Wednesday, September 07, 2011

Tahukah Anda - Siri 1

Bermula Siri 1 ini akan saya teruskan pengisian Tahukah Anda hingga bersambung ke siri-siri seterusnya sebagai kudapan ringan untuk menjamu mata...


Tahukah anda pengasas Ubuntu iaitu Mark Shutterowth yang berasal daripada Afrika Selatan adalah orang pertama di dunia yang “berkelah” ke angkasa lepas daripada kalangan bangsanya dan beliau juga orang kedua di dunia yang membiayai sendiri pakej pelancongan angkasa lepas ini pada tahun 2002.




Tahukah anda anak kelahiran Skotlandia Jonathan Riddell yang berusia 24 tahun ketika itu telah merubah Ubuntu yang menggunakan antara-muka Gnome kepada Kubuntu yang menggunakan antara-muka KDE seperti mana yang kita lihat Kubuntu hari ini.







Tahukah anda logo Ubuntu terdiri daripada oleh 3 orang yang berganding bahu membentuk 1 bulatan dari pandangan atas. Orang yang ada di dalam objek ini dinamakan Human dan lahirlah slogan Linux for human beings – Kemanusiaan Untuk Sejagat. Bulatan yang digambarkan bermaksud luas, seluruh dunia dan untuk sejagat.



Tahukah anda gambar aplikasi tembakan-skrin (screeshots application) yang muncul di dalam Ubuntu Software Center sebenarnya diselia oleh screenshots.debian.net dan sesiapa sahaja boleh mengubahnya dengan kebenaran admin.




Tahukah anda terdapat 4 komponen tunjang di dalam repositori Ubuntu:
Main - Sumber rasmi yang boleh dipercayai dan disokong oleh canonical
Restricted - Kod sumber terlarang
Universe - pakej ini diselenggara oleh kalangan komuniti yang mana bukan sumber rasmi Ubuntu Software center.
Multiverse - Bukan aplikasi yang percuma.



7 comments:

  1. Bagus sekali informasi ni. kalau kod sumber terlarang tu macam mana pulak?

    ReplyDelete
  2. Kod terlarang adalah melibatkan hasil kod yang dipatenkan dan menjadi kesalahan kepada pembangun mana-mana versi linux, kod ini bertentangan kehendak sumber terbuka. Setuju/tidak, terpaksa mengalah utk mendengar mp3, menonton DiVX, AVI dan pelbagai lagi seperti Flash, Java serta dan lain-lain

    ReplyDelete
  3. screenshot - tembakan skrin, tangkapan skrin.. atau ada perkataan yg lebih baik?

    ReplyDelete
  4. screeshots == gambar skrin terhangat hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...