30 shotwell menggantikan f-spot sebagai photo manager gwibber telah dikemaskini menggunakan OAuth dari twitter (testing ppa) sound indicator memasukkan fungsi mengawal music player ubuntu software center yang diperbaharui fungsi dan tema ubuntu one - proses sign in dan sign up yang diperbaharui Oleh kerana ianya versi pembangunan, sila baca juga bahagian known issues dalam pautan yang diberikan diatas.

Google Chrome versi 6.0 stabil untuk linux, windows dan mac dilepaskan

Image
Google hari ini (2 sept) melepaskan versi stabil pelayar web Chrome versi 6.0 (lebih tepat versi 6.0.472.53)  untuk linux, windows dan mac. Pembaharuan dari versi stabil sebelum ini (versi 5.0) ialah; kemaskini antaramuka form autofill Syncing of extensions and Autofill data peningkatan kepantasan dan kestabilan Bagi pengguna ubuntu, sila upgrade menggunakan update manager anda. Screenshot; chrome 5.0 chrome 6.0

OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul?

Image
Dalam dunia permainan komputer (game), sistem operasi berasaskan linux masih dianaktirikan kewujudannya dan game-game yang hebat hanya dibangunkan untuk sistem operasi Windows dan Mac OSX. Hal yang sama berlaku dalam sokongan perisian standard seperti Adobe dan sebagainya yang mereka tidak membangunkan perisian berkenaan untuk linux. Namun apa pula pandangan anda selepas menonton video promo diatas? Game OilRush dibangunkan untuk Windows, Linux dan juga Playstation 3. Amat menarik untuk mengetahui bahawa ianya menyokong platform linux yang biasanya diketepikan. Namun usah melompat kesukaan terlebih dahulu kerana ada satu lagi faktor pembolehubah yang menentukan samada game ini akan boleh anda main apabila ia diterbitkan nanti - driver kad grafik ! Sekiranya anda menggunakan driver kad grafik open source (Mesa / Trillium 3D), kemungkinan anda tidak dapat memainkan game ini dalam ubuntu kesukaan anda. Anda perlukan driver proprietary yang high performance untuk kad grafik anda! [vi...