Monday, May 23, 2011

Prestasi Ubuntu 11.04 & Unity Setakat Ini...


Artikel ini ditulis selepas lebih kurang sehari saya menggunakan Ubuntu 11.04 atau kod namanya Natty Narwhal. Ubuntu versi baru yang dilepaskan pada penghujung april lalu ini di datangkan bersama antaramuka serba baru diberi nama Unity. Saya banyak mendengar komen dan pendapat pengguna yang terlebih dahulu berpeluang menggunnakan unity terutamanya soal kestabilan dan kemudahgunaannya disamping perbandingan dengan Gnome 3 yang dikatakan menawarkan antaramuka lebih mengancam.

Saya mengambil sikap berdiam diri terhadap komen-komen tersebut sehinggalah saya sendiri yang memasang dan menggunakannya dalam komputer saya.

Melalui pengalaman saya, saya simpulkan Ubuntu 11.04 & Unity kepada berikut;

1. Unity Launcher : berada di sebelah kiri skrin. Animasi 3D launcher ini sangat menarik namun fungsi autohide (default) adalah sangat merimaskan. Namun pengguna boleh disablekan fungsi autohide menggunakan CCSM - Ubuntu Unity Plugin. Saiz icon pada launcher juga boleh diubah menggunakan cara yang sama. 


2. Unity Panel : Pengguna tidak lagi boleh menambah applet seperti dalam sesi gnome biasa sebelum ini. Namun saya berjaya menambah System Monitor Indicator siap dengan Netspeed ke panel menggunakan beberapa pakej & skrip. Ini menunjukkan, fungsi applet pada panel tidak hilang tapi memerlukan pembangun applet untuk mengubah kod aplikasi mereka. Selain itu, unity panel ini  juga diintegrasikan dengan ubuntu global menu dan menu kebanyakkan aplikasi termasuk firefox adalah pada unity panel.


3. Compiz : Efek 3D dalam unity adalah sesuatu yang berisiko dan memerlukan pembangun untuk bekerja lebih untuk memastikannya stabil untuk setiap kad grafik. Pengalaman saya cuba untuk mengaktifkan 3D Cube misalnya menyebabkan konflik antara unity dan compiz dan hanya diselesaikan menggunakan kata arahan unity --reset.

Sekiranya anda berdegil untuk cuba mengaktifkan 3D desktop dalam unity, sila rujuk http://ubuntu4beginners.blogspot.com/2011/05/enable-desktop-cube-in-unity-ubuntu.html

4. Gnome 3 : Buat waktu ini, saya belum membuat keputusan untuk mencuba Gnome 3 disamping unity. Dikhabarkan Gnome 3 dan Unity tidak boleh wujud secara bersama dan memasang Gnome 3 dalam ubuntu 11.04 akan merosakkan unity.

5. Akses Aplikasi : Pada Unity Launcher terdapat lens Applications yang menyenaraikan semua aplikasi yang terpasang termasuk aplikasi yang terdapat dalam ubuntu software center yang boleh dipasang oleh pengguna.


6. Akses Fail : Seperti mana aplikasi, fail dan folder terdapat lens yang tersendiri membolehkan pengguna mengaksesnya dengan cepat. Namun pengguna masih mempunyai nautilus untuk mengakses fail-fail lain seperti biasa.


7. Gnome Biasa : Sekiranya pengguna sememangnya tidak dapat menerima perubahan unity, pengguna boleh memilih sesi gnome biasa ketika login ke ubuntu.

8. LibreOffice 3 : Saya belum berkesempatan menggunakan LibreOffice 3 secara secukupnya namun saya berandaian ianya mempunyai fungsi dan ciri hampir sama dengan OpenOffice.org 3.


9. Customize Tema Desktop : Secara dasarnya, pengguna masih dibenarkan mengubah tema ikon, dan desktop tetapi untuk mengubah tema keseluruhan termasuk warna panel (contohnya), masih memerlukan pengguna replace konfigurasi tema default ubuntu dan unity. Setiap kali ingin direplace, pengguna perlu menggunakan keistimewaan sudo dan ianya agak berisiko pada saya.

10. Fungsi screensaver setakat ini banyak memberikan masalah dalam komputer saya menyebabkan saya terpaksa disablekannya dan tidak membenarkan skrin komputer saya idle.

11. Saya menggunakan komputer yang mempunyai RAM 1 GB dan mungkin sebab itu saya dapat rasakan unity agak lembab prestasinya walaupun sebenarnya ia tidak begitu ketara hingga ke tahap merimaskan.

Sekian buat waktu ini. Insyaallah saya akan kemaskini blog ini dari masa ke semasa.

16 comments:

  1.  zul, libreoffice tu lebih kurang or sama mcm openoffice..since developer dia pun asal dr openoffice diorg keluar disebabkan oleh openoffice dah di ambil alih oleh oracle..so history dia skit from wiki

    http://en.wikipedia.org/wiki/LibreOffice

    ReplyDelete
  2. choozgraffix studiOMay 23, 2011 at 9:42 PM

    thanks... byk g nak kene xplore pasal ubuntu nie... :D

    ReplyDelete
  3. aah..mmg aku rasa camtu... harap ada feature lain pasni.. 

    ReplyDelete
  4. pehal pakai 2D bro..keke
    gnome aku takut crash Unity, so malas ar nak tukar.

    ReplyDelete
  5. Ubuntu ada banyak pilihan seperti Lubuntu dan Xubuntu untuk PC yang RAM rendah. Lubuntu walau pun masih baru kemunculannya, sudah pun menunjukkan prestasi yang meyakinkan dan lebih laju daripada XFCE.

    ReplyDelete
  6. Saya guna ubuntu di laptop, xubuntu diofis dan lubuntu dalam pendrive saya utk access mana-mana komputer dgn cepat (senang nak layari internet).....setakat ni..belum membiasakan diri dgn Kubuntu sahaja....

    Namun linux ubuntu dan the gang byk membuka minda saya apabila mula menggunakannya awal tahun ini......

    ReplyDelete
  7. RAM sye 512 MB tapi bila pakai unity takde lembab2 pun. laju je

    ReplyDelete
  8. mmg best guna Ubuntu...laju jer kalo pc slow pun.....

    ReplyDelete
  9. Salam... tq sbb buat post ni. Disebabkan kemalasan aku nak explore, ada beberapa info yg bagus aku dapat dari post ni. hehe.. TQ bro..

    - Pasal Desktop Unity ni aku xnak ubah byk sgt(compiz/gnome3/..), skrg ni aku cuma nak biasakan diri dgn Desktop Unity je dulu. Dah ok nanti(lepas 2 3 versi baru Ubuntu) baru la aku explore habis..

    - Pasal LibreOffice tu pulak, memang x byk beza lebih2 lagi utk pengguna biasa. Tapi ada beberapa perkara yang lain iaitu theme/icon yang lebih cantik, kaler hijau yang cool(mgkin menyakitkan mata bagi yg suka kaler biru ;p ), addon pdf yg diintegrasikan terus dan bleh buat pdf hybrid(xyah install asing). Ada lagi jugak yg lain yg x brape penting kot, mcm tab Calc yg bleh ubah kaler, dll..

    So far ok jer. Yg aku guna Ubuntu ni adalah sebab laju(terutama sekali startup dan shutdown). hehe.. Tapi memang ada benda la yang kene konfigure/install guna script/command..

    ReplyDelete
  10. 1st time try natty rase cam xbest jer, cam nk tukar balik ke maverick... tp bile dh stable *unity working(sblm ni gune 2D unity je-netbook1MY)..mmg natty best, fix compiz dgn mesa-utils (klau pakai intel graphic/problem dgn 3D/GLX-enable but not working) 
    -http://packages.ubuntu.com/natty/mesa-utils-http://packages.ubuntu.com/km/natty/x11/mesa-utils-extra@ try this code:[http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=1696946]sudo apt-get install mesa-utils
    glxinfo
    compiz --replace

    ReplyDelete
  11. Salam.
    mcmne lw nak tambah System Monitor Indicator dengan Netspeed ke panel unity erk?

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum semua,sy menghadapi masalah wifi tidak wujud dalam sistem Ubuntu 11.04.

     *-network              
           description: Ethernet interface
           product: 88E8039 PCI-E Fast Ethernet Controller
           vendor: Marvell Technology Group Ltd.
           physical id: 0
           bus info: pci@0000:00.0
           logical name: eth0
           version: 14
           serial: 00:1d:72:7b:be:f3
           capacity: 100Mbit/s
           width: 64 bits
           clock: 33MHz
           capabilities: pm vpd msi pciexpress bus_master cap_list ethernet physical tp 10bt 10bt-fd 100bt 100bt-fd autonegotiation
           configuration: autonegotiation=on broadcast=yes driver=sky2 driverversion=1.28 firmware=N/A latency=0 link=no multicast=yes port=twisted pair
           resources: irq:45 memory:f4000000-f4003fff ioport:4000(size=256)
      *-network UNCLAIMED
           description: Network controller
           product: BCM4312 802.11b/g LP-PHY
           vendor: Broadcom Corporation
           physical id: 0
           bus info: pci@0000:00.0
           version: 01
           width: 64 bits
           clock: 33MHz
           capabilities: pm msi pciexpress bus_master cap_list
           configuration: latency=0
           resources: memory:f4100000-f4103fff

    Minta tolong sesiapa yg lebih arif dalam hal nie? utk pengetahuan sy guna Hp Dv2700..sy dh buat research dlm internet dan dh cuba solution yg diberi masih x dpt solved wifi problem..

    ReplyDelete
  13. x nak try Linux Mint ke??? kalu ubuntu kena install-donwload plugin mp3/mp4 dll media codec, tapi Linux Mint ni.. dah ada dalam pakej.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...