Saturday, March 22, 2008

Beberapa Update Terkini!

Oleh kerana saya menyepi agak lama, jadi saya membuat keputusan untuk merangkumkan beberapa update berserta beberapa berita terbaru yang ada kaitan dengan blog ini dan isi kandungan.Antaranya;
Ubuntu 8.04 versi beta
33hari lagi versi penuh akan keluar. Rasanya sudah ada yang mula perasan perubahan yang berlaku di laman web rasmi ubuntu.Ops, belum lagi.Secara rasminya versi beta akan keluar pada 27 mac ini.Apa yang terbaru?
Xorg 7.3, Linux Kernel 2.6.24, Gnome 2.22, Policykit, PulseAudio, Firefox3Beta4, Transmission, Vinagre, Brasero, World Clock Applet, Inkscape, Virtualization, ActiveDirectory Integration, iSCSI support, Firewall, Memory Protection, Wubi & umenu.
Erm, something is missing. Kita berharap dapat melihat perubahan penampilan pada tema ubuntu versi terbaru ini dan sehingga kini nampaknya masih agak kabur.

Leo4All Released
Untuk mereka yang masih mencuba install Leopard kedalam PC, sekarang kita mempunyai altenatif lain selain versi kaliway. Menariknya ialah, versi terbaru ini adalah versi yang universal dan support untuk processor Intel SSE2/SSE3 dan juga AMD.Versi ini berasaskan kepada versi terbaru Leopard, 10.5.2. Bagi yang ingin mencuba, silakan.

eMaj Ubuntu For Malaysian
Versi penuh untuk e-majalah(eMaj) dalam proses suntingan(ceewah) dan editasi(huh?) dan insyaallah akan diupload untuk tatapan pembaca dalam masa terdekat. Nantikan keluarannya dalam masa terdekat hanya di blog melayubuntu.

Angka Ribu untuk tutorial percuma
Yeps, tutorial install leopard kedalam PC yang saya tulis telah didownload oleh ribuan pembaca dan saya mengharapkan pembaca berpuas hati dengan hasil kerja saya. Tidak dilupakan eMaj Ubuntu for Malaysian yang hanya memuatkan 4 muka surat itu juga telah didownload sebanyak lebih kurang 800x dan ianya sesuatu yang diluar dugaan. Saya tidak begitu menekankan aspek promosi dan marketing dalam tutorial-tutorial tersebut namun ternyata ramai pembaca dahagakan ilmu yang percuma. Nampaknya pembelajaran sepanjang hayat sedang berlaku dengan pesat.

Tsunami Sumber Terbuka
Saya menerima banyak email dan tidak kurang juga akaun YM yang tidak henti-henti di add oleh peminat ubuntu. Ramai yang ingin mengetahui apa itu ubuntu dan masing-masing dalam suasana excited.Apa tidaknya jika dunia windows semakin hari semakin diracuni oleh virus yang bertaburan dengan pelbagai kelakuan yang menjahanamkan komputer dan kesabaran. Apa yang boleh saya ucapkan ialah, kalau anda guna komputer hanya untuk surfing dan muat turun manga&anime, lebih baik guna ubuntu. Sekali sekala masukla dalam windows untuk main game.Apa salahnya? Dual-bootkan aja!

Harapan baru untuk dunia pengkomputeran
Jom Hardy Heron! 33 days to go!




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

9 comments:

  1. Dia cam windows ker? Bila kita dah intall GG, kita Upgrade ke HH?

    ReplyDelete
  2. yups...bleh jer upgrade ngn ikut arahan dr website rasmi ubuntu...

    ReplyDelete
  3. zul boleh burn tak saya cd untuk leopad utuk pc tu.nak download lama r...:)serius ni.awk charge r berapa.termasuk penghantaran.

    ReplyDelete
  4. saya pun dah download, cuma tatau ler apa silap.takleh nak boot cd kalway leo tuh.asyik dok restart jer. burn salah ker...hardware tak support ker...tatau ler

    ReplyDelete
  5. #anonymous ko duduk mane...?duk area jb,ko leh contact aku...aku ade...haha...aku dah kumpul sumer...hehe...

    #arejae aku pun dok pening ni..mobo cam tak support je...pelbagai cara aku dah usaha...try kat pc member aku,selambe je...pc sendiri,aduhai..nak menangis tgk....

    ReplyDelete
  6. hardy heron takde CD free ke? huhuhu, baru nak kumpul buat koleksi, huhu

    ReplyDelete
  7. aku kat area kl,bangsar.pos kat aku boleh tak?

    ReplyDelete
  8. @xordy : full release nnti akan ada cd n time 2 leh la request...adehh..igtkan peminat kumpul stem..rupenye peminat cd ubuntu..hihi

    @anonymous : bleh request kat bro gie. sbb dia skekan koleksi maconpc...smua versi dia ada..

    ReplyDelete
  9. bro gie boleh hantar kat saya tak/saya area kl.poske?penghantarandan kos cd saya bank in.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...