Sunday, April 03, 2011

Google Nexus S : Mengapa Anda Harus Pilih Telefon Pintar Ini - #Maxis10


Celik pejam, sudah lebih 2 minggu saya diberi peluang oleh Maxis untuk menggunakan telefon pintar terbaru iaitu Google Nexus S dalam program #Maxis10. Fuh, satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Selama 2 minggu itu, saya sempat mengumpulkan banyak sebab mengapa anda perlu memilih Google Nexus S berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.

1. Ianya telefon Google - Kemaskini terbaru bagi Android pastinya akan menerjah Google Nexus S ( dan Google Nexus One) terlebih dahulu berbanding telefon pintar yang lain. Ini menjadikan telefon pintar anda sentiasa menggunakan Android yang paling terkini dan dilengkapi dengan fungsi serta ciri terbaru yang dibangunkan oleh Google dan Android.

2. Ianya sangat pantas - Untuk mengesahkan kepantasan Nexus S, anda harus meluangkan masa selama 2 minggu! Satu jangka masa yang terlalu lama dan saya pasti pengalaman 2 minggu tersebut cukup untuk menyimpulkan betapa pantasnya telefon ini. Pengalaman skrin sentuh yang super sensitif, pengurusan multi-tasking yang hebat, dan paling penting tidak hang atau lag walaupun mempunyai pelbagai aplikasi yang sedang running. 2 minggu yang sangat memuaskan hati.

3. Cip NFC - Tidak adil untuk mengatakan fungsi yang tidak pernah saya gunakan ini adalah satu kelebihan. Tetapi sekiranya anda mengikuti rapat perkembangan semasa di US, Google, Apple, Amazon, Microsoft, dan kebanyakkan pemain industri teknologi sedang membangunkan sesuatu yang bakal merubah rupa asal dompet anda di masa depan. NFC adalah teknologi yang sedang dalam pembangunan dan akan diperkenalkan di US tahun ini.

4. Android 2.3 Gingerbread - Walaupun kemaskini dari Froyo ke Gingerbread seumpama kemaskini Mac OSX Leopard kepada Snow Leopard, anda masih tidak dapat menafikan kebolehan Gingerbread berbanding Froyo terutamanya berkenaan pengurusan multitasking, keyboard, sokongan gyroscope, power management dan sebagainya.

5. Kualiti bunyi - Termasuk ketika anda membuat panggilan suara atau mendengar muzik menggunakan earphone. Kualiti bunyi pada Nexus S adalah superb dan saya kira penggemar muzik akan berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan oleh Nexus S.

6. Kualiti Skrin - Saya sempat bereksperimen. Dengan menetapkan kecerahan skrin adalah 100% dan berada dalam panas yang terik, saya masih boleh melihat dengan jelas teks yang tertera pada telefon Nexus S.

7. Ketahanan Bateri - Mempunyai bateri berkapasiti 1500 mAh, ianya agak sederhana dari segi angka jika dibandingkan dengan telefon pintar lain tetapi ketahanan bateri Nexus S adalah sangat sangat memuaskan bagi sesebuah telefon pintar. Sehingga anda bertemu kembali dengan charger, bateri 1500 mAh cukup untuk menampung penggunaan telefon anda samada heavy mahupun biasa-biasa. Pengalaman saya yang menggunakan telefon ini dalam kadar sederhana, saya keluar rumah menunju ke office dengan bateri 100% pada jam 9 pagi dan pulang pada jam 6 petang dengan bateri masih berbaki lebih dari 50%. Ianya hampir sama samada saya gunakan live wallpaper atau tidak dengan kecerahan skrin saya setkan kepada automatik.

8. Lambat Panas - Saya perasan akan hal ini sejak mula lagi, mungkin kerana saya anda pengalaman menggunakan N97 Mini yang bahagian luarnya diperbuat dari unsur logam. Nexus S yang menggunakan unsur plastik di bahagian luar sebenarnya mungkin bertujuan mengelakkan telefon ini cepat panas walaupun anda menggunakannya selama berterusan untuk satu tempoh yang panjang (seperti bergayut, browsing sbg). Saya rasakan pengguna iPhone 4 pastinya mempunyai pengalaman yang sedikit berbeza.

9. Android 3.0 - Serius, saya sedang tunggu android 3.0 dan sekiranya ianya dilepaskan untuk telefon pintar, agak-agak telefon mana yang akan dapat merasa dahulu?

Sekiranya anda sedang merancang untuk mendapatkan telefon pintar, Nexus S adalah satu pilihan yang tidak boleh diabaikan. Biar alah membeli tapi menang memakai.

Sekiranya anda beminat, berikut ialah pakej Maxis untuk telefon Nexus S.


Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. ohyeah! dapat nanti root la ape lagi haha

    ReplyDelete
  2. insyaallah..hehe..
    jom beli domain androot.my ...haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...