Tuesday, July 13, 2010

Lynx si pelayar web


Kesinambungan daripada artikel saya yang lepas, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu lagi perisian yang menggunakan terminal iaitu LYNX bukan Lucid Lynx tapi pelayar web. Lynx pada awalnya dikembangkan di University of Kansas. Pada tahun 1995 Lynx 2.4.2 dikeluarkan di bawah GNU Lesen Awam oleh Universiti Kansas, sejak saat itu telah bertahan oleh sekumpulan sukarelawan.

Cara instalasi:
sudo apt-get install lynx
Siap!

Pertama kali anda mungkin tidak mempunyai idea menggunakannya. Cuma tekan 'k' pada keyboard anda untuk memaparkan kekunci keyboard dengan fungsi mereka. Lynx merupakan CaSeSenSiTiVe. Contoh kekunci dan fungsinya:
g - masukkan URL untuk membuka laman web
q - keluar daripada LYNX
v - lihat senarai bookmark

Baik:
-Banyak enjin carian seperti gergasi GOOGLE mengesyorkan anda menggunakan lynx untuk melihat bagaimana rupa laman web anda dalam LYNX. Ini kerana crawler atau bot enjin carian akan melihat sepertimana di dalam LYNX.
-Boleh pilih link dengan guna keyboard sahaja.
-Kelajuannya dalam melayari internet memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai bandwidth yang rendah dan hardware yang lama.

Buruk tapi taklah buruk sangat:
-Tidak boleh memaparkan imej dan video tetapi ia boleh menggunakan program luar bagi tujuan itu.
-Teks sahaja.

6 comments:

  1. Jangan tekan 'k' sahaja. Contoh penggunaan:
    lynx www.google.com
    :)

    ReplyDelete
  2. aku lebih gemar menggunakan elinks.
    sebab elinks dapat memaparkan layout website dgn baik,
    walaupun hanya boleh engok text saja, seperti lynx

    ReplyDelete
  3. lepas install..duk kat mana bro..
    tak de pun..

    ReplyDelete
  4. dalam terminal la encik... sama gak mcm kita download guna axel accelerator...

    ReplyDelete
  5. Lepas ni, designer template CMS tak leh cari makan la... kehkeh... semua website kuar perkataan jer... no more aesthetic, but more ergonomic...

    ReplyDelete
  6. fuh..skang suma nk pkai CLI..instant messenger xde ke y pkai CLi eik?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...