Sunday, February 15, 2009

Program Penajaan dan Pengiklanan dalam Manual Ubuntu.

Picture 2.png


Alhamdulillah saya telah siap menghasilkan Manual Ubuntu yang mengandungi 77 Mukasurat kesemuanya. Selain domain linuxvarsiti.org yang telah siap ditempah, kami juga telah menerima jemputan ke beberapa IPT tempatan dan itu semua saya anggap sebagai satu petanda dan titik permulaan yang sangat baik dan meyakinkan. Linux Varsiti sebagaimana yang dihebahkan berkali-kali dalam blog ini merupakan satu Program PENJAJAHAN Linux ke dalam IPT tempatan dan sarat dengan program seperti Syarahan, Demonstrasi, Pameran dan sebagainya yang wajar.

Kerana air yang bertakung itu akan rosak, begitu jugalah manusia jika hanya obses dengan satu sistem operasi sahaja. Linux Varsiti meletakkan target PERUBAHAN bukan sahaja ke dalam minda pelajar jurusan IT bahkan juga kepada pelajar jurusan lain. Kami meletakkan ILMU sebagai subjek yang cukup penting untuk dikehadapankan mengatasi subjek sampingan yang lain, kerana manusia hanya mulia dan dimuliakan dengan ilmu.

Namun kami kesuntukkan kewangan - itu adalah hakikat. Kami gagal meyakinkan beberapa organisasi dan syarikat sebagai penaja mungkin kerana kegawatan ekonomi yang melanda, lalu menyumbangkan duit untuk usaha janggal seperti ini mungkin "terlalu berisiko" tinggi. Lalu saya kehadapankan satu idea penjanaan kewangan sendiri - menerusi Manual Ubuntu. Hasil yang bakal diperolehi akan disalurkan ke aktiviti linuxvarsiti bagi menghidupkan dan mengerakkan aktivitinya.

Saya merangkakan 2 program iaitu Penajaan dan Pengiklanan didalam Manual Ubuntu. Penajaan akan dimasukkan kedalam mukasurat terawal (bermula dari mukasurat 3) dengan label PENAJA dan pengiklanan akan dimasukkan ke mukasurat terakhir dengan label DI BAWAKAN BERSAMA.

Saya tidak begitu arif berkenaan sebut harga yang sesuai tetapi cadangan awalnya adalah seperti berikut;

PENAJA : Mukasurat Penuh : RM200
Mukasurat Separuh : RM100 (hanya akan difikirkan jika bilangan penaja adalah no genap, 2,4,6..)

PENGIKLAN : Mukasurat Penuh : RM50
Mukasurat Separuh : RM30 (hanya akan difikirkan jika bilangan penaja adalah no genap, 2,4,6..)
Text (1 line tanpa shj) : RM10

Picture 3.png
4 mukasurat pertama Manual Ubuntu : Contoh bagi mukasurat Penaja.

Bagi sesiapa sahaja yang berminat dengan program ini, kehadapankan niat anda dengan menghubungi saya di email zul.malc@gmail.com atau yahoo messenger:syahid_zul. Sekian.

2 comments:

  1. cuba buat promosi masa majlis konvokesyen setiap universiti.
    mungkin ia agak berbaloi memandangkan skop anda menumpu kepada pelajar.
    ia cadangan.

    ReplyDelete
  2. saya berminat dgn prgm ni...boleh tak beri lebih penjelasan tntang pameran,syrahan dan dmonstrasi ...senyuman88@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...