Thursday, March 27, 2008

Memperkenalkan Crossover Games


Saya kira ini bukan kali pertama saya mengulas tentang Crossover disini (klik pada link untuk ulasan saya mengenai crossover). Dan semalam, developer kepada crossover iaitu codeweavers telah memperkenalkan produk baru syarikat mereka iaitu Crossover Games. Dengan slogan "sekarang, gamers boleh bermain game kegemaran mereka dalam apa jua platform", Crossover Games merupakan antara perisian yang mesti difikirkan untuk dimiliki oleh setiap kaki game yang ingin bertukar platform sistem operasi, tidak kira linux atau mac osx.

Jika selama ini Game menjadi alasan mengapa anda masih setia bersama windows, dengan Crossover Games yang baru dilancarkan yang hanya berharga $39.95 ini, tidak ada sebab lagi mengapa anda harus ragu untuk berubah.

Untuk peringkat awal ini, antara games yang disokong oleh crossover games ialah;
Call of Duty 1&2, Civilization 4, Command&Conquer 3:Tiberium Wars, Counter Strike, DirectX (6~9), Half Life dan bermacam lagi (lebih 92 jenis games)




Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

2 comments:

  1. wah berita baek nih...

    ReplyDelete
  2. cantek!! mane leh beli? walaupun aku dah selesa ngan game2 siri quake dan unreal kat linux box aku.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...