Thursday, January 15, 2009

Mukaddimah Linux Varsiti


Apabila idea Linux Varsiti kali pertama dilontar ke dalam perbualan antara saya dan rakan-rakan, minda saya sibuk memikirkan tentang konsep dan bagaimana untuk menjayakannya. Kerana hakikat yang membataskan apa-jua usaha dan idea kearah sesuatu seperti ini untuk menjadi kenyataan sebenar itu terlalu sukar untuk dilangkau, saya tahu ianya bukan sesuatu kerja mudah.

Linux Varsiti ialah PERGERAKAN memperkenalkan linux kedalam kehidupan pelajar IPT dari segi perkembangan ilmu, perkembangan komuniti dan altenatif sistem operasi. Apa yang kami gagaskan ialah, mewujudkan satu organisasi yang bertanggungjawab dan diuruskan secara professional untuk menganjurkan aktiviti berkaitan Linux dan Kepenggunaannya merangkumi distribusi Ubuntu, Fedora, OpenSUSE, Mandriva etc dalam Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Untuk tujuan itu, kami memikirkan beberapa perkara merangkumi persoalan seperti apa (?), siapa (?), bagaimana (?), berapa (?), dan untuk apa (?).

APA?
-Linux Varsiti sebagai nama program.
-Linux Varsiti sebagai nama organisasi.
-Install Fest, Talk, Demo, Booth etc.

SIAPA?
-Penggerak.
-Sukarelawan Komuniti.
-Pelajar sebagai sasaran utama.
-Masyarakat sebagai sasaran umum.

BAGAIMANA?
-Dana - Sponsor, menjana kewangan sendiri (?)
-Promosi - website, blog.
-Aktiviti dijalan berdasarkan jemputan IPT tertentu dengan cara tertentu yang diurus antara organisasi dan komuniti (yang mungkin terdiri daripada pelajar)
-Bagaimana untuk masuk kedalam IPT tertentu - kertas kerja (?), cadangan (?), orang dalam (?)

BERAPA?
-Berapa orang?
-Berapa kos?
-Berapa lama?

UNTUK APA?
-Linux for Human Beings.

To-do-list - short term.
  1. Siapkan kertas kerja.
  2. Siapkan website (domain name + hosting required) - Aku dah ada hosting domain name sape nak bagi?
  3. Cari sponsor.
  4. Cari siapa yang sudi menyumbang tenaga penggerak.
Bagaimana anda boleh membantu?
  1. Jika anda blogger, sila sebarkan dalam blog anda.
  2. Jika anda pelajar, sila jemput kami ke IPT anda.
  3. Jika anda genius dalam linux, sila maklumkan tentang bidang kepakaran dan bagaimana anda boleh sumbang dari segi teknikal.
  4. Jika anda kaya, fikirkan untuk sponsor program ini.
  5. Jika anda orang biasa, jom jadi sebahagian dari penggerak Linux Varsiti.
Ini adalah mukaddimah pertama untuk mengukur respon positif dan negatif pembaca tentang idea ini. Unjurkan pendapat anda dalam ruangan komen atau terus ke inbox saya zul.malc [at] gmail.com.

18 comments:

  1. akhirnya kluar gak pasal Linux Varsiti...insyallah...akan update di Jom Linux pasal ni.cuma sibuk sikit sekarang psl nak keja dateline Kit Ubuntu.

    Harap yg kertas kerja tu boleh dpt awal senang nanti nak tnyakan pada kementerian yg berkaitan.

    Lagi satu adeke Linux Varsiti ni menggantikan Ubuntu@IPT?

    ReplyDelete
  2. @jomlinux : yup..linux varsiti sambungan dari ubuntu@ipt. lebih organize lebih kuat dari lepas2...

    ReplyDelete
  3. haha..
    lawa wehh logo tuh..
    nnt email kt aku..
    tq!

    ReplyDelete
  4. nak cari man power nak bawak g merata2 tu susah gak kan...patutnya.. leh wat time career fair ker...kira event tu 2 in 1 er...

    ReplyDelete
  5. Kalau nak buat di UTM Skudai, beritahu saya. Saya boleh uruskan. Hingga hujung semester ini sahaja!

    ReplyDelete
  6. sponsor?
    huhu...emel aku...

    ReplyDelete
  7. cam ne nak cari sponsor kalu nak wat program bkaitan linux?mcm FOSCAR?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua...aku salah sorng staff di IPT berkaitan IT..Satu cadangan yg menarik dari korang...

    Nk tanya skit..Kalo target korang nie student, camner nk mulakan tu? Adakah diterpkan dalam silibus pembelajaran? Sekadar seminar aku rasa kurang berkesan utk jangka panjang..Harap ada satu kaedah yg berterusan..

    ReplyDelete
  9. Utk FOSSCAR saya ada bincang dgn saudara zul dulu, tp fosscar ditangguh ke bulan 7..utk yg nak tau, FOSSCAR (free and open source software carnival) akan di anjurkan oleh UIAM(IIUM), program ni ditangguh drpd bulan 3 ke bulan 7 atas sebab2 teknikal..fosscar ada dibuat pada tahun 2006 kpd public, kolej, universiti dijemput utk menjayakan program ini..pada tahun ini, 2009, tentatif di propose adalah pada bulan 7..nnti saya updatekan lg.

    ReplyDelete
  10. @aman : insyaallah

    @anonymous : silibus 2 ssh sket..lain la aku menteri pelajaran tinggi..ekeke

    @salaz : thanks tlg jawabkan...hehe

    ReplyDelete
  11. @melayubuntu : pasal domain tu, aku leh kasi. tapi aku sendiri tak tau nak beli nama pe. dlm posting pun ko takde kasi cadangan nama..

    ReplyDelete
  12. dekat uthm tak buat ker?

    ReplyDelete
  13. harap projek ni mencapai objektif.

    ReplyDelete
  14. act nak gak ajak ko.. tapi masalahnya edu care tu dah nak dekat (19 ni).. tapi maybe aku sendiri akan bagi demo sikit2 la.. kalau ada sambutan dengan ubuntu, aku roger ko la :)

    p/s: now aku ngan member aku tengah bina linux group untuk U aku.. slow2 la sikit.. aku ubuntu, dia fedora :)

    ReplyDelete
  15. lagi satu, kalau boleh setiap IPT ada seorang wakil. Maksudnya seorang pelajar dari sesebuah IPT boleh menjadi sukarelawan bagi perlaksaan Linux Varsiti kat tempat diorang. Jadi kalau segala urusan nak jemput team LV kat IPT tu bolehlah berurusan dgn sukarelawan tu.

    ReplyDelete
  16. info:
    konvo utm 26-31 mac 2009....
    mungkin anda ada peluang untuk promosikan kepada pelajar utm skudai.
    itu pun jika anda berkenan :)
    tender jualan gerai akan dibuka sedikit masa lagi.

    ReplyDelete
  17. menariknya..sy newbie dlm menggunakan opes source ni.bila nak datang UM?
    mungkin boleh buat kerjasama dgn fak. sains kom.

    ReplyDelete
  18. [...] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat [...]

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...