Posts

Showing posts from June, 2009

Mock-up GNOME 3.0 : Pendapat anda?

Via : http://www.stefanoforenza.com/

60 Wallpaper ubuntu Paling Menarik!

Image
Setelah satu hari kebosanan, saya terjumpa satu page yang saya rasa boleh dikongsi kepada para pembaca sekelian. Laman ini memaparkan 60 wallpaper paling menarik pernah saya lihat setakat ini, dan apa yang menariknya, wallpaper-wallpaper ini adalah berkaitan dengan ubuntu! Anda boleh pergi ke page ini . p/s: Apa yang menariknya, laman ini akan detect resolusi skrin anda dan memaparkan wallpaper, sesuai dengan resolusi skrin anda! Selamat mencuba!

Tutorial: Tukar Gambar GRUB Loader & Usplash.

Image
Banyak pertanyaan yang keluar dari para pembaca blog ini, bertanyakan tentang cara untuk menukar gambar pada Grub Loader dan usplash. Walaupun zulmalc banyak menulis tentang perkara ini, saya pasti ramai antara kita yang tidak faham atau tidak tahu bagaimana untuk menukarnya dengan cara yang betul. Antara contoh post beliau: http://melayubuntu.blogspot.com/2008/12/memperkenalkan-epidermis-tukar-tema.html http://melayubuntu.blogspot.com/2008/11/background-pada-grub-loader-ubuntu.html Pada sesi tutorial kali ini, saya ingin menyentuh tentang satu lagi perisian yang tidak kurang hebatnya berbanding epidermis dan cara manual untuk menukar GRUB Loader & usplash, iaitu Startup-Manager & Ubuntu Tweak. Seperti mana yang kita ketahui, Startup-Manager dan Ubuntu Tweak merupakan satu perisian yang akan mengawal resolusi skrin GRUB, skrin splash, gambar GRUB & gambar splash. Apa yang menjadi masalah, ramai di antara kita yang tidak pernah atau tidak berani untuk menggunakan perisian ya...

Masalah Yahoo Messenger dalam Ubuntu

Pada 20hb yang lepas, Yahoo! Inc. telah membuat sedikit perubahan dalam server messenger mereka. Dan hal ini secara praktikalnya telah menyebabkan im client dalam linux sama ada Pidgin, Kopete, Empathy atau Gyachi, tidak boleh login atau lebih tepat lagi tidak boleh connect. Lol! Patutla syah tak boleh nak connect ke ym. Rupanyer si Yahoo ni ubah login method kat server diorang! Tapi jangan bimbang, jika anda menggunakan Pidgin, sila upgrade pidgin anda ke versi 2.5.7. Bukak Terminal dan pastekan: sudo apt-key adv --recv-keys --keyserver keyserver.ubuntu.com \ 67265eb522bdd6b1c69e66ed7fb8bee0a1f196a8 echo deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu \ `lsb_release --short --codename` main | \ sudo tee /etc/apt/sources.list.d/pidgin-ppa.list kemudian, sudo apt-get update sudo apt-get upgrade Tapi jika anda menggunakan im client yang lain seperti Empathy, sila ubah url "server" seperti berikut: cn.scs.msg.yahoo.com Semoga berjaya!

Mac4Lin: Macam Mana Untuk Melakukan Proses Instalasi.

Image
Di atas permintaan ramai, saya ingin review sedikit tentang cara untuk melakukan proses instalasi Mac4Lin. Saya tahu, ramai yang ingin menggunakan tema ini, tetapi tidak tahu cara untuk melakukan proses instalasi. Di sini, saya ingin menerangkan serba-sedikit tentang cara-cara nya. (Saya beranggapan anda telah memuat-turun Mac4Lin versi 1.0 Final. jika tidak, anda boleh memuat-turunnya di sini ). Sudahkah anda memuat-turunnya? Jika sudah, mari mulakan.... Cara Pertama: Cara mudah dan mesra pengguna . 1) Beranggapan muat-turun anda siap, extract (saya tidak tahu untuk translate!)Mac4Lin.tar.gz anda ke Desktop. 2) Dalam folder yang sudah diextract, terdapat beberapa folder, dan 2 fail *.sh (Mac4Lin_Install_v1.0.sh & Mac4Lin_Uninstall_v1.0.sh) 3) Klik dua kali pada Mac4Lin_Install_v1.0.sh, dan tunggu dalam masa beberapa minit, dan SIAP!! Cara Kedua: Menggunakan Terminal. Cara kedua ini dilakukan oleh pengguna-pengguna Terminal yang pro dan kurang gemar pada fail-fail seperti *.deb dan...

Songbird 1.2 Telah Dilepaskan!!

Image
Sorry sebab lama tak diupdate....baru-baru ini, pada 19 Jun 2009, Songbird telah dilepaskan dengan beberapa fungsi baru. Kepada sesiapa yang tidak tahu mengenai Songbird ini, ia adalah satu perisian yang memainkan lagu dalam OS (Winf**k dan ubuntu), kira macam Amarok, Rhythmbox jugak laa. Songbird versi baru ini mengetengahkan fokus pada library management dan integrasi penuh dengan iTunes. Antara fungsi-fungsi baru Songbird ialah: Automatically Organize Library Files Songbird can now automatically organize the files that are contained in your library. Once enabled, it will consolidate your media in one location. You can customize the structure of the folder and file names based on metadata contained in every track. 2-way Sync with iTunes If you're using iTunes Music Store to purchase content, you can now automatically expose iTunes library tracks and playlists into Songbird. You can also export tracks and playlists added to Songbird back into iTunes, so that they can easily be ...

Wine: Portable Adobe Photoshop CS4 and the geng

Image
Assalamualaikum. Hari ni syah sedikit tertekan dengan kawan syah yang merendah-merendahkan sistem operasi linux khasnya ubuntu. Dia cakap "ape guna guna ubuntu lau xleh nak pakai photoshop". arrgghh!! satu statement yang bebetul wat syah naik darah. hahaha. Ok, dalam artikel ni syah akan tunjukkan macam mana nak "run"kan Portable Adobe Photoshop CS4 dengan gunakan wine. Untuk tutorial ni, syah menggunakan versi wine 1.1.23. Jika anda sedang menggunakan wine versi lain, sila upgrade. sila rujuk artikel ni untuk upgrade. Ok, jika anda dah install wine versi 1.1.23 or anda dah upgrade, jom mulakan! Download Portable Adobe Photoshop CS4 (rujuk bahagian komen untuk dapatkan link. Download winetricks dengan command ni, wget http://www.kegel.com/wine/winetricks sh winetricks msxml6 gdiplus gecko vcrun2005 ie6 sudo apt-get install msttcorefonts Kemudian download atmlib.dll dan alihkan ke folder “~/.wine/drive_c/windows/system 32″. Kemudian cuba "run"kan Photoshop...

Mac4Lin 1.0 Final Telah Dilepaskan !!

Image
Sebut tentang Mac4Lin, saya pasti semua yang membaca dan mengikuti blog ini mengenali satu projek yang bagi saya, PERFECTION ini. Oleh sebab itu, bagi pengguna distro ubuntu yang sangat menggilai Mac4Lin ini (seperti saya), jangan buang masa anda! Anda boleh memuat-turun Mac4Lin 1.0 Final di sini . Apakah kelebihan Mac4Lin 1.0 Final ini? Full list of changes: * Fully supports GNOME 2.26 and backwards compatible * Improved support for GlobalMenu, support integrated in the default GTK theme * Better native Xfce support * Icon additions * Statusbar is now fixed * New progress bars * New tabs * Improved installation and uninstallation scripts * Integrates well with Globus * Finer UI refinements * Metacity theme now supports different button sizes * Firefox 3 themes are now updated * Songbird plugins included * Pidgin AWN 64bit plugin now included * Fonts are now consolidated * Transparent top panel * GDM theme is now in-line with Mac OS X login window * Cairo dock is the default recommende...

Linux Adalah Distro Pertama untuk USB3.0

Image
Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel's Open Source Technology, telah mengumumkan di blog beliau bahawa USB3.0 akan dimasukkan ke dalam Linux Kernel. Ini menjadikan Linux adalah OS pertama di dunia yang akan menyokong sistem USB3.0, berbanding Windows! Menurut Ankika Kehrer, USB3.0 menyokong kadar pemindahan data sehingga 5.0Gb per saat, berbanding USB2.0 yang hanya menyokong sehingga 480Mb per saat! Perbezaan yang ketara, sehingga 20 kali lebih laju berbanding USB2.0! Bahkan Firewire hanya mampu menyokong sehingga 3.2Gb per saat. Perkara tersebut telah dibentangkan pada November 2008 oleh USB Implementers Forum Inc. Beliau (Sharp) bekerjasama dengan Keve Gabbert untuk memastikan bahawa distro Linux seperti ubuntu dan Red Hat menjadi distro pertama yang akan dimasukkan xHCI driver bagi USB3.0. Beliau juga berkata bahawa driver tersebut akan dimasukkan di dalam Kernel 2.6.31. Kepada pengguna yang tidak tahu menggabungkan (compile) kernel mereka sendi...

Membuang Network Applet dalam ubuntu

Image
Baru-baru ni, seorang kawan telah bertanyakan kepada saya, bagaimana untuk membuang Network Applet dalam ubuntu? Saya bertanya, kenapa hendak buang sedangkan ia sangat berguna untuk connect ke Internet dan mempamerkan status network kita? Dan jawapan yang diberikan, "Aku install ubuntu dalam desktop PC dan nak buang Network Applet, sebab aku connect ke Internet pakai cable." Oleh sebab itu, tanpa membuang masa, saya Google sedikit cara untuk buang Network Applet dalam ubuntu, dan beginilah cara-caranya: 1) Buka Sessions : System>Preference>Sessions 2) Dalam kekotak Windows yang dipamerkan, terdapat Network Manager. Buang tanda "tick" pada kekotak tersebut. 3) Selesai langkah di atas, pergi ke Tab Current Sessions, dan pergi ke program "nm-applet---sm-disable". 4) Klik "Remove", dan "Apply". 5) Restart distro anda. SELESAI ! Harap dapat menyelesaikan masalah anda.

Kesalahan Ejaan...Disengajakan Atau Tidak?

Image
Hal ini berlaku kepada saya beberapa hari lepas, dan saya juga terasa agak malu apabila perkara ini berlaku. Perkara ini timbul apabila saya ingin melakukan instalasi cairo-dock ke dalam ubuntu 9.04 saya. Mungkin anda memikirkan bahawa kesalahan ini adalah kecil dan tidak patut diketengahkan dalam blog ini, tetapi bagi saya, ejaan adalah satu faktor mengapa sesuatu produk itu berkesan dan mempunyai ramai pengikut, seperti ubuntu. Bahkan, jika anda mempelajari mata pelajaran grafik (saya lupa nama subjek apa...), anda tentu faham bagaimanakah ejaan memainkan peranan dalam mempromosikan satu-satu produk. Perasankah anda pada perkataan-perkataan ini? Malicous Therefor Ia sepatutnya: Malicious Therefore Buat pengetahuan semua, saya masih belum menghantar repot ke laman web launchpad . Saya berharap agar seseorang di sini boleh mengetengahkan lagi perkara ini, bagi masyarakat ubuntu Malaysia menikmati distro terbaik ini tanpa sebarang masalah pada EJAAN, sekaligus masyarakat dunia pada umum...

Perbezaan KDE dan GNOME

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sudah lama blog melayubuntu ini tidak dikemaskini. Hadirnya saya di sini adalah untuk memberikan sedikit penjelasan tentang perbezaan antara KDE & GNOME. Dan saya percaya, bagi yang dah otai-otai, anda tidaklah perlu membaca post ini, kerana anda sudah tentu lebih arif tentang perkara ini. Post kali ini saya tujukan khas buat newbie-newbie macam saya, yang tidak tahu apakah KDE,GNOME dan perbezaan antara keduanya. Fokus post kali ini adalah pada dua distro yang terkenal iaitu ubuntu dan kubuntu. Dimaklumkan bahawa tujuan post kali ini diwujudkan bukan untuk membandingkan mana-mana distro, apatah lagi membeza-bezakan antara keduanya. Ianya sekadar pengetahuan. Bak kata orang tua-tua, "Tepuk Dada, Tanya Selera". Ok, sekarang kita beralih kepada perbezaan keduanya... Perbezaan pertama : Paparan Asal Sepertimana yang kita dapat lihat di atas (kanan=ubuntu,kiri=kubuntu), perbezaan ketara dapat dilihat ialah warna tema distro itu sendiri....