Sunday, April 10, 2011

Laporan Gnome 3, OpenSUSE, & Debian release party [Update : Video Di Dalam]


Semalam saya berkesempatan menghadiri satu program 'release party' anjuran komuniti sumber terbuka Malaysia bertempat di McDonald's Ampang Park. Ini adalah aktiviti yang biasa diadakan oleh komuniti sumber terbuka Malaysia namun ini adalah antara release party yang pertama kali saya sertai.

Program semalam adalah sempena pelepasan Gnome 3 dan OpenSUSE 11.04 serta Debian release party pertama di Malaysia. Jadi, anda boleh jangka kebanyakkan peminat & penggiat perisian sumber terbuka terlibat atau berkaitan dengan program yang diadakan semalam. Kehadiran semalam saya rasa cukup membanggakan apabila semua tempat duduk yang dikhaskan dipenuhi dengan ahli komuniti.

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk bertemu dengan ramai kawan-kawan lama yang hampir 2 tahun tidak ditemui (sejak FOSSMY 2008) tidak kurang juga kawan-kawan baru yang berkesempatan untuk bersua muka.

Program semalam juga diserikan dengan perbentangan mengenai fungsi dan ciri terbaru OpenSUSE serta Gnome 3 dan kemudian pertandingan customize desktop OpenSUSE. Program diakhiri dengan acara pemotongan kek istimewa Gnome 3, OpenSUSE dan Debian.



Terima kasih dan sekalung tahniah buat penganjur program semalam yang menyusun aktiviti dengan sangat baik dan mendapat sambutan yang sangat membanggakan. Insyaallah di masa akan datang sekiranya berkesempatan kita akan bertemu lagi.

Terima kasih kepada Syazwan, Amanz, Farid, dan juga kepada semua yang saya tak ingat nama atas program semalam. Maafkan saya yang agak pasif semalam kerana kepenatan & keletihan bermain futsal masih belum pulih sepenuhnya. =P Insyaallah ada masa kita jumpa lagi.



10 comments:

  1. kena keluar laporan, berapa ramai pakai baju Ubuntu semalam. :D

    ReplyDelete
  2. hehe..aku plak yg xpakai..hahahha

    ReplyDelete
  3. Jangan cakap macam tu Aman, mana tau home/personal user openSUSE bakal setaraf ramainya pengguna ubuntu? aku nampak kipas susah mati ubuntu ramai menyarungkan jersi ubuntu (buatan Zul) semalam.
    p/s
    sikit cemburu terlepas nak beli.

    ReplyDelete
  4. meriah beb! haha
    linux for all!! tak sangka aku banyak betul geek :D

    ReplyDelete
  5. Kalau tetiba tempat tu kena bom, abes geek kat malaysia ni hilang.. huhu.. lawak je.. Best dapat pegi situ...

    ReplyDelete
  6. Ade lagi. Si Syahril Hafiz. :D http://syahrilhafiz.com/

    ReplyDelete
  7. haha.. syahril hafiz tu member skolah rendah aku.. dulu tak gek pun.. nerd.. haha..

    ReplyDelete
  8. ooo dua2 kenakan aku ye..haha
    aku tak geek dan aku tak nerd, memang aku nak pegi event2 besar macam ni
    tapi apakan daya, minat dah ada cuma tade yang nak teman..haha


    ~cek malu~ trololol

    ReplyDelete
  9. bestnye.. rugi tak pergi.. sbb kerje opis tak siap2.....tp baguslaaa, merapatkan perasaan muhibbah pelbagai bangsa dgn opensource

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...