Tuesday, August 16, 2011

Panggilan untuk sukarelawan2 Melayubuntu...

Salam, di dalam buku Enchantment oleh Guy Kawasaki. Beliau telah memberikan beberapa cara bagi menarik orang ramai untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan lebih berkesan.
1. Letakkan sasaran yang tinggi.
Sukarelawan perlu tahu apakah yang mereka lakukan adalah penting dan mereka sedar bahawa mereka boleh melakukan perubahan yang lebih baik. Mungkin Melayubuntu(MB) perlu meletakkan sasaran yang mencabar dan tinggi untuk sukarelawan ini untuk meningkatkan moral mereka kerana moral mereka kini bukanlah duit semata2. Contoh dengan mengadakan kutipan amal untuk disumbang kepada badan-badan kebajikan.
2. Urus mereka dengan baik.
Apabila mereka mengetahui apa yang mereka lakukan itu boleh membawa perubahan, mereka hendak menolong, dan tugas MB adalah membolehkan mereka membantu apa yang boleh. Ini termasuklah merancang dan menyusun bagaimana utk memanfaatkan tenaga kerja yang ada dengan mengetahui apakah kelebihan2 pada seseorang volunteer dengan yang lain.
3. Penuhi Kehendak mereka.
Kenapa ada orang menyertai Non-profit organisation? ada 3 sbb prinsipal yang utama:tanggungjawab(saya perlu tolong orang2 yang dalam kesusahan); semangat kekitaan(saya suka lakukan aktiviti bersama2 mereka);mastery(belajar sesuatu kemahiran baru adalah lebih bernilai daripada wang ringgit).
4. Sediakan penghargaan.
Penghargaan boleh datang dalam bentuk2 kecil sekali pun; kad bisnes, ucapan terima kasih, diberi peluang utk berucap di konferens dan lain-lain.
5. Sediakan hadiah-hadiah percuma.
Hadiah2 di sini bermaksud belanja makan ke minum ke?tshirt ke?mug ke?

Macam biasa lontarkan idea2 bernas anda dalam ruangan komen. Disamping itu hendak ucapkan terima kasih pada Bro deensokmo kerana belanja minum tempoh hari. Sila layari laman web beliau yang saya rasa amat sesuai bagi pengguna2 Ubuntu. Kerana artikel2 disana kebanyakannya adalah praktikal dan mudah untuk difahami. Sesudah saya bertemu beliau, dapat saya rasakan bahawa saya dan beliau mempunyai satu titik persamaan iaitu obses dengan ubuntu dan distro hopper. Ini laman webnya http://www.deensokmo.blogspot.com/

6 comments:

  1. Bagi tau je, sedia berkhidmat di sini.

    ReplyDelete
  2. salam,sy effendy dr sg buloh,sy ada cadangan supaya melayubuntu tidak terhad pada ubuntu sahaja,,mungkin leh create team untuk review distro linux2 yg lain.thx

    ReplyDelete
  3. mungkin kurang sesuai sebab kebanyakan post dalam blog ni pun lebih kepada ubuntu, jadi kalau teteibe terjah distro lain macam aneh pulak nanti :P

    ReplyDelete
  4. betul2...jipang menjerit....projek yg ada dlm kepala sekarang adalah nak wat Ubuntusetup ala2 http://usesthis.com/ ....Jipang menjerit adalah salah seorang yang akan diintebiu...tunggu....

    ReplyDelete
  5. Saya sokong melayubuntu fokus kepada UBuntu sahaja, review distro linux yang lain pun dah ada di  Jomlinux, Sumber Terbuka.net dan sebagainya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...