Sunday, October 21, 2007

Ubuntu dan perjuangan mereka yang ditindas


Pernah nampak tak muka 2 mamat ni kat mana-mana?Mesti pernah kan?Berlambak kat website mat saleh.2 orang model ni mewakili(dilambangkan begitu) syarikat Apple dan Microsoft.Apple terkenal dengan sistem operasinya iaitu Mac dan microsoft pula terkenal dengan windows.

Menjadi satu trend terkini kepada blogger kat amerika mahupun kat mana-mana untuk tidak bersetuju dan seolah-olah memboikot syarikat Microsoft lebih-lebih lagi dengan terbitnya windows vista yang mereka anggap melampau dalam menetapkan harga apalagi sistem operasi itu memerlukan "sistem requirement" yang terlampau tinggi.

Mereka mencari jalan altenatif dan antaranya ialah mengangkat Mac sebagai produk sistem operasi pilihan mereka.Tentu kita pelik,mengapa orang-orang putih nih sibuk mempersoalkan harga windows vista sedangkan mereka boleh menggunakan cd cetak rompak.Sebenarnya, di negara mereka sudah menjadi satu budaya untuk menggunakan produk yang ori.Begitulah juga di jepun dan kebanyakkan negara maju.Ori itu tetap pilihan hati mereka.(Mungkin ini mentaliti orang negara maju).

Sebagaimana maklum,microsoft mengungguli bidang sistem operasi komputer dan apa jua perubahan yang dilakukan oleh syarikat gergasi itu turut dirasai oleh semua penggunakan komputer yang menggunakan produk mereka.Dicelah Microsoft dan Apple itulah munculnya ubuntu yang sekarang ini sedang pesat mendapat sambutan dari pengguna komputer.

Saya merumuskan bahawa, ubuntu adalah perjuangan orang-orang yang ditindas oleh syarikat-syarikat besar yang memonopoli dunia komputer.Terbitnya windows vista yang satu dvd memakan belanja beratus-ratus ringgit untuk mendapatkannya, kemudian hardware komputer seperti grafik kad, RAM, pula perlu di upgrade, seolah-olah satu penjajahan terbuka sedang dilakukan oleh syarikat microsoft itu.

Kita mungkin tidak menyedari, dengan terbitnya windows vista, harga komputer yang lengkap diinstall dengan vista pastinya mengalami kenaikan harga.Tidakkah ini membebankan pengguna komputer terutamanya dinegara-negara membangun dan negara-negara miskin?Namun bagi mereka tidak mengapa kerana negara membangun dan miskin selalunya dikalangan negara-negara islam.Inilah matlamat mereka(tersirat).

Ubuntu muncul sebagai altenatif kepada permasalahan ini.Bayangkan orang yang membangunkan ubuntu bekerja semata-mata untuk menyediakan satu sistem operasi yang PERCUMA kepada pengguna komputer.Dengan system requirement yang rendah, kestabilan yang tinggi dan ditingkat dari sehari ke sehari, selamat dari virus dan semua itu,saya pelik jikalau kita masih ingin menggunakan produk syarikat microsoft yang mencekik darah itu.

Sekian.Sekadar melontar pandangan :)

4 comments:

  1. Salam. Satu laman yang berguna bg saya yg baru nak berjinak2 ngn sumber terbuka ..

    ReplyDelete
  2. ia saya sangat setuju saya berharap 5 atau 10 thn lagi sbelum menjelang 2020 malaysia tidak lagi menggunakan sistem yang mahal.malahan saya x berapa yakin dengan keselamatan data.. Data yang penting boleh terselamat..ianya adalah satu operating sistem yang x pernah stabil dan segaja dibuat oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan..dan kita tidak boleh bergantung kepada mereka lagi..

    ReplyDelete
  3. ianya akan jadi penting jika data itu melibatkan data keselamatan negara.

    ReplyDelete
  4. saya sangat setuju. saya juga harap , malasyia satu h ari nnt akan menggunakan open source di mana-mana
    jua.

    kenapa ada jugak orang yang sanggup beli cd OS yang mahal-mahal sedangkan ada yang murah, bukan murah tapi free.tambah lagi, mereka juga dapat belajar sesuatu yang baru, dan itu juga baik, sbb islam menggalakan mempelajari ilmu .

    OPEN SOURCE ROX!

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...