Memperkenalkan Awalmart Corporation Sdn. Bhd.
Mungkin ada dikalangan pembaca setia blog ini perasan yang saya tidak kemaskini blog ini sejak 18 April lalu. Sebenarnya, bermula dari 19 April saya merupakan pekerja sepenuh masa di Awalmart Corporation Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab terhadap kerja berkaitan sistem IT (bukan programmer), dokumentasi, pemasaran melalui online dan pengurusan pejabat di HQ Awalmart yang terletak di 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Awalmart Corporation Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang masih baru dan beroperasi menguruskan pengedaran dan pemasaran barangan herba "Traditional Chinese Medicine (TCM)" melalui e-Dagang (e-business). Apa yang menyebabkan saya menyertai syarikat Awalmart ialah kerana saya melihat kepada potensi yang dimiliki oleh Awalmart, pengalaman yang bakal saya perolehi, pembentukan karier peribadi dan pendapatan untuk jangka panjang. Awalmart menggunakan konsep e-business untuk memasarkan produk melalui sistem Affiliate yang seterusnya akan...