Posts

AssaultCube untuk Ubuntu

Image
Jika disana ada sesuatu yang perlu diperbaiki didalam ubuntu, ianya ialah kebolehannya untuk menjadi platform untuk bermain game. AssaultCube merupakan game bercorak first person shooter multi platform yang dengan senangnya boleh diinstall kedalam ubuntu.Namun hakikatnya ialah, game ini menjadi tersangat lembab apabila dimainkan didalam kotak ubuntu saya. Hampir-hampir tidak bergerak dalam komputer sony vaio 512MB RAM dan 3.6GHz frekuensi adalah sesuatu yang sangat-sangat menimbulkan tanda tanya.Mungkin ia tidak menyokong Radion X300 sebagai grafik kad dan mungkin juga ia hanya boleh dimainkan didalam perisian seperti windows dan mac osx kerana game ini ialah multi platform. Saya tidak mahu membuat kesimpulan awal mengatakan semua kotak ubuntu tidak boleh memainkan game ini dengan baik kerana ia hanya berlaku kepada komputer saya.Bagi yang ingin mencuba, sila pergi ke link berikut untuk mendownload fail .deb nya. | AsaultCube.deb | Filenya lebih kurang bersaiz 17MB sahaja dan mempuny...

Santai : Email dari Indonesia

Image
Hari ini saya menerima sepucuk email dari seorang pembaca melayubuntu yang berasal dari indonesia.Sepucuk email yang membuatkan saya termenung dan berfikir, "dimana silapnya"? Mungkinkah kempen melanggan melalui email didalam blog ini agak agresif menyebabkan ramai yang tertipu lalu memasukkan email mereka tanpa mengetahui apakah yang sedang diperbuat??

Time Machine untuk OS X dan Flyback untuk Linux

Image
Ketika ini saya baru sahaja melalui pengalaman menggunakan Time Machine , satu fungsi untuk backup files di dalam mac osx Leopard.Saya membuat keputusan untuk reinstall leopard kerana secara tidak sengaja(atau tidak tahu) terdelete kernel catche didalam leopard menggunakan onyx .Secara jujur, saya begitu teruja dan terharu dengan keupayaan dan kebolehan Tima Machine dan mengimpikan jika fungsi ini boleh dinikmati oleh semua OS, linux mahupun windows. Sehari sebelum saya reinstall leopard(iaitu semalam), saya backup kesemua data system kedalam time machine yang mana data-data itu bersaiz kira-kira 30GB.Hari ini, saya reinstall leopard dan apa yang boleh dilakukan oleh time machine ialah, recover kesemua data dan system komputer dengan memindahkan kesemua data termasuk applikasi yang telah terinstall, setting komputer, user data dan kesemuanya dari harddisk time machine kedalam hard disk leopard. Saya terkejut apabila memasuki desktop leopard buat kali pertama(selepas reinstall) kerana m...

Belajar apa itu Ubuntu - Picisan dari student guide

Image
Dalam entry lepas bertajuk 10 Subtopik untuk rujukan pengguna ubuntu desktop ,saya telah sertakan link untuk mendownload 2 rujukan ubuntu yang disediakan oleh team pembangun ubuntu itu sendiri.Menyedari filenya yang agak besar(73MB) dan terdapat juga isi-isi yang kurang penting menyebabkan saya memecahkan fail PDF tersebut kepada beberapa bahagian.Dan bahagian yang saya rasa cukup berguna untuk dirujuk sebagai asas, merangkumi perkara-perkara basic dan sesuai untuk orang awam yang masih buntu dengan identiti ubuntu. | Chapter 3 - Exploring Ubuntu Desktop.pdf | 9.4MB Panduan dalam bahasa inggeris ini merangkumi perkara yang terlalu asas dan tidak begitu sesuai bagi mereka yang sudah lama menggunakan ubuntu.Namun jika anda ingin memulakan kehidupan yang baru dengan ubuntu, saya syorkan anda mendownload file ini.Ya, panduannya dalam bahasa inggeris dan saya tidak mempunyai kelapangan untuk menafsirkan kedalam bahasa melayu.Jika ada orang yang berbuat begitu, sudah tentu usaha tersebut sa...

Glipper : Mesti dicuba, berbaloi dimiliki dan ianya percuma!

Image
Dalam 1 hari agaknya berapa kali kita copy items dalam komputer?Text, image, video dan apa sahaja bentuk file.Setiap kali kita copy, items yang kita copy itu akan disimpan didalam clipboard yang boleh direcover(didapatkan kembali) dengan right clik > paste .Biasanya clipboard hanya boleh menyimpan satu item dalam satu-satu masa dan ini bermakna, kita tidak boleh kembali kemasa lampau untuk recover apa yang kita copy 3 jam yang lalu misalannya. Dengan glipper, kita boleh kembali kemasa lalu!Maksud saya, apa yang kita copy berejam yang lalu boleh didapatkan kembali dan dipastekan seperti biasa.Glipper juga bukan sahaja boleh recover apa yang kita copy tetapi juga apa yang kita cut.Katakan kita cut sesuatu text,kemudian terlupa untuk paste ditempat yang kita ingini dan entah macam mana kita copy benda yang lain pula selepas itu.Biasanya apa yang kita cut itu akan "burn" begitu sahaja kecuali jika kita undo.Namun dengan glipper, apa yang kita cut boleh didapatkan kembali tan...

Langkah kiri Canonical bersama Parallels?

Image
Perisian Parallels merupakan perisian yang sangat popular untuk mac osx dan berfungsi untuk "run" windows dan linux dalam desktop mac osx secara menyebelah tanpa perlu restart komputer.Kelebihan parallels berbanding perisian virtualbox atau VMware ialah keserasiannya dengan host yang tidak menghadkan "OS tetamu" hanya berada didalam window yang terhad. Syarikat penaja Ubuntu, Canonical mula bekerja kearah menghasilkan aplikasi berbayar(commercial applications) dan menjadikan parallels sebagai projek pertama mereka.Menerangkan tentang projek mereka itu, Randy Linnell(consumer services manager) berkata, "kami sentiasa komited untuk menyediakan pilihan kepada pengguna ubuntu". Secara peribadi, saya pernah menggunakan virtualbox dan pernah menulis entry mengenainya disini dan disini .Apa yang saya hairankan, mengapa canonical lebih suka bekerjasama dengan parallels sedangkan virtualbox adalah percuma? Mungkin disana ada sebab konkrit mengapa canonical mula ...

GIMP 2.4.4 Released : Manipulasikan Image dalam semua platform

Image
Rasanya seakan saya menidakkan keupayaan perisian open source apabila saya menulis tentang cara-cara install photoshop cs2 ke dalam ubuntu dalam entry lepas.Dalam ubuntu, Gimp adalah perisian memanipulasi image terinstall secara default.Ianya 100% open source, percuma dan mampu melakukan apa sahaja yang mampu dilakukan oleh photoshop secara basic. Tidak dinafikan bahawa Gimp sukar untuk menjadi altenatif yang kompetitif kepada photoshop.Namun sedarkan kita bahawa berapa ramaikah yang mempunyai lesen sah untuk photoshop yang digunakan?Bererti, perisian photoshop yang kita gunakan sekarang adalah terlalu berisiko untuk digunakan dalam apa jua tujuan perniagaan. Oleh kerana ramai yang menggunakan photoshop hanya untuk kegunaan peribadi maka isu perlesenan tidak begitu penting untuk diperdebatkan.Namun AWAS jika anda menggunakan photoshop untuk perniagaan tanpa lesen yang sah.Silap-silap bisnes boleh lingkup akibat disaman!Oleh kerana harga bagi mendapatkan lesen photoshop adalah terlalu...