Posts

Showing posts from December, 2008

Linux Desktop pada harga RM788

Image
Tadi ada seorang sahabat menghantar gambar ini kepada saya yang mungkin bagus untuk dikongsi disini. Menurut sumber, ini ialah pamplet yang diperolehinya ketika berkungjung ke Tesco (err aku lupa plak Tesco mana). Sebuah desktop (mungkin tiada monitor disertakan) yang menggunakan processor AMD @ Athlon LE 2650 dengan 1GB Memory dan 160GB disk space pada harga RM788. Menurut sumber juga, ini adalah kali pertama beliau menemui satu komputer yang dijual menggunakan Linux OS sebagai default. Ini mungkin satu perkembangan yang bagus kepada perkembangan linux di Malaysia khasnya. Namun, komuniti linux masih suram tanpa idea-idea baru dan akhir-akhir ini barulah kita melihat beberapa perubahan samada dari segi dokumentasi dan kegiatan komuniti.

Projek Kontroversi : My Mac for All

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, saya disibukkan dengan satu projek kontroversi dinamakan My Mac for All . Saya suka melihat projek ini dari aspek ilmu dan kebebasan memilih. Kita masih belum terlambat untuk menyedari hakikat bahawa windows bukanlah satu-satunya sistem operasi yang ada. Pertamanya bagus rasanya pembaca mengetahui serba sedikit sejarah saya dan Mac OSX. Sifat saya ialah, apabila otak saya menimbulkan persoalan, saya akan usahakan untuk jawapannya. Selepas saya mengenali ubuntu dan menggunakannya, barulah saya mengetahui Mac OSX dengan lebih dekat. Saya tertarik dengan theme Mac OSX untuk ubuntu dan tertarik dengan interfacenya yang kemas, simple dan sedap mata memandang. Saya tertanya-tanya bukan sahaja kepada diri sendiri malah turut bertanya kepada kawan yang masih pekat mentaliti windows, bolehkan Mac OSX dipasang ke dalam PC biasa? Persoalan itu membawa saya kepada satu pengkajian yang sungguh fokus dan minat. Ya, saya membaca dan belajar sendiri! Jangan terke...

Slimrat : Rapidshare downloader untuk linux

Image
Salam semua. Akhir-akhir ini agak tidak berkesempatan untuk update blog meskipun agenda update blog merupakan azam tahun baru saya. Saya menemui satu aplikasi iaitu Slimrat yang memudahkan pengguna ubuntu linux untuk memuatturun fail dari laman host seperti rapidshare (free), depositfiles.com, youtube.com, leteckaposta.cz, fast-load.net dan mediafire.com. Cara install; 1) Install perl sudo aptitude install libwww-mechanize-perl libgtk2-gladexml-perl 2) Download pakej slimrat (Pergi ke website slimrat jika link tidak ini mempunyai masalah). Save ke Desktop! 3)Masukkan command berikut; ln -s ~/Desktop/slimrat/slimrat /usr/local/bin/slimrat ln -s ~/Desktop/slimrat/slimrat-gui /usr/local/bin/slimrat-gui 4)Run slimrat slimrat --help (CLI) slimrat-gui (GUI) Saya belum mencuba lagi perisian ini dan saya harap anda boleh mencuba. Tinggalkan komen jika ada keraguan. [via http://icehot.wordpress.com/ ]

Salam Awal Muharram

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam/Maal Hijrah kepada yang beragama Islam...Semoga dengan kemunculan tahun baru ni. Diri dan komuniti ini dapat memacu arus perubahan yang lebih baik bagi perkembangan ICT terutamanya sumber terbuka di Malaysia. Penulis juga ingin meminta maaf jika ada silap dan salah dan terima kasih atas sokongan semua! Tak lupa juga terima kasih diucapkan kepada saudara Zul yang bermurah hati untuk membenarkan saya dan rakan-rakan memblog di sini tentang projek kami..terima kasih banyak2! JomLinux.com

Apa itu PPA?

Image
PPA (Personal Package Achieves) adalah fungsi pada launchpad yang membenarkan seseorang user berdaftar untuk hostkan package .deb yang seterusnya bertindak sebagai personal apt repository. Disini saya tidak akan membuat tutorial bagaimana untuk membuat package untuk ubuntu tetapi menerangkan secara ringkas bagaimana PPA dapat membuatkan hidup berubuntu anda lebih menarik. Jika anda perasan, dalam ubuntu apabila sesuatu perisian yang mengalami versi kemaskini seperti Firefox tidak boleh diupdate secara biasa seperti dalam windows dan mac osx yang memerlukan anda pergi ke pilihan menu Help > Check for Update. Dalam ubuntu fungsi itu tidak ada kerana kesemua fungsi update dikawal oleh APT. Oleh kerana itulah jika anda tidak sabar untuk update perisian tertentu yang telah mengalami versi update tetapi masih belum dimasukkan kedalam ubuntu repository, anda perlu menggunakan PPA. Saya mengambil contoh perisian OpenOffice.org 3.0 yang tidak disertakan secara default dalam ubuntu 8.10 namun...

Projek CD Ubuntu 8.10, Kini Peringkat Beta!

Image
Agak lama jugak rasanya saya tak mengemaskini artikel pasal projek CD Ubuntu 8.10 kerana agak sibuk menguruskan bahan cetakan dan pelekat. Jadi diringkaskan cite..ada 4 pengumuman yang saya nak bagi tau (update siki...hehehe). 1. Hantar Gambar Pelekat Ubuntu Anda! Bagi mereka yang telah menempah pelekat Ubuntu dan melekatnnya di komputer, laptop ke apa-apa lagi...ambil gambar dan hantarkannya di editor[a]jomlinux.com . Insyallah saya akan wat satu album bagi mengumpul dan meletakkan gambar2 tersebut. Boleh juga letak watermark pada gambar seperti nama, jenis komputer dan kawasan. 2.Projek CD..Sekarang Kira Peringkat Beta! Kini semua benda dalam CD Case sudah ada. Buku manual, pelekat Ubuntu . Lihat gambar di bawah. Selepas ini, saya akan hasilkan 8 unit untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang nak dengan syarat mereka wajib mempunyai web site/blog . Sila emel pada editor[a]jomlinux.com dengan tajuk 'cd percuma' . (klik gambar untuk zoom) 3. Peluang Jadi Pen...

Pidgin 2.5.3 tampil dengan banyak "fix crash"

Image
Pidgin ialah IM Client default dalam ubuntu yang menyokong protokol popular seperti Yahoo Messenger, MSN, GTalk dan sebagainya. Versi 2.5.2 tampil dengan pelbagai masalah yang merimaskan seperti Pidgin tertutup secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga masalah lain seperti fungsi send/receive file yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ianya cukup merimaskan! Heboh diperkatakan bahawa Empathy akan menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu seterusnya. Seakannya Pidgin menyedari kekurangannya. Selain tidak menyokong fungsi audio/video conference, pidgin terlalu banyak masalah. 20/12, pembangun pidgin mengeluarkan versi 2.5.3 yang tampil dengan banyak fix bagi menampung lubang-lubang kelemahan perisian IM popular ini. Anda boleh membaca senarai perubahan dalam versi 2.5.3 disini . Kepada pengguna ubuntu, mungkin update ke versi 2.5.3 sudah tersedia. Sila update sistem anda!

Sejauh mana blog ini telah memberi impak?

Maafkan saya kerana "gagal" untuk update blog ini buat beberapa waktu kebelakangan ini. Sebenarnya ada beberapa perkara yang menyumbang kepada kegagalan tersebut. Antaranya yang paling jelas ialah saya gagal untuk login ke blogger.com kesan dari kepantasan teknologi internet malaysia [OPS!]. Kedua, sebenarnya saya juga sedang mengusahakan satu projek yang agak kontroversi. Maaf jika saya tidak mempunyai kelapangan menjawab banyak persoalan yang diutarakan kepada saya melalui ym, email dan sebagainya. Hampir setahun sudah berlalu sejak saya menulis " Sejauh mana blog ini memberi impak? ". Berpeluang menulis sesuatu seperti ini untuk kali keduanya merupakan impian saya. Ini bukan entri sorotan setahun. Ini entri yang mengingat saya secara peribadi kepada perjalanan panjang sebuah blog yang telah berjaya memberi kepuasan kepada saya. Bercakap soal kepuasan, saya mengingati quote dari seorang CEO yang cukup saya kagumi iaitu $teve job$; Being the richest man in the ceme...

Penghantaran Pelekat Ubuntu Pertama Berjaya!!

Image
Maaf le lambat post benda ni..psl sibuk sikit ari ni...cuma nak kasi tau. Penghantaran pesanan yang diterima sebelium 9 pagi 22hb 12 telah pun berjaya. Tempahan selepas itu, akan dihantar esok. Itupun belum tentu lagi pasal kat sy sekarang tinggal lagi 2 set. Jd kena buat pelekat baru lagi. Sila bagi masa 2-5 hari (bergantung pada kawasan) untuk pesanan sampai. Ada pesanan dari timur Malaysia jugak (Sabah,Sarawak) tak pasti berapa hari baru sampai psl tak penah cuba hantar surat ke sana. Tapi dah tampal stem lebih. Rasanya sampai awal kot..hehe... Pemulangan baki wang yang telah bayar awal iaitu sebelum diskaun tu saya akan lakukan esok selewat-lewatnya pasal celaru sikit sistem pesanan (mungkin sebab tak jangka banyak tempahan). Apapun, JUTAAN TERIMA KASIH kepada yang menyokong! Untuk tempahan sila lihat post sebelum ini . Kepada sesiapa yang membayar pada akaun Maybank saya pada 20-Dec-2008 23:29:55. Sila isi borang tempahan untuk penghantaran segera. Editor JomLinux.com

Diskaun!!! Kini Semua Mampu Memiliki Pelekat Ubuntu!

Image
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi kami untuk tahu siapa yang bayar atau belum jika tiada pengesahan borang atau sms. Malah ini dah berlaku. Ada duit dah dimasukkan tapi kami tak terima borang/sms. Untuk pertanyaan, sila emel ke editor[a]jomlinux.com Kerana ramai yang meminta dan pelekat ini sangat panas sampai terpaksa diulang cetak sehingga kami dapat harga murah!!! Bukan itu saje, kami ingin kongsi 'kemurahan' ini dengan anda semua! Jadi kami tawarkan diskaun sehingga 55% kurang dari harga asal. 1. Berikut harga terkini : Set (1 set = 4 keping) Harga (RM) 1 2.50 3 4.50 5 6.80 2. Penerangan : Jenis pelekat : glossy Penghantaran adalah PERCUMA! 3. Untuk Tempahan 1. Buat bayaran pada bank seperti yang tertera di bawah. Nama : Mohd Fahmi Maybank : 164799012134 CIMB : 14081271592525 E-mel : editor[a]jomlinux.com Isikan borang tempahan (klik sini) ===============...

Mark Shuttleworth nak tengok desktop korang!

Mark Shuttleworth telah membuat permintaan berikut dalam mailing list baru-baru ini; Hi folks As part of our work on desktop experience and design, I'm collecting screenshots of desktops in action. Please send me yours! Feel free to send two or three, with browsers open or email clients or chat windows, anything. I'm interested in seeing the diversity of wallpapers, themes, panel configurations, window layouts in general use. By and large I think I can promise to keep these confidential but I would rather not have any sensitive info just in case. We will use these for mockups to test different ideas, and if one of those mockups got published I would not want to cause a problem for anyone! I specifically am looking for screenshots that are all the same size so we can test ideas against multiple desktops simultaneously. I think 1024x768 is probably the most widely used size of screen on laptops. I don't mind screenshots of desktops in other sizes (they may be quite useful) b...

(kemaskini)projek terbaru. cd ubuntu.

Image
salam semua... sy rs blog ni mungkin agak suram sikit semenjak dua menjak ni :D editor melayubuntu sibuk ngan projek sy pun sibuk ngan projek. kalau ada pembaca yg rajin melayari jomlinux.com . saya ada war-warkan tentang projek yang saya tgh usahakan dgn rakan kongsi untuk membuat cd linux yg lengkap. maksud lengkap ini, cd ini akan dilengkapkan dengan : 1. cd cover 2. cd ubuntu itu sendiri 3. buku manual 4. pelekat kecil yg tertulis ...powered by 5. mgkn beberapa bonus (hehe...rahsia le...) untuk update terkini psl projek ini. boleh rujuk pada jomlinux.com ... (sy mgkn update kedua2 nye skali sbb jomlinux.com masih baru jadi belum ada komuniti yg kuat mcm melayubuntu) ni prototaip cover. insyallah yang lain2 akan menyusul.

Memperkenalkan Epidermis : Tukar tema desktop ubuntu

Image
Ubuntu Snippets telah review satu aplikasi yang cukup berguna dan memudahkan proses pemasangan tema desktop gnome dan ia dinamakan epidermis. Epidermis adalah satu aplikasi yang berfungsi untuk mencari, memuatturun dan memasang skins, wallpapers, metacity, GTK, icons, splash, cursors, grub, GDM, dan usplash. Anda mungkin masih tidak dapat membezakan item-item seperti metacity, usplash atau mungkin perbezaan antara metacity dengan emerald dan saya rasa google ada jawapan yang bagus bagi persoalan anda. Ok, berbalik kepada epidermis, kita boleh juga memasang grub background tanpa lagi menggunakan cara yang saya tulis sebelum ini . Untuk memasang epidermis kedalam ubuntu, sila download deb package yang dilistkan disini atau tambahkan PPA ini kedalam ubuntu anda dan pasang package bernama epidermis. deb http://ppa.launchpad.net/flimm/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/flimm/ubuntu intrepid main Enjoy!

Install RealPlayer dalam ubuntu

Image
Sebenarnya saya telah cuba untuk memasang RealPlayer kedalam ubuntu sejak dari Feisty Fawn lagi. Hasilnya tidak pernah menjadi kerana installer dalam format .BIN yang disediakan oleh laman web realplayer seolah-olah tidak berfungsi dengan baik dalam ubuntu. Ini menyebabkan saya terpaksa menggunakan cara dalam tutorial sebelum ini untuk memainkan video dan audio yang dikhaskan untuk realplayer seperti .RMVB dan .RM dan sebagainya. Namun kini pengguna ubuntu sudah boleh memasang realplayer kedalam ubuntu menggunakan package DEB yang disediakan oleh laman web realplayer . Apa yang perlu anda lakukan ialah download DEB package yang disediakan dan double click padanya selepas proses download selesai. Anda akan mendapati installer akan cuba mendownload beberapa package lain dan selesai proses installasi, anda sepatutnya boleh melancarkan dan memainkan video menggunakan perisian real player. Namun begitu, saya tidak dapat mendengar suara ketika memainkan video .RMVB dalam screenshot diatas....

Amarok 2.0 Released! - "Ini satu permulaan"

Image
"Ini satu permulaan" - Dan itulah yang dimaksudkan oleh pasukan pembangun music manager Amarok apabila mengumumkan terbitnya Amarok 2.0. Ianya amat dramatis, dengan projek pembangunan yang berjalan selama 2 tahun dan diakhirnya, mereka hanya mampu mengungkapkan kerja 2 tahun mereka itu hanyalah dengan frasa "ini satu permulaan". Sesiapapun pasti gagal menafikan betapa platform linux telah banyak berubah akhir-akhir ini dari sistem operasi yang hanya digunakan oleh advanced user kepada sistem operasi yang begitu mudah untuk digunakan mahupun oleh normal user. Saki baki kesusahan yang dirasai hanyalah mainan mentaliti dan Amarok 2.0 sedang berada dilandasan paling tepat bagi membuktikan dakwaan saya ini. Amarok 2.0 memperkenalkan "cara baru" anda menguruskan koleksi muzik dan memainkan muzik. Dengan antaramuka KDE 4 yang bersih dan simple, Amarok 2.0 memberikan anda seluas-luas kebebasan untuk memilih "maklumat apa yang ingin anda lihat berkaitan lagu...

Cairo-dock 1.6.3.1 + Ubuntu = CUN!

Image
Saya tidak begitu berminat dengan cairo-dock beberapa waktu dahulu kerana berbanding dengan cairo dock, saya lebih sukakan AWN (Avant-Window-Navigator) . Hari ini, selepas mengikuti dokumentasi pemasangan cairo-dock oleh komuniti ubuntu disini , saya nekad mencubanya sekali lagi. Oleh kerana saya sudah mempunyai versi sebelumnya sebelum ini, saya perlu remove (sudo apt-get purge cairo-dock) dan install cairo-dock yang baru memakai no versi 1.6.3.1 (jangan takut dengan anka!). Installasi berjalan sempurna dan selesai sahaja proses tersebut saya boleh melancarkan cairo-dock dengan pergi ke pilihan menu System Tools atau Alt+F2 dan masukkan cairo-dock. Tanpa konfigurasi apa-apa, paparan cairo-dock 1.6.3.1 seperti berikut; Paparan dock berbentuk curve dengan lenturan ala-ala mac osx, ditambah dengan beberapa applet lain iaitu workspace switcher yang terletak pada desktop berserta applet trash, sys monitor, cpu dan clock, sungguh menarik dan berguna tanpa perlu memasang banyak aplikasi lain...

Thunderbird 3 beta 1.

9 December dan Team Thunderbird Mozilla mengumumkan terbitnya Thunderbird 3.0 beta 1, versi beta terbaru kepada email client yang cukup popular dalam apa jua platform sistem operasi. Ada mungkin masih mengingati bagaimana Firefox 3 berjaya mencatat rekod dunia sebagai perisian yang paling banyak didownload dalam masa 24 jam dan kini Firefox memegang tidak kurang dari 20% browser market share. Thunderbird 3.0 pula bagaimana? Mungkin masih terlalu awal untuk menjangkakan apa-apa namun beta 1 ini terbit dengan pembaharuan berikut; Tab interface for Mail Improvements to IMAP for faster message viewing Improved message reader view New Add-ons Manager Improved Address Book interface Improved import of mail from other Mail clients Integration with Windows Vista search Integration with Mac OS X Address Book Anda mungkin perlu membaca review ini untuk mendapat gambaran visual tentang thunderbird 3.0 beta 1.

Asingkan Partition /Home Dari Partition Root

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Penulis ada menyatakan diruangan komen sebelum ini mengenai masalah Ubuntu versi 8.10 tidak dapat log masuk walau segala macam cara digunakan. Dengan nekad, penulis mengambil tindakan drastik dengan membuat semula proses instalasi Ubuntu - atau lebih mudah meng'format' semula sistem Ubuntu yang bermasalah tersebut. Tujuan entri kali ini bukan untuk berbicara mengenai masalah tersebut, tetapi lebih kepada LANGKAH BERJAGA-JAGA yang dirasakan perlu dikongsi bersama di sini. Adalah menjadi satu tabiat biasa manusia, sentiasa mahukan yang mudah dan pantas dalam membuat sesuatu kerja. Begitu juga semasa proses instalasi UBUNTU, prosesnya menjadi AMAT mudah dari hari ke hari sehinggakan kita hanya perlu menekan butang 'NEXT' sahaja tanpa perlu mengambil kira apa yang sedang berlaku atau apa yang sebenarnya dilakukan (mungkin tidak bagi sesetengah pengguna yang lebih mahir dan mahukan kelainan). Baiklah, jika anda perasan, semasa proses inst...

Salam Aidiladha.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidiladha untuk semua pembaca melayubuntu yang beragama islam. Suka saya membawa pembaca merenung sajak berikut; Bumi kitakah ini? Pasir yg mengalir dari jari jemari ku jatuh berderai membentuk bumi. Adakah lautan tanah ini milik ku? Mungkinkah bumi yang berjuta abad milik manusia yang umurnya singkat? Sekalipun bumi ini milikku Mengapakah pabila ku pergi akan ku tinggalkan jasadku didalam nya? Bumi kitakah ini? Siapakah pemilik sebenarnya? Oh tuhan seru sekian alam! Bumi mu tak kan jadi milik ku. Hanya berikanlah aku kesempatan, Meneguk dari sungai mu, Menyelami kesepian lautan, Mengagumi gemuruh langit mu, Mengikuti gelagat hamba mu, Dan menginsafi kekuasaan mu, Berikanlah aku kebijaksanaan untuk tidak hanya menerima tetapi juga memberi usaha dan titik peluhku dengan keikhlasan, rendah hati dan belas kasihan Amanah yang ku warisi dengan ikhlas ku manfaatkan Semoga semua terilham jua Semoga yang lain akan bertanya Soalan yang sama Mencari ...

Kdenlive 0.7 : Superb Video Editor untuk Linux!

Image
Apa makna perkataan "superb" bagi saya yang mempunyai pengalaman sedikit sebanyak menggunakan iMovie dan Final Cut Pro dalam Mac? Dan apabila setiap kali saya berbicara mengenai linux, mulut saya tidak begitu lancar bercakap mengenai perisian editasi video yang dibangunan untuknya. Namun mungkin perasaan itu semakin menipis apabila saya mencuba kdenlive versi terbaru iaitu 0.7. Mengikuti dokumentasinya disini , kemudian memasangnya kedalam ubuntu menggunakan koneksi broadband bukanlah sesuatu yang "painless". Penantian itu penyiksaan! Selepas lama menunggu, cubaan pertama untuk pemasangan tidak berjaya kerana beberapa perkara saya tidak faham atau dokumentasinya tidak begitu lengkap. Cubaan keduan, alhamdulillah semuanya sempurna dan saya berjaya menggunakan kdenlive. saya cuba rakam guna webcam dan kemudian edit! Sebenarnya, sebelum inipun saya sudah mempunyai pengalaman menggunakan kdenlive. Namun inilah kali pertama saya menggunakan versi 0.7 yang terbaru. Kdenl...

Pindahkan ubuntu wubi ke partition berasingan

Saya kira berapa ramai yang telah memasang ubuntu menggunakan wubi didalam windows. Saya secara peribadi tidak menggalakkan pemasangan ubuntu menggunakan wubi kerana ada beberapa kes yang saya hadapi sistem ubuntu terganggu apabila windows atau fail dalam windows terganggu. Perkara kedua, ianya sesuatu yang bodoh untuk memasang sistem operasi yang stabil kedalam system yang tidak stabil. Dan jika anda telah terpasang ubuntu secara menggunakan wubi didalam windows dan ingin memasang ubuntu dalam partitionnya sendiri tanpa perlu reinstall, kini disini ada caranya. Kebaikan ubuntu dalam partitionnya sendiri ialah, ianya boleh beroperasi dengan kepantasan dan kestabilan yang original, fungsi sleep dan hibernate yang tidak terganggu, sistem yang tidak akan terjejas dengan kehadiran virus dan sebagainya. Terdapat satu perisian yang dinamakan LVPM (Loopmounted Virtual Partition Manager) yang membolehkan anda pindahkan ubuntu dari dalam wubi ke partition (yang perlu anda sediakan terlebih da...

Wallpapoz: Background Changer For Gnome

Image
Jemu dengan wallpaper yang sama setiap hari? Wallpapoz adalah jalan penyelesaian kepada masalah itu. Wallpapoz adalah satu software yang membolehkan anda menukar wallpaper secara automatik dan anda boleh menetapkan berapa lama masa yang diambil oleh satu-satu wallpaper untuk bertukar kepada wallpaper yang berikutnya. Dan anda juga boleh menetapkan wallpaper berlainan di workspace yang berlainan seperti yang ditulis dalam lamannya. Wallpapoz application enables you to configure Gnome desktop wallpapers in unique way. You could have Gnome desktop wallpaper changes when the specified time has passed. The most important feature is you could have Gnome desktop wallpaper changes when you change workspace. It means you could group your wallpapers into specific workspace. It offers quick orientation cues where you are. You can manage it so when you change to first workspace, your desktop wallpaper will be picked from wallpapers group for that workspace. When you change to second workspace, it ...

Empathy 2.25.2 : Sekarang boleh send file!

Image
Empathy ialah perisian IM yang diperkenalkan dalam GNOME 2.24. Anda boleh membaca review awal mengenai empathy disini . Empathy ini juga dihebohkan sebagai bakal menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu yang akan datang. Apa yang menarik mengenai empathy ialah ianya menyokong audio dan video chat. Meskipun begitu, saya masih gagal menggunakan fungsi audio atau video chat yang dijanjikan. Versi awal iaitu 2.24 tempoh hari tidak dilengkapi dengan fungsi send file. Namun pembangunan terkini perisian ini sudah menyokong fungsi send file dan ini merupakan sesuatu yang melengkapkan lagi perisian ini ke arah mungkin menandingi iChat dalam mac osx. Kelihatan masih terlalu banyak kerja yang harus dilakukan tetapi pembaikan tetap berjalan dari semasa ke semasa. Jika anda ingin mencuba versi pembangunan empathy, sila tambahkan PPA ini ke repo dan update. Mungkin banyak masalah tetapi jadi tester pun bolehlah! deb http://ppa.launchpad.net/telepathy/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpa...

Baca manga/komik dengan comix dalam ubuntu

Image
Anda mungkin rindukan ACDSee apabila beralih ke ubuntu dari windows. Begitu juga saya. Saya biasa menggunakan ACDSee untuk membaca manga kegemaran seperti one piece, naruto, death note dan bleach. Namun kini mungkin saya menemui penggantinya dan ia satu perisian yang sangat simple tetapi berkualiti. Memperkenalkan Comix . Ianya perisian mempamer imej yang mesra pengguna dan boleh dicustomize. Ianya dibangunkan untuk membaca manga/komik, dan juga mempamer imej. Ianya boleh memaparkan imej dalam fail berformat .zip atau .rar dan juga beberapa format compression lain seperti gzip dan bzip2. Ciri dan fungsinya ialah; » Fullscreen mode. » Double page mode. » Fit image to window width, height or both. » Rotation and mirroring. » Magnifying glass. » Image enhancements. » Both left-to-right and right-to-left reading modes. » Bookmarks support. » Archive comments support. » Archive editor. » Comic book library. » Reads most common image formats. » Reads ZIP and tar archives nativel...

5 Cara download video dalam youtube di ubuntu

Image
Saya kumpulkan 5 cara mudah untuk membolehkan anda download video dari youtube ke komputer anda. Tidak perlu mengingati command line kerana kelima-lima cara ini 100% menggunakan GUI. Lagi best, kelima-lima cara ini juga adalah menggunakan perisian percuma dan bebas dari spyware. 1.Pytube. ( rujuk sini ) Perisian ini merupakan perisian kegemaran saya sedikit waktu dahulu. Ianya simple mempunyai fungsi quick download yang hanya perlu dimasukkan url video youtube, dan juga advance iaitu fungsi convert format video, search video di youtube, memasukkan effect kedalam video, dan juga menguruskan youtube komuniti dari pytube. 2.QtTube Ini pula perisian yang menggunakan interface QT4 dan paparannya yang simple sesimple tugasnya. Tidak ada fungsi yang advance dalam QtTube. Pastekan url youtube ke kolum yang sesuai, setkan folder yang disave dan download! Install QtTube : Download DEB package disini . 3.Miro ( rujuk sini ) Ini mungkin perisian yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Bukan sahaja ...

Download Panduan Memasang Ubuntu 8.10.pdf (Mirror SaveFile)

Image
klik gambar untuk download. Oleh kerana mirror box.net telah kehabisan bandwidth setelah tutorial memasang ubuntu didownload sebanyak 665 kali dalam masa beberapa hari, hari ini saya mengambil inisiatif upload fail berkenaan ke mirror savefile.com. Ok, jadi kalau ada individu atau organisasi yang nak sponsor server ke okay gak.huhu.. UPDATE : Beberapa mirror tambahan. http://www.jomlinux.com/v1/index.php/Muat-Turun/ http://fofa9903.net/nota/Panduan_Lengkap_Memasang_Ubuntu_8.10_dari_Melayubuntu.pdf http://mydungun.com.my/host/myDubuntu http://download.cengkeh.net/files/ http://rapidshare.com/files/170053208/Panduan_Lengkap_Memasang_Ubuntu_8.10_dari_Melayubuntu.pdf

Akhirnya! Songbird 1.0!

Image
Songbird ialah muzik manager yang sangat menarik. Bayangkan iTunes yang mempunyai ciri-ciri firefox! Ianya bukan hanya music manager, music player tetapi juga music downloader. Menyokong ciri plugin dan diperkaya dengan extensions dan theme yang dibangunkan oleh komuniti pengguna selari dengan semangat open source sebagai prinsip pembangunan. 2 Desember (semalam), Songbird akhirnya mencapai versi matang 1.0. Sudah tentu versi matang ini menampilkan banyak pembaharuan, kemudahgunaan, kemudahcapaian, dan peningkatan tahap kestabilan. Antara pembaharuan (new features) yang diperkenalkan ialah; penggunaan Gstreamer sebagai video playback penambahbaikan mashtape penambahbaikan sokongan kepada album art keyboard shortcut yang "sempurna" kemaskini installer bagi linux (tiada dependencies diperlukan) smart playlist penunjuk fail sebenar add-ons updater hide & show display panes columb headings yang simple Selain itu, performance juga antara isu yang penting dan mendapat perubahan...