Saturday, January 17, 2009

Ubuntu 9.04 Jaunty Alpha 3 : Linux Kernel 2.6.28, sokongan ext4

Pengguna ubuntu sentiasa dalam mood "countdown" kerana ubuntu ialah sistem operasi yang kerap mengalami kemaskini versi. Hari ini ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope alpha 3 telah dikeluarkan untuk dicuba oleh pengguna ubuntu seluruh dunia. Antara yang menarik dalam alpha 3 ini ialah;
  • Menggunakan kernel linux 2.6.28 iaitu kernel linux versi stabil terkini. Kernel linux 2.6.28 ialah kernel pertama kali menyokong ext4, dan mempunyai GEM memory manager untuk grafik, disk shock protection, staging drivers, dan network improvement. [rujuk]
  • Sokongan Ext4 : Ext4 ialah format file system yang baru update kepada Ext3 yang digunakan sebelum ini. Ext4 memberikan anda sistem fail yang luas, meningkatkan saiz fail maksima, kepantasan I/O dan sebagainya. Secara umumnya, anda boleh merasai perbezaan yang ketara jika menggunakan Ext4 untuk sistem database.
  • X.Org Server 1.6
  • Notisfikasi : Seperti yang saya tulis sebelum ini
  • home encryption support : untuk ubuntu sebelum ini, anda boleh access fail dalam /home dari live cd tanpa apa-apa sekatan. Ini menjadi isu privacy jika laptop anda terlepas ke tangan yang tidak bertanggungjawab. Home encryption support akan melindungi /home anda dengan password supaya "hanya anda yang layak melihat /home anda".
Rujukan lanjut di;
http://www.ubuntu.com/testing/jaunty/alpha3
http://www.phoronix.com/scan.php?page=news_item&px=NzAwMA

8 comments:

  1. agaknya theme default ubuntu dia tukar tak? skarang ni theme dia nmpk cam antik sikit...huhuh

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Ada dah guna ubuntu 9.04? Sila review skit....

    ReplyDelete
  3. ni mmg best ar ...utk wat video server ker..ext4 ni ..production server.. sbb leh support up to 1 exabyte (bukan hosting provider er)/.. huhuhu..running cluster..

    ReplyDelete
  4. tapi yg best aku rasa ReiserFS

    ReplyDelete
  5. @hacker_125 : reiserfs bkn pembangun dia tu dah kena dakwa psl bunuh isteri ek?

    ReplyDelete
  6. Here --> http://www.wired.com/science/discoveries/news/2006/12/72342

    ReplyDelete
  7. yerp mmg pun..kalau x mesti best nyer..novell gunakan benda ni..

    ReplyDelete
  8. kestabilan Ubuntu JJ nie penting utk memastikan Ubuntu dpt menafikan kemaraan Windows 7 yg agak stabil dan jelas jauh lbh baik dari Vista walaupun masih dlm peringkat beta.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...