Friday, April 01, 2011

Ubuntu Natty Narwhal 11.04 Beta Dilepaskan Secara Rasmi


Pihak pembangun ubuntu telah mengumumkan pelepasan rasmi Ubuntu Natty Narwhal 11.04 beta kepada umum untuk tujuan percubaan. Ada sesuatu yang istimewa dengan versi kali ini di mana ianya menggunakan antaramuka serba baru yang dipanggil Unity dan antaramuka ini akan digunakan sepenuhnya dalam versi akhir pembangunan Natty nanti.

Pihak pembangun ubuntu juga telah menggugurkan perkataan "Edition" pada versi netbook dan sekaligus mengabungkannya bersama versi desktop di bawah nama baru iaitu "Ubuntu" sahaja manakala Ubuntu Server Edition juga kini dikenali dengan hanya Ubuntu Server. Ini bermaknanya, tidak ada lagi Ubuntu Netbook Edition di masa akan datang.

Ubuntu Natty Narwhal versi beta ini boleh dimuatturun secara percuma di : 

5 comments:

  1. Bro,
    Linux Mint maintain GNome kan?

    ReplyDelete
  2. Mint ambik debian penuh lepas ni kalau tak salah.

    ReplyDelete
  3. alamak terpsesong lah aku pasni dari Ubuntu hehe. Tp dulu try unity ni mcm tk stable harap natty ni stable

    ReplyDelete
  4. banyak pula bug natty narwhal ni. Grafik ATI ada masalah,memang tak boleh guna beta lagi la nampaknya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah natty merealisasikan kehendak saya
    utk dapat mengoptimakan ruang vertical skrin netbook
    aspire one 8gb ssd. Terima kasih Canonical.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...