Tuesday, September 13, 2011

Tahukah Anda - Siri 2

Tahukah anda? Segelintir pengguna Windows akan memanipulasikan perkataan UBUNTU sebagai bahan jenaka mereka dan pada masa yang sama mereka pula dibayangi rasa takut untuk berkongsi USB Pendrive meskinpun telah memasang perisian antivirus berbayar.




Tahukah anda? Dengan menggunakan Ubuntu Live CD/USB, anda sebenarnya telah mengambil langkah bijak dan merupakan salah satu cara yang paling selamat untuk menjalankan transaksi e-banking bagi mengelakkan jejak yang mungkin dapat dihidu oleh skrip cecacing.








Tahukah anda? Pada 20/10/2004 Ubuntu 4.10 (Warty Warthog) adalah versi pertama dilancarkan  dan berkembang sehingga ke versi 11.04 dan menjadikan 14 versi kesemuanya setakat September 2011.





Tahukah anda? Merujuk kepada rekod Linux Distribution Time line, versi 11.8 sehingga tahun 2011 telah lahir sebanyak 61 Distro berasaskan Ubuntu dan antaranya yang popular ialah seperti Linuxmint, Pinguys OS, Super OS, Ultimate, Sabily dan sebagainya.


Tahukah anda? Majalah berbayar iaitu Majalah PC di bawah syarikat Karang Kraf adalah majalah berbahasa Malaysia pertama yang mengetengahkan tutorial, soal jawab dan tip berkenaan Ubuntu  di mana ianya dikendalikan oleh organisasi sumber terbuka iaitu Jomlinux.com.

6 comments:

  1. Selain dari blog, majalah pc juga tempat aku belajar mengenai ubuntu ni. Kat situ jugak tau pasal jomlinux dan gumuu

    ReplyDelete
  2. dibayangi rasa takut untuk berkongsi USB Pendrive <<< this is real... hahaha

    ReplyDelete
  3. terbaik la, selain semua tu, forum penting gak bagi newbie yang suka banyak bertanya ni.:)

    ReplyDelete
  4. tahukah anda, bagaimana sebut ubuntu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. oo-BOON-too tengok sini https://help.ubuntu.com/8.04/about-ubuntu/C/about-ubuntu-name.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...