Ubuntu vs Windows?
Bila saya melihat kepada statistik, masih ramai pengguna windows (samada xp,vista,98,2000) yang mengunjungi blog ini.Amat jarang pengguna linux mengunjungi dan kalau ada pun adalah datangnya dari pengunjung luar negara yang sudah pasti tidak memahami apa yang saya tulis. Saya sudah berminggu-minggu tidak "boot" kedalam windows dan asyik menggunakan linux sejak akhir-akhir ini.Mungkin kita menunggu masa yang lama untuk komputer kita login kedalam windows tetapi ia tidak berlaku ketika menggunakan linux.Oleh kerana sikap taknak menunggu, saya menjadikan linux sebagai primary OS bagi komputer saya. Sememangnya saya mengakui bahawa linux masih terlalu baru untuk digunakan oleh orang awam yang baru mengenali komputer.Masih terlalu banyak bahan rujukan samada blog dan sebagainya diperlukan bagi memeriahkan lagi penggunaan linux di Malaysia. Namun adakah salah kalau kita memperuntukkan 15gigabyte ruang harddisk kita untuk untuk merasai pengalaman menggunakan linux?Saya rasa semua or...