Wednesday, April 06, 2011

Google Nexus S VS SE XPERIA Arc : Perbandingan Spesifikasi Side-By-Side #Maxis10


Hari ini, telefon pintar antara yang ditunggu-tunggu Sony Ericsson Xperia Arc telah dilancarkan pada harga RM2099. Maxis pula menawarkan telefon ini pada harga RM1499 untuk pembelian berkontrak selama 24 bulan dan ianya adalah angka tawaran yang sama bagi telefon Google Nexus S.

Telefon yang mana yang lebih mantap? Pastinya persoalan itulah yang sedang bermain di fikiran anda terutamanya sekiranya anda bercadang untuk membeli sebuah telefon Android. (rujuk pertanyaan saya di facebook melayubuntu)

Untuk berlaku adil, di sini saya himpunkan perbandingan spesifikasi kedua-dua telefon pintar secara side-by-side berasaskan kepada maklumat di Gsmarena.com.

Nota : Google Nexus S dipasaran Malaysia yang dibawa masuk oleh Maxis juga dikenali dengan model Nexus S i9023


Kekuatan Nexus S
- Telefon Google (Paling cepat mendapat kemaskini terbaru Android)
- NFC
- Three-axis Gyro Sensor
- Integrasi dengan aplikasi Google
- Kamera Depan

Kekuatan SE Experia Arc
- Kamera
- HDMI
- (Memory) Card Slot

Kesimpulan (buat masa ini)

Teknologi skrin Sony Mobile Bravia merupakan salah satu yang menarik untuk dibuat perbandingan. Sayangnya saya belum berkesempatan untuk melihat dengan mata kasar teknologi tersebut beraksi pada peranti Xperia Arc. Dari segi design, kedua-dua model mempunyai rupa paras yang seksi namun Xperia Arc ternyata lebih ringan walaupun mempunyai skrin yang 0.2 inci lebih besar berbanding Nexus S.

Kepada yang mementingkan fungsi kamera pada sesebuah telefon, pastinya Xperia Arc adalah pilihan yang lebih baik. Namun sekiranya anda seorang developer mahupun geek, saya lebih melihat Nexus S sebagai pilihan yang lebih menarik.

Apapun pilihan anda What You Pay Is What You Get (WYPIWYG)!


Semoga bermanfaat.

3 comments:

  1. secara asasnya, dua dua phone boleh jadi GEEK if rooted....

    aku nak xperia arc...haha..

    ReplyDelete
  2. inherit daripada IGWIC - i get what i code;
    IGWIP - i get what i pay

    so kalau aku, aku better ke arc :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...