Tuesday, November 08, 2011

Perkongsian Maklumat

ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir.

Berikut adalah Objektif utama kajian:

  1. Mengkaji aplikasi perisian sumber terbuka di dalam proses perancangan dan penjadualan projek pembinaan.
  2. Mengkaji kesesuaian pengaplikasian perisian sumber terbuka di dalam proses perancangan dan penjadualan projek pembinaan.

Kesimpulan kajian:

Aplikasi ICT mempengaruhi peningkatan produktiviti dan efisien di dalam industri pembinaan. Selain itu, masalah-masalah yang dihadapi seperti kecenderungan penggiat-penggiat pembinaan memilih perisian sumber tertutup di dalam perancangan dan penjadualan. Masalah yang kedua ialah industri pembinaan agak mundur dari segi implementasi ICT berbanding industri-industri lain di dalam negara. Masalah yang seterusnya adalah berkaitan dengan etika dan moral penggiat-penggiat industri pembinaan di Malaysia di dalam menggunakan perisian cetak rompak. Dengan mengenalpasti masalah-masalah dan skop kajian harapan penulis adalah supaya dapat menyedarkan orang ramai tentang wujudnya pilihan yang lain selain daripada sumber tertutup agar produktiviti di dalam sesuatu projek pembinaan dapat ditingkatkan lagi sekaligus mencapai matlamat pengurusan projek itu sendiri iaitu mengurangkan kos, menjimatkan masa dan penjagaan kualiti.

Ini adalah sebahagian daripada proposal awal ShimG kepada pensyarah. ShimG rasa macam rugi pula tidak diteruskan, segala jerih payah untuk mengumpul data hanya untuk dapatkan segulung ijazah sahaja. ShimG rasa itu satu pembaziran yang amat sangat. Jikalau boleh ShimG ingin berkongsi pengetahuan dengan sesiapa saja berkaitan dengan perisian sumber terbuka, buku-buku yang pernah ShimG baca, jurnal-jurnal mengenai ICT yang kalau bukan berpuluh mungkin beratus ShimG baca.

Jadi sesiapa yang ingin bertukar-tukar pendapat atau ingin nasihat ShimG sila emel kepada : hashimwinger11@gmail.com atau anderson112001@yahoo.com

Dan satu lagi servis ini adalah PERCUMA tidak berbayar...=)

6 comments:

  1. saya jg prnah bt kajian mengenai tahap kesedaran mengenai open source di kalangan pelajar. ada antara mereka masih belum tahu n tidak sedar perisian yg mereka guna itu open source

    ReplyDelete
  2. saya pernah membaca mengatakan bahawa ada satu syarikat besar international berhenti menggunakan Red Hat kerana kos training / consultation terlalu tinggi berbanding kos menggunakan windows...

    p/s: terasa macam seminar pula dekat sini

    ReplyDelete
  3. Ahmed: Boleh kongsikan daptan kajian tak?
    Ahmad:syrikat apa tu yer?

    ReplyDelete
  4. boleh tp yg ni cuma mini research, lebih kpd pilot test, insyallah akan saya kembangkan lg utk research saya tahun hadapan.

    ReplyDelete
  5. Ahmed: maknanya ada kertas seminar?

    ReplyDelete
  6. insyallah utk tahun depan, masa bt hari tu just utk tgk respondent mcm mana,

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...