Posts

Showing posts from December, 2010

Antara Remastersys dan APTonCD

Izinkan saya memberikan anda satu situasi. Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang telah terpasang siap dengan codecs, perisian kegemaran, disetup dengan efek desktop dengan segala bagai kelengkapan yang cukup membuatkan anda rasa selesa untuk menggunakannya. Persoalannya, katakan anda ingin memindahkan sistem ubuntu yang telah siap itu kedalam satu komputer baru, atau mungkin ke dalam komputer yang sama tetapi partition yang berlainan yang mempunyai ruang harddisk yang lebih besar atau mungkin ingin berkongsi setup sistem ubuntu tersebut dengan rakan-rakan anda. Apa yang harus anda lakukan? Sebenarnya terdapat 2 alat yang boleh menyelesaikan masalah sekiranya anda dalam situasi di atas. Remastersys APTonCD Seperti yang anda dapat baca, sebenarnya saya sudah tulis berkenaan kedua-dua alatan ini berserta cara menggunakannya. Jadi kepada yang berkenaan, saya harap dapat mencuba kedua-dua alat ini. Selamat mencuba.

Idea pasukan Elementary - Wingpanel

Image
Sekiranya anda pembaca tegar OMGUbuntu , pasti anda terbaca sesuatu berkenaan Wingpanel , altenatif gnome-panel yang menjanjikan penggunaan ruang vertikal yang lebih minimalis. Idea seperti wingpanel ini selain dapat keluar dari konsep Mac OSX, ianya juga dapat menggantikan gnome-panel yang selama ini sentiasa mempunyai banyak ruang yang tidak digunakan. Sekiranya anda masih kabur tentang wingpanel, sila saksikan video di bawah;   Pembangunan Wingpanel masih lagi dalam giat dijalankan dan kod Wingpanel masih lagi tidak begitu stabil dan serasi dengan sistem ubuntu yang sedia ada. Apabila munculnya Wingpanel yang stabil, saya akan tulis mengenai cara pemasangannya.

Blog melayubuntu kini menggunakan font 'ubuntu'

Image
Untuk makluman, tulisan (font) ubuntu kini telah dimasukkan ke dalam senarai sokongan Google Font Directory . Sekiranya anda mempunyai laman web ataupun blog, anda boleh menggunakan font ubuntu sebagai tulisan di blog anda menggunakan perkhidmatan google ini. Kini, blog melayubuntu juga telah mengguna font ubuntu untuk tajuk dan kandungan teks di dalam setiap entry blog ini. Apa komen anda?

Buku komputer dalam Bahasa Malaysia - Renaissance yang tertangguh

Ilmu yang tidak ditulis akan lenyap. Bahasa yang tidak ditulis tidak akan wujud. Sesiapapun akan bersetuju dengan 2 frasa di atas. Bersetuju bukan kerana ia ditulis oleh saya atau bukan kerana atas dasar ikut-ikut orang. Tetapi kita bersetuju dengan 2 frasa di atas kerana kita mempunyai cukup bukti dan ianya selari dengan logik akal yang waras. Ketika saya menyuarakan hasrat untuk menulis buku ubuntu dalam Bahasa Melayu tiba-tiba kawan saya melontarkan satu pertanyaan. "Untuk apa menulis dalam bahasa melayu? Bukankah perkara berkaitan IT lebih senang ditulis dalam Bahasa Inggeris?" Ya, benar. Mereka berkata, Bahasa Inggeris adalah bahasa kepada dunia IT. Sesiapapun mengangguk dengan "fakta" ini. Namun sejarah tidak pernah lupa bahawa ilmu sains perubatan, astronomi, matematik, kimia semuanya bukan berasal dari Bahasa Inggeris. Semua ilmu itu berasal dari peradaban Islam yang telah mencetuskan Renaissance di eropah sehinggalah orang eropah terpaksa belajar ba...

Android Notifier di Ubuntu

Image
Secara jujurnya, apabila saya menggunakan laptop saya untuk online, sangat jarang untuk saya menggunakan handphone. Sebab itu bila ada rakan SMS, Call, saya jarang untuk respond. Kadang – kadang tak perasan. Lepas tu, kena marah tak tentu pasal sebab tak respond.. ;-) Ada satu aplikasi yang akan membantu anda, iaitu Android Notifier. Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada kita yang sedang asyik di PC, bahawa ada SMS, panggilan, atau bateri yang dah nak habis. Tapi malangnya ia hanya membantu kita untuk terima notis sahaja, tapi tak boleh nak balas sms atau jawab panggilan di PC. Ada dua, satu untuk Android dan satu lagi untuk Ubuntu. (Juga terdapat untuk Window) Download di sini

Game Oil Rush untuk linux bakal dilepaskan Mac 2011

Image
Sekiranya anda pernah membaca artikel saya di OilRush : Game untuk linux yang "perhhh" mula muncul? , pastinya anda tidak sabar-sabar untuk mengetahui bilakah agaknya game ini akan dikeluarkan. Namun ubuntugamers.com mendedahkan yang game ini bakal dilepaskan sekitar suku pertama tahun 2011 iaitu pada bulan Mac dan berita ini pastinya membuatkan penantian ubuntu 11.04 Natty Narwhal menjadi lebih manis. Anda boleh melihat screenshot menarik berkenaan game Oil Rush di http://oilrush-game.com/screenshots/ . Semoga bermanfaat.

Ini ialah entry ke-1000 di blog Melayubuntu

Image
Dengan tersiarnya entry ini, maka lengkaplah bilangan entry di blog Melayubuntu ini 1000 entry. Terima kasih kepada pembaca yang terus mengunjungi blog ini. Terima kasih kepada penulis jemputan yang turut sama menyumbang idea dalam tulisan mereka. Terima kasih kepada responden dalam setiap entry. Terima kasih kepada semua. Doakan blog ini terus subur dengan ilmu dan artikel yang mampu menarik pembaca kepada ilmu. Terima kasih, terima kasih, terima kasih! - Zul Malc.

Bandwidth Internet Terhad? Gunakan NTM - Network Traffic Monitor

Image
Trend ISP (Internet Service Provicer) masa kini ialah menghadkan penggunaan bandwidth pengguna terutamanya ISP yang menyediakan perkhidmatan internet mobile (mudah alih). Namun saya dapati satu masalah paling besarnya ialah apabila pengguna tidak tahu secara tepat bandwidth yang telah digunakan pada satu-satu tempoh masa. Sebagai contoh, apabila pengguna subscribe kepada satu plan broadband dengan kadar bandwidth 6GB sebulan, pada hari ke-15 dalam satu-satu bulan, bagaimanakah pengguna tadi boleh tahu berapa banyak lagi bandwidth yang masih available? Keadaan menjadi semakin bermasalah sekiranya pengguna perlu membayar dengan harga tidak masuk akal apabila menggunakan internet yang telah melampaui limit bandwidth yang ditetapkan. Satu penganiayaan kepada pengguna secara total. Namun begitu sekiranya anda menggunakan sistem operasi ubuntu, terdapat satu perisian yang akan monitor penggunaan data yang anda gunakan iaitu NTM atau Network Traffic Monitor . NTM mempunyai pelbagai f...

How To Install Google Chrome Web Apps

How To Install Google Chrome Web Apps

Humble Indie Bundle Kembali!

Image
Setelah mengutip lebih $1 juta USD untuk edisi #1 , Humble Indie Bundle kini kembali dengan versi #2 dan sehingga artikel ini ditulis, jualan yang telah terhasil ialah $332,599.08 USD! Humble Indie Bundle merupakan satu usaha untuk mengutip dana bagi meng"open source"kan perisian permainan - Games! (yang multi platform - untuk linux, mac dan juga windows). Kaedah pembelian perisian permainan bundle ini cukup mudah iaitu bayar berapa sahaja yang disukai dan dapat perisian permainan yang nilainya USD 85 jika dibeli secara berasingan. Versi #2 ini , antara perisian permainan yang ditawarkan ialah seperti dalam screenshot di bawah; Ok, berapa harga untuk kesemua perisian permainan di atas? Anda yang tentukan. Nilainya mungkin dari setinggi $1000 USD atau serendah $1 USD. Menarik bukan? Selamat membeli dan menyumbang kepada badan kebajikan yang disediakan :)

Mencuba Jolicloud dalam Google Chrome (Pemasangan Tidak Diperlukan)

Image
via : https://sites.google.com/site/sajahobi/sumber-terbuka Jolicloud merupakan sebuah sistem operasi bersifat cloud computing seperti juga Chrome OS kini boleh dicuba secara online mengguna Google Chrome. Cara-cara untuk mencubanya. 1. Buka Google Chrome Versi 8.0 ++ (Tak kisah samada anda pengguna Windows, Mac OSX mahupun Linux) 2. Pergi ke http://www.jolicloud.com/ (Menggunakan Google Chrome) 3. Klik pada Try it online. 4. Ini akan membawa anda ke Google Chrome Web Store. Klik pada butang install. 5. Satu ikon aplikasi Jolicloud akan muncul pada halaman New Tab pada Google Chrome. Klik padanya akan membawa anda ke halaman seperti dalam screenshot di bawah; 6. Disini anda boleh Sign Up ataupun Login menggunakan akaun Facebook. Kemudian, anda boleh menggunakan Jolicloud tanpa perlu memasangnya ke dalam komputer! Contoh screenshot: via : https://sites.google.com/site/sajahobi/sumber-terbuka

Pelajar mencari tempat untuk praktikal? Meh sini!

Image
Oleh kerana ramai sangat yang bertanya kepada saya berkenaan tempat yang elok untuk dibuat praktikal terutamanya pelajar dalam bidang IT/Komputer, lalu saya teringat kepada satu entry daripada blog amanz.my bertajuk Intern.MY – Temui Tempat Latihan Industri Anda . Laman web Intern.my ini dikhaskan  pelajar dan majikan untuk mencapai hasrat masing-masing iaitu samada mencari tempat praktikal atau menyediakan tempat praktikal. Sama-samalah kita memanfaatkan website ini dengan sebaiknya dan sebarkan maklumat ini kepada rakan dan taulan anda juga.

Memasang Docky + Stacks menggunakan pakej DEB

Image
Jika sebelum ini saya menulis berkenaan memasang Docky + Stacks melalui BZR yang mana cara-caranya agak pelik dan ganjil, kini kita mempunyai pakej DEB yang membolehkan kita memasangnya dengan hanya membuka pakej berkenaan menggunakan Ubuntu Software Center (Maverick sahaja). Muatturun Docky + Stacks pakej DEB Fungsi stacks pada docky ini memudahkan pengguna untuk akses ke fail-fail tertentu dalam folder tertentu tanpa perlu membuka file manager nautilus dan ianya sangat menjimatkan masa. Ia juga menyokong fungsi drag & drop fail untuk tujuan pemindahan fail. Selamat mencuba.

Muatturun Wallpaper Sabily 10.10 - Al-Quds!

Image
Wallpaper sistem operasi komputer islamik dan berasaskan ubuntu, sabily 10.10 dan memakai kod nama Al-Quds menarik minat saya untuk berkongsi dengan semua pembaca blog melayubuntu. Sebagai satu bentuk solidariti terhadap perjuangan pembebasan palestin dan masjidil aqsa, wallpaper ini sangat menarik untuk menghiasi desktop kita samada pengguna ubuntu, windows mahupun mac osx. Untuk memuatturun, klik pada gambar diatas dan kemudian save image as dan muatturun seperti biasa.

Natty Narwhal : Ubuntu serba baru - Himpunan perubahan yang bakal diperkenalkan

Image
Ada sesuatu yang istimewa pada ubuntu 11.04 Natty Narwhal iaitu, ia bakal menggunakan unity menggantikan gnome sebagai ' shell ' kepada sistem operasi ubuntu. Saya sendiri masih keliru apakah perbezaan shell dan desktop environtment namun yang pasti, antaramuka ubuntu 11.04 nanti merupakan sesuatu yang cukup berbeza dengan sistem operasi windows.  Antara muka unity dalam natty narwhal Perubahan : Kelebihan atau kekurangan? Saya merasakan teknologi seharusnya bersifat selalu berubah. Manakala pengguna teknologi mestilah sentiasa bersedia mendepani perubahan. Perubahan dan konteks antaramuka ubuntu hanyalah salah satu dari teknologi yang penggunanya harus bersedia mendepani perubahan tersebut. Begitu juga dengan pengguna komputer yang beralih dari windows ke ubuntu. Mereka membuat sangkaan bahawa ubuntu seharusnya kekal sebagaimana windows. Seandainya begitu, maka apa perlu perubahan itu dilakukan sama sekali? Natty Narwhal : Perubahan yang diketahui Selain penggunaan...

Histwi 0.6.7 kini menggunakan OAuth

Image
Saya merupakan pengguna tegar Histwi , sehinggalah twitter memperkenalkan Oauth-Apocalypse yang menyebabkan kesemua aplikasi twitter pihak ketiga yang tidak menggunaka OAuth gagal berhubung dengan twitter . Pada ketika itu, histwi merupakan antara aplikasi yang gagal berhubung dengan twitter menjadikannya aplikasi terbiar yang tidak berguna. Histwi merupakan aplikasi untuk; Download and save all your Tweets to Database. View and export all saved tweets to html or txt file. Compare your Following to Followers. Follow/Unfollow any your friends. Tracking new followers and unfollowers. Advanced Twitter Search. Managing multiple Twitter accounts. Dengan versi 0.6.7, histwi kembali boleh digunakan seperti biasa dan saya sangat mencadangkan aplikasi ini kepada pengguna tegar twitter yang ingin melihat rekod follow dan unfollow secara lebih jelas. Fungsi yang sangat saya sukai : Melihat follower dan Unfollower Memasang ke dalam ubuntu. Buka terminal dan taipkan kata arahan be...

Faenza ♥ Conky !

Image
Maafkan saya sekiranya saya telah menggunakan satu simbol yang kurang digemari jejaka maskulin lagi geek iaitu simbol [♥] dalam tajuk entri kali ini. Haha! Faenza bukanlan sesiapa. Faenza adalah tema ikon antara yang paling cantik dan kemas yang boleh digunakan dalam ubuntu, manakala conky adalah satu perisian kecil yang terletak pada desktop untuk memaparkan bermacam aktiviti komputer. Conky biasanya sangat digemari jejaka maskulin dunia geek dan menghiasi desktop yang biasanya penuh dengan warna-warna menakutkan. Namun apabila Faenza berjaya memikat hati Conky, maka akan terhasillah sesuatu yang berbeza seperti dalam screenshot dibawah; Tema conky ini dinamakan conky~meet~faenza dan dihasilkan oleh (kemungkinan besar) pengguna dari komuniti indonesia memandangkan terdapatnya fail readme dalam bahasa indonesia di dalamnya (Yup, mereka bangga mempunyai identiti. Kita?). Conky~meet~faenza boleh dimuatturun melalui Gnome-Look.org . Bagi pengguna ubuntu, sila pastikan anda telah...

Chrome OS : Google adalah Komputer dan Internet?

Image
Google memilih tarikh 7 Disember (1 Muharram 1932 Hijrah) untuk mengumumkan beberapa perancangan penting bagi pembangunan sistem operasi yang diideakan semula iaitu Chrome OS dan Netbook pertama yang bakal menggunakannya. Idea sistem operasi berasaskan internet yang diaplikasikan kepada Chrome OS berasaskan statistik menarik iaitu ramai pengguna komputer yang 90% masa penggunaan komputernya menggunakan internet menerusi perantaraan pelayar web. Kebanjiran aplikasi web sejak akhir-akhir ini pula seolah-olah membuang segala keraguan samada idea ini relevan atau tidak. Segmen Pasaran. Mungkin ada antara kita yang ingin mengatakan, Chrome OS sama sekali bukan untuk kita atau bukan untuk pasaran Malaysia yang internetnya terkenal dengan lambat dan dikekangi oleh had bandwidth. Antara sebab lain mengapa Chrome OS bukanlah sistem operasi untuk kita ialah hakikat bahawa Chrome OS tidak menyimpan apa-apa data di dalam komputer dan data anda seperti muzik, video, gambar, movie disimpan ...

OpenSUSE dan Ubuntu

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang diberitahu oleh bos saya tentang perkembangan OpenSUSE, Linux yang adik beradik dengan SUSE Enterprise yang dimiliki oleh Novell. Amat terkejut sekali apabila saya terbaca yang Micro$oft membeli syarikat tersebut. Antara isu yang diperbincangkan oleh saya dan bos adalah tentang kestabilan dan ketahan-lasakan (betul ke ayat ni?) dan saya ada berbincang dengan rakan Gecko saya tentang perlunya OpenSUSE sebuah wiki berbahasa Melayu memandangkan faktor bahasa juga memainkan peranan dalam seseorang pengguna itu untuk menggunakan Sistem Pengendali (saya terperasan perkataan Operating System = Sistem Pengendali dan bukannya Sistem Operasi - merujuk ke laman Dewan Bahasa dan Pustaka ) Linux. Baiklah, berbalik kepada tajuk saya di atas. Mengapa Ubuntu dan bukannya OpenSUSE? Janji Ubuntu adalah satu Sistem Pengendali yang berterusan akan percuma, dan sebagai buktinya, Ubuntu akan menggunakan Libreoffice pada keluarannya tahun depan. Ini bagi mengelakkan...

Google melancarkan Google eBookstore

Image
Google semalam mengumumkan pelancaran secara rasmi Google eBookstore , sebuah kedai buku maya yang mengandungi tidak kurang dari 3,000,000 (3 juta) tajuk buku di seluruh dunia. Bagi buku versi berbayar pula, ianya terhad kepada US sahaja buat masa ini (mungkin kerana pembayaran melibatkan proses pengurusan, kerjasama penerbit buku, perjanjian dengan penulis etc). Nota : Sila cuba layari Google eBookstore dalam PC, Telefon, Tablet dan cuba baca mana-mana buku. Respon dalam komen di bawah pengalaman anda. Berbeza dengan kedai buku elektronik maya yang lain seperti Apple iBook, Kobo, dan seumpamanya yang menggunakan format ebook yang pelbagai (epub etc) dan sukar untuk diakses dalam device dan sistem operasi berbeza, Google eBook bersifat web based, boleh diakses melalui pelbagai device dan sistem operasi, hanya melalui satu akaun google dan koleksi buku disimpan dalam sistem cloud. Pastinya pengumuman ini akan memberikan impak besar kepada pengguna yang memiliki tablet samada ber...

Dapatkan Yang Terbaik Dari Kedua Dunia

Image
Saya merupakan peminat dan pengguna Ubuntu. Dalam masa yang sama saya juga menggunakan Window 7 bagi menjalankan kerja - kerja harian saya. Kadang - kadang saya tertanya - tanya, kenapa saya perlukan yang terbaik dari satu OS? Kenapa tidak dapatkan yang terbaik dari kedua - duanya? Saya yakin kebanyakkan dari kita membesar dengan menggunakan Window. Kita mula mengenali dunia komputer dengan Window. Kemudian kita semakin dewasa dan mula menjelajahi dunia baru, Ubuntu. Kita jatuh cinta dengan Ubuntu. Kita membenci Window. Kita maki window yang pernah kita gunakan satu masa dahulu, yang pernah kita jadikan asas untuk mengenali dunia komputer. Tiada satu OS yang selamat dari serangan virus atau hacker. Mungkin kerana peratusan pengguna Ubuntu / Linux masih rendah, kita kurang mendengar pengguna ini menjadi mangsa. Berbanding dengan Window, setiap hari pasti akan ada kes. Saya membayangkan satu hari nanti selepas kempen Window 7 Sin berjaya, dan ramai yang menggunakan Linux/Ubuntu, hacke...

Muatturun Majalah Full Circle Edisi 43

Image
Full Circle ialah sebuah majalah elektronik yang membincangkan persekitaran penggunaan ubuntu secara khusus telah mencapai edisi ke 43. Sila muatturun di :  http://fullcirclemagazine.org/issue-43/

Pengetahuan asas tentang BROADBAND, WIMAX dan YES dalam Ubuntu

Internet telah berubah daripada 'aksesori tambahan' menjadi 'barang keperluan' kepada kehidupan moden kini dan saya suka kalau kerajaan menetapkan harga syiling bagi tarif untuk setiap Megabyte data yang dibekalkan kepada pengguna meskipun ianya bukan dalam kategori bahan mentah! Err.. Ok, terus ke topik perbincangan. Bagi pengguna ubuntu, sebelum anda subscribe kepada mana-mana ISP dalam bentuk apa sekalipun, anda pastinya dan saya menasihatkan anda memikirkan adakah produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat perkhidmatan internet itu boleh digunakan dalam Ubuntu. Tidak semua produk ini dibangunkan dengan memikirkan bahawa terdapat pengguna yang menggunakan sistem operasi ubuntu yang berminat untuk melanggan produk mereka. Lalu bagi pengguna ubuntu yang masih baru atau tidak terdedah kepada maklumat sebegini biasanya mereka akan melanggan sesuatu produk itu terlebih dahulu kemudian memenuhkan topik di forum tentang bagaimanakah untuk menggunakan internet terse...