Wednesday, May 04, 2011

Upgrade Android Nexus S Ke Versi 2.3.4 Secara Manual : Tutorial & Pengalaman Saya

Google telah mengumumkan versi kemaskini terbaru bagi sistem operasi telefon pintar mereka iaitu Android dengan nombor pelepasan 2.3.4 dan memperkenalkan satu ciri yang selama ini dinanti-nantikan - Video Chat pada aplikasi Google Talk.

Seperti biasa, kemaskini daripada google akan dinikmati oleh telefon keluaran google terlebih dahulu dan bagi kes ini, Nexus S adalah telefon pintar pertama yang dapat merasa kemaskini ini.

Di Malaysia, model Nexus S yang dibawa masuk adalah i9023 menggunakan Super LCD Screen berbeza dengan model di US iaitu i9020 yang menggunakan Super AMOLED Screen. Perbezaan bukan sahaja disitu, namun Build number juga berbeza-beza dan perbezaan ini menyebabkan saya gagal untuk mengemaskini secara manual Nexus S yang saya gunakan sekarang.

Namun hari ini saya merasa bertuah kerana akhirnya terdapat satu cara untuk upgrade Android Nexus S model Malaysia ke versi 2.3.4. Caranya adalah seperti berikut;

1. Muatturun fail ini (94.8MB). Selesai muatturun, namakan semula fail ini sebagai update.zip

2. Pindahkan fail update.zip ini ke dalam memori telefon dalam folder root (folder yang pertama apabila ia dibuka)

3. Reboot telefon. Tekan Volume + Power Button untuk restart telefon dan masuk ke bootloader.

4. Pilih recovery.

5. Telefon akan boot ke dalam recovery mode dan apabila anda melihat ikon segitiga tekan Volume + Power Button beberapa kali sehingga keluar pilihan untuk recovery.

6. Pilih SD Card dan kemudian pilih update.zip (gunakan Volume + , Volume - untuk navigasi dan power button untuk memilih. Apabila anda memilih update.zip, ia akan memulakan proses pemasangan.

7. Selesai proses tersebut, reboot dan anda akan selamat menggunakan Android 2.3.4.

Pengalaman Saya.

- Bagi anda yang takut fail-fail penting akan terpadam dengan proses ini, usah risau kerana semuanya adalah kekal dalam keadaan asal.

- Sebaik selesai proses pemasangan, proses reboot akan mengambil masa sedikit lama daripada biasa. Usah cemas kerana semuanya adalah terkawal.

- Fungsi video chat dalam Google Talk sangat memuaskan. Namun saya kira ianya bergantung juga kepada kualiti front camera sesebuah telefon dan kepantasan internet. [Teori]

- Ujian panggilan video pertama saya adalah dari Ubuntu Desktop ke Nexus S dan ianya sangat memuaskan. Namun begitu, setakat apa yang saya cuba, ianya belum menyokong rear camera (kamera belakang) dan fungsi ini mungkin akan diperkenalkan sedikit masa nanti.

Selamat mencuba.

p/s : Saya tidak akan menanggung apa-apa kerosakan hasil daripada cubaan anda yang tidak berjaya setelah mencuba aksi di atas. Terima kasih.


2 comments:

  1. kalau dgn samsung galaxy 5 boleh tak bro?

    ReplyDelete
  2. untuk Nexus S je bro..galaxy 5 xleh rasa..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...