Tuesday, December 15, 2009

Pasaran telah menolak linux desktop?



Kita kembali kepada isu ini. Satu persoalan yang membingungkan dan masih tiada jawapan pasti. Saya baru sahaja membaca artikel "The market has rejected linux desktop" di ZDNetAsia. Ianya satu artikel yang membuat kesimpulan bahawa pasaran telah menolak linux desktop berdasarkan kepada market share sistem pengoperasian komputer.

Antara hujjahnya, jika sekiranya pasaran telah menerima linux desktop, sudah tentu akan wujud petanda atau perubahan yang meyakinkan dalam market share sistem pengoperasian apabila trend netbook dikuasai oleh linux pada tahun 2009.
Namun perangkaan menunjukkan peningkatan market share linux masih pada skala yang cukup kecil dari perspektif pegangan pasaran sistem pengoperasian.

Kesimpulan pahitnya ialah, pasaran telah menolak linux desktop!

Mengapa linux ditolak?

Dalam artikel berkenaan, terdapat 4 sebab mengapa linux ditolak.
1.Masih terlalu banyak kesukaran
2.Strategi "pecah" yang gagal
3.Tiada inovasi yang cukup
4.Orang bisnes inginkan seseorang untuk disalahkan

Ianya pahit tetapi saya bersetuju dengan keempat-empat hujjah.

Masih terlalu banyak kesukaran
Sehingga kehari ini, saya masih dihujani pelbagai pertanyaan berkenaan driver modem, printer, sound tidak berbunyi, efek tidak berfungsi dan sebagainya. Jika otai-otai linux terdahulu mungkin masih mengigati istilah RTFM (read the fu*king manual), kini penyelesaian mudah ialah "ko google jer". Jawapan tersebut ternyata tidak begitu disenangi. Ya, mereka mungkin inginkan segalanya mudah, tetapi hakikatnya bukan mudah nak gunakan linux!

Strategi pecah yang gagal
Ubuntu, Fedora, PCLinuxOS, bla bla bla bermacam-macam cabang tumbuh menghiasi (?) senarai pecahan linux. Ianya satu fenomena yang menawarkan pilihan-pilihan atas nama kebebasan membangunkan sesuatu perkara namun dari mata pasaran, ianya mengelirukan dan tidak begitu disenangi. Persoalannya, mengapa mesti wujud pecahan ini sedangkan mereka boleh bersatu mewujudkan satu jenama linux desktop yang unggul?

Tidak berinovasi
Ini hujjah yang masih boleh diperdebatkan.

Orang bisnes ingin seseorang untuk dipersalahkan
Hujjah ini diluar dari perbincangan pengguna biasa.

Namun apabila difikirkan kembali, adakah pembangun linux desktop bernafsu untuk mengambil alih peranan Windows sebagai peneraju market share sistem pengoperasi dalam tahun 2009? Bagi saya tidak, dan mereka masih belum berpuas hati dengan apa yang mereka ada.

Hujjah saya begini.

Anda pergi ke bank dan mengeluarkan wang sebanyak RM50. Lalu sahabat anda bertanya, adakah anda mampu berkahwin dengan hanya RM50. Anda spontan akan menjawab "eh sejak bila aku cakap nak kawin?" Kawan anda membalas, "yang semalam ko cakap nak kawin". Anda menegaskan "yela memang nak kawin tapi bukan arini..bongok!"

Kan dah kena bongok sebijik.

Tidak ada sesiapapun dikalangan pembangun linux menyatakan bersungguh-sungguh bahawa 2009 adalah tahun akan ada peningkatan meyakinkan bagi linux dalam market share sistem operasi. Bermaksud, ianya samasekali tidak mengambarkan bahawa linux telah ditolak oleh pengguna.

Bagi saya yang menggunakan ubuntu setiap hari dapat merasakan bahawa masih terdapat banyak perkara yang boleh dan perlu diperbaiki lagi dalam ubuntu. Begitu juga fedora dan sebagainya.

Lalu kesimpulan saya ialah, Linux desktop masih belum sempurna. Dan mengatakan pasaran telah menolak linux adalah kesimpulan sementara yang tidak akan bertahan lama. Pendapat anda?

72 comments:

  1. pasaran mungkin menolak..
    tapi tidak bagi pasaran yang bijak menilai :)

    ReplyDelete
  2. pasaran menolak? mungkin. tetapi bukankah kita telah melihat pertumbuhan orang yang ingin mencuba linux? mengenali dan mempelajarinya?

    bagi K itu sudah cukup membuktikan bahawa disuatu sudut linux diterima dengan baik :)

    ada yang merasakan berbangga mempunyai kristal dan ia sudah mencukupi, berkilat dan bersinar.
    tetapi ada satu golongan lagi, berbangga mempunyai batu permata mentah yang digilap sentiasa dan sanggup menunggu ia menjadi permata yang betul2 berkilau

    ReplyDelete
  3. Kembali kepada basic of economy.
    1)permintaan=penawaran
    2)penawaran>permintaan
    3)permintaan>penawaran

    Curve yang mana satu akan mengukur linux desktop?adakah permintaan dari customer akan sama dengan apa yang ditawarkan oleh para pembangun desktop linux?

    Ataupun sebaliknya..? IMO, tak lama lagi, desktop linux akan memenuhi permintaan pengguna OS dari segi compatiblity, hardware, software dan user friendly..

    ReplyDelete
  4. sebenarnya telah banyak kali, cnet menulis article tentang linux desktop ditolak.

    dan sebenarnya alasannya masih sama. article ini boleh dianggap sebagai cerita yang berulang di cnet ini.

    ReplyDelete
  5. Itu adalah kesimpulan yang 'reactive' seolah-olah terlalu takut akan peningkatan pengguna Linux. Yang penting, semakin ramai telah dan sedang migrating for UNIX :-)

    ReplyDelete
  6. setuju bro..
    masih terlalu awal utk menolak linux dari pasaran..(agakny org y buat statement tuh kipas susah mati windows agakny?)

    sbbkan skg dari satu sudut OS linux mmpu beroperasi dengan sangat baik walupun memerlukan update y agak kerap..

    tp itu bukan satu alasan..
    kalu penjual notebook tuh da setup best2/kaw2 dari awal sure tak byk prob y timbul..

    lagipun..da namapun utk pasaran netbook..
    my opinion la..
    kalu stakat nak basic things utk surf tenet tuh small matter la..
    tak yah jadik hardcore linux pun tak pa..


    tabik bro..:D


    p/s:internet run faster on linux compare tuh windows..

    ReplyDelete
  7. Salam,

    baru2 ni saya membeli dan menggunakan, mencuba eMac dgn OS X (10.3.9), dan saya harap saya dapat install ubuntu, sekurang2nya 7.10. apakan daya, mcm2 system tak support, antara puncanya, mungkin prosessor G4 itu.

    p/s: support untuk ubuntu mungkin lebih banyak berbanding OS X Panther (10.3.9) tu.

    ReplyDelete
  8. market memang reject linux pun. tengok aje software2 professional. banyak yang dibuat untuk windows. support untuk linux xde. nak pakai kt linux, tapi kena troubleshoot sendiri. tanak support, tapi still nak charge license.

    ReplyDelete
  9. promotion bro..promotion..tu je yang boleh aku kata..aku selalu promote ubuntu@linux, tapi ramai sangat yang tau ape benda linux tu..ramai yang menyangkakan linux tu satu program yang boleh install dalam windows..so ada cadangan mcm mana kita nak promote linux ni?

    ReplyDelete
  10. korang seme.. gnu/linux... bace sket sejarah.. jgn tau duk gune or install je

    ReplyDelete
  11. Anonymous cakap apa? cakap separuh jalan je?

    ReplyDelete
  12. aku guna linux lepas windows aku rosak.pakai linux untuk pulihkan windows akhirnye dua-dua aku dapat.bagi aku windows tak sempurna tanpa linux!!

    ReplyDelete
  13. adakah mudah menggunakan windows.kenapa ada version vista yang dituruntaraf.kenapa wujud windows7.Adakah tahap keselamatan belayar di internet menggunakan windows terjamin.Siapakah yang membunuh kreativiti pembangun sistem aplikasi sebelum ini seperti dbase,firefox dll.Terimakasih kepada pembangun linux distro(cabang) kerana sy dapat memilih linux yg sesuai kegunaan sy.

    ReplyDelete
  14. hasil cerita kat atas tu aku teringat pasal web 3.0 yang mana mungkin akan berlaku 2010 hingga 2030... iaitu system komputer pintar dan dikatakan open source adalah salah satu kemestian untuk merealisasikan era ini.seperti sedia maklum Linux aderlah open source... jadi tak perlu bimbang, permintaan dalam pasaran masih tinggi dan ada.Linux sentiasa dihati... huhuhu

    ReplyDelete
  15. ada berjuta orang kerja dgn window di seluruh dunia.kalau linux yg free kuasai pasaran lingkup la ekonomi.

    ReplyDelete
  16. tapi hakikatnya majoriti penguna didunia adalah windows....linux masih ramai yg kekok tok menguna..hope linux menopoli dunia dlm operasi sistem pc/latop suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  17. Microsof memanipulasikan lesennya.Cuba lihat apa yang dilakukan oleh ms agent dalam registry window.cuba baca perjanjian lesen window.adakah kita alami kerugian atas keuntungan.Berpada-padalah.Bagaimana pekerja di redhat(linux) boleh bernafas hingga kini.Terpulang kepada individu..tapi yang nyata telah ada program kearah opensource oleh microsof.

    ReplyDelete
  18. google akan melancarkan chromium OS hancurla semua OS termasuk windows dan ubuntu!!

    ReplyDelete
  19. linux x mesra pengguna....nape compeny x pikirkan hal ni..salahkan penguna dgn alasan xnak belajar ataw explore..terutamanya penguna linux di msia yg salahkan org melayu...suke sgt kata melayu x suke mmbaca...pekejadah nya!nak buat os...pikir la yg senang tok penguna guna..yg da guna tu senang la dorang ckp...tapi dorang pon mule2 sama je..tgk windows.sekali pakai je dah taw..linux nie mmg free...tapi kalo nak ikut distro2 yg ada bknnye free masa...buat je satu os di sekalikan.gerenti tiptop..

    ReplyDelete
  20. ops satu lagi bro aku rasa distro2 linux yg baynyak nie buang masa je...bkn nye pakai kekal pastu tukar gak..better ubuntu gak...

    ReplyDelete
  21. aku setuju kalu linux diketepikan dlm desktop market share sbb ramai pengguna tidak sanggup belajar dan selesaikan masalah yg mereka hadapi dlm linux.

    lgpun, hardware manufacturer lebih fokus kpd penghasilan driver utk windows n mac shj.

    tp rmai penolak linux lupa bahawa linux dominan dlm server market share. lihat www.netcraft.com. apakah os di tangga pertama. tersgt jarang aku tgk windows atau mac. biasanya linux atau bsd saling btukar tmpat top tri.

    ape yg pasti, linux dikatakan ditolak oleh desktop user krn userfriendliness n driver issue yg pd aku bkn penghalang untuk aku terus menyokong linux.

    aku optimis dgn pembangunan google chrome os yg pasti akn menarik pengguna menggunakan linux sehingga meyakinkan hardware manufacturer to contribute to linux kernel spt mn intel.

    ReplyDelete
  22. market linux sebenarnya kat penguna..iaitu dak2 yg market kat awek konon pakai linux lepak2 kat kedai mamak...tu la market linux sebenarnya..nak kemana linux niee...xjumpe lagi pompuan pakai linux...ada pon kecil sgt

    ReplyDelete
  23. maaf linux good tapi nape user2 linux xleh terima kelemahan linux...sedangkan penguna windows boleh terima kelemahan windows..walaupon ade virus...akui gak ubuntu tenet laju...tapi not in msia...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum...
    saya nak tanya...sy msh baru mngunakan ubuntu dan menceburi dunia linux ni...so, sy nk tnya ape beze nye ubuntu,kubuntu,xubuntu...n yg mne lebih baik???

    ReplyDelete
  25. sebenanrnya xde beza.yg membezakan ialah interface,sistem semua sameee je.elok pakai ubuntu je.kubuntu,xbuntu dan edubuntu tu ang buang ja jauh2.setakat paparan muke je lain xde makne.tapi janji open source.

    ReplyDelete
  26. ubuntu untuk pengguna biasa desktop gnome,kubuntu guna KDE untuk komputer yg ada grafik laju sikit, xbuntu paling ringan untuk komputer yg slow cthnya komputer lama dan edubuntu direka khusus untuk education banyak software untuk pembelajaran dah siap sedia diinstall sesuai untuk budak-budak sekolah.

    ReplyDelete
  27. budak2 sekolah pakai ke linux?comfirm dorang xpakai tros.pening pale dorang

    ReplyDelete
  28. khai,

    tenet ubuntu jg laju d m'sia. aku bleh tnjuk gmbr yg aku amik ms donlod video klip dari youtube.aku pkai celcom broadband (pakej advance) ms tuh.

    ReplyDelete
  29. salam....apa kata kita jgn cerita perbandingan antara window dan linux? kita tak boleh paksa orang menerima linux yang banyak kekurangan dan kita kene juga menerima window ada lah pilihan terbaik.kita tak boleh paksa orang nak guna linux sebab 99% lebih suka menggunakan window..tak perlu dibangga sebab kedua dua datang dari orang putih...lebih baik kita bagi ilmu apa yang ada pada linux...membuat pangguna lebih tetarik lagi baik dari memaksa

    ReplyDelete
  30. kubuntu tok graphic laju?games pon xsupport?harapkan wine x 100% leh guna?
    tok ape ntah linux kuarkan os2 g banyak? funtion xde mane pon?

    ReplyDelete
  31. @Anon(25-12-09): "Windows pilihan terbaik"? Membanding juga tu dipanggil. Tiada siapa paksa guna Linux, masalah sekarang pengeluar tidak membantu dengan memberikan spesifikasi kepada para pembangun atau membina driver untuk Linux jadi ramai yang mencuba Linux akhirnya kembali ke Windows semula dan meninggalkan Linux.

    @Anon(26-12-09): Bukan OS saudara/i, tapi distro. Function xde mane pon??? Ni mesti tak tahu atau tak ada minat guna skrip ni. :/

    ReplyDelete
  32. kubuntu guna grafik byk sebab KDE bukannya untuk komputer yg ada grafik laju tapi kalau komputer grafik slow distro tu mmg akan stuck.kubuntu bukan untuk game tapi paparan grafik dia cantik.

    ReplyDelete
  33. nape KDE nie tiru windows paparannye?aku rasa mcm cedok bulat2 je..jadikan paparan rasmi pulak tu kalo open ok lg.linux linux linux.

    ReplyDelete
  34. kenape tiru? itulah opensource namanya. free and freedom kebebasan beb!! kita bebas nak tiru ke nak buat baru ke atau nak modified. kalau hang reti hang buat la distro baru sendiri punya tak tiru sapa-sapa.tapi comfirm hang tak reti..

    ReplyDelete
  35. free untuk tiru mcm nie xasli la linux nie.x cukup tiru apple tiru lagi windows!..mcm hareeeemmm.
    walaupon windows nie hampeh..lihat apple salah satu menjadi tiruan linux dan windows..apple antara os yg majukan penguna..betul kata org linux ni hanya syok sendiri.windows lak duduk antara tengah2 between apple n linux..windows is your life.haha

    ReplyDelete
  36. walaupon saya xpakai linux tapi saya mengikuti perkembangan linux..kegunaan linux saya hanya tok lepak di kedai mamak ngan rakan2.dan saya sentiasa update tok mantapkan linux..dlm pasaran linux kajian saya buat semasa berada di amerika..penguna linux disana lebih kepada remaja yg 15-24..selepas mereka sudah masuk ke alam perkejaan remaja linux user ni..akan tingallkan linux dan kembali pada mac dan windows.mostly macistosh..mereka akan gune linux apabila berita keluaran update latest version dilekuarkan dan tingalkan balik semula.rakan saya di amerika dan chelsea juga mengatakan kajian mereka sama seperti saya.so linux just for break time or school break macam tu la.tapi saya juga cube promokan ubuntu pada golongan veteran : )

    ReplyDelete
  37. Hang pa semua ni komen tapi tak tau apa2 ttg linux.Linux yang asli ialah fail kernel yg dihasilkan oleh linus trovald bergabung dengan unix file system dan operating system dibangunkan oleh komuniti orang ramai yg pandai dalam programming.Apekejadahnye kata linux tak asli, paparan desktop ikut la apa yg orang nak buat sebab open source,jangan bandingkan linux dengan windows atau dengan Mac, hangpa kena ingat linux ni free.tapi kalau benda free pon lebih kurang macam yg kena bayar..ish lu pikir la sendiri..

    ReplyDelete
  38. depa taw sbb tu la depa komen..bogok tol ko nie.
    bknya komen sebrangan.

    ReplyDelete
  39. kalau tau apsal komen macam orang bodoh?

    ReplyDelete
  40. Appala!! semua orang bodoh!! terutama sekali orang yang buat blog ni.korang ingat orang lain tak tau linux ke?

    ReplyDelete
  41. kepada org 4 sblm terakhir komen
    setakat cite asal usul linux semua org taw.baik aku cite asl usul mac ngan windows.iaitu windows base on microsoft...org2 tg komen bkn sebarangan dorang luahkan pengalaman.bukan asai usul..betol kata komen bawah ko.bogok tol.haha

    ReplyDelete
  42. melayumacitosh???

    macitosh tu ape???

    macintosh aku pnah la dgr...=p

    oh! agakny ko nk cipta OS br kot, MACINTOSH versi MELAYU hahaha!

    ReplyDelete
  43. melayumacitosh nk lwn melayubuntu k0t tp blum tumbuh gigi, bhingus lg kah3!

    windows base on microsoft? WTF!

    mgkin ko nk ckp 'windows is a product of microsoft'.

    jgn kate mac n linux, windows pn melayumacitosh xphm.

    ReplyDelete
  44. Macintosh pon asal usulnya dari Unix sbb tu file systemnya lebih kurang sama dengan linux.kiranya depa ni adik beradik la ataupon orang kata unix base.asal usul microsoft pulak adalah dari macintosh sebab bill gate penah kerja dengan macintosh sebelum dia buat ms-dos tu pon tiru gak dos orang lain cuma dia modified sikit dan patenkan dengan nama microsoft.

    ReplyDelete
  45. korang semua sembang je lebih,,,pakai windows ori tapi program lain semua pirate.lebih teruk lagi yang pakai windows pirate.Game pun pirate...beli la oripunya kalau tak nak sokong opensource.Aku harap kerajaan malaysia mulai tahun 2010 akan melaksanakan rampasan cd,dvd yang tak ori dipasaran.kalau agensi penguatkuasa gagal maka.........

    ReplyDelete
  46. @melayumacitosh

    hang memang buat lawak la.. apple pun guna UNIX base.
    Lepas tu feature2 linux yg MS tiru hang tak highlight pon even MS pakai kod software opensource utk win7 download tools..

    ReplyDelete
  47. buat lah video tutorial step by step..bahasa melayu untuk Linux,fedora atau ubuntu. Bukanyer tak paham Bahasa Inggeris..cuma memudahkan...pastu jual lah kat open market..kalau satu DVD tutorial ko jual RM 30..ko jual kat 1000 orang pembeli..dah ade RM 30000. Susahke.. nak dapat seribu orang..bagi kat orang internet marketing..sekejapan jer.. Impaknyer..makin ramai orang guna..create niche market..tak semua benda didunia ni free..hidup kita guna oksigen pun kena bayar. Sembahyang lima kali..tu kaedahnyer lah..go to the groundzero..jgn lah masuk kampung tapi go to the school..ajar budak-budak..sekolah..ALL IT LAB kat Malaysia mesti Linux ready..Train lah cikgu2 tu..I'll be the first to enrol...

    ReplyDelete
  48. cik ikram useles buat camtu.andai kata suatu hari linux nie berbayar..korang sure xpakai ori nye..cayelah suatu ari nanti linux ni di create untuk buat bisnes untk kompeny dorangnye.dan mula la diciptakkan virus2 tok linux..mule2 open lama2 kena bayar pelan demi pelan..this all bisness game..mark shuttle ni kaut untung gak suatu hari nanti..skrg pasaran 50% tolok linux tggu 100% peratus
    pasaran kick out je.mcm SEGA..mula da x open source tapi close source..harap2 penguin2 faham anda kena pakai apple dan windows gak wakaka

    ReplyDelete
  49. linux harus guna strategi pasaran seperti mana dibuat oleh apple..marketing apple lebih tggi dari pada microsoft..strategi yg mcmne linux nak kena buat iaitu open source dijadikan sebagai close source no more free..serius ni akan tingkatkan pasaran linux.

    ReplyDelete
  50. terima kasih atas segala kritikan dan pujian anda.disini saya ingin beritahu linux will be top best in 2010..jadi anda yg xsuke boleh kembali ke windows dan apple..saya akui saya agak kadang2 boring ngan linux nie..dam satu lagi kegunaan distro membuatkan linux mengalami tekanan pasaran sebernanya kerana modal digunakan walaupon xbesar tapi agak mensia2kan..all the best linux..

    ReplyDelete
  51. korang tau tak berjuta orang sumbangkan idea untuk pembangunan linux.kod-kod open source ni boleh dilihat dan diubah oleh sesiapa saja yg reti programming.geng-geng buah epal sekerat dan tingkap mesti ambik gak sikit idea dari orang ramai ni.so..linux juga membantu dari segi pembangunan apel sekerat dan tingkap,bila ada banyak benda baru ramai orang akan pakai dan beli pasaran akan meningkat.kalau close source apel sekerat pon basi tingkap pon hancur, orang ramai langsung tak dapat apa-apa.

    ReplyDelete
  52. penguin kat atas nie xtaw apa2 pun.pasai linux.sembang lebih

    ReplyDelete
  53. steve jobs,

    linux will never be proprietary,period. y?

    bcoz the codes are not owned by anybody. linus torvalds himself can't say linux code is his product. linux trademark is absolutely his owned but the code which form the kernel is not. u got what i'm saying?

    even codes which form ubuntu are not owned by mark shuttleworth or canonical.yes u got my point, the code is contributed by many people who are not work with canonical.

    its complicated ha...=p

    bottom point GNU/Linux will never be proprietary.

    ReplyDelete
  54. mane x ditolak dalam pasaran asyik bagi free cd je..semua nak free bankrup sendiri tangong la bro..even windows free pirate pon still maintain ni lak free gegile..wakakaka loserr

    ReplyDelete
  55. org da bg free amik je la.watper nk susah2 kuar duit.

    yg ko byr kat 'jack sparrow' tu nk watper.micro$oft xdpt sesen pn duit ko.ko mnjahanamkn bisnes bill gates lg ader.

    ko ckp windows hebat jauh lg bgus tp xsupport companynyer.sikap xubah mcm seputum.knal seputum?

    ReplyDelete
  56. sepuntum tu orang linux la iaitu mark shuttlewoth

    ReplyDelete
  57. nie blog ubuntu ke flamewar??? -____-
    aku nk ckp la..
    aku dh gune& install windows(98-win7),mac os x(10.3&10.5) ngan ubuntu(8.10-latest 9.10)..
    aku rase sume ader kelebihan masing2..
    kalo korang nk komen pon at least try dulu baru citer..
    kalo x tau ape2 tp nk komen x payah la..
    buat malu jer..
    kalo korang nk pertikaikan bab2 market share nih buang mase,air liur ngan bandwidth korang je arr..
    kalo korang test satu2 os baru la korang paham ape speselnyer os tu..

    ReplyDelete
  58. untuk orang atas aku ni..
    sebab depa tau la depa komen
    sengal betoi la hang ni!!
    jangan nak tunjuk macam hg terer la..

    ReplyDelete
  59. untuk org atas aku lak..dia bagi pendapat je..asal bengap sgt ko x paham point die ckap..bebal gak org utara nie...hang yg tunjuk terer..buat kemaih(loghat utara).

    ReplyDelete
  60. untuk love linux..
    apsal yg hg bengong sangat?
    aku paham la apa point dia tu,
    tapi cara cakap macam dah terer semua benda.
    orang lain pon reti jugak bukannya bengong macam korang!!

    ReplyDelete
  61. utk org atas aku..
    aku memang terer utk budak 17 taun :)
    lolololol

    ReplyDelete
  62. x la aku gurau jek ;)
    sebenanye komen 2 ditujukan utk mat2 winduz ngan mac yg wat kecoh kt blog yg langsung x de kaitan nagan dorang jer..

    ReplyDelete
  63. anti bill gate mata empatJanuary 21, 2010 at 2:08 AM

    mat winus ngan mac ni datang bukan buat kacau.ko kena faham nie..(jgan blur sgt)dorang nak bgtaw ape yg pengguna linux xtaw.tgk tajuk la..KENAPA PASARAN MENOLAK LINUX.tu je...ramai penguin linux ni xleh terima ngan pandangan mat windus ngan mac..sendangkan org yg pakai linux pon bg pandangan kelemahan linux teruk..rileks je..kah kah mmg teruk pon..semua os teruk...paling teruk linux..kah kah gigit la apple separuh tu..mcm aku ne baru buat kaau kat blog nie..sbb ko yg rekemen.huhu

    ReplyDelete
  64. apsal korang ni bengong tak habis-habis??
    manusia ni bebas memilih
    tak kira la linux ni teruk ke ape ke.
    yang penting bebas!!freedom peace no war!!

    ReplyDelete
  65. lololol
    ape2 pon sume os ade kelemahannye..
    m@cro$haft-VIRUSSSS
    @pple-hardware mahal nak mampos
    linux-x banyak kompeni driver support

    ReplyDelete
  66. linux ubuntu diasaskan oleh orang africa....lekeh toi

    ReplyDelete
  67. LINUX gaGaL sebab kekurangan software yang power. mana nak cari kmplayer dan foobar untuk linux?
    yang ader mcm banshee amarok rythmbox dragoon totem ..... semuanya hampeh. SOFTWARE is key here for linux. maybe lepas ni semua orang kena belajar mcm mana nak buat software untuk ubuntu. i will hold winXP for my pc lifetime. :D

    ReplyDelete
  68. "Computer is like air conditioner. When i open my windows, my computer will stop functioning".
    Dalam artikel berkenaan, terdapat 4 sebab mengapa linux ditolak.
    1.Masih terlalu banyak kesukaran
    Sebenarnya penggunaan linux nie xde kesukaran sangat pun. Cuma punca dr kesilapan pengguna sendiri. Contoh 1st time aku install Ubuntu secara offline, mmg susah nak update driver dgn setup. Punca: tak baca manual betul2.
    2nd time aku install Ubuntu with online connection. Senang je nak update and setup sebab auto configure and update driver. So my point is using Ubuntu is easier than using tetingkap as long as you have do a correct step. So kesimpulanya punca kesilapan datang dari pengguna, not from developer. Penat2 developer create manual log dgn update tapi hang xmo baca apahal.
    Satu lagi based on my exp, guna windows nie utk org ade duit je. Semua nak license so in the end diorg kaya create duit tapi pengguna tetingkap masih bongok xreti nak tweak OS sendiri sebab nak update je kena beli license dgn Microsoft. Tambahan guna tetingkap mmg slow sebab banyak spam and worm duk masuk ikut tingkap. Satu lagi karmic version nie lagi mudah guna apt. Just google and get link, refer to the update then install. Xsusah mana pun. All about minded.

    p/s: Pakai linux internet speed lagi laju dr guna windows. Internet speed slow bukan salah TM, tapi salah windows sebab mmg lambatla kluar ikut tingkap.

    ReplyDelete
  69. Linux dbina bkn untuk tujuan bisness jd x hairan la share market skit je..tentang lambakan distro plak, aku pn pning kpale nak ingat..bnyak sangat. memang mmeningkan kpale orang ramai.. software-software profesional yg mainstrem x bnyak dbuat untk linux. software open source bagus tp msih x setanding dengan berbayar. orang yang normal sbenarnye malas, jd mmang berat sangat nak ambik tau pasal installation software mahu pn driver. yang dorang tau tekan enter,next,next,next..siap!!!. malas nak servey atau belajar. ape2 hal pn linux mmang lebih selamat dan stabil dr ms window...cume x djamin je...penggunaan adalah dengan risiko sendiri...haha. aku lebih ske gne linux dr windows...tp untuk game...adobe...CAD.. errrrr...errrr...

    ReplyDelete
  70. arghhh yang penting linux power...virus gua delete dlm trash je...hahaha

    ReplyDelete
  71. bergantung pd penguna
    if y are normal user -desktop window os,mac
    but easy kena learn-install
    but easy kena hack
    else if
    y are normal user-desktop linux,bsd
    but easy to learn
    but dont easy to hack
    otherwise
    pakai2 kedua2 lagi bagus...hakikatnye masing2 mutual interaction...
    ape yg ade di dunia ni saling lawan itu sunnahtullah
    panjang ---pendek
    tinggi---rendah
    dunia--akhirat
    linux--window
    free--berbayar
    ape mcm ok tak ayat aku
    protocolunique.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...