Saturday, July 30, 2011

Travelog percubaan Google Music Beta....Di Malaysia & Dalam Ubuntu!

Sepertimana yang diketahui umum, Google sedang membangunkan perkhidmatan pengurusan muzik secara awan dipanggil Google Music yang sedang dalam fasa beta dan hanya untuk pengguna US sahaja (buat masa ini). Kemudian, Google melancarkan aplikasi Google Music Manager khas untuk pengguna Linux setelah menyediakan aplikasi yang sama untuk sistem operasi Windows & Mac OSX.

Apabila Google melancarkan aplikasi Google Music Manager untuk Linux, saya tertarik untuk mencubanya sendiri namun oleh kerana Google Music hanya untuk pengguna di US sahaja buat waktu ini, ianya sedikit membantutkan proses percubaan tersebut. Setelah membuat semakan di internet, saya mendapat beberapa maklumat tentang Google Music antaranya;
  1. Seseorang perlu request invitation dan anda mestilah daripada US / IP anda adalah di US
  2. Untuk menggunakan Google Music, seseorang itu tidak semestinya perlu berada di US
Kedua-dua maklumat ini menjuruskan kepada satu hipotesis iaitu, pengguna harus menggunakan IP dari US untuk membuat permintaan jemputan ke Google Music namun beliau boleh menggunakan Google Music di mana sahaja. Ternyata hipotesis tersebut tepat apabila saya menemui artikel ini : 
HowTo Get Google Music Invite Outside US.

Saya mengikuti tutorial tersebut dengan cermat dan selepas hampir seminggu menanti, barulah saya mendapat invitation untuk mencuba Google Music, di Malaysia!


Teknologi berasaskan awan atau Cloud Computing sedang meningkat naik & potensinya adalah sebesar harapan masa depan. Mungkin kerana itu Google, Amazon, dan terbaru Apple telah, sedang & akan melancarkan perkhidmatan muzik berasakan awan ini dalam masa terdekat.

Berbalik kepada aplikasi Google Music Manager dalam ubuntu, aplikasi ini semata-mata untuk pengguna setkan satu folder (biasanya folder muzik) dan kemudian kesemua muzik dalam folder tersebut akan dimuatnaik ke server Google Music untuk disimpan secara awan.


Pengguna kemudiannya boleh mengakses kesemua koleksi muzik miliknya dimana sahaja samada di komputer (menggunakan browser music.google.com) ataupun peranti android dengan syarat pengguna mestilah mempunyai sambungan internet.


Selain dari fungsi menambah koleksi muzik peribadi ke Google Music, Google Music juga sebenarnya adalah market kepada industri muzik dan pengguna boleh membeli lagu yang digemari dari artis kesukaan mereka. Namun begitu, saya tidak menemui fungsi ini dalam Google Music saya mungkin kerana saya mengaksesnya dari Malaysia & tidak menggunakan proxy.

Apapun saya tetap optimistik dengan Google Music atas beberapa sebab;

  1. Integrasi dengan Google+ seakan-akan sesuatu yang pasti
  2. Integrasi dengan Android (belum dicuba secara praktikal)
  3. Google menyokong kesemua sistem operasi, termasuk mobile OS!
  4. Streaming muzik yang tiada gangguan (sepanjang proses percubaan ini)
Saya mengharapkan Google akan melancarkan Google Music ke Malaysia secara rasminya tidak lama lagi.

8 comments:

  1. boleh invite kengkawan kan bro?

    ReplyDelete
  2. boleh kot..tapi aku xnampak lagi link invite...huhu

    ReplyDelete
  3. ada la, invite2 aku sekarang la.haha

    ReplyDelete
  4. dulu2 penah gak instal Google Music Manager.. fungsi masa tu tak berapa menarik..sekarang tak tau la.. camne?

    ReplyDelete
  5. bro,nk tnye..slamat ke kalo kt login via proxy?x kena curi ke password kt nanti?

    ReplyDelete
  6. guna proxy yang ada credible lah..jangan proxy yg xtau dari mana..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...