Sunday, May 22, 2011

Pengalaman Direct Upgrade Ubuntu 10.10 ke 11.04


Apabila saya maksudkan direct upgrade, saya tidak maksudkan upgrade menggunakan Live CD Ubuntu seperti yang ditulis sebelum ini. Direct upgrade memerlukan anda memasukkan kata arahan update-manager -d dan prosesnya memerlukan anda memuatturun fail ubuntu yang ingin diupgrade secara terus (direct) menggunakan internet.

Saya sama sekali TIDAK mengesyorkan anda menggunakan proses ini untuk memasang ubuntu 11.04 kerana beberapa sebab;

1. Ianya memerlukan internet yang pantas atau setidak-tidaknya kesabaran yang panjang. Sekiranya apa-apa berlaku ketika proses upgrade sedang berjalan (cth: blackout, poweroff, bla bla) banyak masalah akan timbul

2. Proses ini mempunyai kebarangkalian untuk merosakkan konfigurasi pengurusan software

3. Apabila ada masalah dikemudian hari, masalahnya sangat pelbagai bergantung kepada kondisi konfigurasi ubuntu anda sebelum proses upgrade dilakukan.

Namun pada saya proses upgrade direct ini mempunyai kebaikan contohnya ia tidak membuang software yang telah anda pasang sebelum ini dan ini berbeza dengan proses upgrade menggunakan Live CD.

Oleh kerana konfigurasi ubuntu saya sebelum proses upgrade adalah sangat complicated, dipenuhi dengan PPA yang membekalkan pelbagai pakej yang mempunyai kebarangkalian akan clash dengan pakej baru yang bakal dipasang dalam ubuntu 11.04 yang baru, proses upgrade saya kali ini adalah antara yang paling sukar pernah saya lalui. Antara kesukaran tersebut ialah;

1. Internet yang tidak memberansangkan. Memerlukan tidak kurang 24 jam untuk memuatturun semua pakej yang diperlukan.

2. Pada hari saya membuat upgrade, P1 Wimax tiba-tiba mempunyai masalah tidak dapat akses ke laman web tertentu termasuk server ubuntu yang saya gunakan untuk upgrade!

3. Saya mencuba lagi hari berikutnya. Nasib baiklah saya tidak perlu memuatturun semua pakej yang telah dimuatturun sebelum ini. Resume download pakej sehingga selesai. Ketika proses pemasangan pakej, saya sempat membaca beberapa amaran menyatakan itu ini tidak 'ngam'.

4. Selepas restart, saya tidak menemui Ubuntu Software Center! Apabila dicari menggunakan Synaptic Package Manager dan cuba memasangnya, pakej python-webkit yang merupakan dependency kepadanya tidak dapat dipasang!

5. Dalam usaha menyelesaikan masalah itu, saya melakukan kesilapan sehingga mendapat error berikut setiap kali membuka Synaptic Package Manager
E:Encountered a section with no Package: header,
E:Problem with MergeList /var/lib/apt/lists /us.archive.ubuntu.com_ubuntu_dists_natty_main_binary-i386_Packages,
E:The package lists or status file could not be parsed or opened.
6. Kemudian saya berjaya menyelesaikan masalah di atas dengan mendelete semua fail dalam /var/lib/apt/lists/partial

Kalau anda bertanya apakah sebab saya mendelete semua fail dalam folder ini, saya tidak ada jawapan. Instinct saya mengatakan begitu.

7. Untuk menyelesaikan masalah python-webkit, saya hanya menambahkan PPA bagi python-webkit dan penyelesaian ini sangat mujarab!

Alhamdulillah, sehingga sekarang, ubuntu 11.04 yang sedang saya gunakan dalam keadaan baik dan hanya tinggal sedikit isu yang tidak menganggu kelancaran sistem.

Walaupun banyak masalah yang muncul, saya banyak belajar cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ianya secara tidak disedari menyuntik minat untuk memahami apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Sehingga akan tiba satu masa, apapun masalah yang muncul kita boleh mengagak apakah yang silap dengan konfigurasi sistem kita.

Insyaallah saya akan berkongsi lagi berkenaan ubuntu 11.04 ini dimasa akan datang :)

12 comments:

  1.  aku pon dah serik nak direct upgrade macam ni. baik buat fresh install

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada upgrade Ubuntu 10.10 ke Ubuntu 11.04 banyak cabaran antaranya selepas proses reebot skrin blank dan lampu Num Lock dan Caps Lock blinking tapi tidak pernah membantu untuk memasang Ubuntu 11.04.

     

    ReplyDelete
  3. tak sanggup nak guna direct update.. takot frust kalau ada masalah

    ReplyDelete
  4. fresh install paling selamat. pilih manual partition tapi partition /home jangan di format. insyaAllah sume software settings akan kembali pulih lepas anda install balik setiap software yang digunakan sblm ni.. :)

    ReplyDelete
  5. nice one.
    base on experience klu internet stable tkde masalah. Just guna streamyx je.
    Upgrade netbook 1Malaysia ke 11.04. Lepas upgrade semua ok.

    Tapi lepas tu selalu hang macam berat. Last2 downgrade ke 10.10 baru ok.

    ReplyDelete
  6. kalau sesi gnome biasa berat gak ke?? 

    ReplyDelete
  7. yups..betul tu. kalau malas nak godek prob mmg clean install lagi bagus.. 

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah aku ok je, cuma dua kali la dia reset balik waktu nak habis tu
    last2 nak masuk ubuntu boot lambat..nasib ada cara, so far alhamdulilah tak de complicated dgn adanya GOOGLE..hehehe

    ReplyDelete
  9. cara lain, dunlud iso 11.04, buat bootable live usb, pastu cucuk usb tu masa dh login ubuntu, akan kuar pop-pup upgrade

    ReplyDelete
  10. owh camtu pun bleh ek..xtry plak cmtu..huhu

    ReplyDelete
  11. nak guna linux nih memang banyak cabarannya, walaupun Ubuntu, tapi dengan keazaman yg kuat(cewahhh) tak de hal punye :)

    ReplyDelete
  12. saya baru upgrade ubuntu dari LL ke NN. Masih menyesuaikan diri dgn unity. harap2 dari segi pgunaan applikasi dan sebagainya takde masalah. 

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...