Thursday, March 17, 2011

Dokumen Praktikal Ubuntu - Projek terbengkalai Melayubuntu


Pada suatu ketika, saya benar-benar berazam untuk menyiapkan satu panduan lengkap tentang ubuntu dan bukan sekadar panduan pengenalan seperti Manual Ubuntu. Terdapat satu projek yang saya namakan Praktikal Ubuntu dan saya cuba siapkannya sedaya upaya.

Cabarannya adalah apabila anda gagal menyiapkannya dalam masa 6 bulan, manakala versi ubuntu dikemaskini setiap 6 bulan sekali. Ianya satu cabaran yang besar kepada saya dan kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita untuk menyiapkan sesuatu seumpamanya.

Disini saya sertakan satu pautan muatturun kepada satu fail PDF Praktikal Ubuntu (Prototaip) yang saya telah cuba siapkan namun tewas kerana tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Anda boleh memuatturun di ;


Saya memikirkan, tidak ada guna saya menyimpan sesuatu seperti ini dalam memori komputer dan tiada sesiapa yang dapat mengambil manfaat darinya. 

Ini adalah dokumen 'belum siap' namun terdapat beberapa bahagian yang ilmunya masih boleh dimanfaatkan oleh pengguna ubuntu.

6 comments:

  1. menarik..awat tak kolab dengan geng Jom Linux je..kan terbaik tu.hehe

    ReplyDelete
  2. bagi saya tutorial ini yang terbaik dan lengkap walaupun belum 100% siap,keep up the good work untuk projek akan datang dan mungkin bole bekerjasama dengan ahli komuniti linux malaysia bagi projek akan datang

    ReplyDelete
  3. waa best apa yg saudara buat ni...ada emas berharga dlm nya...teruskan bro, jgn berenti tgh jalan...
    kalo tak dpt habuan di dunia, habuan di akhirat menati..ilmu yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. suatu usaha yg baik..keep up da good job. :)

    ReplyDelete
  5. aku rekemen ko fokus pada LTS version saja untuk manual komprehensif, tapi unntuk keluaran lain, boleh la buat macam mini-book yang disertakan bersama buku tu dan ceritakan lebih tentang penambahan dan perubahan dari versi LTS.

    sekadar pandangan :)

    ReplyDelete
  6. kerja satu orang tak sama dengan kerja ramai orang.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...