Monday, June 06, 2011

Menemui Webian Shell : Konsep Pengganti Desktop Oleh Mozilla Lab


Konsep browser sebagai pengganti desktop adalah sesuatu yang sedang diusahakan selama ini oleh gergasi internet iaitu Google melalui Chrome OS manakala kita juga tidak lupa kepada Jolicloud yang menawarkan konsep berasaskan awan. Kini pemain baru muncul dengan sesuatu yang dinamakan Webian Shell dan ianya adalah dari Mozilla Lab, unit R&D kepada pembangun pelayar web Firefox.

Namun begitu, seandainya  Chrome OS adalah sistem operasi kepada sesebuah komputer, webian shell setakat ini hanya merupakan sebuah perisian yang dipasang di atas sesuatu sistem operasi dan ianya tidak mempunyai fungsi untuk mengawal apa-apa pada level hardware seperti mengawal bunyi, network, batery dan sebagainya. Dengan kata lain, webian shell hanyalah sebuah pelayar web berskrin penuh.

Webian Shell memaparkan blog melayubuntu

Sekiranya anda berminat untuk mencuba webian shell ini, ianya boleh dipasang ke dalam mana-mana sistem operasi termasuk Windows, Mac OSX dan juga Ubuntu Linux. Fail pemasangan boleh dimuatturun di : http://webian.org/shell/download/

Nikmati video berikut oleh pasukan Mozilla Lab berkenaan Webian Shell.



Semoga bermanfaat.

11 comments:

  1. Eh, aku dah try bende ni.. aku try ari tu ada problem sbb die tak fullscreen habis, nmpk taskbar windows aku lagi.. tp ok la, mmg ringan :P

    ReplyDelete
  2. tested on windows. yep.. fullscreen tak habis..

    ReplyDelete
  3. dah penah try aritu guna Debian 6.. fullscreen.. siap ada jam kat bawah.. hehe..

    ReplyDelete
  4. nice jgk..kt window boleh fullscreen..tp kne autohide taskbar dlu..then run balik file .exe tu

    ReplyDelete
  5. boleh fullscreen... right click menu webian shell tu pada task bar dan maximize... apabila kita run dier tak auto maximize... itu saja... tak perlu hide kan taskbar...

    ReplyDelete
  6. Menarik.. Nak cuba lepas ni.. Fikir Shell baru untuk Ubuntu, hua2..

    ReplyDelete
  7. kalau dalam ubuntu mmg fullscreen..

    ReplyDelete
  8. menarik! simple and neat
    tak de serabut sangat..

    ReplyDelete
  9. saya dah cuba run  kat windows 7...
    dapat run fullscreen...
    saya run webian shell  dengan  "run as administrator"..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...