Posts

Showing posts from April, 2008

Konsep Tigrimentary untuk desktop ubuntu

Image
Sebelum anda pening kepala, perkataan "tigrimentary" adalah rekaan saya semata-mata. Setelah agak lama saya tidak menulis tentang Gnome customization, hari ini saya nak bercerita tentang konsep desktop ubuntu (samada hardy @ gutsy) yang saya namakan tigrimentary. Sebenarnya perkataan ini saya gabungkan antara 2 unsur yang membentuknya iaitu tema GTK yang bernama Tigris, dan tema Metacity yang bernama Elementary. Haha! Gelak? Nanti dulu sebab saya pasti anda akan terpesona dengan ke"simple"lan dan ke"sempoi"an hasilnya. Amacam? Rasanya aku tak perlu terangkan secara berulang kali tentang bagaimana nak install tema bagi GTK, Metacity dan Ikon bagi gnome dan ubuntu kerana saya dah terangkan dalam artikel lepas. **Right Click pd desktop >>> Pilih Change Desktop Background >>> Pilih tab Theme >>> Klik Install dan cari fail yang akan diberitahu selepas ini. Ramuannya; Tema GTK2.0 Tigris - Pilih Normal Version Elementary Metacity Theme...

Open Computer daripada Psystar.

Jika ini berlaku di Malaysia, mungkin apakah jenis undang-undang yang akan digunakan untuk menghentikannya? Akta Hakcipta mungkin! Saya mendapat maklumat tentang syarikat psystar ini melalui blog TUAW . Dan produk yang diniagakan sangat menarik minat saya, Hackintosh! Anda membaca tutorial saya, anda melihat video yang saya lampirkan dan anda mengetahuinya. Hingga kehari ini, saya tidak putus-putus menerima permintaan dari pembaca meminta supaya saya menghantar DVD Kalyway.iso (yang saya maksudkan) kerana ramai yang sangat-sangat berminat mencuba sistem operasi Apple, Mac OSX didalam PC. Jika halangan utama kita selama ini ialah hardware, kini Mac OSX boleh diinstall kedalam PC biasa tanpa "major" problem. Itu fakta kesnya. Psystar , sebuah syarikat yang menawarkan sebuah hackintosh (Core2Duo processor, 4GB RAM, 250GB HD 7200rpm sata..) dengan hanya berharga $399 US Dollar dan menamakannya OPENMAC! Sedangkan sebuah iMac yang diedarkan Apple berharga $1199 US Dollar sebuah. K...

Ulasan Adobe Air for Linux dalam Hardy Heron

Image
Rujuk artikel 1 dan artikel 2 , ulasan awal saya berkenaan Adobe Air. Adobe Air merupakan antara cetusan idea yang telah mencipta revolusi baru dalam pembangunan aplikasi komputer. Namun, pengguna linux terpaksa menunggu lagi untuk melihat terbitnya adobe air yang stabil setelah versi stabil 1.0 terbit untuk platform windows dan macosx. Adobe air for linux ketika ini masih lagi diperingkat Alpha dan sedang mengalami pembangunan yang pesat. Saya sempat mencuba Adobe Air for linux versi alpha ini didalam ubuntu hardy heron. Kesimpulan keseluruhan saya ialah, Ianya satu permulaan yang baik! Agak sedikit janggal kerana saya membuat rumusan diawal penulisan. Pun begitu, bacalah ulasan saya ini:- Proses Installasi Gunakan Terminal dan masukkan command2 berikut; wget http://download.macromedia.com/pub/labs/air/linux/adobeair_linux_a1_033108.bin Command diatas akan mendownload fail berkenaan(15.1MB) ke home folder pengguna. chmod +x ad*.bin Command diatas menukar file permission kepada exec...

Pengetahuan Am dalam Ubuntu bagi pengguna baru

Image
Saya menerima banyak email bertanyakan pelbagai perkara mengenai ubuntu yang saya rasakan kebanyakkannya boleh saya golongkan sebagai pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh semua pengguna ubuntu. Antaranya; 1.Alatan yang tidak ada secara default. Sebaik sahaja seseorang install ubuntu, dia harus faham bahawa terdapat beberapa perkara yang masih tidak lengkap dalam sistem operasi yang baru diinstall itu tadi. Antaranya Codec - Secara default, pemain video dalam ubuntu hanya menyediakan fungsi memainkan video berformat .ogg. Samalah juga seperti windows media player yang secara defaultnya hanya boleh memainkan video berformat .wmv. Untuk memainkan video berformat selain dari itu, pengguna perlu memasang codec (program untuk encode atau decode data digital). Dalam ubuntu gutsy atau hardy, ketika Movie Player gagal memainkan sesuatu format video atau audio, secara automatik satu pop-up window akan keluar bertanyakan samada anda ingin sistem carikan codec yang sesuai untuk diinstall ...

Pelayar laman web masa depan

Image
Saya bercadang menghuraikan tajuk ini pada 1 April 2008. Namun oleh kerana bekalan internet saya putus ketika saya menulis ayat pertama saya pada hari tersebut, maka saya sambung niat berkenaan pada hari ini. Pelayar laman web atau browser merupakan watak penting dalam perkembangan jaringan internet. Ianya boleh dikatakan kewujudan browser lah yang menentukan banyak hala tuju yang membawa kepada perkembangan teknologi maya pada hari ini. Jika dahulu, browser hanya mampu mempamerkan text dan gambar sahaja, kini hampir semua benda boleh dijelmakan kedalam satu-satu browser. Video (dalam format yang pelbagai), flash, java script, dan bermacam add-ons beserta plug-ins menjadi pelincir kepada pantasnya perkembangan teknologi browser. Saya merujuk kepada beberapa contoh seperti berikut; 1.Adobe Photoshop Express Perisian adobe photoshop telah dijelmakan kedalam browser dengan menggunakan teknologi flash. 2.Blogspot&Wordpress Tempat dimana manusia lebih banyak menulis didalam browser berb...

Masa untuk Hardy Heron

Image
24-04-2008, Team Ubuntu telah secara rasminya mengeluarkan versi terbaru ubuntu 8.04 Hardy Heron kepada umum. Ianya sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu, malah sejarah melayubuntu ini juga membuktikan ramai pembaca yang tidak sabar-sabar ingin memiliki hardy heron secepat mungkin. Ianya sudah tiba dan masa hardy heron bermula.. Istimewanya hardy heron ini ialah ianya versi sokongan jangka panjang (LTS) iaitu sehingga ke tahun 2011 dan sebagaimana yang pengguna ubuntu sekelian maklum, setiap update versi ubuntu akan menyaksikan penambahbaikan dari segenap aspek termasuk peningkatan kualiti, mesra kepenggunaan dan juga kestabilan sistem. Antaranya; Connect v ia Bluetooth. Masih ingat entry saya terdahulu tentang bluetooth ? Saya percaya anda(yang sedang menggunakan hardy heron) akan bersetuju jika saya katakan untuk connect external devices (Phone, PDA, etc) ke komputer melalui bluetooth adalah lebih mudah melalui ubuntu hardy berbanding windows. Wubi Installer. Tajuk wubi bukan sesuat...

25 Hari Tanpa Internet, tapi aku masih waras!

Hah? "Selepas menghilang selama 20 hari, kemudian 25 hari tanpa apa-apa berita, sememangnya mamat melayubuntu ni seorang yang semakin out of focus" Namun aku rasa sangat bertuah kerana masih ada yang sudi singgah di blog yang semakin bersawang ini. Sepanjang aku ke"putus"an internet, aku menerima banyak email dalam bentuk yang pelbagai dan aku meminta maaf tulus dari hati kerana kelewatan membalas email rakan-rakan. Sepanjang keputusan internet itu juga, aku "pulun" edit emaj ubuntu for malaysian dan aku bercadang untuk release majalah elektronik tersebut sedikit masa lagi. Itu hadiah dari aku kat pembaca melayubuntu yang setia. Akhirnya aku nak tegaskan disini, aku masih waras! Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner