Wednesday, December 31, 2008

Linux Desktop pada harga RM788

Tadi ada seorang sahabat menghantar gambar ini kepada saya yang mungkin bagus untuk dikongsi disini. Menurut sumber, ini ialah pamplet yang diperolehinya ketika berkungjung ke Tesco (err aku lupa plak Tesco mana). Sebuah desktop (mungkin tiada monitor disertakan) yang menggunakan processor AMD @ Athlon LE 2650 dengan 1GB Memory dan 160GB disk space pada harga RM788.

Menurut sumber juga, ini adalah kali pertama beliau menemui satu komputer yang dijual menggunakan Linux OS sebagai default. Ini mungkin satu perkembangan yang bagus kepada perkembangan linux di Malaysia khasnya. Namun, komuniti linux masih suram tanpa idea-idea baru dan akhir-akhir ini barulah kita melihat beberapa perubahan samada dari segi dokumentasi dan kegiatan komuniti.

Projek Kontroversi : My Mac for All

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, saya disibukkan dengan satu projek kontroversi dinamakan My Mac for All. Saya suka melihat projek ini dari aspek ilmu dan kebebasan memilih. Kita masih belum terlambat untuk menyedari hakikat bahawa windows bukanlah satu-satunya sistem operasi yang ada.

Pertamanya bagus rasanya pembaca mengetahui serba sedikit sejarah saya dan Mac OSX. Sifat saya ialah, apabila otak saya menimbulkan persoalan, saya akan usahakan untuk jawapannya. Selepas saya mengenali ubuntu dan menggunakannya, barulah saya mengetahui Mac OSX dengan lebih dekat. Saya tertarik dengan theme Mac OSX untuk ubuntu dan tertarik dengan interfacenya yang kemas, simple dan sedap mata memandang. Saya tertanya-tanya bukan sahaja kepada diri sendiri malah turut bertanya kepada kawan yang masih pekat mentaliti windows, bolehkan Mac OSX dipasang ke dalam PC biasa?

Persoalan itu membawa saya kepada satu pengkajian yang sungguh fokus dan minat. Ya, saya membaca dan belajar sendiri! Jangan terkejut jika saya tidur hanya 2-3 jam sehari semata-mata untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan yang muncul dalam benak saya. Saya tidak begitu meminati teori, lalu saya belajar dari praktikal. Saya memasang Mac OSX Tiger ke dalam Laptop saya dengan jayanya. Ketika itu, Mac OSX Leopard baru sahaja keluar. Jika anda menyoroti blog ini, akan bertemu dengan banyak artikel tentang Mac OSX - seolah-olah menceritakan pengalaman saya dengan Mac OSX.

Saya membeli sebuah MacBook, semata-mata untuk kepuasan dan mendapati Mac OSX dan Ubuntu memberikan saya satu pengalaman cukup berbeza dari juzuk ilmu dan kebebasan. Ianya satu pengalaman baru yang membuka satu ruang dalam otak dan pemikiran saya ke arah manusia yang lebih terbuka, produktif, dan kreatif. Banyak idea baru muncul bertimpa-timpa, dan anda boleh melihat kesannya dengan kemunculan blog ini, emaj dan sebagainya.

Projek My Mac for All, ialah satu projek menfokuskan tentang perkembangan ilmu dan kebebasan berkomputer kearah satu dimensi baru dipanggil OPEN COMPUTER. Setahu saya ianya adalah yang pertama di malaysia seumpamanya. Panduan Pemasangan Mac OSX ke dalam PC ditulis dalam bahasa melayu mempunyai sekurang-kurangnya 6 bab mengandungi ilmu dan aspek teknikal tentang kerja-kerja hack mac osx ke dalam PC dan bagaimana semua itu boleh berlaku. Saya menghabis banyak masa merujuk dan membaca untuk memahami keseluruhan cerita kemudian mengolahkan cerita tersebut kepada sesuatu yang mudah difahami oleh pembaca pada semua level pengetahuan berkomputer. Saya rasa pembaca di melayubuntu cukup memahami style penulisan saya.

Projek ini sedang ditahap akhir sebelum dilancarkan. Namun website tersebut telahpun siap dan bersedia menerima tempahan. Ini adalah projek awal sebelum saya beralih kepada projek panduan ubuntu. Saya juga telah siapkan satu blog untuk projek ini dan dimasa depan saya merancang untuk menubuhkan satu forum supaya komuniti dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman. Anda mungkin mempunyai banyak persoalan dan sesuatu yang ingin diperkatakan. Percayalah, saya bebas untuk di kritik!=P

Tuesday, December 30, 2008

Slimrat : Rapidshare downloader untuk linux

Salam semua. Akhir-akhir ini agak tidak berkesempatan untuk update blog meskipun agenda update blog merupakan azam tahun baru saya.

Saya menemui satu aplikasi iaitu Slimrat yang memudahkan pengguna ubuntu linux untuk memuatturun fail dari laman host seperti rapidshare (free), depositfiles.com, youtube.com, leteckaposta.cz, fast-load.net dan mediafire.com.



Cara install;

1) Install perl
sudo aptitude install libwww-mechanize-perl libgtk2-gladexml-perl
2)Download pakej slimrat (Pergi ke website slimrat jika link tidak ini mempunyai masalah). Save ke Desktop!

3)Masukkan command berikut;
ln -s ~/Desktop/slimrat/slimrat /usr/local/bin/slimrat
ln -s ~/Desktop/slimrat/slimrat-gui /usr/local/bin/slimrat-gui
4)Run slimrat
slimrat --help (CLI)
slimrat-gui (GUI)
Saya belum mencuba lagi perisian ini dan saya harap anda boleh mencuba. Tinggalkan komen jika ada keraguan.

[via http://icehot.wordpress.com/]

Sunday, December 28, 2008

Salam Awal Muharram

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam/Maal Hijrah kepada yang beragama Islam...Semoga dengan kemunculan tahun baru ni. Diri dan komuniti ini dapat memacu arus perubahan yang lebih baik bagi perkembangan ICT terutamanya sumber terbuka di Malaysia.

Penulis juga ingin meminta maaf jika ada silap dan salah dan terima kasih atas sokongan semua!

Tak lupa juga terima kasih diucapkan kepada saudara Zul yang bermurah hati untuk membenarkan saya dan rakan-rakan memblog di sini tentang projek kami..terima kasih banyak2!

JomLinux.com

Friday, December 26, 2008

Apa itu PPA?

PPA (Personal Package Achieves) adalah fungsi pada launchpad yang membenarkan seseorang user berdaftar untuk hostkan package .deb yang seterusnya bertindak sebagai personal apt repository. Disini saya tidak akan membuat tutorial bagaimana untuk membuat package untuk ubuntu tetapi menerangkan secara ringkas bagaimana PPA dapat membuatkan hidup berubuntu anda lebih menarik.

Jika anda perasan, dalam ubuntu apabila sesuatu perisian yang mengalami versi kemaskini seperti Firefox tidak boleh diupdate secara biasa seperti dalam windows dan mac osx yang memerlukan anda pergi ke pilihan menu Help > Check for Update. Dalam ubuntu fungsi itu tidak ada kerana kesemua fungsi update dikawal oleh APT. Oleh kerana itulah jika anda tidak sabar untuk update perisian tertentu yang telah mengalami versi update tetapi masih belum dimasukkan kedalam ubuntu repository, anda perlu menggunakan PPA. Saya mengambil contoh perisian OpenOffice.org 3.0 yang tidak disertakan secara default dalam ubuntu 8.10 namun anda boleh memasangnya dengan menambah PPA ke dalam 3rd Party Software Repository.

Anda mendapat tahu bahawa perisian kesukaan anda telah mengalami versi update tetapi masih belum dimasukkan ke dalam ubuntu repository. Anda tidak mahu menunggu lama untuk mencuba versi baru bagi perisian anda tersebut lalu apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan PPA yang dalam repo tersebut mengandungi package bagi perisian yang anda cari. Dimana untuk mencari PPA yang khusus bagi perisian idaman anda? Selama ini saya menggunakan laman http://ppa-search.appspot.com/ dan ia sangat berguna kepada saya. Search dan click pada View Achieve kemudian anda akan dibawa ke laman web seperti berikut. Anda mungkin biasa dengan 2 line ( 1 untuk package software 1 lagi untuk source bagi software tersebut yang hanya berguna untuk developer) yang dinamakan "REPO" - panggilan pendek kepada repository.



List yang dapat anda lihat dalam screenshot diatas ialah list perisian yang terkandung dalam PPA tersebut. Anda boleh melihat perisian apa dan versinya sekali. Jika anda tidak mahu menambah repo dan hanya ingin download package .deb sahaja, klik pada "▷" dan klik pada link ke file .deb.

Selain perisian yang mengalami versi update, saya juga perasan beberapa perisian baru seperti gscrot yang juga dihostkan di launchpad diatas nama GScrot Team. Cara yang sama juga iaitu add repo bagi perisian-perisian ini untuk membolehkan anda memasangnya kedalam ubuntu menggunakan APT.

Perbezaan menambah repo dan install melalui fail .deb

Menambah repo akan membolehkan APT menguruskan hal ehwal update sesuatu perisian yang terkandung di dalam sesuatu repo. Install perisian melalui package .deb tidak akan mempunyai fungsi update jika perisian tersebut tidak terkandung didalam repo.

PPA. Selamat?

Ini mungkin isu yang perlu difikirkan. Adakah ianya selamat untuk kita install perisian dalam PPA seseorang user di launchpad? Yang pastinya bukan isu virus, tetapi isu kestabilan sesuatu perisian dan keselamatan data yang terkandung dalam komputer anda.

Thursday, December 25, 2008

Projek CD Ubuntu 8.10, Kini Peringkat Beta!

Agak lama jugak rasanya saya tak mengemaskini artikel pasal projek CD Ubuntu 8.10 kerana agak sibuk menguruskan bahan cetakan dan pelekat.

Jadi diringkaskan cite..ada 4 pengumuman yang saya nak bagi tau (update siki...hehehe).

1. Hantar Gambar Pelekat Ubuntu Anda!

Bagi mereka yang telah menempah pelekat Ubuntu dan melekatnnya di komputer, laptop ke apa-apa lagi...ambil gambar dan hantarkannya di editor[a]jomlinux.com . Insyallah saya akan wat satu album bagi mengumpul dan meletakkan gambar2 tersebut. Boleh juga letak watermark pada gambar seperti nama, jenis komputer dan kawasan.

2.Projek CD..Sekarang Kira Peringkat Beta!

Kini semua benda dalam CD Case sudah ada. Buku manual, pelekat Ubuntu. Lihat gambar di bawah. Selepas ini, saya akan hasilkan 8 unit untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang nak dengan syarat mereka wajib mempunyai web site/blog.

Sila emel pada editor[a]jomlinux.com dengan tajuk 'cd percuma'.

(klik gambar untuk zoom)

3. Peluang Jadi Penaja Bersama Untuk CD Ubuntu

Kami dengan suka citanya menjemput sapa2 yang nak jadi penaja dalam projek CD ini. Sila tinggalkan komen dan kami akan beri senarai sebut harga kepada anda.

4. Belian Pukal

Semenjak saya war-warkan tentang projek CD ni, ramai yang tanya nak beli secara pukal. Tapi tak dapat berikan jawapan masa tu pasal lum tahu kos produk. Jadi, yang nak beli pukal tolong emel kat editor[a]jomlinux.com dengan tajuk 'harga pukal'.

-------------------------------

Boleh gak rujuk di link bawah.

http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20081225189/Artikel/Berita/Projek-CD-Ubuntu-8.10-Kini-Dalam-Beta

Pidgin 2.5.3 tampil dengan banyak "fix crash"

Pidgin ialah IM Client default dalam ubuntu yang menyokong protokol popular seperti Yahoo Messenger, MSN, GTalk dan sebagainya. Versi 2.5.2 tampil dengan pelbagai masalah yang merimaskan seperti Pidgin tertutup secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga masalah lain seperti fungsi send/receive file yang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ianya cukup merimaskan!

Heboh diperkatakan bahawa Empathy akan menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu seterusnya. Seakannya Pidgin menyedari kekurangannya. Selain tidak menyokong fungsi audio/video conference, pidgin terlalu banyak masalah. 20/12, pembangun pidgin mengeluarkan versi 2.5.3 yang tampil dengan banyak fix bagi menampung lubang-lubang kelemahan perisian IM popular ini. Anda boleh membaca senarai perubahan dalam versi 2.5.3 disini.

Kepada pengguna ubuntu, mungkin update ke versi 2.5.3 sudah tersedia. Sila update sistem anda!

Wednesday, December 24, 2008

Sejauh mana blog ini telah memberi impak?

Maafkan saya kerana "gagal" untuk update blog ini buat beberapa waktu kebelakangan ini. Sebenarnya ada beberapa perkara yang menyumbang kepada kegagalan tersebut. Antaranya yang paling jelas ialah saya gagal untuk login ke blogger.com kesan dari kepantasan teknologi internet malaysia [OPS!]. Kedua, sebenarnya saya juga sedang mengusahakan satu projek yang agak kontroversi. Maaf jika saya tidak mempunyai kelapangan menjawab banyak persoalan yang diutarakan kepada saya melalui ym, email dan sebagainya.

Hampir setahun sudah berlalu sejak saya menulis "Sejauh mana blog ini memberi impak?". Berpeluang menulis sesuatu seperti ini untuk kali keduanya merupakan impian saya. Ini bukan entri sorotan setahun. Ini entri yang mengingat saya secara peribadi kepada perjalanan panjang sebuah blog yang telah berjaya memberi kepuasan kepada saya. Bercakap soal kepuasan, saya mengingati quote dari seorang CEO yang cukup saya kagumi iaitu $teve job$;
Being the richest man in the cemetery doesn't matter to me ... Going to bed at night saying we've done something wonderful... that's what matters to me.
Saya rasa kemunculan blog seperti blog ini telah agak berjaya memainkan peranan mengubah mentaliti pengguna komputer di Malaysia. Dalam tempoh setahun ini, bilangan mereka yang mencuba ubuntu kerana blog ini amat membanggakan. Meskipun saya tidak merekodkannya, namun saya tahu bilangannya ramai. Ini di buktikan lagi dengan jumlah download yang dicatatkan samada oleh emaj dan tutorial pemasangan ubuntu sebelum ini.

Namun dalam warna-warni pencapaian tersebut kadang kala hati saya yang bersar ini mengecil juga. Anda sebagai pembaca mungkin tidak pernah tahu sesusah mana untuk menghasilkan satu-satu tutorial yang kadang-kala memakan masa berjam-jam. Emaj yang saya tulis memakan masa sebulan atau lebih. Saya keluarkannya untuk didownload dan dibaca tanpa mendapat satu sen pun ganjaran. Namun disaat saya merasakan usaha saya itu tidak dihargai, setiap kali itu semangat dan moral saya runtuh. Persoalannya, apa perlu saya tulis sepanjang dan sebanyak itu jika ia tidak pernah dibaca? Dan apabila pengguna ubuntu menghadapi masalah barulah mereka datang kepada saya bertanyakan jawapan yang terang-terang telah saya jelaskan samada dalam blog atau dalam emaj.

Ada pula yang ingin bertanyakan kepada saya dan perbualan sekira-kiranya seperti berikut;
DIA : aku nak tanya ko nape bla bla bla..
AKU : sila rujuk blog sebab aku dah tulis
DIA : banyak sangat la kat blog malas nak cari
AKU : nasib baik aku suruh ko baca jer dan tak suruh ko tulis!

Bukan kerana saya malas jawab tetapi kadang-kala persoalan tersebut melibatkan satu langkah yang panjang.

Nampaknya orang melayu masih tegar dengan statistik lama - 1 muka surat 1 tahun. Saya percaya pengguna komputer adalah antara mereka yang tidak tergolong dalam statistik ini. Namun sikap itu masih belum berubah. Entri ini pun, entah berapa orang yang sanggup membaca dari awal sehingga selesai.

Ops sori. Membebel pulak dah. Semoga kita dapat merenunginya dan mengambil kebaikan yang ada.

Tuesday, December 23, 2008

Penghantaran Pelekat Ubuntu Pertama Berjaya!!

Maaf le lambat post benda ni..psl sibuk sikit ari ni...cuma nak kasi tau. Penghantaran pesanan yang diterima sebelium 9 pagi 22hb 12 telah pun berjaya. Tempahan selepas itu, akan dihantar esok.

Itupun belum tentu lagi pasal kat sy sekarang tinggal lagi 2 set. Jd kena buat pelekat baru lagi.

Sila bagi masa 2-5 hari (bergantung pada kawasan) untuk pesanan sampai. Ada pesanan dari timur Malaysia jugak (Sabah,Sarawak) tak pasti berapa hari baru sampai psl tak penah cuba hantar surat ke sana. Tapi dah tampal stem lebih. Rasanya sampai awal kot..hehe...

Pemulangan baki wang yang telah bayar awal iaitu sebelum diskaun tu saya akan lakukan esok selewat-lewatnya pasal celaru sikit sistem pesanan (mungkin sebab tak jangka banyak tempahan).

Apapun, JUTAAN TERIMA KASIH kepada yang menyokong!

Untuk tempahan sila lihat post sebelum ini.

Kepada sesiapa yang membayar pada akaun Maybank saya pada 20-Dec-2008 23:29:55. Sila isi borang tempahan untuk penghantaran segera.




Editor
JomLinux.com

Friday, December 19, 2008

Diskaun!!! Kini Semua Mampu Memiliki Pelekat Ubuntu!

Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi kami untuk tahu siapa yang bayar atau belum jika tiada pengesahan borang atau sms. Malah ini dah berlaku. Ada duit dah dimasukkan tapi kami tak terima borang/sms.

Untuk pertanyaan, sila emel ke editor[a]jomlinux.com


Kerana ramai yang meminta dan pelekat ini sangat panas sampai terpaksa diulang cetak sehingga kami dapat harga murah!!!

Bukan itu saje, kami ingin kongsi 'kemurahan' ini dengan anda semua!

Jadi kami tawarkan diskaun sehingga 55% kurang dari harga asal.

1. Berikut harga terkini :

Set (1 set = 4 keping) Harga (RM)
12.50
34.50
56.80

2. Penerangan :
  • Jenis pelekat : glossy
  • Penghantaran adalah PERCUMA!
3. Untuk Tempahan
  • 1. Buat bayaran pada bank seperti yang tertera di bawah.
Nama : Mohd Fahmi
Maybank : 164799012134
CIMB : 14081271592525
E-mel : editor[a]jomlinux.com

sticker ubuntu sticker ubuntu



=================================================================
Nota :
1. Bagi mereka yang telah membuat pembayaran sebelum ini. kami akan pulangkan baki harga asal dengan harga sekarang.
2. Pembelian melebihi 5 set sila sms no 0173873804 untuk rundingan.
3. Bagi yang ada blog, anda digalakkan untuk menulis post/artikel tentang ini. :D

Thursday, December 18, 2008

Mark Shuttleworth nak tengok desktop korang!

Mark Shuttleworth telah membuat permintaan berikut dalam mailing list baru-baru ini;
Hi folks

As part of our work on desktop experience and design, I'm collecting
screenshots of desktops in action. Please send me yours! Feel free to
send two or three, with browsers open or email clients or chat windows,
anything. I'm interested in seeing the diversity of wallpapers, themes,
panel configurations, window layouts in general use.

By and large I think I can promise to keep these confidential but I
would rather not have any sensitive info just in case. We will use these
for mockups to test different ideas, and if one of those mockups got
published I would not want to cause a problem for anyone!

I specifically am looking for screenshots that are all the same size so
we can test ideas against multiple desktops simultaneously. I think
1024x768 is probably the most widely used size of screen on laptops. I
don't mind screenshots of desktops in other sizes (they may be quite
useful) but having 10 or 20 shots in one size would be more useful right
now.

Thanks very much!
Mark
Secara mudah fahamnya, apakah yang dimaksudkan dengan permintaan ini? OK, saya tinggalkan kepada anda untuk memikirkannya.

Wednesday, December 17, 2008

(kemaskini)projek terbaru. cd ubuntu.

salam semua...

sy rs blog ni mungkin agak suram sikit semenjak dua menjak ni :D editor melayubuntu sibuk ngan projek sy pun sibuk ngan projek.

kalau ada pembaca yg rajin melayari jomlinux.com . saya ada war-warkan tentang projek yang saya tgh usahakan dgn rakan kongsi untuk membuat cd linux yg lengkap.

maksud lengkap ini, cd ini akan dilengkapkan dengan :
1. cd cover
2. cd ubuntu itu sendiri
3. buku manual
4. pelekat kecil yg tertulis ...powered by
5. mgkn beberapa bonus (hehe...rahsia le...)

untuk update terkini psl projek ini. boleh rujuk pada jomlinux.com ... (sy mgkn update kedua2 nye skali sbb jomlinux.com masih baru jadi belum ada komuniti yg kuat mcm melayubuntu)

ni prototaip cover. insyallah yang lain2 akan menyusul.

Monday, December 15, 2008

Memperkenalkan Epidermis : Tukar tema desktop ubuntu

Ubuntu Snippets telah review satu aplikasi yang cukup berguna dan memudahkan proses pemasangan tema desktop gnome dan ia dinamakan epidermis.

Epidermis adalah satu aplikasi yang berfungsi untuk mencari, memuatturun dan memasang skins, wallpapers, metacity, GTK, icons, splash, cursors, grub, GDM, dan usplash. Anda mungkin masih tidak dapat membezakan item-item seperti metacity, usplash atau mungkin perbezaan antara metacity dengan emerald dan saya rasa google ada jawapan yang bagus bagi persoalan anda.


Ok, berbalik kepada epidermis, kita boleh juga memasang grub background tanpa lagi menggunakan cara yang saya tulis sebelum ini.

Untuk memasang epidermis kedalam ubuntu, sila download deb package yang dilistkan disini atau tambahkan PPA ini kedalam ubuntu anda dan pasang package bernama epidermis.
deb http://ppa.launchpad.net/flimm/ubuntu intrepid main
deb-src http://ppa.launchpad.net/flimm/ubuntu intrepid main
Enjoy!

Thursday, December 11, 2008

Install RealPlayer dalam ubuntu

Sebenarnya saya telah cuba untuk memasang RealPlayer kedalam ubuntu sejak dari Feisty Fawn lagi. Hasilnya tidak pernah menjadi kerana installer dalam format .BIN yang disediakan oleh laman web realplayer seolah-olah tidak berfungsi dengan baik dalam ubuntu. Ini menyebabkan saya terpaksa menggunakan cara dalam tutorial sebelum ini untuk memainkan video dan audio yang dikhaskan untuk realplayer seperti .RMVB dan .RM dan sebagainya.

Namun kini pengguna ubuntu sudah boleh memasang realplayer kedalam ubuntu menggunakan package DEB yang disediakan oleh laman web realplayer.



Apa yang perlu anda lakukan ialah download DEB package yang disediakan dan double click padanya selepas proses download selesai. Anda akan mendapati installer akan cuba mendownload beberapa package lain dan selesai proses installasi, anda sepatutnya boleh melancarkan dan memainkan video menggunakan perisian real player.



Namun begitu, saya tidak dapat mendengar suara ketika memainkan video .RMVB dalam screenshot diatas. Saya ingin anda cuba dahulu dan respon kepada saya adakah anda juga mengalami masalah yang sama dengan saya.

Amarok 2.0 Released! - "Ini satu permulaan"

"Ini satu permulaan" - Dan itulah yang dimaksudkan oleh pasukan pembangun music manager Amarok apabila mengumumkan terbitnya Amarok 2.0. Ianya amat dramatis, dengan projek pembangunan yang berjalan selama 2 tahun dan diakhirnya, mereka hanya mampu mengungkapkan kerja 2 tahun mereka itu hanyalah dengan frasa "ini satu permulaan".

Sesiapapun pasti gagal menafikan betapa platform linux telah banyak berubah akhir-akhir ini dari sistem operasi yang hanya digunakan oleh advanced user kepada sistem operasi yang begitu mudah untuk digunakan mahupun oleh normal user. Saki baki kesusahan yang dirasai hanyalah mainan mentaliti dan Amarok 2.0 sedang berada dilandasan paling tepat bagi membuktikan dakwaan saya ini.



Amarok 2.0 memperkenalkan "cara baru" anda menguruskan koleksi muzik dan memainkan muzik. Dengan antaramuka KDE 4 yang bersih dan simple, Amarok 2.0 memberikan anda seluas-luas kebebasan untuk memilih "maklumat apa yang ingin anda lihat berkaitan lagu yang sedang anda mainkan" dengan fungsi applet yang boleh ditambah dan diubah-ubah. Anda mungkin ingin menambah applet lirik lagu, album info , media devices dan banyak lagi applet yang boleh diinstall kemudiannya.

Amarok 2.0 juga diintegrasikan dengan sempurna dengan online service seperti Magnatune, Jamendo, MP3tunes, Last.fm dan Shoutcast.

Install Amarok 2.0 dalam ubuntu/kubuntu

Tambahkan repo berikut;
deb http://ppa.launchpad.net/kubuntu-members-kde4/ubuntu intrepid main
Update dan kemudian install package yang bernama amarok-kde4.

Enjoy Linux Desktop!

Wednesday, December 10, 2008

Cairo-dock 1.6.3.1 + Ubuntu = CUN!

Saya tidak begitu berminat dengan cairo-dock beberapa waktu dahulu kerana berbanding dengan cairo dock, saya lebih sukakan AWN (Avant-Window-Navigator). Hari ini, selepas mengikuti dokumentasi pemasangan cairo-dock oleh komuniti ubuntu disini, saya nekad mencubanya sekali lagi. Oleh kerana saya sudah mempunyai versi sebelumnya sebelum ini, saya perlu remove (sudo apt-get purge cairo-dock) dan install cairo-dock yang baru memakai no versi 1.6.3.1 (jangan takut dengan anka!).

Installasi berjalan sempurna dan selesai sahaja proses tersebut saya boleh melancarkan cairo-dock dengan pergi ke pilihan menu System Tools atau Alt+F2 dan masukkan cairo-dock.

Tanpa konfigurasi apa-apa, paparan cairo-dock 1.6.3.1 seperti berikut;



Paparan dock berbentuk curve dengan lenturan ala-ala mac osx, ditambah dengan beberapa applet lain iaitu workspace switcher yang terletak pada desktop berserta applet trash, sys monitor, cpu dan clock, sungguh menarik dan berguna tanpa perlu memasang banyak aplikasi lain. Anda juga mungkin akan tertarik dengan animasi ikon-ikon pada dock setiap kali ada aktiviti padanya.

Saya sedang bermain-main dengan cairo-dock sekarang ini. Jika tiada apa-apa halangan insyaallah saya akan upload video untuk tatapan anda. Mungkin ini masa sesuai untuk anda mencuba cairo-dock?

Thunderbird 3 beta 1.

9 December dan Team Thunderbird Mozilla mengumumkan terbitnya Thunderbird 3.0 beta 1, versi beta terbaru kepada email client yang cukup popular dalam apa jua platform sistem operasi. Ada mungkin masih mengingati bagaimana Firefox 3 berjaya mencatat rekod dunia sebagai perisian yang paling banyak didownload dalam masa 24 jam dan kini Firefox memegang tidak kurang dari 20% browser market share.

Thunderbird 3.0 pula bagaimana? Mungkin masih terlalu awal untuk menjangkakan apa-apa namun beta 1 ini terbit dengan pembaharuan berikut;
  • Tab interface for Mail
  • Improvements to IMAP for faster message viewing
  • Improved message reader view
  • New Add-ons Manager
  • Improved Address Book interface
  • Improved import of mail from other Mail clients
  • Integration with Windows Vista search
  • Integration with Mac OS X Address Book
Anda mungkin perlu membaca review ini untuk mendapat gambaran visual tentang thunderbird 3.0 beta 1.

Tuesday, December 09, 2008

Asingkan Partition /Home Dari Partition Root

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulis ada menyatakan diruangan komen sebelum ini mengenai masalah Ubuntu versi 8.10 tidak dapat log masuk walau segala macam cara digunakan. Dengan nekad, penulis mengambil tindakan drastik dengan membuat semula proses instalasi Ubuntu - atau lebih mudah meng'format' semula sistem Ubuntu yang bermasalah tersebut.

Tujuan entri kali ini bukan untuk berbicara mengenai masalah tersebut, tetapi lebih kepada LANGKAH BERJAGA-JAGA yang dirasakan perlu dikongsi bersama di sini.

Adalah menjadi satu tabiat biasa manusia, sentiasa mahukan yang mudah dan pantas dalam membuat sesuatu kerja. Begitu juga semasa proses instalasi UBUNTU, prosesnya menjadi AMAT mudah dari hari ke hari sehinggakan kita hanya perlu menekan butang 'NEXT' sahaja tanpa perlu mengambil kira apa yang sedang berlaku atau apa yang sebenarnya dilakukan (mungkin tidak bagi sesetengah pengguna yang lebih mahir dan mahukan kelainan).

Baiklah, jika anda perasan, semasa proses instalasi UBUNTU, kita akan berhenti pada satu langkah dimana UBUNTU meminta agar dilakukan partition pada hard disk. Maaf, penulis terlupa secara lengkap apa pilihan yang diberikan tetapi ianya lebih kurang begini,

1. Pilihan untuk menggunakan keseluruhan hard disk yang ada - berhati-hati menggunakan pilihan ini kerana ke semua data dalam hard disk kita akan di hapuskan sama sekali.

2. Pilihan untuk menggunakan ruang lebihan dalam hard disk kita - UBUNTU akan menggunakan sebahagian saja lebihan bahagian hard disk dan tidak akan menggangu data-data atau partition sedia ada.

3. Pilihan untuk membuat sendiri partition - untuk pengguna mahir dan tahu apa yang dilakukan. Berisiko tinggi tetapi sebenarnya amat mudah.

Penulis akan tumpu terus pada PILIHAN 3 di atas. Di sini, kita diberikan pilihan untuk menentukan berapa banyak saiz yang diperlukan untuk sesuatu partition. Secara umumnya, partition yang diperlukan adalah partition SWAP dan PARTITION ROOT (/).

Sila rujuk gambarajah di bawah.
Maaf, gambar mungkin agak kabur.

Apa yang penulis buat adalah dengan mengasingkan PARTITION HOME (/dev/sda7 - mount point /home ) dari PARTITION ROOT (/dev/sda5 mount point / ).

Soalan-soalan biasa ditanya.

1. Mengapa perlu di asingkan partition tersebut dan adakah ianya satu perkara WAJIB?

TIDAK! Ianya bukanlah perkara wajib kerana tanpa buat seperti di atas pun, UBUNTU masih boleh berfungsi seperti biasa.

2. Kalau tak wajib, mengapa saya perlu ikuti langkah2 di atas.

Semuanya terpulang kepada keperluan masing-masing. Tiada sebarang paksaan. Dengan mengasingkan partition HOME, sedikit sebanyak membantu kita sekiranya berlaku masalah pada UBUNTU sehinggakan terpaksa meng'format' semula (instalasi semula) UBUNTU. Bayangkan, dengan begitu banyak fail-fail kerja, torrent, mp3 dan bermacam-macam lagi yang telah kita simpan, sanggupkah dikorbankan begitu saja.

3. Kalau perlu format semula, saya boleh buat backup dulu fail-fail tersebut ke dalam thumbdrive atau pindahkan ke mana-mana medium backup.

Ya betul. Memang itulah yang sebaik-baik cara. Tetapi, bagaimana dengan segala macam setting yang anda telah buat dalam Firefox - bookmark, save password, history - mahupun Pidgin, Evolution, Wireless setting dll.

4. Boleh terangkan bagaimana ianya berfungsi?

Mudah. Katakan kita telah buat pengasingan seperti di atas, lakukan proses instalasi seperti biasa dan pilih PILIHAN untuk melakukan sendiri partition. Di sini, pastikan hanya PARTITION ROOT / saja yang diformat semula. Biarkan partition HOME begitu dan teruskan proses instalasi sehingga tamat. BERHATI-HATI. Langkah terakhir semasa proses instalasi UBUNTU adalah dengan memasukkan maklumat pengguna seperti username, password dan lain-lain. Bagi memastikan kita mendapat balik semua setting-setting seperti sediakala, PASTIKAN USER YANG HENDAK DIMASUKKAN SEMULA ADALAH SAMA SEPERTI USER SEBELUM INI. Katakan sebelum format, anda menggunakan username MYBUNTU, jadi selepas format juga pastikan anda gunakan semula username MYBUNTU.

5. Apa lagi kebaikannya?
Yang paling utama, segala data-data penting kita tidak akan hilang begitu saja. Begitu juga segala setting di dalam Firefox, Pidgin, Evolution dan segala aplikasi default yang sedia ada dalam UBUNTU akan kembali seperti sebelum format. Cuma, segala aplikasi ADD-ON (yang ditambah kemudian) seperti Deluge, Inkscape, Flash plug-in, Java Plug-in dan lain-lain perlulah di pasang semula. Ye la, bukan ke dah di format fail root. Tapi, semua tu amat mudah di pasang semula bukan? Untuk pengetahuan, penulis ada mendownload beberapa torrent menggunakan Deluge dan dah menjadi tabiat penulis untuk tidak membuang torrent tersebut dari list view Deluge (supaya orang lain juga dapat berkongsi sama). Amat menarik, dimana sebaik saja penulis install semula Deluge, semua setting dan juga list-list torrent (samada sudah siap atau belum) berada semula seperti sedia kala.

Nota:

1. Entri ini hanyalah cebisan pengalaman penulis dan ingin dikongsi bersama dengan rakan-rakan sekalian.

2. Adalah amat penting sekali agar data-data anda di buat backup terlebih dahulu. Manalah tahu..lebih baik bersiap-sedia.

3. Selamat mencuba.

Monday, December 08, 2008

Salam Aidiladha.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidiladha untuk semua pembaca melayubuntu yang beragama islam. Suka saya membawa pembaca merenung sajak berikut;

Bumi kitakah ini?
Pasir yg mengalir dari jari jemari ku
jatuh berderai membentuk bumi.
Adakah lautan tanah ini milik ku?
Mungkinkah bumi yang berjuta abad
milik manusia yang umurnya singkat?
Sekalipun bumi ini milikku
Mengapakah pabila ku pergi
akan ku tinggalkan jasadku didalam nya?

Bumi kitakah ini?
Siapakah pemilik sebenarnya?
Oh tuhan seru sekian alam!
Bumi mu tak kan jadi milik ku.
Hanya berikanlah aku kesempatan,
Meneguk dari sungai mu,
Menyelami kesepian lautan,
Mengagumi gemuruh langit mu,
Mengikuti gelagat hamba mu,
Dan menginsafi kekuasaan mu,
Berikanlah aku kebijaksanaan
untuk tidak hanya menerima tetapi juga memberi
usaha dan titik peluhku dengan keikhlasan,
rendah hati dan belas kasihan
Amanah yang ku warisi dengan ikhlas ku manfaatkan
Semoga semua terilham jua
Semoga yang lain akan bertanya
Soalan yang sama
Mencari jawapan yang kian amat ketara
Bumi kitakah ini?

Kdenlive 0.7 : Superb Video Editor untuk Linux!

Apa makna perkataan "superb" bagi saya yang mempunyai pengalaman sedikit sebanyak menggunakan iMovie dan Final Cut Pro dalam Mac? Dan apabila setiap kali saya berbicara mengenai linux, mulut saya tidak begitu lancar bercakap mengenai perisian editasi video yang dibangunan untuknya. Namun mungkin perasaan itu semakin menipis apabila saya mencuba kdenlive versi terbaru iaitu 0.7. Mengikuti dokumentasinya disini, kemudian memasangnya kedalam ubuntu menggunakan koneksi broadband bukanlah sesuatu yang "painless". Penantian itu penyiksaan!

Selepas lama menunggu, cubaan pertama untuk pemasangan tidak berjaya kerana beberapa perkara saya tidak faham atau dokumentasinya tidak begitu lengkap. Cubaan keduan, alhamdulillah semuanya sempurna dan saya berjaya menggunakan kdenlive.


saya cuba rakam guna webcam dan kemudian edit!

Sebenarnya, sebelum inipun saya sudah mempunyai pengalaman menggunakan kdenlive. Namun inilah kali pertama saya menggunakan versi 0.7 yang terbaru. Kdenlive 0.7 menggunakan interface KDE 4 yang cantik menawan lagi kemas. Namun disebalik interface yang kemas itu terdapat banyak lagi fungsi baru yang diperkenalkan seperti;
  • Complete rewrite of the communication with the MLT video framework, which means a huge speedup in all timeline operations
  • Capture from different sources: DV, HDV, webcam and screen grab
  • Better KDE integration (notifications, job progress, Nepomuk annotations)
  • More effects and transitions (improved support for Freior)
  • Full undo support with history
  • Video rendering is now completely independant from main application, you can safely work while rendering
  • Initial support for Jog Shuttle devices
Perlu diingat kdenlive belum pun lagi mencapai versi 1.0. Jadi anda boleh mengagak potensi yang dimilikinya sebagai perisian open source!

Sunday, December 07, 2008

Pindahkan ubuntu wubi ke partition berasingan

Saya kira berapa ramai yang telah memasang ubuntu menggunakan wubi didalam windows. Saya secara peribadi tidak menggalakkan pemasangan ubuntu menggunakan wubi kerana ada beberapa kes yang saya hadapi sistem ubuntu terganggu apabila windows atau fail dalam windows terganggu. Perkara kedua, ianya sesuatu yang bodoh untuk memasang sistem operasi yang stabil kedalam system yang tidak stabil. Dan jika anda telah terpasang ubuntu secara menggunakan wubi didalam windows dan ingin memasang ubuntu dalam partitionnya sendiri tanpa perlu reinstall, kini disini ada caranya.

Kebaikan ubuntu dalam partitionnya sendiri ialah, ianya boleh beroperasi dengan kepantasan dan kestabilan yang original, fungsi sleep dan hibernate yang tidak terganggu, sistem yang tidak akan terjejas dengan kehadiran virus dan sebagainya.

Terdapat satu perisian yang dinamakan LVPM (Loopmounted Virtual Partition Manager) yang membolehkan anda pindahkan ubuntu dari dalam wubi ke partition (yang perlu anda sediakan terlebih dahulu - dinasihatkan 2 partition utk ubuntu dan swap).

Manakala proses lainnya tidak terlalu sukar kerana anda hanya perlu mengikut arahan on screen yang ringkas dengan hanya 4 langkah mudah.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Friday, December 05, 2008

Wallpapoz: Background Changer For Gnome


Jemu dengan wallpaper yang sama setiap hari? Wallpapoz adalah jalan penyelesaian kepada masalah itu. Wallpapoz adalah satu software yang membolehkan anda menukar wallpaper secara automatik dan anda boleh menetapkan berapa lama masa yang diambil oleh satu-satu wallpaper untuk bertukar kepada wallpaper yang berikutnya. Dan anda juga boleh menetapkan wallpaper berlainan di workspace yang berlainan seperti yang ditulis dalam lamannya.

Wallpapoz application enables you to configure Gnome desktop wallpapers in unique way. You could have Gnome desktop wallpaper changes when the specified time has passed. The most important feature is you could have Gnome desktop wallpaper changes when you change workspace. It means you could group your wallpapers into specific workspace. It offers quick orientation cues where you are. You can manage it so when you change to first workspace, your desktop wallpaper will be picked from wallpapers group for that workspace. When you change to second workspace, it will be picked from wallpapers group for second workspace. So you could have situation like this. You change to third workspace and you will get cartoon desktop wallpaper (wallpapers group for that workspace consists of cartoon wallpapers only). You change to fourth workspace and you will get abstract desktop wallpaper (wallpapers group for that workspace consists of abstract wallpapers only). I think you get the idea. Off course you can disable this feature if you just want your desktop wallpaper changes when the specified time (specified by you) has passed and does not change when you change workspace.
Anda boleh mendownloadnya disini. Dan Untuk menginstallnya pula, anda cuma perlu extract file wallpapoz-0.4.1.tar.bz2 dengan command ini.
sudo tar -xzf wallpapoz-0.4.tar.gz
cd wallpapoz-0.4
sudo python setup.py install
Setelah siap proses installasi, wallpapoz boleh dibuka di Application>Accessories>Wallpapoz. Dan software ini memerlukan PyGTK, Python Glade, PIL (Python Imaging Library), dan Python Gnome (pilihan). Jangan risau kerana software ini tidak mengganggu Beryl/Compiz.

p/s: first artikel!

Empathy 2.25.2 : Sekarang boleh send file!



Empathy ialah perisian IM yang diperkenalkan dalam GNOME 2.24. Anda boleh membaca review awal mengenai empathy disini. Empathy ini juga dihebohkan sebagai bakal menggantikan Pidgin dalam versi ubuntu yang akan datang. Apa yang menarik mengenai empathy ialah ianya menyokong audio dan video chat. Meskipun begitu, saya masih gagal menggunakan fungsi audio atau video chat yang dijanjikan.

Versi awal iaitu 2.24 tempoh hari tidak dilengkapi dengan fungsi send file. Namun pembangunan terkini perisian ini sudah menyokong fungsi send file dan ini merupakan sesuatu yang melengkapkan lagi perisian ini ke arah mungkin menandingi iChat dalam mac osx. Kelihatan masih terlalu banyak kerja yang harus dilakukan tetapi pembaikan tetap berjalan dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin mencuba versi pembangunan empathy, sila tambahkan PPA ini ke repo dan update. Mungkin banyak masalah tetapi jadi tester pun bolehlah!
deb http://ppa.launchpad.net/telepathy/ubuntu intrepid main
deb-src http://ppa.launchpad.net/telepathy/ubuntu intrepid main
Selamat mencuba.

Thursday, December 04, 2008

Baca manga/komik dengan comix dalam ubuntu


Anda mungkin rindukan ACDSee apabila beralih ke ubuntu dari windows. Begitu juga saya. Saya biasa menggunakan ACDSee untuk membaca manga kegemaran seperti one piece, naruto, death note dan bleach. Namun kini mungkin saya menemui penggantinya dan ia satu perisian yang sangat simple tetapi berkualiti.

Memperkenalkan Comix. Ianya perisian mempamer imej yang mesra pengguna dan boleh dicustomize. Ianya dibangunkan untuk membaca manga/komik, dan juga mempamer imej. Ianya boleh memaparkan imej dalam fail berformat .zip atau .rar dan juga beberapa format compression lain seperti gzip dan bzip2.




Ciri dan fungsinya ialah;
  • » Fullscreen mode.
  • » Double page mode.
  • » Fit image to window width, height or both.
  • » Rotation and mirroring.
  • » Magnifying glass.
  • » Image enhancements.
  • » Both left-to-right and right-to-left reading modes.
  • » Bookmarks support.
  • » Archive comments support.
  • » Archive editor.
  • » Comic book library.
  • » Reads most common image formats.
  • » Reads ZIP and tar archives natively, and RAR archives through the unrar program.
  • » Runs on Linux, *BSD and virtually any other UNIX-like OS.
  • » Available in over 20 different languages.
  • » More!
Comix sememangnya perisian yang sangat sesuai untuk membaca manga/komik. Ianya mempunyai manga mode yang mempamerkan imej secara sebelah menyebelah dan apabila dibaca dalam fullscreen mode, ianya sangat mengujakan.

Terdapat satu lagi fungsi yang saya suka iaitu fungsi adjust color. Manga kegemaran saya biasanya dihasilkan dengan cara scan dan ini kadangkala menyebabkan contrast dan brightness yang tidak begitu sempurna. Menggunakan fungsi adjust color, ianya akan apply setting anda bukan sahaja kepada imej yang anda sedang lihat tetapi juga kepada semua fail dalam episod manga yang anda baca.



Comix berada dalam pakej ubuntu dan boleh dipasang menggunakan terminal, add & remove atau synaptic.

Amacam? Jom baca manga dalam ubuntu!

5 Cara download video dalam youtube di ubuntu


Saya kumpulkan 5 cara mudah untuk membolehkan anda download video dari youtube ke komputer anda. Tidak perlu mengingati command line kerana kelima-lima cara ini 100% menggunakan GUI. Lagi best, kelima-lima cara ini juga adalah menggunakan perisian percuma dan bebas dari spyware.

1.Pytube.
(rujuk sini)
Perisian ini merupakan perisian kegemaran saya sedikit waktu dahulu. Ianya simple mempunyai fungsi quick download yang hanya perlu dimasukkan url video youtube, dan juga advance iaitu fungsi convert format video, search video di youtube, memasukkan effect kedalam video, dan juga menguruskan youtube komuniti dari pytube.

2.QtTube
Ini pula perisian yang menggunakan interface QT4 dan paparannya yang simple sesimple tugasnya. Tidak ada fungsi yang advance dalam QtTube. Pastekan url youtube ke kolum yang sesuai, setkan folder yang disave dan download!

Install QtTube : Download DEB package disini.

3.Miro (rujuk sini)
Ini mungkin perisian yang tidak perlu lagi diperkenalkan. Bukan sahaja video di youtube, malah ia juga support beberapa laman video yang lain seperti google video, veoh, daily motion, blip tv dan sebagainya. Miro juga merupakan perisian open source yang cross platform yang menyokong sistem operasi linux, mac osx dan windows.

4.Utube Ripper (
Ini perisian yang baru saya kenali dan saya agak kagum dengannya. Pertamanya, ianya mesra pengguna dan fungsinya yang senang untuk difahami. Fungsinya hanya 2 iaitu download video youtube dan convert video tersebut (asalnya dari flv) ke mpeg atau avi. Anda juga boleh convert audio bagi video-video tertentu.

Install Utube Ripper : Download DEB Package disini.

5.DownloadHelper (rujuk sini)
Oleh kerana Totem Movie Player dan VLC dalam Ubuntu saya boleh memainkan video .FLV secara terus, DownloadHelper adalah sesuatu yang wajib ada. Ia sebenarnya firefox extension dan meletakkan satu ikon disebelah ikon "HOME" dan address bar. Apa yang saya suka tentang downloadhelper ialah, ianya akan detect apa jua video dalam laman web yang anda buka tidak kiralah youtube, veoh, daily motion, dan semua laman web yang menyediakan perkhidmatan video (maksud saya semua!). Ianya mengesan fail video dalam website yang dibuka dan apa yang hebat ialah ia menyokong hampir kesemua format video.

Wednesday, December 03, 2008

Download Panduan Memasang Ubuntu 8.10.pdf (Mirror SaveFile)


klik gambar untuk download.

Oleh kerana mirror box.net telah kehabisan bandwidth setelah tutorial memasang ubuntu didownload sebanyak 665 kali dalam masa beberapa hari, hari ini saya mengambil inisiatif upload fail berkenaan ke mirror savefile.com.

Ok, jadi kalau ada individu atau organisasi yang nak sponsor server ke okay gak.huhu..

UPDATE : Beberapa mirror tambahan.

Akhirnya! Songbird 1.0!



Songbird ialah muzik manager yang sangat menarik. Bayangkan iTunes yang mempunyai ciri-ciri firefox! Ianya bukan hanya music manager, music player tetapi juga music downloader. Menyokong ciri plugin dan diperkaya dengan extensions dan theme yang dibangunkan oleh komuniti pengguna selari dengan semangat open source sebagai prinsip pembangunan. 2 Desember (semalam), Songbird akhirnya mencapai versi matang 1.0. Sudah tentu versi matang ini menampilkan banyak pembaharuan, kemudahgunaan, kemudahcapaian, dan peningkatan tahap kestabilan.

Antara pembaharuan (new features) yang diperkenalkan ialah;
  • penggunaan Gstreamer sebagai video playback
  • penambahbaikan mashtape
  • penambahbaikan sokongan kepada album art
  • keyboard shortcut yang "sempurna"
  • kemaskini installer bagi linux (tiada dependencies diperlukan)
  • smart playlist
  • penunjuk fail sebenar
  • add-ons updater
  • hide & show display panes
  • columb headings yang simple
Selain itu, performance juga antara isu yang penting dan mendapat perubahan;
  • penambahan kepantasan pencari
  • penggunaan RAM dikurangkan
  • penambahan kepantasan semasa import media
  • mengurangkan masa untuk startup songbird
  • efficient schrolling
  • snappier sorting
  • optimezed DB size
  • crash fix
Anda boleh membaca lengkap tentang semua ini dalam blog songbird.

Image Hosted by ImageShack.us

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...