Posts

Showing posts from July, 2010

Faenza Gnome Icon Theme : Tema ikon gnome yang Wow~!

Image
Saya sudah agak lama bersara dari mencari tema desktop dan kekal menggunakan tema default daripada ubuntu kerana saya merasakan tema sekarang cukup cantik dan paling penting, saya selesa dengannya. Namun tema ikon Faenza ini cukup berbeza dari yang lainya. Pertama kali melihatnya, ia membuatkan saya ingin mencubanya. Kali pertama mencubanya, ia membuatkan saya tidak mungkin kembali menggunakan tema ikon yang lain. Muatturun Faenza Gnome Icon Theme Meskipun tema ikon ni masih belum mencapai tahap matang dan berada pada versi 0.5 dengan anggaran separuh jalan, saya sangat-sangat teruja untuk menunggu versi penuh tema ikon ini. Memasangnya dalam Ubuntu 10.04 Muatturun fail ikon ini dalam format .ZIP, UNZIP dan masuk ke dalam folder yang terhasil. Kemudian run install.sh seperti dalam screenshot dibawah; Kemudian, klik pada desktop - pilih change desktop background - buka theme tab - klik pada customize - klik pada icon tab dan pilih icon faenza samada normal atau dark. Akhi...

Firefox 4.0 : Koleksi ciri baru yang diketahui setakat ini.

Image
Firefox 4.0 diuji lagi dengan Mozilla melepaskan Firefox 4.0 Beta 2 yang menyaksi beberapa ciri lagi diperkenalkan untuk tujuan percubaan. Seperti mana yang anda maklum, saya merupakan seorang switcher dari menggunakan firefox kepada Google Chrome kerana beberapa faktor yang telah dijelaskan dalam entry terdahulu . Namun, dengan perkembangan dan inovasi berterusan dari Mozilla keatas firefox, saya mungkin lompat parti  bertukar browser sekali lagi kerana antara ciri baru yang mozilla ingin perkenalkan dalam firefox 4 adalah sangat-sangat mengujakan. 1.Tab Candy Seorang pelayar web hardcore biasanya membuka tidak kurang 5 tab dalam satu masa dan 10 tab keatas adalah kebiasaan. Tab candy adalah satu fungsi sistem pengurusan tab yang lebih efisyen dan penerangan lanjut dan detail adalah dalam video dibawah; An Introduction to Firefox's Tab Candy from Aza Raskin on Vimeo . 2.TaskFox Masih belum pasti adakah fungsi ini akan diaplikasikan dalam Firefox 4.0 tetapi ianya sala...

Koleksi tema empathy yang membuatkan anda gilakan chatting kembali

Image
Yahoo Messenger merupakan aplikasi yang disetkan pada aplikasi startup siap bersekali dengan auto login suatu ketika dahulu (zaman guna windows) untuk mengambarkan betapa pentingnya aktiviti chatting ketika itu. Kini, nak buka empathy pun kadang-kala terlupa dek kerana twitter dan facebook yang menawarkan perkhidmatan yang lebih digemari. Namun, dengan tema empathy yang akan saya paparkan ini, mungkinkah mood chatting tersebut kembali? Memasang tema pada empathy. Anda boleh menggunakan tema Adium (IM dalam Mac OSX) dalam empathy seperti yang telah diulas sebelum ini dalam blog ini dan cara memasang tema tersebut ialah dengan meletakkan folder yang berakhir dengan .AdiumMessageStyle ke dalam /usr/share/adium/message-styles/ . Itu adalah penjelasan secara teori dan secara praktikalnya adalah seperti berikut; masukkan kata arahan sudo mv example.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/ sekiranya folder berkenaan berada dalam direktory home sahaja. Antara tema empathy...

Download Ebook The Official Ubuntu Book, 5th Edition

Image
Oleh kerana dalam kandungan buku ini tertera; This book is published under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license . saya rasa ianya tidak mengapa jika ia dikongsikan disini bersama peminat, pengguna dan juga pembaca yang ingin mengenali ubuntu. Untuk download Ebook ini, sila klik URL berikut; Download The Official Ubuntu 5th Edition Namun sekiranya anda ingin membeli versi yang dicetak, anda boleh berbuat demikian di ; http://www.amazon.com/Official-Ubuntu-Book-Benjamin-Mako/dp/0137081308  (bukan link affliate, ok?) Sila share ebook ini (dan blog ini) bersama rakan-rakan anda yang belum mengenali ubuntu. Untuk dapat update terkini pasal ubuntu seperti ini, sila follow melayubuntu di twitter @melayubuntu .

Sauerbraten, Game dalam Repo Ubuntu

Image
via : atareao Semalam saya try game Sauerbraten (camne nak sebut?) yang sebenarnya terdapat dalam repo ubuntu (saiz +/- 300MB) dan boleh dipasang dengan kata arahan : sudo apt-get install sauerbraten Game ni agak ringan berbanding yang disangka dan grafiknya agak cun jugak untuk saiz 300MB. Game ni berkonsepkan first-person shooter dan ala-ala Alien Arena (kalau korang pernah main la). Game ni tak lah gempak cuma bagus untuk dimainkan ketika tension. Selamat mencuba.

GUI Mock up menggunakan Avolus Pencil [Ubuntu, Windows]

Image
Di hasilkan dalam 2 minit menggunakan Evolus Pencil Sekiranya anda seorang pembangun perisian, atau seorang pelajar yang merancang untuk menghasilkan perisian dan ingin membuat mock up terlebih dahulu atau anda ingin menggunakan sesuatu seperti untuk tujuan suka suki, Evolus Pencil adalah perisian yang wajar untuk dicuba. Sila masuk website Evolus Pencil dan muatturun fail DEB (untuk ubuntu) dan ianya juga boleh dipasang ke dalam sistem operasi windows. Manakala interface aplikasi ini cukup mudah untuk difahami dan cukup mudah untuk digunakan. Ianya sangat ringan dan fail package DEB pula hanya bersaiz sekitar 500Kb. Selain dari interface windows xp, terdapat interface lain seperti GTK, Native UI, dan juga Sketchy Gui. Selamat mencuba.

Tempah Tshirt Ubuntu Round 2

Image
Tshirt ini merupakan kesinambungan dari entry lepas (klik untuk rujuk) dan saya harap kali ini tidak ada lagi peminat yang ketinggalan. Bagi round ke 2 ini, saya menggunakan sistem tempahan yang agak berbeza dengan yang terdahulu selepas belajar dari beberapa kesilapan pengurusan secara manual yang memerlukan ketelitian yang lebih. Kali ini sistemnya agak mudah untuk diuruskan oleh saya dan saya harap kesilapan teknikal boleh dielakkan atau dikurangkan. Untuk membuat tempahan tshirt untuk round ke 2 ini sila ke URL berikut: http://faibre.com/Feature/tshirt-ubuntu-hitam/ Untuk membuat tempahan, anda perlu mengikuti flow berikut; Harga bagi satu tshirt TIDAK termasuk kos penghantaran = RM25 Beli 5 helai ke atas anda akan menikmati kos penghantaran PERCUMA. Tshirt belum dicetak. Pre Order ini adalah untuk mengumpul saiz dan bilangan sahaja. Selepas membuat tempahan anda boleh memilih untuk terus membayar (dan tempahan anda disahkan) atau memilih untuk membayar apabila anda diara...

Video Ubuntu daripada Dell - Sesuai kepada sesiapa yang belum tahu apa itu Ubuntu

Ubuntu from Keith Kenniff on Vimeo . [Via : OMGUbuntu ]

Apa yang baru dalam Ubuntu Software Center 2.1.5 [Screenshot]

Image
Ubuntu Software Center 2.1.5 keatas ialah versi yang dibangunkan untuk persiapan Ubuntu 10.10 yang bakal dikeluarkan pada oktober ini. Namun dengan menggunakan PPA tertentu, anda boleh mencubanya dalam ubuntu lucid lynx. Seperti yang dapat anda perhatikan dalam screenshot dibawah, anda mungkin pantas perasan fungsi History yang pada saya sangat berguna untuk pelbagai tujuan kemudiannya. Ianya merekodkan semua aktiviti pemasangan perisian baru, updated, dan pembuangan aplikasi dan pakej. Saya tidak perasan fungsi ini sebelum ini iaitu anda boleh memeriksa aplikasi yang terdapat dalam PPA tertentu. Saya sangat menyukai fungsi ini =) Harap dapat menyaksikan banyak lagi perubahan dalam versi penuh ubuntu 10.10.

Kubrick untuk peminat rubik!

Image
pe barang 3x3. 6x6 baru mencabar =P Kepada peminat puzzle rubik , kubrick mungkin satu game yang perlu anda dicuba. Ianya boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center dengan kata kungci "kubrick" dan menggunakan antaramuka qt. Satu-satunya kekurangan kubrick ialah ianya tidak berputar secara 3D menyebabkan agak sukar untuk menyelesaikannya. Sekiranya anda ingin aplikasi rubik yang boleh berputar secara 3D, sila cuba GNUbik (juga boleh dipasang menggunakan Ubuntu Software Center). Nota : saya tak pandai main rubik.tq

Inkscape Pre 0.48 Screenshot

Image

Mencuba Android dalam ubuntu tanpa perlu membeli telefon Android

Image
Android adalah sistem operasi untuk telefon yang kian popular hari demi hari. Sekiranya anda ingin mencuba sistem operasi ini tanpa perlu membeli telefon android, hari ini saya ada tutorial istimewa buat anda. Sila ikuti tutorial dibawah dengan sabar. Langkah-langkah 1.Muatturun Android SDK di  http://developer.android.com/sdk/index.html 2.Extract fail yang dimuatturun tadi di lokasi yang anda kenalpasti. Kemudian masuk ke folder berkenaan (android-sdk-linux_86)  dan masuk ke folder tools. Double klik pada fail android dan klik run pada tetingkap dialog yang muncul. 3.Satu tetingkap akan muncul. Klik pada Available Packages dan tandakan pada package yang dikeluar. Kemudian, klik butang Install Selected. 4.Disini satu lagi tetingkap muncul yang membenarkan anda memilih package mana yang ingin dimuatturun dan diinstall. Sila pilih package yang perlu sahaja dan klik butang Install. 5.Tunggu sehingga proses pemasangan selesai. 6.Selepas selesai pemasanga...

7 cara memintas kepantasan ubuntu linux bagi pengguna windows

Image
Bercakap mengenai kepantasan, tidak dapat disangkal lagi sistem operasi ubuntu sememangnya pantas berbanding windows samada dalam aspek menghidupkan (boot) sistem operasi dan juga menjalankan task-task yang lain seperti membuka pelayar web dan sebagainya. Hari ini apa kata kita bercakap tentang bagaimana untuk menjadikan windows lebih pantas dari ubuntu dan saya kira ramai yang berminat untuk mengetahuinya bukan? Untuk menjadikan sistem operasi windows anda lebih pantas dari ubuntu, anda perlu lakukan 7 cara berikut; 1.Defrag harddisk 3 kali sehari Ini adalah satu cara yang selalu disyorkan dan ramai pakar komputer mengatakan kepantasan akan meningkat sekiranya pengguna kerap menjalankan operasi defrag harddisk dalam sistem operasi windows mereka. Untuk itu, secara teorinya defrag harddisk 3 kali sehari mungkin akan melajukan sistem operasi windows anda. 2.Buang perisian antivirus Saya telah menulis dengan fakta bahawa semua antivirus melembabkan komputer anda walaupun ada yan...

Jolicloud 1.0 dilepaskan

Image
Jolicloud merupakan sistem operasi yang dibangunkan khas untuk netbook yang berasaskan kepada linux dan telah mencapai versi 1.0 yang boleh dimuatturun dan dipasang kedalam netbook anda secara percuma. Antara sebab yang menjadikan jolicloud istimewa ialah interfacenya yang begitu cantik yang boleh anda lihat dalam paparan screenshot diatas. Antara ciri-ciri lain sistem operasi ini ialah; Launcher yang lebih simple dan customizable (HTML5) pasang & buang perisian dengan 1 klik kemaskini perisian dengan mudah social stream untuk jolicloud untuk tujuan berkongsi aplikasi yang digemari 700 perisian percuma dalam app store pengurusan data yang mudah samada data dalam cakera keras atau data dalam talian apabila anda memasang jolidcloud dalam 2 atau lebih netbook, aplikasi, dan konfigurasi akan diselaraskan untuk semua netbook tersebut dan banyak lagi Anda boleh melihat jolicloud beraksi dalam video dibawah =) Oleh kerana ia berasaskan linux, anda akan mengecapi satu sist...

Memasang Adobe Reader 9.3.3 dalam Ubuntu 10.04

Image
Ubuntu mempunyai PDF reader iaitu Evince yang berfungsi dengan baik dan laju. Namun sekiranya anda inginkan altenatif yang lebih familiar, anda boleh memasang Adobe Reader 9.3.3 dengan cara berikut. Langkah-langkah 1.Pergi ke menu System - Administration - Software Sources. 2.Pilih tab Other Software dan kemudian tambahkan (atau enable jika telah ada) deb http://archive.canonical.com/ lucid partner 3.Reload. 4.Akhir sekali, buka terminal dan masukkan command berikut; sudo aptitude install acroread Selamat mencuba. [via : ubuntu tutorials ]

Lynx si pelayar web

Image
Kesinambungan daripada artikel saya yang lepas, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu lagi perisian yang menggunakan terminal iaitu LYNX bukan Lucid Lynx tapi pelayar web . Lynx pada awalnya dikembangkan di University of Kansas. Pada tahun 1995 Lynx 2.4.2 dikeluarkan di bawah GNU Lesen Awam oleh Universiti Kansas, sejak saat itu telah bertahan oleh sekumpulan sukarelawan. Cara instalasi: sudo apt-get install lynx Siap! Pertama kali anda mungkin tidak mempunyai idea menggunakannya. Cuma tekan 'k' pada keyboard anda untuk memaparkan kekunci keyboard dengan fungsi mereka. Lynx merupakan CaSeSenSiTiVe. Contoh kekunci dan fungsinya: g - masukkan URL untuk membuka laman web q - keluar daripada LYNX v - lihat senarai bookmark Baik: -Banyak enjin carian seperti gergasi GOOGLE mengesyorkan anda menggunakan lynx untuk melihat bagaimana rupa laman web anda dalam LYNX. Ini kerana crawler atau bot enjin carian akan melihat sepertimana di dalam LYNX. -Boleh pilih link dengan gu...

Semua antivirus melembabkan PC anda kecuali Ubuntu [Fakta didalam]

Image
Hari ini saya menemui satu artikel di Raymond.cc berkenaan satu kajian benchmark tentang bagaimana kewujudan sesuatu antivirus mampu melambatkan sesebuah PC. Penulis membuat kajian ini dalam sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi berikut; Model : Dell Studio One 1909 Desktop CPU : Intel Core 2 Duo E8400 (3GHz, 1333FSB, 6MB Cache) RAM : 4GB (2x2GB) DDR2 HDD : 640GB SATA 3.0Gb/s with NCQ Video Card : Nvidia GeForce 9400 256MB O/S : Windows 7 Home Premium (32-bit) Dan antara bahan kajian (antivirus) yang digunakan ialah avast! Free Antivirus 5.0.545 AVG Anti-Virus Free Edition 9.0.829 Avira AntiVir Personal v10.0.0.567 BitDefender Antivirus 2010 v13.0.21.347 Comodo Antivirus 4.1.150349.920 Dr.Web anti-virus for Windows 6.0.0.03100 Emsisoft Anti-Malware 5.0.0.60 ESET NOD32 Antivirus v4.2.42.0 F-Secure Anti-Virus 2010 v10.00.246 G Data AntiVirus 2011 v21.0.2.1 Kaspersky Anti-Virus 2011 v11.0.0.232 Kaspersky Internet Security 2011 v11.0.0.232 (a) Kaspersky PURE v9....

Tentang Ubuntu Font (Rasmi)

Image
Sebelum ini saya menulis tentang ubuntu font dan cara memuatturun font berkenaan. Namun ianya bukan versi rasmi dari pembangun ubuntu dan membunyai banyak aksara yang tidak disokong. Pasukan design.ubuntu semalam mengumumkan private ppa kepada font rasmi ubuntu yang boleh dicuba oleh "ubuntu member". Manakala versi penuhnya akan diterbitka pada 08.08.10 nanti yang pastinya ditunggu-tunggu kerana font ini bukan sahaja akan digunakan pada logo, dan dokumen ubuntu malah akan digunakan sebagai font desktop ubuntu 10.10. Apa yang boleh saya perkatakan tentang font ini ialah, ianya memberikan satu identiti khas kepada penampilan ubuntu dan memperkuatkan jenama ubuntu itu sendiri.

Podcast Kuliah Ust Azhar dalam telefon Android, Blackberry, Symbian dan juga Ubuntu

Image
Saya ada terbaca dalam laman web Ust Azhar berkenaan cara-cara untuk subscribe podcast kuliah beliau mengguna iPhone melalui aplikasi iTunes. Lalu bagaimana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai iPhone? Saya menemui sebuah laman web iaitu  http://podcast.kuliyah.net/v1/  yang ada menyediakan suapan (feed) podcast kuliah ust azhar. Setahu saya, sekiranya anda mempunyai pautan suapan ini, anda boleh subscribe menggunakan apa sahaja perisian podcast yang terdapat dalam mana-mana telefon seperti Android, Blacberry dan juga Symbian (telefon nokia). Saya juga telah mencuba pautan suapan tersebut menggunakan fungsi podcast dalam Banshee menggunakan Ubuntu dan sekali lagi ianya berjaya tanpa apa-apa masalah.  Screenshot disebelah misalnya dicuba dalam telefon symbian (nokia) menggunakan aplikasi podcast dengan memasukkan pautan suapan :  http://podcast.kuliyah.net/v1/feed.xml dan hasilnya, podcast berjaya dimuatturun dengan jayanya. Perkembangan teknologi seperti i...

Persaingan Telefon Pintar : Android adalah masa depan!

Image
Android merupakan sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan secara sumber terbuka dan berasaskan kernel linux yang diubahsuai. Sehingga suku pertama 2010, perkongsian pasaran menunjukkan Android menguasai 9% dari pasaran telefon pintar, dan selebihnya didominasi oleh RIM Blacberry 35%, iPhone OS (sekarang iOS) 28%, dan Windows Mobile 19%. Apa yang menariknya, Android dijangka akan mengubah angka-angka diatas dengan begitu dramatik dan mungkin akan menjadi kuasa besar dalam pasaran telefon pintar dalam sedikit masa lagi disebabkan banyak faktor antaranya pertambahan bilangan aplikasi, bilangan pembangun aplikasi yang sentiasa meningkat dan paling mengejutkan apabila satu statistik yang dikeluarkan menunjukkan 57% daripada aplikasi Android (dalam Android market) adalah percuma. Angka ini jauh mengatasi sistem operasi telefon pintar yang lain yang mana kesemuanya didominasi oleh aplikasi berbayar. Dari segi harga pula, harga purata aplikasi untuk Android adalah jauh lebih ...

Yoono untuk Chrome : Sosial di satu tempat

Image
Saya pernah mengulas tentang Yoono , satu aplikasi pengurusan akaun sosial berpusat. Ianya boleh dipasang dalam Ubuntu (Linux), Mac OSX dan juga windows. Ianya juga mempunyai add-on untuk pelayar web Firefox, dan kini ianya menyokong Chrome (beta), pelayar web kegemaran saya. Saya rasa ianya lebih praktikal untuk mempunyai fungsi ini pada pelayar web kerana apabila anda klik pada mana-mana pautan, ia akan dibuka secara terus dalam pelayar web berbanding aplikasi Yoono pada desktop yang membuka pautan menggunakan paparan yang terbina dalam aplikasi yoono itu sendiri (walaupun boleh disetkan untuk membuka pautan pada pelayar web). Untuk memasang dan mencuba Yoono samada pada pelayar web atau juga desktop, anda boleh melayari laman  http://yoono.com/ .

Ubuntu Branding Polka Dot dan Inkscape

Image
Ubuntu 10.04 tampil dengan branding terbaru bukan sahaja dari segi logo malah dari segi feel pada design iaitu efek polka dot. Sekiranya anda perasan juga, dalam cover CD ubuntu 10.04 (official CD), juga terdapat efek polka dot yang membentuk imej lynx (rujuk foto diatas) yang sangat menarik dalam bentu yang ringkas. Baru-baru ini, blog design.canonical.com mendedahkan rahsia bagaimana mereka menghasilkan efek sebegitu untuk apa jua imej yang ingin dibentuk oleh polka dot. Ianya hanya menggunakan perisian percuma altenatif kepada adobe illustrator iaitu Inkscape yang juga merupakan perisian kegemaran saya untuk menghasilkan sesuatu design dalam ubuntu. Imej disebelah adalah antara contoh imej yang dihasilkan menggunakan efek polka dot dan menghasilkan paparan meerkat yang sangat menarik. Ianya akan lebih menarik sekiranya dijadikan banner untuk sesuatu program yang melibatkan ubuntu dan versi terbaru yang bakal muncul pada 10.10.10 nanti (maverick meerkat). Buat masa ini saya...