Wednesday, December 30, 2009

Catatan akhir tahun 2009

Post yang pertama dicatatkan dalam blog ini ialah pada 16/10/2007 - kira-kira 2 tahun yang lalu. Berbagai cabaran dan pengalaman telah saya lalui sehingga ke hari ini. Jatuh, bangun, ketawa, tetapi saya tidak pernah menangis! Ternyata, menjadi penulis blog yang membincangkan "linux" apalagi "ubuntu" tidak seindah menulis blog tentang ini website saya, gosip artis, awek cun, dan topik-topik seumpama dengannya.

Pada tahun 2007 itu, secara logiknya berapa keratkah rakyat malaysia yang menggunakan linux apalagi ubuntu. Dimana saya perlu mencari pembaca untuk blog yang saya hasilkan? Tidak ada pembaca, halatuju blog ini pastinya adalah kegagalan.

Ianya tentang risiko. Menulis sesuatu tidak ramai orang minat dan tahu. Samada orang akan terus tidak tahu atau orang akan mula tahu dengan usaha penulisan kita. Namun, saya sendiri terkejut dengan apa yang telah terjadi 2 tahun selepas itu. Linux dan ubuntu kian meniti bibir pengguna komputer di malaysia dan peratusannya semakin meningkat.

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Catatan akhir tahun ini sekadar untuk mengimbau dan meramal untuk masa lepas dan masa depan.

2010.Apa yang menanti?

Ubuntu Lucid Lynx. 10.04
Ubuntu bakal menerbitkan versi LTS terbaru iaitu Lucid Lynx yang bakal menawarkan sesuatu pengalaman yang hebat kepada penggunanya. Berbagai-bagai pembaharuan yang akan dilakukan dan pastinya bukan sekadar pembaharuan tema semata-mata.

Blog melayubuntu
Masa untuk saya menulis di blog ini semakin berkurang sebagaimana yang pembaca semua perasan. Usah risau, blog ini akan terus hidup dan saya mengalu-alukan sesiapa juga yang sudi untuk menjadi penulis jemputan di blog ini (dah banyak kali umumkan benda ni tapi...)

Kegiatan ubuntu
Saya masih menanti update terbaru dari team Linux Varsiti tentang perancangan mereka untuk tahun 2010. Saya masih available untuk bergiat sedikit sebanyak dalam aktiviti yang bakal dianjurkan. Kegiatan berkaitan linux dan ubuntu sebenarnya penting untuk merapatkan jurang antara komuniti dan membentuk satu ikatan yang kuat bagi mengembeling kerjasama kearah sesuatu yang lebih bermakna.

Inovasi terbaru
Idea sentiasa diperlukan untuk berhadapan dengan zaman yang kian mencabar. Pengguna linux dan ubuntu di malaysia sudah boleh memikirkan inovasi baru dari aspek kerjasama kumpulan, projek komuniti bersama, dokumentasi dan kegiatan dan apajua aktiviti yang akan menyumbang kepada kemandirian spesis pengguna ubuntu malaysia. Yelah takkan nak lepak kutuk windows je...bosan dah dowh..ekeke..

Akhir kata, semoga kita mengakhiri tahun 2009 ini dengan khatimah dan kebaikan kerana sesungguhnya kita sentiasa mempunyai pilihan.

9 comments:

  1. Salam....
    Mung hari ning melankilok sungguh, Zul.

    ReplyDelete
  2. Teruskan menulis..It helps a lot coz ubuntu for beings :-)

    ReplyDelete
  3. penguin ni berangan pa ntah

    ReplyDelete
  4. Penulis tamu? Boleh diusahakan nih. Camna nak antar artikel?

    ReplyDelete
  5. gayanya kena tunggu lucid ni... selamat taun baru..

    ReplyDelete
  6. inilah blog pertama saya jumpa, baca dan berkenalan dengan Ubuntu. Terima kasih di atas usaha murni ini

    ReplyDelete
  7. bukan tiada yang tidak cuba beralih kepada Ubuntu atau Linux ni.. cuma masyarakat kita malas nak pening2.. rasa2nya la.. apa pun... semoga blog ni dapat memberikan pandangan yang membuat masyarakat kita sedar.. semua usaha ini pasti adakan ada kejayaannya nanti.. Insya Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...