Wednesday, April 30, 2008

Open Computer daripada Psystar.

Jika ini berlaku di Malaysia, mungkin apakah jenis undang-undang yang akan digunakan untuk menghentikannya? Akta Hakcipta mungkin! Saya mendapat maklumat tentang syarikat psystar ini melalui blog TUAW. Dan produk yang diniagakan sangat menarik minat saya, Hackintosh!

Anda membaca tutorial saya, anda melihat video yang saya lampirkan dan anda mengetahuinya. Hingga kehari ini, saya tidak putus-putus menerima permintaan dari pembaca meminta supaya saya menghantar DVD Kalyway.iso (yang saya maksudkan) kerana ramai yang sangat-sangat berminat mencuba sistem operasi Apple, Mac OSX didalam PC. Jika halangan utama kita selama ini ialah hardware, kini Mac OSX boleh diinstall kedalam PC biasa tanpa "major" problem. Itu fakta kesnya.

Psystar, sebuah syarikat yang menawarkan sebuah hackintosh (Core2Duo processor, 4GB RAM, 250GB HD 7200rpm sata..) dengan hanya berharga $399 US Dollar dan menamakannya OPENMAC! Sedangkan sebuah iMac yang diedarkan Apple berharga $1199 US Dollar sebuah. Kerana itu diawal artikel ini bertanya, apakah bentuk undang-undang yang akan diambil keatas syarikat clone seperti ini? Akta hakcipta atau apa?

Ingin saya bertanya lagi, apakah satu kesalahan untuk memasukkan enjin Mitsubishi Evo kedalam Proton Wira diMalaysia? Lalu, adakah satu kesalahan install Mac OSX (yang dibeli DVDnya dengan lesen yang sah) kedalam PC? Jika Apple mengatakan ianya satu kesalahan dan ingin take action keatas pencabulan tersebut, akta manakah agaknya yang sesuai. Akta Hakcipta?

Saya tidak arif hal perundangan. Tetapi, undang-undang di US tidak boleh digunakan di Malaysia. Saya tidak arif berkenaan akta hakcipta yang digubal pada tahun 1987 itu, tetapi dimalaysia iklimnya berbeza. Kawan-kawan, jangan terkejut jika ternampak hakintosh di pasaran malaysia tidak lama lagi. Ahaks!


Sila klik disini untuk melanggan artikel terbaik daripada melayubuntu terus ke mailbox anda!-Powered by FeedBurner

6 comments:

  1. wah kalau betul diedarkan kat malaysia bestnya.

    ReplyDelete
  2. @sarah : tu arr..legal ke x ek?haha...

    @tawel sensei : yups...byk misteri..ntah wujud ke x...kalau wujud pun maybe smbunyi2...haha

    ReplyDelete
  3. Nak tau sesuatu tak?
    Aku mula mengenali Mac sejak lepak kat sini...

    ReplyDelete
  4. Kalu dah ada bagi tau kawe, segera ye

    ReplyDelete
  5. @maklan : yeke? lepak la slalu..hihi

    @kuzudi : kekgi aku hok jual gotu..mu mari ah bli...hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...