Sunday, January 04, 2009

Kisah Kit Ubuntu 8.10...

Kalu sebelum ni sedara Zul mengkontroversikan projeknya di sini...sekarang saya nak menjawab soalan yang sengaja dikontoversikan oleh sesetengah orang.

Citenya mudah je...bila kami mengusahakan kit ubuntu 8.10 ni ada yang menyokong ada yang tidak...tapi biasalah. kalu kita wat sesuatu tak mestinya boleh puaskan hati semua pihak. pengalaman saya dalam bidang kepolitikkan pun mcm tu gak. saya boleh terima itu. Tapi tujuan saya jawab supaya boleh dapat penjelasan mengenai perkara ini.

Ada yang cakap buat pe lah saya wat kit ini sedangkan benda ni boleh je dapat percuma siap pelekat lagi dari Ubuntu.

Saya jawab memang betul boleh dpt percuma. Tapi masalahnya, yg bertanya ni kira tau gak le pakai Ubuntu dan tau nak pasang dia. Tapi korang kena ingat, Ubuntu percuma takde didatangkan dengan dokumentasi bagi pengguna desktop. Tapi kit ni ada. Pelekat pun kita tak kasi macam ubuntu. ada yg komen terlalu besar dan susah nak lekat pada ruang kecil contohnya netbook. jd kami buat pelekat ala windows dan intel tue..

Cara pasang leh cari kat internet apa, percuma aje?
saya jawab berapa ramai yang sanggup mencari berjam2 kat internet untuk cara pemasangan yang akhirnya sendiri tak faham. Bukan semua faham dengan komputer. sebab itu sy berikan cd percuma pada 8 orang untuk review. salah seoranngnya ubuntuseekers..boleh lihat review produk ni kat laman dia.

Linux percuma...ko mana boleh jual le!
saya tak kata pun saya jual Linux atau lesenkan Linux. apa yg ada kos dari CD, pelekat buku manual dan kos penghantaran. 'Free in speech not free in beer'.

Apa tujuan ko wat benda nie?
Saya ada impian dan cita2 nak memajukan Linux di Malaysia, sy mulakan di pej parlimen Ampang di mana semua desktop dengan Ubuntu termasuk le printer server cuma 2 pc je pakai Windows (itupun sebab masalah aplikasi). Di samping itu, membuat evolusi bagi komuniti. Nampakle gak di mata dunia yang komuniti Linux di Malaysia ni ada gak le buat sesuatu baju ke apa ke kit ke...Paling penting tujuan utama di adakan ni supaya org yg nak kenal Ubuntu ada satu produk yg boleh bantu itu le cam buku panduan mudah.

Apa pasal ko tak kasi percuma je? ni ko dpt percuma pe!
Duit bukanle segalanya tapi segalanya perlukan duit. Nak buat cover cd,buku dan sebagainya memerlukan wang. korang marah dgn windows sbb kasi harga cd sampai beratus2. sy bg harga baru belas ringgit...lebih murah pe.

Buat pe ko nak wat duit dengan benda nie? duit tu pi kemana nanti?
duit yg dpt tu utk kos wat benda nie dan kalu ada lebih (itu pun kalu ada le) kita gunakan untuk projek cam Linux Varsiti. bila sy jumpa ubuntuseekers kat KL Sentral tempoh hari dan ceritakan psl projek ni..sy amat suka tntg idea ni.

Apa pasal ko jual kat komuniti? Diorang tak perlukan produk ko ni.
Mmg ramai org komuniti tak perlu psl ramai dah mahir nak psg wat terminal dan sebagainya. Tp sy bgtau benda ni pd komuniti psl diorang dah faham dan tau apa itu Linux dan etc...jd senang menyampaikan mesej pd komuniti dari org yg tak tau langsung apa2 tentang benda nie dan kami mengharap sokongan dari korang2.

Boleh berjaya ke projek ni?
Kita lihat le 12hb nnti sama ada capai sasaran atau tak. Kalau ia berjaya, maka pengguna desktop luar dari komuniti ada harapan untuk dpt produk yg bagus. Bayangkan ko kasi cd burn ubuntu togel takde apa2 kat pengguna desktop. apa diorang fikir?

fuhh....letih gak le nak menaip. itu dulu le yg sy sempat jwp. ada masa lain kali karang jwb isu2 lain lak ye...wassalm...

13 comments:

  1. Saya bersetuju dan menyokong usaha-usaha sebegini, memang agak sukar untuk menerima perubahan, sebab semua sudah selesa dengan OS (win) dan aplikasi-aplikasi yang ada dan mudah diperolehi "hampir percuma". Tapi sampai bila kita perlu hidup dengan "mencuri" hak intelektual orang? walaupun tak kena cekup.

    Jika dianalisis dari segi kepenggunaan, Distro Ubuntu telah memenuhi keperluan asas. Berapa ramai pengguna yang serius menggunakan aplikasi-aplikasi canggih selain daripada melunsuri internet, membaca e-mel, menulis dan mengira? yang semua ini boleh laksanakan dalam persekitaran Ubuntu tanpa pelekat berlesen.

    Saya sudah menggunakan sejak versi 6 dan kini 8.04 tanpa banyak masalah dipasang pada PC pentium 4 generasi pertama.

    Teruskan dengan usaha ini, jika tidak siapa yang mahu lakukannya? Memanglah, usaha-usaha baik sebegini memang banyak cabaran, lambat laun akan diterima orang juga... InsyaALLAH.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Pendapat saya adalah, masalah pengguna tidak mengubah system yang mereka adalah, mereka telah pun membiasakan diri dalam sistem yang digunakan. Apa sebab lain untuk mengubah.

    Jangan pandang rendah, fobia orang biasa terhadap komputer, kadang-kala, pasang software pun tak tau. Ubah sikit, dah tak biasa dah. Ini sebenarnya pun berlaku pada Windows Vista. Orang tak biasa, terhadap sistem baru.

    Tapi, dengan kit ini, haraplah, ia dapat membantu pengguna komputer(yang masih dikira orang biasa) menggunakan linux.

    ReplyDelete
  3. @maeliman & sweemeng : trima kasih kerna menyokong...bukan apa. kadang2 org susah nak ubah pasal malas nak pening kepala nak fikir benda baru. dah tu org buat projek ni untuk mudahkan pun ada yang hasad dengki.

    ReplyDelete
  4. errrrrrrrrrr sapa lak kata tak leh jual? gilo....

    boleh la.. aku pernah baca dulu, dalam web ubuntu sendiri (seingat aku la) benda ni free tapi bagi la sedikit "upah" buat orang yang dah bawak korang ke alam ubuntu (maknanya ajar la...)

    so aku tiba2 minat pulak nak tempah satu kit dan satu set pelekat :) emm esok kot.. aku isi borang tu.. ada lagi tak kit?

    ReplyDelete
  5. @syafia : kit tu kita akan buat bila capai sasaran sbb kita perlukan dana untuk printing scr pukal. tapi katalah tak cukup dana maka duit2 yg bagi dulu kita akan pulang seperti sediakala.

    ReplyDelete
  6. Masalah disini bukan pada windows atau ubuntu linux tapi pada pengguna itu sendiri , mentaliti penguna itu sendiri malas belajar sesuatu yang baru (walaupun kita tahu dia guna pirate software),pengalaman aku sendiri ,pernah menginstall ubuntu kat pc/laptop kawan2 dual boot ngan xp,tapi nampak gayanya dia guna yang xp tula ,BERAT .....

    ReplyDelete
  7. salam,
    nak tanya ada tak perancangan masa depan distro ubuntu tu di re-master sesuai utk Malaysian seperti sokongan bahasa dan aplikasi yg bersesuaian (seperti codec, wine, mono, google earth n sbgnya) agar lebih dekat di hati :p?

    ReplyDelete
  8. bro,besala melayu..ko bagi duit ada melayu sggup bagi undi kat parti bullshit..
    tp bila mintak duit dr melayu mcm2 alasan...lg sdih kalau kne kritik plak 2..
    ada xnafikan ada melayu yang bagus dan contact aku tawarkan macam2 pertolongan..aku mmg respek derang ni dan ssh nk jmpa...
    kalau melayu jenis suka nganga kne suap ni dok palestin, aku rasa dh lama tanah palestin smua jatuh ketangan yahudi..

    ReplyDelete
  9. Ubuntuseekers,

    aku mcm nak tempah, tapi enggak ada duit. Bayar ansur2 boleh?hehe

    ReplyDelete
  10. @melayubuntu : besalah...ni pun didikan dari sistem skrg gak. sikit melayu nak mintak itu dan ini. nak berniaga pun mintak MARA wat dari A hinggalah Z..tapi bila untung nak je. bila rugi duit rakyat gak yg habis.

    @ Mustakim Ahmad : ko nak tempah kat ubuntuseekers mgkn ada byr ansur2 kot..tp Jom Linux takde byr ansur. hehe...

    @ sunagakure : kalau ko nak tau ada tak masa depan tu. ko kena pandang dgn sikap komuniti le, kalu sume mintak suap tp takde wat keje. nmpknya gelap le masa depan.

    @ noracom : mmg itu salah satu isu dia. jadi salah satu caranya kita wat satu rujukan mudah spy senang utk diorang pindah dari windows ke Linux. itu yg cd percuma ubuntu asal tak ade.

    ReplyDelete
  11. La 13.99 ke?Haritu aku perasan macam RM139.00. Aku tempah 2 la macam ni..

    ReplyDelete
  12. hahaha...rm139.00? lorgh mustakim...
    aku rse ade la gak org2 yg bikin kontreversi ni rabun2 sikit mcm ko mus tu yg dorg cm xpuas ati gle.hahahha.sorry bro.

    kadang2 tuh, plik gak kn? psal 13,90 pun org kritik2 psl mende ni. adui...bkn nk ckp 13.90 tuh xde nilai bg ktorg. tetapi, ape salahnye kiter bg support tnde menghargai usaha2 yg dorg ni wat untuk mperkenalkan linux kt malaysia. aku bley ckp la, kt um ni, klu korg tnye psal ubuntu, konpem, 9/10 akn ckp ntah.

    duit2 yg dcollect lak, mmg kmpem la didigunakan untuk keje2 printing, delivery. bkn free bai, aku tgk lawa jek kit ni, of course le gune duit kn? so isu x puas ati ni xpatut pun wujud.

    kit ni aku rse pling sesuai tuk beginner xdela golongan ni meraban kt internet cri solution. kesian dorg ni. tpi untuk yg da pro pun aku rse berbaloi cz pkaging die lawa ley wat collection pe.:D ltk kt almari, kt meje keje korg n hadiah tuk membe2 yg mmg kmputer geek.aku lgi ske hadiah cmni dri awek aku dri tshirt or mende lain.hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...