Friday, April 24, 2009

Memperkenalkan Awalmart Corporation Sdn. Bhd.


Mungkin ada dikalangan pembaca setia blog ini perasan yang saya tidak kemaskini blog ini sejak 18 April lalu. Sebenarnya, bermula dari 19 April saya merupakan pekerja sepenuh masa di Awalmart Corporation Sdn. Bhd. dan bertanggungjawab terhadap kerja berkaitan sistem IT (bukan programmer), dokumentasi, pemasaran melalui online dan pengurusan pejabat di HQ Awalmart yang terletak di 138-F, Wisma Sentosa, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Awalmart Corporation Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat yang masih baru dan beroperasi menguruskan pengedaran dan pemasaran barangan herba "Traditional Chinese Medicine (TCM)" melalui e-Dagang (e-business). Apa yang menyebabkan saya menyertai syarikat Awalmart ialah kerana saya melihat kepada potensi yang dimiliki oleh Awalmart, pengalaman yang bakal saya perolehi, pembentukan karier peribadi dan pendapatan untuk jangka panjang.

Awalmart menggunakan konsep e-business untuk memasarkan produk melalui sistem Affiliate yang seterusnya akan memberikan peluang pendapatan kepada ahli yang ingin menyertai Awalmart. Modal asas yang perlu untuk dilaburkan bernilai RM250 dan ahli akan mendapat 2 produk herba atas pilihan sendiri (dihantar menggunakan kurier - secara percuma) . Secara automatik juga, dengan hanya RM250 itu tadi anda akan membuka satu Business Centre (BC), yang seterusnya memberikan peluang kepada anda untuk membentuk kerjaya sendiri di Awalmart. Rujuk halaman Opportunity untuk mengetahui lanjut tentang sistem perniagaan Awalmart.

Anda boleh daftar (register) PERCUMA di Awalmart.net > bersetuju dengan terma dan syarat > dan memasukan sponsor info = zulmalc (saya tidak akan dapat apa-apa komisen sehinggalah anda membuka BC = bayar RM250)

Kemudian anda boleh lihat bagaimana sistem atas talian Awalmart beroperasi terutamanya sistem e-Wallet. Sistem Awalmart.net masih lagi diperingkat beta dan akan diupgrade dari semasa ke semasa.

Kesimpulan daripada diatas ialah, saya berkemungkinan besar akan ketiadaan masa untuk fokus kepada blog melayubuntu seperti dahulu. Sekali lagi, jika anda berminat untuk menjadi penulis blog ini, sila kedepankan niat anda kepada saya dan saya akan uruskan hal selebihnya. Ini penting untuk kesinambungan perkembangan ubuntu di malaysia dan mengaktifkan perkongsian ilmu, cetusan idea dan percubaan baru dan seterusnya merancakkan perkembangan minda sumber terbuka. Saya juga ingin membuka cadangan atau komen yang dirasakan wajar dilontarkan kepada saya dan saya akan fikirkan cadangan dan komen anda dengan teliti.

Tidak dilupakan, saya ingin mengajak pembaca blog melayubunyu supaya dapat menyertai Awalmart dan seterusnya membina kerjaya anda di Awalmart. Sila ajukan persoalan dan kesangsian anda terus kepada saya samada melalui Yahoo Messenger (YM) atau juga E-Mail seperti yang dapat anda lihat pada sidebar blog ini. Owh tidak dilupakan, Awalmart akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Mei 2009 di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Berminat?

9 comments:

  1. Nampak gayenye, makin seibuk la ko skarang eh Zul. Sala la kita..

    Apa pun, good luck :)

    ReplyDelete
  2. @MK : huhu..2 la...ari jumaat aku cuti..
    2 yg bleh post arini...ari lain aku xfree...hahaha
    thanks btw..

    ReplyDelete
  3. web server pakai microsoft ISS, taknak promote pakai ubuntu+apache ker

    ReplyDelete
  4. Ececece.. Dah pandai bisnes dah die.. Xde masa la nak melepak lagi ni. Ai..

    ReplyDelete
  5. support family awalmart untuk komuniti ubuntu malaysia.

    ReplyDelete
  6. alamak, pasni mesti susah nak mintak sifu nih..adeh :(
    neway, slamat berniaga..mmg ade tokoh ni..lagi2 zaman ekonomi kurang membrangsangkan..smoga sukses slalu..dpt untung2 tu buat la makan2..gerenti aku dtg..hehehe

    ReplyDelete
  7. alamak..nampaknye pasni susah la nak dapatkan panduan dan tips2 dari melayubuntu.. terkpaksa la dapatkan panduan di blog2 lain..hope majalah emaj ke-2 dapat terbit walaupuan zul sibuk..ape pun gud luck dlm bisnes anda..

    ReplyDelete
  8. harga produk x ada pon zul.

    ReplyDelete
  9. salam bro...wah dah jd ahli bisnes skrang..ptt la dh lame xnmpak..btw good luck bro..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...