Friday, April 24, 2009

Selamat datang ke Jaunty Jackalope!


Hari yang ditunggu sudah tiba, benda yang ditunggu sudah tersedia untuk dimuatturun, ditempah dan digunakan secara sah dan percuma tanpa perlu membayar 1 sen pun. Selamat datang ke Jaunty Jackalope - kod nama kepada versi 9.04 sistem operasi Ubuntu.

Seperti mana sistem operasi lain seperti Microsoft Windows, Ubuntu 9.04 boleh dipasang ke dalam komputer samada desktop, laptop, netbook, atau juga server dan memperoleh kebaikan seperti mana berikut;
  • Mengambil masa yang singkat untuk masuk kedalam sistem operasi
  • Immune dari virus, spyware, adware, worms yang menyerang sistem operasi Microsoft Windows
  • Puluhan ribu perisian percuma yang boleh dipasang dengan 1 klik
  • Kestabilan sistem operasi yang tinggi dan bebas dari BSOD
  • Sebuah sistem operasi lengkap dengan perisian pejabat OpenOffice.org 3.0
  • Kebebasan penggunaan diatas prinsip Sumber Terbuka
  • Ianya PERCUMA!
Jika anda tidak puas hati dengan prestasi Sistem Operasi Windows dalam komputer yang sedang anda gunakan, apa-kata anda mencuba ubuntu? Blog ini mempunyai segenap maklumat yang ingin anda tahu tentang cara-cara menggunakan Ubuntu.

18 comments:

  1. Trackerd pulak bermasalah kat jaunty. berapa kali index corrupt. akhir sekali, disable indexing.

    ReplyDelete
  2. pergh...memang laju boot....
    apapun...kene banyak explore fungsi baru nie....

    ReplyDelete
  3. Installing ubuntu netbook remix now..yeah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum baru siap 'refresh install' tp kan graphic x1950pro saya xleh nak install driver lak...dah download dari ATI..version 9.3 xleh guna...ada alternatif lain x?

    ReplyDelete
  5. minta tolong...disk space kurang padahal saya guna 1 80 gig hardisk untk ubuntu nih... ext4 bermasaalah ke

    ReplyDelete
  6. ext4 memang ada masalah sebelum ni. Sebab tu jaunty masih mengekalka ext3 sebagai default. Diskspace kurang macam mana tu?

    ReplyDelete
  7. Ingatkan pas upgrade takde masalah sangat la. Sound wat problem pulak dah..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...gua upgrade pun de problem,kebanyakannya software x match...graphic driver problem...so gua fresh install...trus giler pny laju,smooth,elok dari yg gua instal interpid ,tp tak pe,sebab baru lg,bagi gua upgrade tak di galakkan..instal je baru...tp byk keje lak

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...
    dah 2 hari pakai jaunty dan installed both desktop dan laptop. so far so good unlike their predecessors. ext4 memang problematic, no so big problem...pakai ext3 pun ok lagi. performance so far...mampu takeover vista ni tapi softwares masih jadi halangan. I recommend this distro.

    ReplyDelete
  10. Assamualaikum.....

    Jaunty satu edisi ubuntu yang begitu bermasalah dan mempunyai banyak problem seperti crash. Terlampau banyak crash berlaku seperti sound, scribus, nak burn cd mahupun nak covert lagu. Terpaksa aku balik ke asal iaitu ubuntu 8.10. Nanti la aku upgrade bila dah tak der nak support ubuntu 8.10 ni. Tension aku......

    ReplyDelete
  11. siapa ade problem nak instal Ubuntu 9.04? resolution dia x sapot plak test aritu..

    ReplyDelete
  12. Da install kat HP Compaq 6510b. Memang laju. Install side by side ngan Windows XP Pro.

    ReplyDelete
  13. Dah 5 hari guna UBUNTU 904... so far so good tak de masaalah dengan hardware or crash..BTW install side by side dengan VISTA ULTIMATE..on my new TOSHIBA E300-M437. Very fast indeed..accelerating at superb speed.

    ReplyDelete
  14. huh ! byk kali kena instal... cd-rom ak oasak skit.... hehe... by the way... yang baru ni mg superb! aku suka kat part wireless 2.... madwifi support atheros..

    ReplyDelete
  15. superb!!sebelum ni guna xp very very very slow on aspire one.da banyak kali format,antar kedai,sume kate mother board problemla,hard disk rosakla,mcm2 lagi.bila dpt tau da ade ubuntu 9.04 ni aku trus install and now aku btul2 puas hati ngn ubuntu ni.bosan ngn windows da.baru aku tau ubuntu ni mmg lg best dr windows.bye windows......
    adios.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...