Thursday, January 01, 2009

Jom Kita Jayakan Kit Ubuntu 8.10!


Hehe...adakah anda tertanya-tanya apakah motif mesej iklan ini...sebenarnya kami di Jom Linux sedang mencapai sasaran akhir iaitu menerima pra-tempahan bagi merealisasikan projek kit ubuntu ini.

Sasaran Mencapai 150 Unit Tempahan Awal!

Bantu kami realisasikan produk ini dengan membuat tempahan awal (dari 30hb Dis -12hb Jan) melalui salah satu cara di bawah :

#1 - Tempah 'Kit CD Ubuntu 8.10' dengan harga RM 13.99 ; atau

#2 -Jadi Penaja dengan sumbangan serendah RM 20 + 'Kit CD Ubuntu 8.10' PERCUMA!'

Soalan Lazim

1. Adakah yang menjadi penaja dikira membuat tempahan awal?

Ye, penaja diberikan keistimewaan meletakkan logo atau link (bergantung jenis tajaan) di samping diberikan kit CD ini percuma. Apabila satu unit tajaan ditempah. Maka satu unit tempahan awal dikira.

2. Apakah maksud sasaran 150 tempahan awal itu?

Maksudnya jumlah keseluruhan dari cara #1 dan #2 mendapat tempahan 150 unit dan ke atas.

3. Berapa lama tempoh untuk terima tempahan awal?

Selama 14 hari (dari 30hb Disember 2008 -12 Januari 2009) atau sehingga mencapai sasaran (yang mana satu lebih awal).

4. Bagaimana jika tempahan awal tidak dicapai?

Jika ia tak mencapai maka projek ini akan ditangguhkan atau dibatalkan. Semua wang penempah dan penaja akan dipulangkan. Jadi penempah awal tiada risiko kehilangan wang.

5. Adakah kos lain?

Tiada. Penghantaran adalah percuma!

6. Bagaimana jika saya mempunyai soalan lain?

Sila tinggalkan di ruang komen.

7. Apakah tajaan yang masih ada?

Jenis RuangBaki
Premium Penaja Bersama 4habis
Premium Kulit Belakang 16 12
Link 30 25

8. Apa yang terdapat pada 'Kit CD Ubuntu 8.10' ini?

  • CD Case + CD
  • Buku Manual
  • Pelekat Ubuntu

Jika anda berminat sila klik salah satu link di bawah.

Untuk Menjadi Penaja
Untuk Menempah Kit CD
Klik Sini
Klik Sini

14 comments:

  1. Pra-tempahan Projek Kit Ubuntu dah start? Alhamdulillah. Semoga berkat tahun baru 2009 projek ni dapat mencapai sasaran dengan cepat. Amin..~!!

    Regard,
    Myst3

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro! Aku tunggu yg ko pos sebelum aku review... Xsabar nih..hehe

    ReplyDelete
  3. sama...mmg nak suh review bila dah smpi...dah dpt karang kasi tau ek...

    apa2 pun aku suka tgk post kontroversi ko..byk gile kome...hahah :D

    baru meriah sikit blog nie...org yg tak penah komen. tetiba komen.

    ReplyDelete
  4. hahaha...kontroversi ni bagus jugak kadang2...nk bagi panas sket blog ni..muram je skrg ni...aku prasan, smlm ramai masuk blog ni...ekeke.. panasss~

    ReplyDelete
  5. Tentang penaja tu macam mana? Tolong terangkan dengan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  6. penaja tu maksudnya beri sumbangan RM 20 - RM 50 (ikut kategori). dengan penaja ko akan dpt iklankan Link / Logo pada kawasan tertentu dalam buku.

    untuk tahu kawasan dan sebut harga. sila tgk bhgian bawah artikel...ada link untuk jadi penaja atau penempah awal.kalu tak jumpa ni link ke pdf tntg info nak jadi penaja.

    http://www.blogger.com/images/hargapenaja.pdf

    ReplyDelete
  7. thanks...
    cd percuma yang aku tempah dah sampai.. jutaan terima kasih aku ucapkan kepada JomLinux..
    Jazakallah...

    ReplyDelete
  8. Aku pun nak jadi penaje...tapi aku masih belum paham lagi lah ape yang ditulis...aku nih payah paham skit haha

    ReplyDelete
  9. As Salam.. Aku ni pgguna windows.. Tp nak try ubuntu nie.. Aku try nak bli pack kit tp link dia tu error.. Nak jugak rasa pki ubuntu nie.. Harap tolong amek tndakan kat link tu ek..

    ReplyDelete
  10. terima kasih semua pasal bagitau...rupanya ada problem bila pindah kat melayubuntu...tetiba link tetuka..patut le org asik kata link tak jalan. ingatkan depa tak perasan link kat post...:D

    ReplyDelete
  11. saper yg xder internet 24hours or...nak material dalam bentuk digital leh ar sokong benda ni..hehe

    ReplyDelete
  12. Lupa nak tanya awl2 td.. Ni nak kena isi borg dlu bru byr or kna byr dlu bru isi borg??

    ReplyDelete
  13. bayar dulu baru isi borang...pasal nnti kat borang ada tny bila dan tarikh wat pembayaran...jd kena byar dulu le..

    tk, krn tanya.

    ReplyDelete
  14. jomLinux boleh saya jadi sebahagian dari penaja projek ini. ini email saya. faizal_azri@yahoo.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...