Posts

Esklusif untuk pengguna windows : Sudahkah anda bersiap untuk 1 April?

Image
Entry ini esklusif kepada pengguna sistem operasi microsoft windows dari versi 2000, XP, Windows Server 2003/8, Vista dan owh! Windows 7! Beberapa hari lalu saya terbaca tentang perihal Microsft sedang memburu pengguna windows cetak rompak (pirate) di blog aman yang menceritakan tentang apa yang dipanggil WGA (windows genuine advantage). Kini satu lagi BALA bakal menghantui pengguna sistem operasi windows, satu cecacing (worm) bakal menyerang pada 1 April ini (esok). Cecacing yang dinamakan Conficker (juga dipanggil downup, downadup, kido) ini dikatakan bakal menyerang pengguna sistem operasi windows pada 1 April ini dan memberikan kesan kepada sistem keselamatan komputer seperti mempasifkan antivirus, menghalang pengguna dari memasuki laman web antivirus, mempasifkan sistem automatic update, BITS, windows defender dan error reporting services. Anda boleh membaca lanjut berkenaan cecacing ini di laman web wiki . Menghadapi Conficker. pastikan anda mengambil segenap langkah pencegahan ...

Cuba Google Desktop dalam ubuntu

Image
Google Desktop ialah satu aplikasi yang dibangunkan Google untuk memudahkan pengguna mencari fail-fail dalam cakera keras dan juga mencari laman web di internet. Quick Search Box. Ianya berfungsi seumpama Gnome-Do. Tekan Ctrl 2x dan satu kotak pencari muncul. Taipkan apa sahaja yang ingin anda cari dan ianya akan mencari item yang berkaitan dengan text yang anda taip. Cari Gmail dan Web History. Oleh kerana indeks gmail dan web history sebenarnya disimpan dalam cakera keras (dan bukan dalam internet), anda boleh mencari sesuatu dalam gmail dan web history dengan menggunakan Google Desktop. Proses Indeks fail-fail dalam cakera keras. Sebaik selepas memasang dan melarikan Google Desktop, ia akan mengindeks fail-fail yang berformat berikut yang terdapat dalam cakera keras komputer anda; Gmail Text files and source code PDF and PS files HTML files Email from Thunderbird OpenOffice.org documents Image and music files Man pages and Info pages Microsoft Word, Excel, and PowerPoint Ianya akan...

Crack WEP dalam Ubuntu?

WEP(Wired Equivalent Privacy) ialah salah satu dari jenis Encryption bagi sesuatu Access Point jaringan tanpa wayar. Terdapat juga jenis encryption lain seperti WPA, WPA2 dan sebagainya. WEP biasanya dilindungi oleh kata laluan dan berita baiknya ialah, kita boleh connect kepada sesuatu access point yang dilindungi oleh WEP dalam ubuntu menggunakan aircrack-ng . Anda boleh membaca lanjut tentang cara-cara untuk crack WEP dalam ubuntu menggunakan aircrack-ng dalam laman web rasmi aircrack-ng. Saya tidak boleh memasukkan tutorial langkah-demi-langkah disini kerana tidak cukup alatan. Jika anda cukup alatan dan telah mencubanya, apakata jika menyumbangkan artikel/tutorial anda disini?

Berikan 60 minit kepada "BUMI" : Melayubuntu setuju!

Image
28 hb 3, 2009. 8.30mlm ~ 9.30mlm. Earth Hour ialah satu acara antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF pada hari sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun yang meminta/merayu rumah atau pejabat untuk menutup lampu dan alatan elektrik lain dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran kearah menyelesaikan masalah perubahan iklim dunia. Untuk tahun 2009, 82 buah negara dan lebih dari 2100 bandar telahpun menyatakan persetujuan untuk turut bersama-sama menyahut seruan Earth Hour dengan memadamkan lampu dan perkakasan elektrik. Adakah anda juga setuju?

Jaunty Jackalope Beta dilepaskan

Setelah 6 kali memakai status alpha, kini untuk kali pertama Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope Beta muncul untuk dicuba sebagai antara langkah terakhir sebelum pembangunnya menerbitkan versi stabil pada April ini. Ubuntu Jaunty Jackalope versi beta menampilkan beberapa perubahan terutamanya menggunakan GNOME versi 2.26 dan kepantasan untuk boot. Saya ada membaca beberapa review tentang kepantasan boot yang dialami oleh pencuba jaunty jackalope di planet ubuntu. Kebanyakkan mereka yang mencuba melaporkan bahawa jaunty jackalope hanya mengambil masa kurang dari 20 saat untuk boot. http://profarius.com/content/jaunty-boots-fast-15sec http://en.andregondim.eti.br/?p=106 Dengan terbitnya versi alpha, kini pembangun ubuntu menerbitkan countdown banner untuk dipamerkan dilaman blog atau website peminat ubuntu diseluruh dunia.

Tip terjemah di Launchpad dengan lebih mudah

Image
Selepas anda menyertai pasukan terjemah ubuntu di launchpad.net , anda mungkin bersemangat untuk memulakan tugas menerjemah ubuntu ke dalam bahasa ibunda. Anda sama-sekali tidak perlukan kelulusan untuk melakukan tugas ini kerana ia sebenarnya cukup mudah. Berikut merupakan tip (petua) mudah untuk diikuti bagi meningkatkan produktiviti anda; 1.Masuk laman berikut; https://translations.edge.launchpad.net/ubuntu/jaunty/+lang/ms 2.Klik mana-mana pakej dalam template name dan pastikan anda faham perkara berikut; 3.Selepas mengenalpasti pakej yang ingin ditafsir, klik padanya. Sebagai contoh, saya telah klik pakej xulrunner. 4.Pilih satu bahasa yang ingin dijadikan panduan (selain bahasa inggeris) Dalam imej diatas, saya telah menjadikan bahasa indonesia sebagai panduan. Dengan ini, saya boleh melakukan terjemahan dengan lebih mudah dan pantas. Amacam?

Ubuntu Karmic Koala 100% dalam BM dan cabarannya

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi terima kasih serta tahniah kepada pengguna ubuntu yang sudah dan akan menjadi penterjemah kepada ubuntu ubuntu di launchpad. Namun, kelihatannya masih bertimbun kerja yang berbaki dan perjalanan kita sebenarnya masih terlalu amat jauh. Pun begitu, izinkan saya mengaris satu garisan masa untuk menunjukkan kita ialah satu komuniti yang menitikberatkan prinsip "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", "yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul". Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 363,030 dari 440,545 item masih belum diterjemah ke dalam bahasa melayu. Ini sekaligus memberi makna, selama ini kita hanya mampu menterjemah 77,515 item kedalam bahasa melayu (BM). Abaikan soal adakah pencapaian itu memberangsangkan atau tidak. Saya ingin berkongsi idea dengan anda bagaimanakah komuniti ubuntu malaysia akan mampu menafsirkan 100% Karmic Koala ke dalam bahasa melayu apabila ia diterbitkan pada penghujung bulan Oktober tahun ini. Target...