Bill Gates berjaya meyakinkan 40 billionaire untuk mendermakan 50% kekayaan mereka untuk kebajikan
Ini adalah tajuk berita yang berjaya merentap keasyikkan melayani karenah facebook pagi ini. Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila sosok yang menyandang manusia terkaya di dunia 1995~2007 dan 2009 ini adalah antara manusia yang dahulunya mengepalai sebuah syarikat yang terkenal dengan dasar monopoli sehinggalah kepada sakarang ini, Microsoft! Disebalik imej yang terpalit sebegitu rupa, Gizmodo.com melaporkan Bill Gates telah berjaya meyakinkan hampir 40 billianaire lain untuk mendermakan 50% daripada kekayaan mereka kepada kebajikan diatas projek "The Giving Pledge", setelah beliau diwar-warkan tidak mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan Microsoft . Apabila hitungan matematik membawa kepada angka $600 billion USD anggaran dana yang terkumpul, dan kemungkinan dana tersebut akan disalurkan untuk menghijaukan semula planet bumi ini, kita mungkin tertanya-tanya apa lagi yang akan dilakukan menggunakan dana yang sebegitu besar? Apapun, syabas kepada bill gates kerana meng...