Tuesday, December 07, 2010

Dapatkan Yang Terbaik Dari Kedua Dunia

Saya merupakan peminat dan pengguna Ubuntu. Dalam masa yang sama saya juga menggunakan Window 7 bagi menjalankan kerja - kerja harian saya.

Kadang - kadang saya tertanya - tanya, kenapa saya perlukan yang terbaik dari satu OS? Kenapa tidak dapatkan yang terbaik dari kedua - duanya?

Saya yakin kebanyakkan dari kita membesar dengan menggunakan Window. Kita mula mengenali dunia komputer dengan Window. Kemudian kita semakin dewasa dan mula menjelajahi dunia baru, Ubuntu. Kita jatuh cinta dengan Ubuntu. Kita membenci Window. Kita maki window yang pernah kita gunakan satu masa dahulu, yang pernah kita jadikan asas untuk mengenali dunia komputer.

Tiada satu OS yang selamat dari serangan virus atau hacker. Mungkin kerana peratusan pengguna Ubuntu / Linux masih rendah, kita kurang mendengar pengguna ini menjadi mangsa. Berbanding dengan Window, setiap hari pasti akan ada kes. Saya membayangkan satu hari nanti selepas kempen Window 7 Sin berjaya, dan ramai yang menggunakan Linux/Ubuntu, hacker dan virus mula menyerang Ubuntu/Linux dan tidak lagi OS dari Microsoft. Adakah kita akan mula kembali kepada window?

Untuk itu, saya berpendapat tidak rugi sekiranya kita mendapatkan yang terbaik dari keduanya. Terdapat pelbagai applikasi yang boleh digunakan di Window tidak di Ubuntu, dan sebaliknya. Terdapat pelbagai applikasi yang menarik boleh digunakan untuk kedua - dua platform.

InsyaAllah semakin kita meningkat dewasa dan sudah bekerjaya, kita mampu untuk beli OS Window yang original dan dalam masa yang sama kita boleh buat dual-boot dengan Ubuntu.

Sekian.

p/s: dah lama tak tulis kat sini. Ingat nak tulis mari dapatkan dari ketiga ...BTW ini link untuk kempen Window 7 Sins

damhamaza
Penulis Jemputan

2 comments:

  1. Bagus2, pendekatan sederhana gitu, ehe.. Bagi [bekas atau masih lagi] pengguna Window cap lanun punya macam aku, aku sarankan cara untuk 'tebus dosa2' itu ialah dengan mengembangkan Linux dan belilah Window yang ori kalau masih bergantung dengan keduanya.. ;D

    ReplyDelete
  2. credit to en aman sebab tegur kat twitter hari tu.. insaf

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...