Posts

Showing posts from September, 2011

Gnome 3.2 Dilepaskan : Pembaharuan Menarik

Image
Gnome 3.2 telah dilepaskan kepada umum dan pengguna yang ingin mencubanya akan dapat melakukannya menggunakan Ubuntu 11.10 yang bakal dilepaskan 2-3 minggu dari sekarang. Antara fungsi & ciri menarik yang diperkenalkan yang sempat saya highlighkan di sini ialah: 1. Aplikasi Contacts Contact Search 2. Aplikasi Documents Integrasi aplikasi Document dengan akaun online 3. Fungsi Quickly Preview 4. Web Applications Untuk maklumat lanjut, baca anda boleh membaca nota pelepasan penuh di  http://library.gnome.org/misc/release-notes/3.2/ Credit : GNOME.ORG Apakah fungsi kegemaran anda dalam senarai di atas?

Simple Hack : Firefox

Image
Bookmark Firefox ke Firefox atawu Internet Explorer Anda mempunyai banyak laman web kegemaran didalam PC atau laptop anda. Tetapi pada hari itu, anda memerlukan akses ke laman web tersebut. Masalahnya, laptop anda ada di rumah. Macamana cara yang mudah untuk ingat laman web yang selalu anda layari: Hafal Salin satu-persatu dalam buku nota Salin bookmark firefox anda. (Kita akan buat cara ini) Export Bookmark Klik bookmark > show all bookmark atau shift+ctrl+B Akan keluar seperti ini: klik import and backup > export html > save sebagai *.html Import Bookmark ke Firefox Klik bookmark > show all bookmark atau shift+ctrl+B Dia akan keluar seperti ini: Import ke Internet Explorer Tekan alt > File > import and export Check kotak favorites Browse file *.html tadi Wala....siap... Fail bookmark itu boleh disimpan dalam PenDrive atau boleh diupload ke Google Document .

MelayUbuntu setup: Mohadila

Image
Nama Glamour : Mohadila Nama sebenar : Mohamad bin mohd yusoff Pekerjaan : Penolong pegawai perubatan di Hospital Pekan, Pahang(Pasni ada pembaca2 Melayubuntu yang sakit2 nak ubat tu boleh lah calling2 Mohadila...ye tak??) Walaupun kerja saya jauh menyimpang dari dunia pengkomputeran, namun minat terhadap komputer melebihi segalanya. Melakukan kerja repair komputer sebagai kerja part time. Pengalaman dengan LINUX: Mula mengenali Linux seawal 1998 melalui RedHat Linux 5.0, semuanya secara kebetulan ketika lepak bersama rakan-rakan di kolej Tun Razak, UTM Skudai. Ketika itu semua setup hardware dilakukan secara manual menggunakan command line dan script editing (bukan plug & play cam sekarang nie). Walaupun untuk setup linux ketika itu begitu susah, dengan kurangya sumber rujukan, kami semua begitu gigih untuk cuba belajar menggunakan linux. Mengenai Ubuntu pula, mula menggunakannya mulai ubuntu 8.10 sehinggalah sekarang. Mula-mula dulu, buat dual boot,...

MelayUbuntu setup: Syah ExtraBlack

Image
Syah ExtraBlack adalah nama samaran dalam internet, memang panggilan "manja" dalam dunia internet ni adalah syah. pernah menjadi penulis blog ini suatu ketika dahulu. Kerja? FB 24jam. Masih lagi study dalam bidang Mechanical Engineering (Mechi Design n Development) di UniKL MSI, Kulim Kedah. Asal dari K. Terengganu. Umur 19. bola tak minat, suke ngadap laptop je. pernah jadik angau dengan mac osx dengan buat triple-boot Ubuntu, Window7, dan mac osx SL dalam lappy buruk nih. fb https://www.facebook.com/syah. extrablack . start pakai linux dari form2 time tu tahun 2006. sejak ubuntu pakai unity secara default, selera terus berubah dengan pakai pinguy linux. masih belum bernafsu dengan unity. Oleh sebab internet kat unikl nih terlalu slow, aircrack menjadi perisian penting untuk menjimatkan ekonomi. HP Compaq CQ35-331TX Sistem Pinguy Linux 11.04 (gnome 2.32.1 dengan kernel 2.6.38-11) Windows 7 Ultimate (tak ori) Perkakasan Intel Core2Duo 2.20GHz Ram 2gb je nvidia 105m 512mb Peri...

MelayUbuntu setup: Inashdeen

Image
Inashdeen atau nama sebenar Muhammad Ihsan khalib jaafar ( FB : https://www.facebook.com/ ihsan.salam ) seorang pelajar perubatan Cairo University Mesir. Merupakan seorang kipas-susah-mati linux dan menaungi persatuan remaja linux malaysia ( https://www.facebook.com/ remajalinux ), dia tidak pernah menyangka bahawa orang yang bebal pasal komputer seperti dirinya ini dulu mampu menjadi aktivis linux suatu hari kelak. Hobi harian tak lain tak bukan menyibuk di fesbuk sambil menelaah buku anatomi netter dan physiology keluaran faculty department. :) lebih menyayangi IT terutamanya Ubuntu melebihi aweknya ''dah clash pun :p''(Single dia nih, tak tau available ke tak??) dia mengakui bahawa dirinya memiliki sedikit perasaan anti-mac kerana berpandangan syarikat itu bersifat mengawal penggunanya. ((semua ini bukan aku yang tulis ye, dia sendiri tulis, ada aku tambah2 sedikit je...)) Apakah setup ubuntu/linux anda sekarang? Menggunakan laptop compaq cq42-203au, dirinya cukup b...

Muatturun Aplikasi Google+ 1.0.7 Untuk Android

Image
Sekiranya anda seperti saya, tercari-cari fail APK (untuk Android) bagi aplikasi Google+ serba baru yang memperkenalkan banyak pembaharuan seperti yang dihebahkan , anda boleh memuatturun melalui pautan : http://www.hangoutparty.com/com.google.android.apps.plus-2.apk Via :  https://plus.google.com/105421360534824524100/posts/bCzATWzMwwT P/s : Perkongsian ini dilakukan kerana aplikasi android Google+ masih tidak dibuka kepada pengguna di Malaysia.

Rekaan Countdown Banner Untuk Ubuntu 11.10 : 5 Terbaik

Image
Seperti biasa, pihak pembangun ubuntu telah menganjurkan penyertaan dari pengguna ubuntu dari seluruh dunia untuk menghantar rekaan countdown banner bagi Ubuntu 11.10. Di sini saya kongsikan antara rekaan konsep yang bagi saya antara yang terbaik. 1. Rekaan Daniel dari jerman 2. Rekaan Aditia A. Pratama dari Balik Papan, Indonesia 3. Rekaan Thorsten Wilms 4. Rekaan Sayantan Chauduri 5. Rekaan Martin Holicky (baru 14 tahun) Maklumat lanjut, rujuk  https://wiki.ubuntu.com/Website/OneiricCountdownBanner Rekaan yang mana satu terbaik bagi anda?

Ubuntu Tweak 0.6 Beta Sedia Untuk Dicuba oleh Pengguna & Pembangun

Image
Versi Ubuntu Tweak yang menyokong ubuntu 11.10 pastinya dinanti-nantikan oleh pengguna ubuntu yang tidak mahu terjun ke dalam terminal semata-mata untuk mengubah beberapa aturan desktop mereka. Kini, Ubuntu Tweak 0.6 sudah hampir untuk dilepaskan sepenuhnya apabila pihak pembangunnya menerbitkan versi beta yang pertama . Antara ciri-ciri dan perubahan penting yang diperkenalkan dalam perisian utiliti ini ialah; Antaramuka serba baru Informasi paparan utama Semua cirinya "plug-able" Package Cleaner menjadi satu ciri penting (dikenali sebagai Janitor) Ciri penting : [Overview], [Tweaks], [Admins], [Janitor] Dalam preferences, pengguna boleh enable, disable, pasang plug-in baru. Fungsi [Tweaks] dan [Admins] mempunyai antaramuka selaras dengan Gnome Control Center bersekali dengan fungsi butang [Forward] dan [Back] ...dan beberapa lagi perubahan antaramuka lain. Kemana perginya App Center dan Source Center? Kedua-dua fungsi ini masih be...

MelayUbuntu setup: Deensokmo

Image
Nama penuh Kamarudin Mahmood dan nama pendeknya deensokmo. Bekerja sebagai Pemantau Projek yang melibatkan pendawaian dan pengubahsuaian peralatan dan panel elektronik. Kerja-kerja ini tidak bersangkut paut dengan komputer, beliau mula mengenal Ubuntu sekitar tahun 2008 dan sehingga sekarang. Memandangkan cabaran hidup di kuala Lumpur agak mencabar(katanya la...aku rasa betul2 mencabar :P ), jadi beliau buat kerja separuh masa dengan mengambil upah membaiki komputer sebagai duit sampingan beli susu anak-anak (bapak mithali der....). Nak tahu lebi lanjut tentang bapak mithali ni jenguk ke Laman FB beliau. Perkakas komputer MOther board - BIOSTAR Group/N61PC-M2s 1GHz AMD Athlon(tm) 64 X2 Dual Core Processor 5200+ 3 GB DDR2 RAM 512 MB Nvidia Graphic Card 160 GB ATA Samsung SP1614C Hard disk Setup Ubuntu Ubuntu 10.04 LTS Tema= T-ish-Brush, Ikon=osX_MoD, Wallpaper= Ubuntu Chrome Perisian harian Menulis - LibreOffice, gEdit Pelayar internet - Firefox dan Chromium Pemain...

MelayUbuntu setup: MFauziRahman

Image
MFauziRahman atau nama ringkasnya Fauzi atau nama glamournye Agharr. Tak tahulah dia ni keja ke tidak? Mungkin belajar lagi kot di IIUM. Meminati kelab Man Utd. dan Mac OsX sampai install hackintosh kat Dell XPS dia. Mempunyai anak yang sangat comey boleh lihat sendiri Laman FB beliau. Beliau mempunyai satu blog Me and Open source. Dell XPS M1330 Sistem Ubuntu 11.10 (Oneiric Beta 1) Kernel 3.0.0-1-generic Gnome 3.1.91 Perkakasan Intel core2duo 2.00ghz 4gb DDR2 ram Perisian Harian Internet : Firefox & Google chrome Office : Libre Music : Banshee Video : Media player & VLC Email : Thunderbird Chat : Skype Graphics : Picasa 3 & Kolourpaint Lain2 : remote desktop, network tools, terminal Setup impian : sama mcm Abugarcia ..nak memiliki macbook air yg di kuasakan oleh ubuntu. Sesiapa yang berminat untuk menhantar setup Ubuntu/Linux mereka, saya alu-alukan emel kepada hashimwinger11@gmail.com Nak Lagi MelayUbuntu Setup MFauziRahman adalah salah satu daripada koleksi MelayUbun...

Tahukah Anda - Siri 2

Image
Tahukah anda? Segelintir pengguna Windows akan memanipulasikan perkataan UBUNTU sebagai bahan jenaka mereka dan pada masa yang sama mereka pula dibayangi rasa takut untuk berkongsi USB Pendrive meskinpun telah memasang perisian antivirus berbayar. Tahukah anda? Dengan menggunakan Ubuntu Live CD/USB, anda sebenarnya telah mengambil langkah bijak dan merupakan salah satu cara yang paling selamat untuk menjalankan transaksi e-banking bagi mengelakkan jejak yang mungkin dapat dihidu oleh skrip cecacing. Tahukah anda? Pada 20/10/2004 Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) adalah versi pertama dilancarkan  dan berkembang sehingga ke versi 11.04 dan menjadikan 14 versi kesemuanya setakat September 2011. Tahukah anda? Merujuk kepada rekod Linux Distribution Time line , versi 11.8 sehingga tahun 2011 telah lahir sebanyak 61 Distro berasaskan Ubuntu dan antaranya yang popular ialah seperti Linuxmint, Pinguys OS, Super OS, Ultimate, Sabily dan sebagainya. Tahukah anda? Majalah ber...

Ubuntu 11.10 : Unity, Gnome-Shell Atau Gnome2 Classic?

Image
Ubuntu 11.10 telah melepasi versi pembangunan beta 1 dan kini pengguna tertunggu-tunggu versi penuhnya yang bakal diterbitkan pada bulan 10 nanti. Antara isu yang timbul semenjak dari Ubuntu 11.04 ialah, terdapat pengguna yang tidak senang dengan antaramuka Unity yang dijadikan default dalam ubuntu 11.04. Akibatnya, ada pengguna yang beralih angin kepada distro lain seperti fedora, Linux Mint, dan sebagainya. Dalam Ubuntu 11.10 yang baru, Ubuntu masih lagi mengekalkan Unity sebagai antaramuka default namun kali ini pengguna yang tidak menyukainya berpeluang untuk mencuba altenatif lain iaitu samada Gnome-Shell mahupun Gnome2 Classic (dalam Gnome 3). Unity Antaramuka Unity [Imej ubuntuguide.net ] Memasang Gnome-Shell dalam Ubuntu 11.10. Gnome-Shell boleh dipasang secara terus dalam Ubuntu 11.10 menggunakan kata arahan berikut; sudo apt-get install gnome-shell Antaramuka Gnome-Shell [Imej  ubuntuguide.net ] Memasang Gnome2 Classic (Dalam Gnome 3) Sekiranya anda...

Melayubuntu Bertukar Wajah : Eksperimental

Image
Pada hari ini saya membuat keputusan untuk menukar tema blog melayubuntu kepada apa yang anda dapat lihat sekarang. Terdapat 'bug' pada komen kerana saya menggunakan sistem komen Disqus namun saya menjangkakan untuk entry yang baru semuanya akan kembali kepada normal. Apa pendapat anda mengenai tema baru blog ini? Mohon nyatakan dalam ruangan komen. Terima kasih.

MelayUbuntu setup: Ahmad Abugarcia

Image
Abugarcia atau nama timangannya Fadhil Husin. Katanya kerja sebagai kuli atau bahasa saintifiknya coolie ngarsus di sebuah jabatan kerajaan. Nampaknya beliau seorang peminat Liverpool FC maknanya seteru kuat dengan Shimgeek(Man Utd dan kipas-susah-mati tim kejor yob kejor). Mempunyai persamaan minat dalam bidang muzik iaitu meminati band kugiran kahwin muse dan butterfingers. Cukup sudah aku mengarut hendak tahu lebih lanjut Engkauorang boleh tengok sendiri Laman FB beliau . Perkakas Komputer Foxxcon motherboard 2.66 GHz Intel Dual Core 3 GB DDR2 RAM 512 MB Nvidia Graphic Card 160 GB Seagate SATA HARD Disk Setup Ubuntu Ubuntu 11.04 Natty Narwhal dengan Unity Faenza icon desktop Perisian Harian kerja - kerja menaip dan sebagainya - LibreOffice Pelayar internet - firefox Pemain media - vlc player Edit grafik - GIMP, Inkscape Pengaturcaraan - netbeans lain - lain perisian - thunderbird, playonlinux Setup Impian Mahu pasang linux pada laptop pula, lebih 'mobile' dan senang nak ...

Wallpaper Rasmi Ubuntu 11.10

Image
Klik pada imej untuk muatturun versi lebih besar. Imej di atas ialah wallpaper rasmi bagi ubuntu 11.10 yang bakal dilepaskan pada bulan 10 nanti. Ianya tidak banyak berubah sejak 11.04 dan ianya sedikit mengewakan. Apa pendapat anda?

Ubuntu Malaysia LoCo Team, Sebuah Harapan

Image
Ramai tak yang guna antaramuka FB dalam ms_MY ye.. Cekupan skrin di atas merupakan status Facebook yang dipos beberapa hari lepas oleh @ fenris yang merupakan leader Ubuntu Malaysia LoCo Team. Bagi yang tidak tahu atau kurang jelas mengenai LoCo Team (singkatan kepada Local Community Team ), ianya bertujuan membantu, menyebar, berkongsi serta menjadi rujukan dan tempat bagi peminat dan pengguna Ubuntu di sesuatu tempat. Dalam kata lain, ianya merupakan bantuan tempatan secara sukarela mereka yang bersemangat dan ingin berkongsi ilmu yang ada tentang sumber terbuka khususnya sistem pengoperasian Ubuntu (p/s: banyak lagi kumpulan-kumpulan yang seperti LoCo Team, seperti Linux User Group (LUG), Open Source Group, dan lain-lain) . Di Malaysia, LoCo Team telah ditubuhkan sekitar 2005, dan telah menjadi rasmi pada 2009 (betulkan kalau saya silap). Dari tahun ke tahun, LoCo Team dari Malaysia telah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi peminat serta pengguna Ubuntu di serata t...

Video Tutorial : Aktifkan Desktop Cube Dalam Ubuntu 11.10 Beta 1

Image
Saya menemui video ini yang menunjukkan cara-cara untuk mengaktifkan efek Desktop Cube dalam Ubuntu 11.10 Beta 1. Sekiranya anda tidak pasti dengan apa yang anda lihat, saya syorkan anda tidak mencuba tutorial ini kerana Ubuntu 11.10 buat masa ini masih lagi tidak se-stabil yang anda mungkin sangka. Selamat mencuba!

Tahukah Anda - Siri 1

Image
Bermula Siri 1 ini akan saya teruskan pengisian Tahukah Anda hingga bersambung ke siri-siri seterusnya sebagai kudapan ringan untuk menjamu mata... Tahukah anda pengasas Ubuntu iaitu Mark Shutterowth yang berasal daripada Afrika Selatan adalah orang pertama di dunia yang “berkelah” ke angkasa lepas daripada kalangan bangsanya dan beliau juga orang kedua di dunia yang membiayai sendiri pakej pelancongan angkasa lepas ini pada tahun 2002. Tahukah anda anak kelahiran Skotlandia Jonathan Riddell yang berusia 24 tahun ketika itu telah merubah Ubuntu yang menggunakan antara-muka Gnome kepada Kubuntu yang menggunakan antara-muka KDE seperti mana yang kita lihat Kubuntu hari ini. Tahukah anda logo Ubuntu terdiri daripada oleh 3 orang yang berganding bahu membentuk 1 bulatan dari pandangan atas. Orang yang ada di dalam objek ini dinamakan Human dan lahirlah slogan Linux for human beings – Kemanusiaan Untuk Sejagat. Bulatan yang digambarkan bermaksud luas, sel...