Tuesday, December 09, 2008

Asingkan Partition /Home Dari Partition Root

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulis ada menyatakan diruangan komen sebelum ini mengenai masalah Ubuntu versi 8.10 tidak dapat log masuk walau segala macam cara digunakan. Dengan nekad, penulis mengambil tindakan drastik dengan membuat semula proses instalasi Ubuntu - atau lebih mudah meng'format' semula sistem Ubuntu yang bermasalah tersebut.

Tujuan entri kali ini bukan untuk berbicara mengenai masalah tersebut, tetapi lebih kepada LANGKAH BERJAGA-JAGA yang dirasakan perlu dikongsi bersama di sini.

Adalah menjadi satu tabiat biasa manusia, sentiasa mahukan yang mudah dan pantas dalam membuat sesuatu kerja. Begitu juga semasa proses instalasi UBUNTU, prosesnya menjadi AMAT mudah dari hari ke hari sehinggakan kita hanya perlu menekan butang 'NEXT' sahaja tanpa perlu mengambil kira apa yang sedang berlaku atau apa yang sebenarnya dilakukan (mungkin tidak bagi sesetengah pengguna yang lebih mahir dan mahukan kelainan).

Baiklah, jika anda perasan, semasa proses instalasi UBUNTU, kita akan berhenti pada satu langkah dimana UBUNTU meminta agar dilakukan partition pada hard disk. Maaf, penulis terlupa secara lengkap apa pilihan yang diberikan tetapi ianya lebih kurang begini,

1. Pilihan untuk menggunakan keseluruhan hard disk yang ada - berhati-hati menggunakan pilihan ini kerana ke semua data dalam hard disk kita akan di hapuskan sama sekali.

2. Pilihan untuk menggunakan ruang lebihan dalam hard disk kita - UBUNTU akan menggunakan sebahagian saja lebihan bahagian hard disk dan tidak akan menggangu data-data atau partition sedia ada.

3. Pilihan untuk membuat sendiri partition - untuk pengguna mahir dan tahu apa yang dilakukan. Berisiko tinggi tetapi sebenarnya amat mudah.

Penulis akan tumpu terus pada PILIHAN 3 di atas. Di sini, kita diberikan pilihan untuk menentukan berapa banyak saiz yang diperlukan untuk sesuatu partition. Secara umumnya, partition yang diperlukan adalah partition SWAP dan PARTITION ROOT (/).

Sila rujuk gambarajah di bawah.
Maaf, gambar mungkin agak kabur.

Apa yang penulis buat adalah dengan mengasingkan PARTITION HOME (/dev/sda7 - mount point /home ) dari PARTITION ROOT (/dev/sda5 mount point / ).

Soalan-soalan biasa ditanya.

1. Mengapa perlu di asingkan partition tersebut dan adakah ianya satu perkara WAJIB?

TIDAK! Ianya bukanlah perkara wajib kerana tanpa buat seperti di atas pun, UBUNTU masih boleh berfungsi seperti biasa.

2. Kalau tak wajib, mengapa saya perlu ikuti langkah2 di atas.

Semuanya terpulang kepada keperluan masing-masing. Tiada sebarang paksaan. Dengan mengasingkan partition HOME, sedikit sebanyak membantu kita sekiranya berlaku masalah pada UBUNTU sehinggakan terpaksa meng'format' semula (instalasi semula) UBUNTU. Bayangkan, dengan begitu banyak fail-fail kerja, torrent, mp3 dan bermacam-macam lagi yang telah kita simpan, sanggupkah dikorbankan begitu saja.

3. Kalau perlu format semula, saya boleh buat backup dulu fail-fail tersebut ke dalam thumbdrive atau pindahkan ke mana-mana medium backup.

Ya betul. Memang itulah yang sebaik-baik cara. Tetapi, bagaimana dengan segala macam setting yang anda telah buat dalam Firefox - bookmark, save password, history - mahupun Pidgin, Evolution, Wireless setting dll.

4. Boleh terangkan bagaimana ianya berfungsi?

Mudah. Katakan kita telah buat pengasingan seperti di atas, lakukan proses instalasi seperti biasa dan pilih PILIHAN untuk melakukan sendiri partition. Di sini, pastikan hanya PARTITION ROOT / saja yang diformat semula. Biarkan partition HOME begitu dan teruskan proses instalasi sehingga tamat. BERHATI-HATI. Langkah terakhir semasa proses instalasi UBUNTU adalah dengan memasukkan maklumat pengguna seperti username, password dan lain-lain. Bagi memastikan kita mendapat balik semua setting-setting seperti sediakala, PASTIKAN USER YANG HENDAK DIMASUKKAN SEMULA ADALAH SAMA SEPERTI USER SEBELUM INI. Katakan sebelum format, anda menggunakan username MYBUNTU, jadi selepas format juga pastikan anda gunakan semula username MYBUNTU.

5. Apa lagi kebaikannya?
Yang paling utama, segala data-data penting kita tidak akan hilang begitu saja. Begitu juga segala setting di dalam Firefox, Pidgin, Evolution dan segala aplikasi default yang sedia ada dalam UBUNTU akan kembali seperti sebelum format. Cuma, segala aplikasi ADD-ON (yang ditambah kemudian) seperti Deluge, Inkscape, Flash plug-in, Java Plug-in dan lain-lain perlulah di pasang semula. Ye la, bukan ke dah di format fail root. Tapi, semua tu amat mudah di pasang semula bukan? Untuk pengetahuan, penulis ada mendownload beberapa torrent menggunakan Deluge dan dah menjadi tabiat penulis untuk tidak membuang torrent tersebut dari list view Deluge (supaya orang lain juga dapat berkongsi sama). Amat menarik, dimana sebaik saja penulis install semula Deluge, semua setting dan juga list-list torrent (samada sudah siap atau belum) berada semula seperti sedia kala.

Nota:

1. Entri ini hanyalah cebisan pengalaman penulis dan ingin dikongsi bersama dengan rakan-rakan sekalian.

2. Adalah amat penting sekali agar data-data anda di buat backup terlebih dahulu. Manalah tahu..lebih baik bersiap-sedia.

3. Selamat mencuba.

15 comments:

  1. ooo ni mksud ko rupanya... mmg ubuntu akan automatiknya akan guna /home tu erk??

    katakan aku nak create satu partition yg aku setkan mount point kpd /usr , adakah ubuntu akan automatiknua jugak akan guna partition ni sbg /usr??

    ReplyDelete
  2. oooo..tak tau pulak (/home) boleh diasingkan..bagus2..nanti lepas ni kalau ade probs ape2..format balik x payah nk susah2..thx 4 da post..sgt membantu ;D

    tapi kan, bukan kah kalau ubuntu diinstall pada partition (/) , directory (/home) sudah tersedia ada diletakkan dalam partition tersebut.

    Atau mungkin, apabila sudah ada partition (/home), ubuntu akan detect ia nya sebagai (/home) jadi pada (/) tidak akan ada (/home) lagi? maap jika ayat berbelit2 ;D

    ReplyDelete
  3. haaaaah zul, secara autonye ubuntu (atau mane2 distro sekalipun) akan berfungsi macam tu. pasal /usr pun sama, cuma aku tak pasti ape bagusnya /usr di asingkan..mungkin ade rakan2 lain yang boleh terangkan dengan lebih lanjut.

    untuk ba'ang - ubuntu (atau mane2 distro juga) secara auto akan mountkan /HOME tu ke partition yang telah di setkan tadi..secara amnya, /HOME masih lagi sebahagian dari ROOT (/)..cuma dari susun letak fizikalnya saja berubah ke partition lain.

    teringat mase zaman memula kenal linux (1999), pembahagian partition amat dititik beratkan dan kebanyakkan manual instalasi disertakan bersama peratus pembahagian partition mengikut kegunaan..

    memang time tu gabra giler nak install, hampir2 menyerah kalah..mungkin sebab tu, semua distro dah tak tekan kan sangat bende2 partition ni, tak nak orang fobia kut dengan linux ni...heheheh

    ReplyDelete
  4. rasanya ada blur blur sikit tang no. 4 tu..
    ini pengalaman saya.

    smalam baru je clean install baru.
    pasalnya ada masalah dari segi network proxy.
    tapi takpe. saya guna APTonCD. jimat masa mendownload.

    saya guna no. 3 tu. selamat sikit.
    kalau ada problem lagi, bleh try cara ni.

    thanks

    ReplyDelete
  5. Satu persoalan disini. Jika saya tak sempat backup dokumen dalam /home dan ubuntu tak bleh load seperti biasa, boleh ke guna live cd untuk akses directory /home dan buat backup ke pendrive sebelum format?

    Regard,
    Myst3

    ReplyDelete
  6. Jika itu berkaitan partition dan pembahagian cakera keras, bagaimana pula jika saya menekankan fungsi backup.

    Saya mendapati arahannya begitu mudah dan menjimatkan masa tapi kerap melakukannya dan memerlukan ruang simpanan lain untuk kita simpannya. Dan mungkin juga anda boleh gunakan cronjob untuk jedualkan waktu untuknya berfungsi tanpa perlu memikirkannya lagi.

    Kelebihan daripadanya ialah, kita hanya perlu extract sahaja tanpa perlu memikirkan tentang permission dalam folder yang asal sekiranya berlaku kehilangan data atau kerosakan partition ROOT(/)

    Caranya amat mudah,
    1. Buka terminal.
    2. Pergi ke directory root dengan memberikan arahan(command) seperti berikut:
    $ sudo tar cvzf /home /media/hddbackup/home_backup.tgz

    3.Terpulang kepada anda meletakkannya dimana-mana, asalkan bukan dipartition /

    4.Jika terdapat fail yang terlalu besar didalam directory /home yang anda merelakan untuk dibuang, anda boleh menggunakan pilihan untuk exclude.
    $ sudo tar cvpzf /home --exclude=/home/mp3ku /media/hddbackup/home_.tgz

    Nah, segalanya sudah dibackup.

    ReplyDelete
  7. benda ni sama mcm kite tukar direktori My Documents di Microsoft Windows dr C: ke partition lain..cth nya ke partition D: ..(kalau ada 2 partition atau lebih)..ini utk mengelakkan dr masalah or senang utk kite format or backup apa2 data masuk ke partition yg selamat kalau perlu diformat..

    ReplyDelete
  8. Myst3 - memang boleh guna live distro untuk buat backup HOME directory tu. Kalau ikut saya, lebih senang menggunakan Live CD Knoppix , mudah dan penuh dengan segala macam aplikasi.

    ReplyDelete
  9. boleh ke saya buat partition /home tanpa perlu install ubuntu semula? maknanya create partition /home selepas pemasangan ubuntu..

    ReplyDelete
  10. just nak tanya saudara, saya baru saja berjinak dengan ubuntu 8.10 ini, first masa install ia tiada masalah, saya click next next sahaja.. selepas beberapa hari menggunakan ubuntu, saya dapati ubuntu hilang dari hard disk dan saya terpaksa install kembali..

    Untuk install kali kedua, ia tidak berhasil, setiap kali saya install ia akan terlekat pada

    detect file system 15% - stuck

    kemudia ia paparkan install ke hard disk
    sampai 5% then stuck..

    slps itu error lagi..

    dan saya tidak dpt menggunakan ubuntu, akhirnya saya hanya menggunakan live cd sejak berapa hari lalu untuk melayari internet...

    saya cuba install windows xp kembali, tetapi ia tidak berhasil..

    windows tidak dapat detect hard disk saya lagi, tetapi ubuntu boleh (walaupun kali kedua install)

    saya gunakan hard disk 40g scsi..

    saya cuba guna gpart untuk set partition tetapi still tidaf dapat install.. akhirnya saya rasa menyesal menginstall ubuntu.. my worst decision i think..

    ReplyDelete
  11. berapa agaknya saiz yang ok untuk partition ini. maksudnya, saiz minima untuk ntfs dan untuk root.

    ReplyDelete
  12. kepada lochoe -> selamat datang ke dunia sumber terbuka. saya amat simpati dengan masalah yang lochoe hadapi. dari penjelasan yang lochoe nyatakan, berkemungkinan terdapat kerosakan fizikal pada hard disk yang lochoe gunakan seperti terdapatnya bad sector pada bahagian yang telah di pasang ubuntu.

    dan jika bukan masalah hard disk, masalah RAM juga ada kaitan dengan situasi yang lochoe hadapi.

    memandangkan lochoe masih boleh akses menggunakan live CD, lochoe boleh mengformat semula hard disk lochoe kepada format yang disokong oleh windows (ntfs atau fat32), seterusnya windows boleh di install semula.

    nasihat saya, jangan mudah putus asa. setiap kejayaan bermula dari kegagalan.

    ReplyDelete
  13. saya ada masalah sikit dengan ubuntu 11.04...baru nak berjinak dengan dunia sumber terbuka..masalahnya...bila kita log in jer..paparan depan hanya keluar wallpaper sahaja..mouse boleh digerakkan...tp tak leh nak tekan mana22 sebabnya...menu/icon semuanya tak keluar..jadi apo permasalahannya...jadi saya terpaksa pilih ubuntu clasic..boleh dibuka dan digunakan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...