Thursday, September 24, 2009

Ubuntu 10.04 LTS, "Lucid Lynx"



Ubuntu versi LTS atau Long Term Support yang akan datang akan menggunakan nombor versi 10.04 dengan kod nama Lucid Lynx ─ diumumkan oleh Mark Shuttleworth pada selasa lepas. Dijadualkan akan diterbitkan sekitar April 2010, Lucid Lynx dijangkakan akan menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk penggunaan Gnome 3.0, fokus kepada boot performance dan sebagainya.


Apa itu LTS?
Ubuntu mempunyai 2 versi pelepasan iaitu yang biasa dan juga LTS. Bagi pelepasan biasa (seperti versi 9.04, 9.10), pihak pembangun ubuntu akan menyokong versi tersebut hanya 18 bulan manakala bagi pelepasan LTS (seperti versi 8.04, 10.04), pihak pembangun ubuntu akan menyokongnya selama 3 tahun.

Sokongan pembangun ubuntu?
Sokongan disini termasuklah dari segi kemaskini keselamatan dan kestabilan. Jika versi yang digunakan telah melepasan jangka sokongan yang dijanjikan, ia tidak akan lagi dikemaskini dan pengguna akan mendapati software update bagi system utama ubuntu tidak lagi mempunyai kemaskini.

Versi LTS sesuai digunakan untuk penggunaan berskala besar seperti di sekolah, pejabat dan sebagainya kerana sokongan jangka panjang akan memastikan sistem operasi ubuntu senantiasa mendapat kemaskini keselamatan dan kestabilan dan secara tidak lansung mengurangkan kos penyelengaraan (kemaskini ke versi berikutnya setelah tamat tempoh sokongan).

7 comments:

  1. tak sabar nak test drive ubuntu 9.10 terlebih dahulu. huhu/

    ReplyDelete
  2. @aman : yup2...ape2 hal 9.10 dulu.. hmm beta ni nak trus guna arr..hahaha

    ReplyDelete
  3. klau dh lpas jangka masa sokongn,mksudnye,xde update lgi la ye?tpi still leh gne ke ubuntu versi bkn lts ni?

    ReplyDelete
  4. mcm snow leopard je dia punya maskot ni.. main2 salji nih.

    ReplyDelete
  5. din said...

    klau dh lpas jangka masa sokongn,mksudnye,xde update lgi la ye?tpi still leh gne ke ubuntu versi bkn lts ni?

    ===

    boleh guna takde masalah...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. dah lamaaa aku tunggu versi LTS nih... akhirnya muncul jua... muncul bersama kelahiran Lucid Lynx. LTS & Lucid Lynx... wow!!! gabungan yg cantek!! aku suke! aku tunggu! aku rinduuu...!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...