Posts

Showing posts from January, 2009

Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.

Image
klik untuk zoom fullsize. 1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE. Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable! Glossy. Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak seles...

Gnome Do 0.8 Final.

Image
Kini Gnome Do 0.8 telah sampai ke versi stabil. Menawarkan pelbagai kemaskini yang seterusnya menjadikan ianya aplikasi yang WAJIB dipasang ke dalam ubuntu anda. 20 Plugins yang disertakan ke dalam Gnome Do secara tidak lansung meningkat produktiviti anda dan sekaligus menjimatkan masa. Docky Sebagaimana yang saya review sebelum ini, Gnome Do 0.8 ini memperkenalkan konsep (theme sebenarnya) Docky yang pada saya cukup kreatif mengabungkan Dock dan Do dalam satu interface yang cukup mudah dikenali dan diuruskan. File Preview Selain itu, Gnome Do juga mempunyai fungsi File Preview dalam bentuk thumbnail bagi image dan movie untuk membolehkan fail yang ingin anda buka dapat dikenalpasti terlebih dahulu. ..dan bermacam lagi fungsi baru. Enjoy!

KDE 4.2 "The Answer" mendarat megah!

Image
Setahun selepas kelahiran KDE 4.0, dan 6 bulan setelah KDE 4.1 dilepaskan, kini KDE 4.2 sedia untuk dipasang ke dalam desktop linux anda. Meskipun saya ialah pengguna GNOME tegar yang tiada kaitan apa-apa dengan KDE, namun kemunculan yang eksklusif sebegini kadang-kala menyebabkan saya terpanggil untuk mencuba KDE 4.2. Lantas saya memasukkan repo kubuntu-desktop dan memasangnya. Nampaknya saya hanya boleh mencuba versi KDE 4.2 RC2. Apa yang saya perasan setelah beberapa jam menggunakan persekitaran desktop KDE ialah, ianya mengingatkan saya kepada windows vista yang telah hampir setahun ditinggal sepenuhnya. Efek glossynya pula seakan-akan windows 7. Dude, gua tak minat efek glossy. Serius wa cakap lu. Mata gua cepat penat tengok benda2 yang glossy nih. Interface KDE 4.2 bagi saya cun tetapi effeck glossy adalah satu kelemahan yang nyata bagi saya secara peribadi. Wallpaper yang "blurry" pula menambahkan kepenatan mata saya untuk menatap interface KDE 4.2. Itu bagi saya dan ...

Download "Ubuntu Pocket Guide and Reference" secara percuma

Image
Jika anda membaca tentang Ubuntu Kung Fu, anda sepatutnya mengenali Keir Thomas iaitu penulisnya yang telah berjaya mengumpulkan hampir 300 tips dan tricks untuk ubuntu. Kini beliau muncul lagi dengan buku terbaru iaitu Ubuntu Pocket Guide and Reference . Buku ini memfokuskan; kompetensi dan pengetahuan asas ubuntu yang diperlukan untuk menjadi pengguna ubuntu yang pro boleh dibaca, dicapai dan mudah difahami walaupun anda belum pernah membaca dan menggunakan linux sebelum ini 100% baru dan Ori. Menrangkumi ubuntu 8.04 dan 8.10 Penulis buku ini saya kira cukup berbaik hati kerana ia telah menyediakan salinan PDF buku tersebut dan boleh didownload secara PERCUMA tanpa perlu membayar apa-apa. Dapatkan salinan anda hari ini juga!

Selamat hari jadi AKU.

Hari ini pada 1985. Pertama kali makhluk bernama cahaya memasuki retina mataku lantas ku kenal ianya sebagai dunia. Ya, ini hanyalah dunia yang fana. Hanyalah fatamorgana dari cahaya yang memasuki mata lantas otak mentafsirkan ia sebagai objek-objek yang dikenali melalui nama seperti kereta, perempuan, tahta.Semua objek tadi hanyalah idealis otak. Subhanallah. Ini bumiMu yang cukup luas untuk aku kenal kebesaranMu. Berikan aku hikmah kebijaksanaan untuk aku mengetahui bahawa kesemua ini bakal aku tinggalkan jua akhirnya. Syukur ke-hadratMu untuk umur yang engkau anugrahkan. Berikan aku kekuatan untuk tidak mempersiakannya. -ZULMALC'09

Kemaskini kedua Hardy Heron 8.04.2

Pasukan ubuntu semalam mengumumkan kemaskini kedua bagi ubuntu versi Hardy Heron LTS. Dengan hampir 200 kemaskini dilakukan terhadap versi sokongan jangka panjang ubuntu tersebut menjadikan Hardy Heron lebih stabil dan kurang membawa masalah kepada pengguna. Untuk makluman, Ubuntu hardy heron akan terus dikemaskini dari segi keselamatan dan kestabilan sehingga ke tahun 2011 untuk versi desktop dan 2013 untuk versi server.

Interface Wine: Buruk!

Image
Tengok screenshot diatas dan nyatakan komen anda. Tentunya komen anda ialah, kenapa begitu hudoh interface wine?! huhuhu.. Kalau didalam w!ndow boleh ditukar-tukar tema interface dia yang disebut Visual Style. Tapi dalam wine? Sememangnya wine menggunakan interface window classic sebagai default interface. Tapi tahukah anda didalam wine pun boleh juga kita guna Visual Style. Macam mana caranya? huhuhu.. Senang je.. Ikuti resipi ni: 1. Install wine (tu sudah pasti!) 2. Download visual style dari internet ( deviantart ) 3. Buka folder /home /.wine/drive_c/windows/ 4. Buat folder "Resources" dan "Themes" (maksudnyer, ia akan jadik /home /.wine/drive_c/windows/Resources/Themes/) 5. Kemudian cut and pastekan tema .msstyles yang anda download tadi kat dalam folder "Themes" 6. Bukak Wine Config 7. Pilih tema yang anda pastekan tadi dalam tab Desktop Integration 8. Klik Apply dan Ok 9. Siap! Selepas disolek cantik-cantik... p/s: guna theme Ubuntu Human kat sini . ...

Install wbar dalam ubuntu

Image
Jika anda mengikuti perkembangan dunia linux, gOS merupakan satu nama yang tidak terlalu asing. Versi terbaru gOS memperkenalkan satu konsep baru dinamakan cloud. Namun bukan itu yang ingin saya fokuskan disini. gOS versi terbaru tidak seperti versi sebelum ini yang menggunakan avant-window-navigator tetapi menggunakan wbar . Saya merasakan ianya bagus untuk berkongsi cara bagaimana pengguna ubuntu boleh menggunakan wbar ini dalam ubuntu tanpa perlu memasang gOS. Anda boleh mendapatkan installer pakej .DEB disini . Double clik installer berkenaan dan selepas pemasangan, masukkan command berikut ke dalam terminal; wbar -pos center -above-desk Ini akan melancarkan wbar dengan segera namun anda perlu lakukannya setiap kali login ke dalam ubuntu. Untuk membolehkan wbar dilancar setiap kali anda login ke ubuntu, sila buka Sessions (System > Preferences > Sessions) dan bina startup program baru dengan command berikut : /usr/bin/wbar_start Kemudian download fail ini . Setkan permission...

Gnome Do 0.8 alpha : Do + Dock = Hebat!

Image
Do + Dock Apa yang lagi hebat jika dock tiba-tiba bertukar kepada satu launcher yang hanya memerlukan anda menaip nama aplikasi, atau mencari fail, melancarkan laman web, atau membuka tetingkap pidgin untuk menghantar mesej kepada rakan anda? Tekan ENTER dan tiba-tiba pula do launcher anda tadi bertukar kepada dock yang mendiami bahagian bawah skrin anda seperti dock dalam mac osx. Ianya bukan lagi idea apabila ciri-ciri ini sudahpun di implementasikan dalam Gnome Do 0.8 alpha release dan sedia untuk dicuba jika anda benar-benar berminat mencubanya. Berminat? Install dengan cara berikut; 1.Tambahkan repo berikut; deb http://ppa.launchpad.net/do-testers/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/do-testers/ubuntu intrepid main 2.Update 3.Install Gnome Do atau Update! Untuk menggunakan fungsi diatas, anda perlu setkan preferences kepada Docky pada preferences seperti berikut; Enjoy! Via - Laman ini.

Ubuntu 9.04 Jaunty Alpha 3 : Linux Kernel 2.6.28, sokongan ext4

Pengguna ubuntu sentiasa dalam mood "countdown" kerana ubuntu ialah sistem operasi yang kerap mengalami kemaskini versi. Hari ini ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope alpha 3 telah dikeluarkan untuk dicuba oleh pengguna ubuntu seluruh dunia. Antara yang menarik dalam alpha 3 ini ialah; Menggunakan kernel linux 2.6.28 iaitu kernel linux versi stabil terkini. Kernel linux 2.6.28 ialah kernel pertama kali menyokong ext4, dan mempunyai GEM memory manager untuk grafik, disk shock protection, staging drivers, dan network improvement. [ rujuk ] Sokongan Ext4 : Ext4 ialah format file system yang baru update kepada Ext3 yang digunakan sebelum ini. Ext4 memberikan anda sistem fail yang luas, meningkatkan saiz fail maksima, kepantasan I/O dan sebagainya. Secara umumnya, anda boleh merasai perbezaan yang ketara jika menggunakan Ext4 untuk sistem database. X.Org Server 1.6 Notisfikasi : Seperti yang saya tulis sebelum ini home encryption support : untuk ubuntu sebelum ini, anda boleh access fail ...

Rekod video desktop anda dengan ScreenToaster

12 Jam yang lalu saya ada menerima email pemberitahuan tentang pembukaan kepada umum website ScreenToaster ― menawarkan fungsi membuat screencasting pada desktop anda. Apa yang hebat berkenaan website ini dan fungsi yang ditawarkan ialah, anda boleh rekod video desktop anda tanpa perlu memasang apa-apa perisian dan ianya menyokong sistem operasi windows, mac osx dan linux . Anda mungkin terkejut tetapi ianya satu kebenaran. Screencasts and videos online Anda boleh register akaun anda secara percuma dan mula merekod dan berkongsi video desktop anda hari ini. Ini mungkin sangat-sangat membantu bloggers yang ingin membuat tutorial tertentu atau ingin berkongsi paparan video desktop anda dengan rakan-rakan. Enjoy!

Mukaddimah Linux Varsiti

Image
Apabila idea Linux Varsiti kali pertama dilontar ke dalam perbualan antara saya dan rakan-rakan, minda saya sibuk memikirkan tentang konsep dan bagaimana untuk menjayakannya. Kerana hakikat yang membataskan apa-jua usaha dan idea kearah sesuatu seperti ini untuk menjadi kenyataan sebenar itu terlalu sukar untuk dilangkau, saya tahu ianya bukan sesuatu kerja mudah. Linux Varsiti ialah PERGERAKAN memperkenalkan linux kedalam kehidupan pelajar IPT dari segi perkembangan ilmu, perkembangan komuniti dan altenatif sistem operasi. Apa yang kami gagaskan ialah, mewujudkan satu organisasi yang bertanggungjawab dan diuruskan secara professional untuk menganjurkan aktiviti berkaitan Linux dan Kepenggunaannya merangkumi distribusi Ubuntu, Fedora, OpenSUSE, Mandriva etc dalam Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Untuk tujuan itu, kami memikirkan beberapa perkara merangkumi persoalan seperti apa (?), siapa (?), bagaimana (?), berapa (?), dan untuk apa (?). APA ? -Linux Varsiti sebagai nama pro...

Lajukan komputer anda dengan Enlightenment

Image
e17 Ada sesuatu yang menarik perhatian ketika saya bertemu dengan otai-otai di FOSS.MY'08 tahun lepas. Ianya ialah Enlightenment ― perisian window manager yang serba ringan dan ringkas. Ketika ini saya agak keliru antara window manager dan desktop environment. Lalu saya mencarinya di Wikipedia dan jawapan yang saya perolehi adalah seperti berikut; A window manager is computer software that controls the placement and appearance of windows within a windowing system in a graphical user interface. Most window managers are designed to help provide a desktop environment. They work in conjunction with the underlying windowing system which provides required functionality such as support for graphics hardware, pointing devices, and a keyboard, and are often written and created using a widget toolkit. Jika GNOME dan KDE terlalu berat untuk komputer anda, selain dari XFCE dan OpenBox, Enlightenment adalah sesuatu yang berbaloi dicuba. Versi stabil bagi Enlightenment ketika ini ialah v0.16 (...

KDE 4.2 "Cilense" Release Candidate terbit

Image
13, Jan'09 : Komuniti KDE mengumumkan terbitnya versi KDE 4.2 Release Candidate atau "Cilense", versi percubaan terakhir sebelum menerbitkan versi penuh pada 27hb Jan ini. Anda boleh membaca lanjut berkenaan perubahan yang dibawa oleh KDE 4.2 disini. Antara perubahan yang mungkin perlu anda tahu ialah; Compositing desktop effect yang auto-enable apabila ia mengesan hardware yang disokong Desktop effect yang baru seperti magic lamp, minimize effect, cube and sphere desktop switcher dimasukkan Central elements Plasma Applet yang baru KRunner dilengkapi fungsi baru Plasma workspace menyokong google gadgets Wallpaper plugin Theming improvement Penyokonan multi screen Jika anda pengguna ubuntu dan ingin mencuba KDE sebagai desktop environment disamping GNOME, anda boleh mencuba KDE 4.2 tanpa merosakkan sesi GNOME anda. Sila ikuti cara pemasangan dalam link ini . Enjoy!

Kontroversi v3.0 : Microsoft adalah syarikat tajaan yahudi?

NOTE : Saya harap berita ini tidak benar. Tulisan ini tidak bermaksud menghasut, menuduh, memburukkan dan sebagainya. Dalam perjalanan mencari kebenaran disebalik kesamaran. Bro syah menegur saya di YM dan memberikan saya link berikut; http://www.stormfront.org/forum/showthread.php?t=557249 http://www.jewishjournal.com/geekheeb/item/microsoft_funds_israeli_touch-screen_tech_20090112/ Soalan saya, adakah Microsoft produk yahudi a.k.a israel? Jika ya = Tepuk dada tanya iman. Jika tidak = Abaikan entri ini. Gelanggang dibuka.

Projek Kit Ubuntu Dibatalkan.

Duka cita dimaklumkan bahawa projek Kit Ubuntu ini dibatalkan. Seperti mana yang saya sebut sebelum ini jika ia tak mencapai sasaran tempahan awal maka ia tak menjadi realiti. Setakat 12 tengah malam tadi Jom Linux menerima tempahan sebanyak 32 daripada 150 yang disasarkan iaitu 21.33% jumlah capaian. Bagi saya, saya menyalahkan diri sendiri atas kurangnya tempahan dan dana yang diterima. Boleh saya rumuskan beberapa perkara yang saya belajar; a) ada yang ingin menjadi penaja tapi meminta di'chopkan' dahulu tempat tajaan dan akan membuat bayaran kemudian. Tapi, bayaran tak dibuat sehinggalah tarikh akhir sedangkan ada orang lain yang ingin menaja terpaksa saya tolak kerana ruang sudah habis di'chop'. b) masa yang kurang sesuai pada masa ini menyebabkan ramai lebih mengutamakan menderma bagi Palestin dari projek ini. Ini dapat digambarkan melalui tempahan yang kurang setelah isu Palestin timbul. c) kurangnya promosi dari Jom Linux dan pihak ketiga. Insyallah, lain kali ...

Download Linux Bash Command vBi

Saya telah hasilkan satu list lengkap linux bash command berserta dengan sedikit penerangan ringkas yang dirujuk dari website ini . Saya rancang untuk tukarkan penerangan ke dalam BM dan disertakan dengan contoh penggunaan command tersebut tetapi terhalang kerana masa yang tidak mengizinkan. Apapun rasanya dokumen ini sudah cukup membantu untuk dijadikan rujukan oleh pengguna ubuntu dan peminat command line interface terutamanya. Download : http://www.savefile.com/files/1962208 Enjoy!

Incollector : Uruskan maklumat dalam ubuntu dan windows

Image
Jika dahulu, maklumat dan nota dicatatkan dalam buku nota atau buku catatan. Sehinggalah komputer dicipta dan cukup murah untuk dimiliki oleh setiap orang, dan kemunculan teknologi internet menjadikan maklumat semakin mudah diperolehi dari laman web. Saya ingin bertanya secara peribadi, bagaimana anda menguruskan kesemua maklumat yang anda perolehi? Adakah anda hanya gunakan maklumat tersebut ketika inginkannya kemudian melupakannya apabila ia tidak diperlukan lagi? Jika itu sikap anda selama ini, anda masih ditakuk lama! Takuk seterusnya yang sepatutnya anda berada ialah menggunakan perisian pengurusan maklumat yang cekap. Oleh kerana otak anda "sucks" untuk mengingati maklumat dengan tepat, saya perkenal Incollector kepada anda. Ianya satu perisian yang mudah digunakan untuk anda mengumpulkan nota, perbualan, quote, serial number, source code, alamat web dan maksud perkataan. Kesemua maklumat itu pula diuruskan menggunakan tag untuk memudahkan anda mencarinya kembali dan j...

VIdeo Promosi Kit Ubuntu 8.10

Walaupun agak sibuk kebelakangan ini. Saya cuba sedaya upaya untuk menghasilkan satu video tentang Kit Ubuntu 8.10 ni. Saya sebenarnya nak buat ala-ala...iklan I'm Mac. Tapi pelakon pun sibuk..ngeee...atas urusan keje. Jadi saya buatlah apa yg terdaya. Apapun, saya harap projek ni berjaya! Link Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=04kQg-jlLSE Link kat Google Video : http://video.google.com/videoplay?docid=-503464574010113924&hl=en P/S : Anda mesti letakkan video ni di blog, forum, web atau mana2 yang dirasakan sesuai. Editor JomLinux

Remastersys : Backup keseluruhan ubuntu dan bina distributable ISO image

Image
Notis : Artikel ini ditulis berdasarkan praktikal terlebih dahulu. Selesai pemasangan ubuntu, kemudian anda setup semua keperluan penting yang lain seperti codecs, flash plugin untuk firefox dan beberapa perisian kegemaran anda seperti inkscape, thunderbird, wine, VLC, games dan sebagainya. Pastinya anda tidak mahu kesemua itu hilang begitu sahaja jika anda melakukan kesilapan yang merosakkan keseluruhan ubuntu. Memperkenalkan Remastersys , sesuatu yang seharusnya anda cuba hari ini juga dan percayalah, ianya perisian backup yang cukup hebat. Apa yang remastersys ini tawarkan? Ok ada 2 fungsi pusat iaitu; Ianya boleh backup KESELURUHAN SYSTEM termasuk data persendirian ke dalam satu CD atau DVD yang boleh anda gunakan untuk installasi seterusnya dalam komputer apa jua. Ianya boleh menghasilkan DISTRIBUTABLE COPY yang boleh anda kongsikan dengan kawan tanpa mempunyai data persendirian anda. Apa makna semua ini secara praktikal? Katakan anda mempunyai satu sistem ubuntu yang berfungsi 10...

Review Kit Ubuntu 8.10 dari ZULMALC

Image
Pertamanya, saya menerima Kit Ubuntu 8.10 dari saudara Fahmi dari Jom Linux semalam dan oleh kerana kekangan waktu yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menangguhkan review ini ke hari ini. Ada 3 item utama dalam kit yang saya terima iaitu; CD Ubuntu 8.10 Manual Panduan Pemasangan Ubuntu Sticker Ubuntu Ketika-tiga item terkandung dalam satu bekas CD yang cukup menarik segi designnya. Perkara pertama yang saya fikirkan ketika menyentuh kit ini ialah, alangkah bagusnya kalau kit ini dijadikan hadiah untuk sahabat, rakan (serumah, sekelas, sekuliah etc), kekasih (aweks, balaks, cowoks etc), pensyarah, dan mungkin juga makcik-makcik (bukan makcik pc). Ianya sesuai dibungkus kemas dalam sampul hadiah yang diikat dengan riben diselit bunga ros 3 tangkai - ahaks - kelainan yang tidak dijangka. Pastinya mengharukan perasaan orang yang menerimanya. Manual yang disertakan dalam kit ini pula agak straight-forward dan mudah difahami. Setiap langkah disertakan screenshot dan sedikit penerangan dal...

"Mockup" untuk Notisfikasi

Image
Jika Novell membangunkan Evolution, Sun membangunkan OpenOffice.org , Mozilla terkenal dengan Firefox, dan Red Hat untuk Network Manager, orang akan bertanya apakah yang ubuntu dan canonical lakukan secara khusus untuk menambahkan desktop experience dalam sistem operasi sumber terbuka. Kini mereka tampil dengan satu idea yang pada saya sememangnya diperlukan dalam desktop pengguna biasa - idea notisfikasi . Mockupnya cukup menarik perhatian dengan beberapa konsep yang saya cukup bersetuju iaitu; notisnya perlulah menarik perhatian tidak ada tindakan yang harus dilakukan terhadap notis notis akan muncul secara berturut-turutan Jika anda "missed" notis tertentu, pada panel terdapat satu fungsi untuk anda melihat kembali notis-notis sebelum ini jika anda memerlukannya Jika notis itu kritikal, ia akan pop-up pada desktop anda pada foreground bukan lg background Berkenaan tiada tindakan yang perlu dilakukan terhadap notis, Mark Shuttleworth mengatakan; Fungsi tindakan terhadap pop...

Web Site Mini : Tentang Projek Kit Ubuntu 8.10

Artikel kali ini tak mau posting panjang cuma nak kasi tau...saya telah membina web mini bagi menceritakan hal-hal tentang projek ni. Bagi yang tak nak membantu dari segi kewangan atau belum ada kewangan. Bantulah dari segi promosi yang mudah cam tulis post psl projek ni ke.. Apapapun sila lihat : http://kit.jomlinux.com Orang yang terlepas post sebelum ni atau susah nak cari post sebelum ni. Leh masuk ke web mini ni psl saya dah ringkaskan tentang projek ni kat situ. Status Projek Kit Ubuntu 8.10 Jumlah Tempahan Kit Ubuntu 8.10 : 31 / 150 unit Peratusan Sasaran : 20.67% Baki Hari : 1

Palestin : Lipatan sejarahnya yang terus berlipat

Image
Sejak munculnya fahaman nasionalisme (fahaman kebangsaan), islam, ajaran dan ummatnya terheret ke dalam satu ruang "kepelbagaian ideologi" yang kemudiannya menjadi racun yang paling berbisa bagi membunuh ketulenan ajarannya.Nasionalisme yang lahir di antara manusia yang dijajah dan colonialist , dilihat sebagai satu ideologi baru dan bertindak sebagai savior kepada sesuatu bangsa yang dijajah. Sejarah dalam lipatannya yang tersendiri mencatatkan, perjuangan menuntut kemerdekaan oleh kebanyakkan bangsa di dunia adalah berpaksikan kepada semangat nasionalisme.Bangsa red indian di amerika, bangsa kulit hitam di afrika, bangsa melayu di malaysia, masing-masing ada cerita yang tersendiri di sebalik perjuangan nasionalisme mereka. Tinggalkan bab nasionalisme, dan marilah kita merenung sejenak apa yang sedang terjadi kepada manusia di zaman ini dalam mencari titik penyatuan.Ternyata manusia terkial-kial dalam mencari formula yang paling sesuai untuk disatukan semua manusia diatasny...

GNOME 3.0 : Apa yang GNOME perlu perbaiki

Image
Selepas menulis idea pelik saya tentang title bar , kali ini saya tampil dengan sedikit idea baru tentang gnome dan nautilus. Imej diatas misalnya menjelaskan sedikit sebanyak tentang apa yang saya tidak begitu selesa dengan GNOME - atau dengan kata lain apa yang perlu GNOME perbaiki. Kandungannya adalah seperti berikut; Ketinggian (height) elemen pada tetingkap : Jika anda mempunyai monitor berskala kecil 1820x800, tentunya anda perasan terdapat beberapa elemen tertentu mengambil terlalu banyak space pada paparan tetingkap tertentu. (rujuk imej diatas) Preview Icon yang tak sama size : Ini satu lagi kekurangan yang sangat-sangat merimaskan. Seperti KDE, GNOME juga seharusnya berfikir kearah menggunakan SVG format untuk semua icon yang digunakan dan ini secara tidak lansung akan meningkatkan kualiti paparan icon. Status bar : Dalam GNOME status bar mana-mana tetingkap adalah berbeza bergantung kepada theme yang anda gunakan. Berbalik kepada konsep kebebasan mungkin ianya sesuai untuk p...

Kisah Kit Ubuntu 8.10...

Kalu sebelum ni sedara Zul mengkontroversikan projeknya di sini...sekarang saya nak menjawab soalan yang sengaja dikontoversikan oleh sesetengah orang. Citenya mudah je...bila kami mengusahakan kit ubuntu 8.10 ni ada yang menyokong ada yang tidak...tapi biasalah. kalu kita wat sesuatu tak mestinya boleh puaskan hati semua pihak. pengalaman saya dalam bidang kepolitikkan pun mcm tu gak. saya boleh terima itu. Tapi tujuan saya jawab supaya boleh dapat penjelasan mengenai perkara ini. Ada yang cakap buat pe lah saya wat kit ini sedangkan benda ni boleh je dapat percuma siap pelekat lagi dari Ubuntu . Saya jawab memang betul boleh dpt percuma. Tapi masalahnya, yg bertanya ni kira tau gak le pakai Ubuntu dan tau nak pasang dia. Tapi korang kena ingat, Ubuntu percuma takde didatangkan dengan dokumentasi bagi pengguna desktop. Tapi kit ni ada. Pelekat pun kita tak kasi macam ubuntu. ada yg komen terlalu besar dan susah nak lekat pada ruang kecil contohnya netbook. jd kami buat pelekat ala win...

Kepada : Pembaca Yang Tak Tahu dan Ingin Tahu Tentang Projek Kit Ubuntu 8.10

Sebenarnya saya menerima banyak pertanyaan tentang apa dia projek Kit Ubuntu 8.10 ini. Semenjak kontroversi yang dilakukan oleh saudara Zul ni...barulah blog ni jadi panaas dan macam-macam orang komen. Bila ramai yang masuk tetiba terbaca tentang projek kit Ubuntu tapi tak tau cite pucuk pangkalnya. Macam saudara Zul pernah kata sebelum ni, yang orang kita ni ada yang malas nak belek post lama-lama. Jadi tiap kali saya diajukan dengan persoalan yang sama, maka terpaksalah saya menjawab yang sama. Saya pun tak mahulah (bukan tak mahu, malas sebenarnya. Malas ni dihalalkan :D) marah ke apa ke orang yang tak ikut post lama-lama. Untuk selesaikan persoalan ni. Bagi yang nak tau info ringkas sila ke link : http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20090101193/Artikel/Berita/Kepada-Pembaca-Yang-Tak-Tahu-dan-Ingin-Tahu-Tentang-Projek-Kit-Ubuntu-8.10 Kalu ada yang tak faham apa-apa lagi sila emel editor[a]jomlinux.com atau tinggalkan komen . Luar topik sikit...apa yang Zul cakap pada post se...

Pecahkan Password Pakej RAR dalam Ubuntu

Image
Secara tidak mengaja saya telah kehilangan password untuk pakej rar yang saya telah kompreskan semasa di "planet" window dulu. Dan apabila telah 100% berpindah ke planet ubuntu, saya telah gagal untuk mengesan password tersebut. Dan saya telah meng"google" dan saya telah dapat menemui cara yang mudah untuk memecahkan (crack) password pakej rar dalam ubuntu. Iaitu menggunakan aplikasi "RarCrack". Cara untuk menggunakannya, anda perlu memasang dahulu aplikasi rarcrack (sudah pastila!). download rarcrack wget http://superb-east.dl.sourceforge.net/sourceforge/rarcrack/rarcrack-0.2.tar.bz2 extract racrack tar xvjf rarcrack-0.2.tar.bz2 tukar kepada folder rarcrack cd rarcrack-0.2 install dependencies yang diperlukan sudo apt-get install libxml2-dev install rarcrack make ; sudo make install Untuk pecahkan password, taip dalam terminal: rarcrack /home/username/contoh.rar pssttt: kalau nama pakej rar tu mempunyai "space", sila renamekan balik supaya tak a...

Kontroversi v2.0 : Gua Cabar Lu!

Saya bukan yang terbaik. Masih ramai yang pakar, berpengalaman, berkelayakan, genius, bertauliah dalam bidang keterbukaan sumber. Komuniti sumber terbuka perlukan anda, bukan sekadar sokongan moral malah lebih dari itu jika benar-benar komuniti ini ingin memecut ke satu landasan yang jitu dan meyakinkan. Diatas bibir, semuanya manis. Namun ketika saya mengumumkan kutipan derma bagi membiayai program Ubuntu@iPT , kemana perginya segenap kemanisan yang ada? Syabas untuk JomLinux.com , SembangKomputer.com , dan beberapa orang perseorangan lain yang saya kenali secara personal yang bermurah hati membiayai program tersebut. Kos lain terpaksa saya tanggung secara sendirian dan tidak pernah ada orang tahu tentangnya atau bertanya tentangnya. Diatas bibir, semangat berkobar-kobar ingin perjuangkan Sumber Terbuka. Ketika saya mengumumkan blog ini akan dibuka kepada penulis jemputan supaya blog ini terus segar dengan artikel yang mantap dari segenap sumber, tidak ramai yang tampil. Begitu jugal...

Jom Kita Jayakan Kit Ubuntu 8.10!

Image
Hehe...adakah anda tertanya-tanya apakah motif mesej iklan ini...sebenarnya kami di Jom Linux sedang mencapai sasaran akhir iaitu menerima pra-tempahan bagi merealisasikan projek kit ubuntu ini. Sasaran Mencapai 150 Unit Tempahan Awal! Bantu kami realisasikan produk ini dengan membuat tempahan awal (dari 30hb Dis -12hb Jan) melalui salah satu cara di bawah : #1 - Tempah 'Kit CD Ubuntu 8.10' dengan harga RM 13.99 ; atau #2 -Jadi Penaja dengan sumbangan serendah RM 20 + 'Kit CD Ubuntu 8.10' PERCUMA!' Soalan Lazim 1. Adakah yang menjadi penaja dikira membuat tempahan awal ? Ye, penaja diberikan keistimewaan meletakkan logo atau link (bergantung jenis tajaan) di samping diberikan kit CD ini percuma. Apabila satu unit tajaan ditempah. Maka satu unit tempahan awal dikira. 2. Apakah maksud sasaran 150 tempahan awal itu? Maksudnya jumlah keseluruhan dari cara #1 dan #2 mendapat tempahan 150 unit dan ke atas. 3. Berapa lama tempoh untuk terima tempahan awal? Selama 1...