Posts

Install OpenOffice.org 3.0 kedalam Intrepid

Image
Kelewatan OpenOffice.org 3.0 terbit menyebabkan pihak pembangun ubuntu membuat keputusan untuk tidak memasukkannya kedalam versi penuh bagi ubuntu 8.10. Perkara ini telah dijelaskan oleh pembangun ubuntu . Ianya agak mengecewakan sesiapa sahaja yang ingin menyaksikan versi ubuntu dilengkapi dengan perisian yang latest dan gratest. Namun dalam ubuntu segalanya serba mungkin. Jika pembangun tidak memasukkannya secara default, anda boleh memasukkannya secara manual - dengan sedikit pengetahuan asas. Apa yang anda perlukan ialah memasukkan repos berikut kedalam /etc/apt/sources.list Untuk Intrepid; deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu intrepid main Untuk Hardy; deb http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu hardy main deb-src http://ppa.launchpad.net/openoffice-pkgs/ubuntu hardy main Kemudian lakukan sudo apt-get update pada terminal. Update OpenOffice.org dan selesai. Off Topic : Full Circle Magazine...

Mencuba USB Creator dalam Ubuntu 8.10

Image
'Create a USB Startup Disk' atau USB creator merupakan satu alatan baru yang diperkenalkan dalam ubuntu versi terbaru 8.10 atau intrepid ibex. Fungsinya ialah untuk membina Live USB - berfungsi sebagaimana Live CD. Untuk menggunakan live usb yang dibuat menggunakan usb creator ini, anda harus setkan BIOS supaya boot ke dalam USB terlebih dahulu sebelum memilih untuk boot kedalam harddisk. Proses membuat USB startup disk ini adalah sangat mudah dah straight forward. Anda perlukan; USB drive (pendrive/flashdrive) Satu CD Ubuntu atau Fail .ISO Ubuntu (yang didownload atau dapatkan dari kawan) Ubuntu Intrepid Ibex dalam komputer (komputer tersebut tak perlu ada CD/DVD drive) Sebelum ini saya telah mencuba alatan ini dalam ubuntu 8.10 versi beta tetapi gagal kerana alatan ini hanya boleh digunakan dalam intrepid ibex versi penuh. Jika anda mencubanya dalam versi ubuntu lama, usb akan gagal di boot dan anda akan dapat melihat busybox. Alatan ini secara tidak lansung menyenangkan anda...

Dari Windows ke Ubuntu : Part 2

Image
Dalam windows, perisian dipasang menggunakan installer .EXE dan .EXE itu perlu didapatkan terlebih dahulu (samada dari CD/DVD, internet, kawan, etc). Dalam ubuntu, cara pemasangan perisian adalah 'pelbagai'. Meskipun saya mengatakan pelbagai, namun ubuntu secara asasnya menggunakan APT (Advanced Packaging Tool) - satu sistem pengurusan package perisian. Apa itu pakej (package) dan apa pula perisian? Secara 'praktikal'nya, satu pakej atau satu himpunan pakej akan membentuk satu perisian yang boleh digunakan. Perisian yang boleh digunakan ada yang hanya memerlukan satu pakej dan ada perisian yang memerlukan lebih 30 pakej. APT didalam ubuntu mengandungi tidak kurang dari 20,000 pakej dan proses pemasangan perisian boleh dilakukan menggunakan Synaptic Package Manager , Add & Remove Applications dan juga Terminal . Synaptic Package Manager : Ianya satu alatan pengurusan pakej dalam ubuntu. Sistem ubuntu memerlukan anda memasukkan password untuk membolehkan anda menggu...

Menambah enjin pencari melayubuntu ke search bar firefox

Image
Khusus untuk anda yang mengalami kesukaran mencari artikel atau tutorial yang tepat dengan kehendak anda, kini anda boleh menambah enjin pencari melayubuntu ke pelayar web firefox. Meskipun cara ini boleh diaplikasikan untuk semua jenis blog dan laman web, namun disini saya memberikan contoh secara khusus untuk memudahkan pembaca blog saya mencapai artikel atau tutorial yang diingini didalam blog ini. Cara-cara; 1.Pasang extention Add to Search Bar dan kemudian restart firefox. 2.Masuk blog melayubuntu dan right click dalam search box disebelah dan klik pada Add to Search Bar... 3.Pada search bar firefox, anda akan mendapati satu lokasi pencarian baru. Pilih dan taipkan keyword anda untuk mula mencari artikel atau penyelesaian ubuntu anda. Seperti yang tulis sebelum ini, anda boleh aplikasikan langkah ini untuk laman web yang lain juga. Kebaikan menambah fungsi ini ke search bar ialah, anda tidak perlu memasuki blog ini terlebih dahulu sebelum mencari artikel, tetapi hanya perlu menca...

Versi penuh ubuntu intrepid ibex 8.10 dilancar secara rasmi

Image
Beberapa minit yang lalu, laman web rasmi ubuntu telah melancarkan versi penuh bagi ubuntu intrepid ibex 8.10. Versi yang ke 9 sejak warty warthog dilancarkan 4 tahun lalu ini menfokuskan kepada beberapa aspek terutamanya sokongan 3G yang memudahkan penggunanya menghubungi jaringan 3G dengan mudah. Ubuntu boleh didownload dari secara direct melalui laman web rasminya atau menggunakan torrent . Jika anda ingin memasang ubuntu didalam windows tanpa membuat partition baru, anda boleh mencuba wubi - memasang dan buang ubuntu seperti memasang dan membuang perisian biasa dalam windows. Jika anda ingin menempah CD yang official dari ubuntu, anda boleh menggunakan laman web shipit.ubuntu.com . Kesemua perkhidmatan yang saya ulas diatas adalah percuma dan bebas dari sekatan akta hakcipta. Komen Penulis : Ini adalah masa terbaik untuk anda beralih atau sekurang-kurangnya memberi ubuntu satu peluang percubaan. Saya dan semua penulis blog ini akan mencuba sedaya upaya menyediakan ilmu yang sepa...

Ubuntu@iPT : 78% Setuju untuk diteruskan

Image
Saya membuka satu pungutan suara selepas program sulong di kolej shahputra pada 25 Ogos lalu dan selepas 65 hari pada hari ini, 230 orang responden telah mengambil bahagian. Keputusannya adalah seperti berikut; Seperti yang dapat anda lihat pada rajah, 180 responden atau 78% bersetuju supaya program ubuntu@ipt itu diteruskan . Manakala responden yang tidak bersetuju pula hanya 8orang atau 3% dari keseluruhan. Ini dengan sesungguhnya mengambarkan hasrat hati yang solid dari penggunjung blog melayubuntu supaya program ubuntu@ipt diteruskan aktivitinya dimasa-masa akan datang. Apa yang harus dilakukan selepas ini? Saya memikirkan bahawa penetapan fokus merupakan antara perkara paling penting dalam menentukan halatuju destinasi sesuatu program. Oleh kerana itu saya secara peribadi ingin mencadangkan program ubuntu@ipt harus fokus kepada penggunaan ubuntu sebagai penyelesaian desktop kepada pelajar ipt. Penyelesaian desktop yang saya maksudkan ialah penggunaan ubuntu sebagai sistem operas...

Sumber terbuka dan perisian bebas : Melalui pemaksaan atau pendidikan?

Saya telah melalui beberapa waktu yang melibatkan pembacaan, rujukan, berkongsi pendapat dan sebagainya untuk merumuskan perkara ini kedalam satu artikel. Ianya mungkin sesuatu yang anda boleh bersetuju atau tidak setuju. Apajua responnya, sedarilah yang kita sedang melalui satu check point yang memerlukan kita memikirkan kembali perkara ini sedalam mungkin agar ianya tidak disesali kemudiannya. Sumber terbuka dan perisian bebas : melalui pemaksaan atau pendidikan? Pertamanya, entry ini ada kaitan dengan tulisan sdr hasbullah pit dalam laman blognya . Saya telah beberapa kali menulis tentang pekeliling yang kerajaan negeri tertentu keluarkan supaya agensi kerajaan menggunakan OpenOffice.org menggantikan Microsoft Office. Saya juga menulis tentang plan untuk memperkenalkan OpenOffice.org kepada sekolah-sekolah seluruh malaysia yang melibatkan hampir 467 buah sekolah dan 300,000 buah komputer. Ianya mungkin sesatu yang memberangsangkan namun timbul isu - adakah ianya salah satu bentuk ...