Posts

Showing posts from February, 2009

Fokus kepada tutorial perisian sumber terbuka?

Image
Saya tertarik kepada satu respon yang berikan pembaca dalam artikel berapa ramaikah pengguna ubuntu kembali kepada windows . Respon tersebut menyebut bahawa, blogger ubuntu terlalu menulis tentang ubuntu dan tidak fokus kepada perisian sumber terbuka yang terdapat dalam ubuntu. Ianya sesuatu yang logik, dan saya sudah lama berfikir tentang perkara tersebut. Jujur saya katakan, saya seorang sahaja tidak mampu untuk cover kesemua perisian seperti OpenOffice.org, GIMP, Inkscape, Scribus, dan sebagainya. Jika sekiranya blog ini dan blog ubuntu lain hanya bercerita tentang berita hangat ubuntu, update versi, review software bla bla dan sebagainya, ubuntu takkan kemana. Menyedari hakikat tersebut, kita dan blog ini perlukan satu anjakkan luar biasa. Lalu bagaimana mungkin? Saya tidak mampu cover semua dan jika kita tak lakukan anjakkan, maka ubuntu akan tewas dalam perlumbaan ini. Disini komuniti sepatutnya mengambil alih tugas. Bukan hanya bergantung kepada individu tertentu tetapi satu ko...

Ubuntu 9.04 Alpha 5 dan Feature Freeze

Image
Ubuntu versi 9.04 kini sedang memasuki fasa feature freeze yang membawa maksud membekukan cadangan fungsi baru dan hanya fokus kepada memperbaiki kelemahan. Hari ini Ubuntu 9.04 Alpha 5 diterbitkan dan ciri-ciri dalam alpha ke 5 inilah yang akan kekal sehingga versi penuh diterbitkan pada 23 hb 4 nanti. Ciri Baru. 1.Notisfikasi. Seperti yang telah diwar-warkan dalam blog ini, ubuntu 9.04 akan dilengkapi fungsi notisfikasi yang akan memberikan notis respon kepada tingkah-laku desktop dan perisian. ( rujuk ) 2.Login screen baru. Ubuntu 9.04 akan memperkenalkan style baru bagi login screen. Meskipun tidak banyak yang berubah, namun designnya akan extreme dengan warna gelap. (via : amanz ) 3.Peta dunia baru pada installer. Installer pada alpha ke 5 memperkenalkan peta dunia baru yang memudahkan anda memilih lokasi anda semasa pemasangan. 4.HOME encryption. Encryption membolehkan fail-fail anda dalam partition ubuntu dilindungi dari orang luar yang tidak diperlukan. Jika selama ini, anda b...

Pasang Notisfikasi Jaunty ke dalam Intrepid Ibex?

Ubuntu telah memperkenalkan fungsi notisfikasi dalam versi percubaan Ubuntu 9.04 a.k.a jaunty. Kini, pengguna versi Ubuntu 8.10 boleh mencuba fungsi ini dengan mengikuti cara dalam tutorial berikut : http://blog.alexrybicki.com/2009/02/how-to-install-notify-osd-in-intrepid.html Tutorialnya agak complicated dan saya masih belum mencuba kerana internet saya agak lambat. Selamat mencuba.

Bingkisan dari CIAST

Image
Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari KL atau lebih spesifik, Centre For Instructor And Advanced Skill Training, CIAST , atas jemputan untuk menjadi speaker kepada satu seminar open source yang dianjurkan disana. Pertamanya tahniah kepada CIAST kerana telah menganjurkan satu program seminar fokus kepada Open Source Software dan penganjuran sesuatu seperti ini akan mengetengahkan lagi kelebihan perisian sumber terbuka kepada umum. Seminar tersebut turut menjemput MAMPU dan OSCC dan ketiga-tiga speaker sebelum sesi saya adalah dari pihak MAMPU dan OSCC itu sendiri. Bayangkan saya yang agak kurang pengalaman memberikan ceramah dalam seminar yang melibatkan MAMPU dan OSCC dan saya adalah satu-satunya penceramah yang mewakili komuniti pengguna ubuntu malaysia. "Ubuntu adalah sistem operasi masa hadapan". Itu adalah tajuk yang perlu saya bawa dalam sesi keempat pada petang semalam (25hb2). Selesai saya perkenalkan serba sedikit tentang latar belakang dan kelebihan menggunaka...

Pyroom : Sesuatu yang pelik tapi menarik!

Image
Menaip adalah satu kerja yang cukup antik. Jika dahulu manusia menggunakan mesin taip yang bising dan memerlukan tenaga, kini keyboard dan monitor memberikal feel yang cukup berbeza dan ranggi. Menaip pada perisian Microsoft Office 2007, iWork, OpenOffice.org mungkin kelihatan moden tetapi mempunyai satu kelemahan - Gangguan! Maksud saya, anda juga mengalaminya. Ketika menaip ada popup muncul, ada kawan buzz, tiba-tiba ikon firefox kelihatan comel dan geram nak klik, tiba-tiba ada idea nak update twitter dan macam. Pyroom ialah perisian text editor yang akan membuatkan anda hanya fokus kepada kerja menaip anda semata-mata. Konsepnya cukup mudah, text editor ini akan disetkan kepada fullscreen mode, dan hanya mempunyai 2 warna sahaja. Taip! Itu sahaja. Tidak ada ikon, tidak ada popup, tidak ada buzz, tidak ada warna-warni dan ranggi. Proses lain seperti save hasil kerja dan menutup perisian boleh dilakukan dengan menggunakan keyboard shortcut . Ianya kelihatan cukup antik, tetapi efek...

Update : Projek Kayangan

Image
Macam yang digembar gemburkan seblm ni. Projek Kayangan berada di landasannya. Khemah @ booth telah ditempah. Ikut kata ba'ang hanya tunggu menunggu nombor booth. Apa pun sini saya nak paparkan contoh kertas risalah yang kita akan edar. Pastu bwh tu cam banner le kalu sesapa nak letak kat web @ blog. Ada byk jenis risalah kita org wat. Tapi ini yang kita lepaskan dulu...yang lain-lain mungkin kemudian. Lepas acara tu pun kami akan poskan gambar-gambarnya kat sini. Setakat ini saja...Moga usaha kami ini berjaya! Sumber : JomLinux

Berapa ramaikah pengguna ubuntu yang kembali kepada windows?

Setiap hari saya berhadapan dengan pertanyaan dari pengguna baru ubuntu, samada melalui IM atau email. Saya banyak menulis tutorial dalam blog melayubuntu ini namun masih terdapat sesetengah pembaca yang tidak faham sesetengah tutorial yang saya berikan. Banyak pengalaman yang dikumpul sepanjang saya menjadi blogger tentang ubuntu dan berhadapan secara lansung dengan pembaca melalui perantaraan internet. Hakikat itu membawa kepada satu persoalan - berapa ramaikah yang telah mencuba ubuntu namun kembali semula menggunakan windows? Saya antara orang yang mencuba ubuntu dan tidak lagi kembali kepada windows. Namun saya tahu yang diluar sana ramai yang berbeza dengan saya. Mereka menggunakan ubuntu buat beberapa ketika, teruja dengan apa yang ubuntu tawarkan kepada mereka namun kemudiannya kembali kepada windows. Apabila ditulis sebegini, kita mungkin bertanyakan MENGAPA? Rujukan yang terhad : Ubuntu di malaysia merupakan satu permulaan dan memerlukan banyak rujukan. Namun apabila orang s...

Kecilkan saiz thumbnail dalam nautilus

Image
Tidakkah anda perasan yang saiz thumbnail dan saiz ikon folder dalam nautilus adalah cukup berbeza. Ia menyebabkan aturan file-file agak tidak tersusun apabila saiznya berbeza. Apa tidaknya jika saiz ikon folder adalah 48px dan saiz thumbnail pula adalah 96px secara default. Tidakkah itu akan menyebabkan sususan file yang tidak sekata dan memburukkan paparan fail-fail dalam nautilus? Sebenarnya kita boleh resize thumbnail tersebut kepada saiz yang kita inginkan dengan cara berikut: 1. Tekan pada keyboard Alt+F2 untuk run command. 2. Taipkan gconf-editor dan ENTER. 3. Pergi ke App > Nautilus > Icon View. Dan setkan thumbnail size kepada 48 atau saiz lain yang anda rasakan sesuai. Anda akan dapat melihat perubahan serta-merta. Amacam? Semoga bermanfaat.

Ubuntu 9.10, Karmic Koala & tema baru ubuntu?

Mark Shuttleworth hari ini memperkenalkan kod nama kepada ubuntu versi 9.10 - Karmic Koala. Shuttleworth juga telah menerangkan serba sedikit tentang target yang ingin pembangun ubuntu perkenalkan dalam versi 9.10 tersebut. Jika jaunty 9.04 meletakkan fokus kepada kepantasan boot, Karmic Koala meletakkan fokus kepada pengalaman pengguna ketika startup dan ubuntu sedang menimbangkan untuk menggunakan Plymouth, seperti yang terdapat dalam fedora. Namun saya tertarik apabila shuttleworth mengungkapkan: The desktop will have a designer’s fingerprints all over it - we’re now beginning the serious push to a new look. Brown has served us well but the Koala is considering other options. Come to UDS for a preview of the whole new look. Apa yang diharapkan ialah, pembangun ubuntu akhirnya akan mengubah tema default yang sekarang kepada sesuatu yang lebih segar dan menarik. Ada harapan ke? via : http://fridge.ubuntu.com/node/1831

Menghasilkan efek image reflection dengan mudah

Image
Jika anda salah seorang pembaca Manual Ubuntu, dapat anda saksikan bahawa setiap imej yang terkandung didalamnya mempunyai efek image reflection yang bagi saya secara peribadi membuatkan sesuatu image tersebut kelihatan lebih menarik untuk dilihat. Sebenarnya dalam blog ini sendiripun, saya pernah menghasilkan satu video tutorial untuk menghasilkannya menggunakan perisian GIMP . Kini, nampaknya ada cara yang lebih mudah dari itu. Picreflect merupakan sebuah web application yang menawarkan fungsi tersebut tanpa perlu membuka apa-apa perisian image editor. Ini mungkin dapat menjimatkan masa blogger dan menambahkan efek yang menarik untuk setiap image yang anda masukkan ke dalam blog anda.

Pasang GnoMenu untuk ubuntu 8.10

Image
Bagi anda yang tidak sukakan menu ubuntu yang default, dan lebih sukakan menu ala-ala microsoft windows, GnoMenu adalah yang anda cari-cari selama ini. Ianya sangat mudah untuk di add ke panel dan diubah ikonnya. Ia juga menyokong penggunaan tema untuk integrasikan paparannya bersama tema GNOME yang anda gunakan. Cara pasang? Download kesemua file .DEB yang berada pada laman : https://launchpad.net/gnomenu/+download dan double click padanya untuk proses pemasangan. Selesai memasang, right click pada mana-mana bahagian panel dan add GnoMenu. Anda juga boleh right click pada GnoMenu ikon dan pilih preferences untuk customize bentuk paparan GnoMenu mengikut selesa anda. Selamat mencuba.

Foxdie 3.0 untuk Firefox 3.0

Image
Tema Firefox yang memberikan "feel" browser safari, Foxdie , kini menerbitkan versi 3.0 khas untuk browser firefox versi 3.0 dan 3.0.* . Ini ialah tema firefox kegemaran saya sebelum Mozilla mengeluarkan versi 3.0 firefox menyebabkan versi lamanya tidak lagi boleh digunakan. Selamat mencuba.

Projek Kayangan

Image
Hehe...saya perasan ada komentar yang tanya mana Jom Linux menghilang??? Haha...kami tak ilang..sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini dengan projek kami yang digelar "Projek Kayangan". Ah-ha...! Apa tu Projek Kayangan? Kalau anda baca artikel sebelum ini saya ada tulis sedikit tentang penjelajahan Jom Linux ke UiTM, Perlis. Secara ringkasnya kami akan membuka khemah atau booth Jom Linux di sana nanti. Projek ini diberikan nama samaran : Projek Kayangan sempena gelaran Indera Kayangan. Butiran Projek Ini adalah seperti berikut : Tempat : UiTM, Arau, Perlis. Tarikh : 27,28 Februari - 1 Mac 2009 Jadi, sesiapa yang duk dekat berhampiran atau yang ingin nyatakan sokongan pada Jom Linux sila lawati khemah kami di sana nanti. Sokonglah kami! Juga - kami ucapkan ribuan terima kasih pada Ba'ang kerana kesudian saudara tuk jemput kami ke sana. Arigato Gozaimasu! Untuk gambar lain dan maklumat lanjut sila klik di sini .

Menghasilkan virus untuk linux dalam 5 langkah “mudah”.

Image
Geekzone( http://www.geekzone.co.nz/foobar/6229 ) telah menghasilkan satu artikel hebat menerangkan satu persatu tentang cara-cara menghasilkan virus untuk linux atau lebih tepat lagi, virus untuk desktop environment GNOME dan KDE. Artikelnya berkisar tentang “bagaimana virus tersebut akan dilarikan, beroperasi, ruang lingkup kerosakan dan kerumitan yang mampu dihasilkan dan cara mengatasi”. Ini adalah ulasan semula kepada artikel tersebut menurut versi dan kefahaman saya sendiri. Modus operandi virus yang ingin dihasilkan ialah mudah – buatkan seseorang pengguna komputer untuk melarikan executable attachment yang diattach kedalam email. Ini adalah modus operandi bagi virus yang paling mudah dan paling senang untuk diukur dan dikawal kebarangkalian kejayaannya. Dalam windows, attachkan sesuatu fail .EXE ke dalam email atau embeddedkan sesuatu virus (yang sebenarnya hanyalah kod program komputer) ke dalam fail yang tidak dicurigai seperti .JPG, .PNG, .DOC, .TXT, dan seumpamanya. Antara ...

Manual Ubuntu : Didownload lebih dari 900 pembaca kurang dari 24 jam

Image
Kurang dari 24 jam Manual Ubuntu versi resolusi rendah diterbitkan kepada umum, ianya telahpun dimuat turun sebanyak lebih dari 900 kali. Ketika saya menulis entry ini, Box.net iaitu mirror percuma yang saya gunakan sudah kehabisan bandwidth. Kepada sesiapa yang sempat memuat turun Manual Ubuntu, saya harap anda boleh upload ke mirror yang lain dan berkongsikan urlnya dalam ruangan komen. Saya masih lagi memikirkan cara bagaimana dan dimana untuk upload versi resolusi tinggi yang bersaiz 28MB. Kepantasan berukband yang saya gunakan agak terhad buat ketika ini dan menyebabkan saya gagal untuk upload versi resolusi tinggi semalam. Insyaallah jika anda kesempatan, saya akan uploadkan versi resolusi tinggi dalam masa terdekat.

Install tema ubuntu untuk HP Mini 1000 Mi Edition

Image
Hewlett Packard atau HP telah memperkenalkan model HP Mini 1000 Mi Edition dan yang menariknya tentang netbook ini ialah, ia didatangkan dengan Ubuntu 8.04. Paling menarik apabila HP telah memperkenalkan tema desktop GNOME tersendiri dan beberapa pengubahsuaian kepada elisa untuk diintegrasikan bersama dengan harbour-launcher membentuk satu antaramuka yang sungguh menarik dan unik bagi sebuah netbook. harbour-launcher yang menjadi antaramuka selamat datang Menariknya, anda boleh memasang pakej ini dalam ubuntu standard yang sedang anda gunakan iaitu ubuntu intrepid ibex 8.10. Untuk tutorial pemasangan, sila ke laman berikut: http://a2h.uni.cc/wp/2009/02/13/installing-the-hp-minis-mie-interface-on-ubuntu/ Semoga bermanfaat.

Download Manual Ubuntu - Versi Kualiti Rendah

Manual Ubuntu kualiti rendah dengan saiz 8.8MB. Enjoy! 76 mukasurat, 4055 patah perkataan. Manual Ubuntu_web.pdf mirror1: http://dl.ronggeng.net/melayubuntu/Manual_Ubuntu_web.pdf mirror2: http://rapidshare.com/files/198695885/Manual_Ubuntu_web.pdf.html mirror3: http://rapidshare.com/files/19947002/Manual_Ubuntu_web.pdf mirror4: http://ifile.it/a0uxnsh timakasih kepada yang tolong upload balik ke mirror berkenaan.

Program Penajaan dan Pengiklanan dalam Manual Ubuntu.

Image
Alhamdulillah saya telah siap menghasilkan Manual Ubuntu yang mengandungi 77 Mukasurat kesemuanya. Selain domain linuxvarsiti.org yang telah siap ditempah, kami juga telah menerima jemputan ke beberapa IPT tempatan dan itu semua saya anggap sebagai satu petanda dan titik permulaan yang sangat baik dan meyakinkan. Linux Varsiti sebagaimana yang dihebahkan berkali-kali dalam blog ini merupakan satu Program PENJAJAHAN Linux ke dalam IPT tempatan dan sarat dengan program seperti Syarahan, Demonstrasi, Pameran dan sebagainya yang wajar. Kerana air yang bertakung itu akan rosak, begitu jugalah manusia jika hanya obses dengan satu sistem operasi sahaja. Linux Varsiti meletakkan target PERUBAHAN bukan sahaja ke dalam minda pelajar jurusan IT bahkan juga kepada pelajar jurusan lain. Kami meletakkan ILMU sebagai subjek yang cukup penting untuk dikehadapankan mengatasi subjek sampingan yang lain, kerana manusia hanya mulia dan dimuliakan dengan ilmu. Namun kami kesuntukkan kewangan - itu adalah h...

Memperkenalkan : Manual Ubuntu.

Image
Secara rasminya saya dengan ini memperkenalkan Manual Ubuntu . Ianya ialah E-Book yang memperkenalkan konsep baru dokumentasi ubuntu secara visual, bersih dan professional khas untuk Program Linux Varsiti. Idea penghasilan Manual Ubuntu ialah apabila saya menerbitkan E-MAJ Edisi 1 sekitar Mei tahun lalu dan mendapati komuniti ubuntu malaysia masih tidak mempunyai satu sumber rujukan basis tentang ubuntu yang menyebabkan newbie terpinga-pinga mencari kefahaman yang jelas. Saya hasilkan Manual Ubuntu dengan pendekatan berikut; Bahasa yang mudah - Anda tidak perlu menjadi seorang genius untuk memahaminya Penerangan secara visual - Screenshot dan grafik untuk setiap penerangan Khas untuk Newbie komputer - Tidak hanya fokus kepada pengguna windows Asas ubuntu - Saya tidak masukkan sebarang aspek teknikal yang rumit Mengubah mentaliti pembaca terhadap linux - Saya perkenalkan konsep baru dokumentasi sistem operasi linux yang bakal merubah mentaliti pembaca terhadap linux, insyaallah Lebih k...

144 Hari Prestasi Server Ubuntu Parlimen Ampang

Image
Hmm..kalu korang tgk dari tajuk yg saya tulis...ia sudah terungkap apa yang saya bakal ceritakan. 144 hari menggunakan Ubuntu OS sebagai server pejabat. Boleh saya katakan 'agak superb'. Kalau saya bukan peminat Ubuntu sekali pun saya akan katakan ia beroperasi dengan cemerlang. Bila tgk screenshot kat bawah, kalu korang perhatikan kat situ tulis 70 hari 'uptime' dia. Jadi sebelum anda fikirkan tajuk artikel ni salah atau anda salah baca pada screenshot (hehe...) (screenshot webmin pada server) Sebenarnya sebelum ini server ni dah pun uptime 74 hari tanpa mati. Tapi ada satu hari tu plug yg ada terpaksa tukar pasal plug tu ada dua port je. Sedangkan saya nak tambah lagi satu printer (perlukan tiga plug - satu utk server, dua utk printer) menyebabkan saya terpaksa padam server untuk tukar wayar 'extension' yang lain. Apa hipotesis yang boleh saya katakan ketika menggunakan Ubuntu sebagai server? 1. Ia mudah dan praktikal. 2. OS yang agak bagus sebab satu2 server...

GNOME 2.6 Beta dan Ubuntu Jaunty Alpha 4

Agak sibuk melayan karenah kepantasan internet yang tak terkata. Jarang-jarang boleh update. Apapun minggu ini menyaksikan terbitnya GNOME 2.6 Beta dan Ubuntu Jaunty Alpha 4 . Saya gagal mendapatkan apa-apa maklumat tentang ciri-ciri terbaru GNOME 2.6 beta dan Ubuntu Jaunty Alpha 4 pula tidak memperkenalkan kemaskini yang drastik. Yang ada cumalah Font Size Optimization yang membolehkan pengguna mengubah Font dot-per-inch mengikut kesesuaian monitor.

Lagi Preview - Video dari Jom Linux..

Hari tu sambutan video agak memberangsangkan jadi kami dari Jom Linux pun ada buat video baru. Sebenarnya dalam pembikinan. Kalau ikutkan preview awal ni agak panjang sikit dari sepatutnya tapi tengah2 shoting...ada plak bita tergempar dari negeri utara...jd tergendala sikit pembikinan. Walau apapun saya letakkan sikit preview untuk tatapan anda....Saaassshhh.....! Sumber : Jom Linux

Dokumentari Mini - Ubuntu Di Parlimen Ampang

Image
Ah'ha...semalam sy mendapat idea untuk membuat satu 'Dokumentari Mini' di mana membuat sedikit lawatan ke Parlimen Ampang dan sesi temu ramah. Agak lucu juga melihat rakaman telatah sendiri. Tapi saya buatkan jugak dan saya letakkan videonya di bawah. Untuk maklumat sume orang, kami bukanlah professional. Jadi, faham-faham jelah jenis editing yang kita orang buat...hahhahaa..Layan... Bahagian kedua sila klik kat sini . ========= Kemaskini ========= Ni dia gmbr yg sy lekat kat pintu.

Sesuatu yang istimewa bakal tiba. Esklusif. Percuma.

Image
Ianya Esklusif. Ianya Percuma. Ianya dalam bahasa ibunda. Ianya... Nantikan . . Doakan . . Sesuatu yang istimewa bakal tiba.

Intel Moblin V2 Core Alpha : Boot Netbook dalam beberapa saat!

Intel telah memulakan projek sumber terbuka dipanggil Moblin pada tahun 2007 dan kini versi kedua pada tahap pembangunan alpha sudah mula menampakkan betapa besarnya "tenaga keupayaan" yang dimiliki oleh projek ini. Pertamanya, mungkin ini kali pertama anda menyaksikan komputer(Netbook) boot sepantas ini; Dalam video ini, sebelah kiri ialah Samsung NC10 dan sebelah kanan ialah Lenovo Ideapad S10 kedua-duanya menggunakan processor Intel Atom dengan NC10 mempunyai keupayaan 32GB OCZ Core Series V2 SSD dan 2GB DDR2 memory. Amacam? Via : Phoronic .