Posts

Showing posts from July, 2008

Cadangan promosi ubuntu di Kolej ShahPutra

Ini adalah sesuatu yang saya fikirkan sejak meetup ubuntu malaysia tempoh hari iaitu masuk ke IPT dan kolej pada temasya atau program tertentu untuk memperkenalkan ubuntu. Baru sebentar tadi seorang sahabat mencetuskan idea ini dan terus menghubungi saya melalui YM. Cadangannya ialah untuk mengadakan satu khemah promosi ubuntu sempena program " Exploring Modern Science" di kolej ShahPutra Kuantan. Detail adalah seperti berikut; Tarikh : 25 Ogos 2008 (8:00 pg-4:30 ptg) Sempena : Exploring Modern Science yang turut menjemput  DATUK DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA sebagai tetamu. Sewa tapak (sekali dgn kemah) : 2 pilihan RM100 dan RM150 untuk 1 tapak. Peralatan diperlukan : Banner, demo PC atau laptop, CD/DVD ubuntu (cadangan dibuka) .....dan beberapa perkara berbangkit lain. Saya menulis entri ini dengan 4 sebab; 1 ⇢ Saya inginkan cadangan bernas dari pembaca sekalian berkenaan pengisian dan beberapa perkara berbangkit. 2 ⇢ Saya ingin buka prog...

Dilema penulis blog dalam bahasa melayu

Dan saya rasakan ia bukan sahaja dilema penulis blog malah melibatkan keseluruhan bidang penulisan dalam apa jua juzuk penghuraian -- soal bahasa. Saya bukan pejuang bangsa, saya juga bukan tokoh pejuang bahasa. Namun, apabila saya menulis dalam bahasa melayu terutamanya berkenaan ubuntu dan komputer, diri saya dilanda dilema -- istilah melayu atau inggeris? Saya yakin ramai pembaca blog saya ialah blogger dan anda lagilah amat memahami maksud saya. Apabila saya menulis buku pratikal, dilema ini sekali lagi menyerang. Saya tidak mahu hasil tulisan saya dipanggil tulisan "rojak" atau menggunakan terlalu banyak tulisan italic untuk menunjukkan istilah tersebut bukan istilah melayu. Namun apa pilihan yang saya ada? Mereka istilah sendiri dalam bahasa melayu (?) atau membuat pengesahan lansung dengan DBP yang tidak begitu berfungsi itu? Dalam parlimen malaysia, apabila ditanya mengapakah subjek sains dan matematik ini harus dilaksanakan pengajarannya dalam bahasa inggeris, lalu ...

Install 101 perisian dalam ubuntu menggunakan ultamatix

Image
Memasang perisian dalam ubuntu tidak pernah begitu sukar. Hanya orang yang tidak membaca dan tidak mencuba sahaja yang menafikan hakikat ini. Jika dulu saya pernah menulis tentang automatix , kini terdapat satu lagi aplikasi yang berfungsi hampir sama dan dinamakan ultamatix. Terdapat tidak kurang 101 aplikasi yang boleh dipasang kedalam ubuntu menggunakan ultamatix yang merangkumi pelbagai kategori termasuk Office, Games , Codecs dan pelbagai lagi. Memasang ultamatix kedalam ubuntu tidak sukar, pergi ke laman ultamatix dan download fail package .deb kemudian install dengan double click. Ultamatix sangat dicadangkan kepada pengguna baru newbie yang terkapai-kapai untuk memasang perisian bukan open source kedalam ubuntu. Semoga bermanfaat!

Automount apajua partition dalam ubuntu hardy heron

Ok. Saya tahu ianya menyusahkan untuk mount (nak tafsir apa dalam b.melayu??) sesuatu partition setiap kali ubuntu dihidupkan. Apatah lagi, mount point yang berubah-ubah berdasarkan kepada mana partition yang dimount dahulu dan disusun mengikut disk, disk-1...disk-n mengikut urutan. Jadi, meskipun ubuntu boleh read (membaca) sesuatu data dalam sesuatu partition tanpa masalah, namun ianya agak bermasalah jika anda hubungkan sesuatu perisian kepada data dalam partition terbabit. Ini kerana mount point yang berubah dan selama ini saya yakin ada diantara kita yang terpaksa mount beberapa partition mengikut aturan susunan tertentu. Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana anda boleh mount sesuatu partition kepada mount point yang tertentu yang malar (tidak berubah). Saya tidak berniat mengulas panjang meskipun saya agak ragu dengan tahap kefahaman newbie dalam perkara ini. Apa-pun, cuba dahulu; Katakan anda ingin mount 2 partition = 1 berformat NTFS (partition windows) dan satu lagi berforma...

Cara paling mudah install AWN dock kedalam ubuntu hardy heron

Image
Tutorial saya terdahulu berkenaan cara install AWN dock agak complicated kerana pada ketika itu AWN masih diperingkat pembangunan. Namun kini AWN sudah semakin stabil meskipun usaha untuk upgrade fungsi serta fleksibilitinya terus berjalan. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut dan kita terus kepada langkah-langkah; 1.Pergi ke System > Administration > Software Sources > Third-Party Software 2.Klik pada butang +Add dan masukkan line dibawah SATU PER SATU! deb http://ppa.launchpad.net/awn-testing/ubuntu hardy main deb-src http://ppa.launchpad.net/awn-testing/ubuntu hardy main 3.Klik butang Close dan satu tetingkap muncul -- Klik Reload untuk update! 4.Buka terminal dan masukkan command berikut (1line); sudo apt-get install avant-window-navigator-trunk awn-manager-trunk awn-extras-applets-trunk 5.Selesai proses installasi diatas, anda sepatutnya boleh lancarkan AWN melalui pilihan menu Applications > Accessories > Avant Window Navigator. Cadangan: 1.Anda mu...

Atheros keluarkan 802.11n driver untuk Linux!

Image
Kalau kau nak beli wireless card, baik kau beli yang atheros punya. Model atheros ni senang sket nak setup dalam linux. Pastu jangan beli yang USB punya. Susah nak cari driver. Itulah nasihat yang saya terima dari seorang rakan beberapa bulan yang lalu. Lalu saya mengetip bibir, yakin kepada nasihat itu dan membeli sebuah/sekeping pc card untuk laptop yang dibeli tanpa fungsi wireless dengan harga tak sampai RM100 (tak ingat harga sebenar). Nampaknya nasihat rakan saya itu "boleh pakai" -- kerana saya tidak perlu melakukan apa-apa untuk ia berfungsi dalam ubuntu.Hanya perlu masukkan dalam ruang pc card pada laptop dan ubuntu detect secara automatik. inilah rupa pc card yang aku maksudkan Ramai yang beranggapan ubuntu linux susah nak guna kerana tidak compatible dengan hardware itu dan ini. Masalahnya ialah mereka menyalahkan ubuntu dan linux itu sendiri sedangkan jika anda membeli sebuah usb wireless, didalamnya terdapat CD yang hanya untuk windows. Hey! Manufacturer yang bua...

Asal usul logo ubuntu?

Image
Baru sahaja melayari laman web hongkiat.com yang mendedahkan unsur kesamaan antara logo-logo beberapa syarikat atau entiti. Lalu tercatat disitu bahawa logo ubuntu mempunyai persamaan dengan logo Human Right First . Apa yang mengejutkan ialah persamaan itu terlalu nyata dan memandangkan Human Right First sedang/akan/telah menyambut ulangtahun kewujudan yang ke 30, lalu saya beranggapan logo Human Right First lebih mula wujud dan kemudian wujudlah logo ubuntu. Melalui wikipedia , Human Right First adalah satu pertubuhan pernah dipuji oleh NGO Monitor kerana keadilannya dalam melaporkan konflik antara israel dan negara-negara arab. Maklumat tentang logo tidak pula tercatat disitu. Sebenarnya selama ini saya tidak perasan apakah makna simbolik kepada logo ubuntu. Apabila dilihat kepada logo Human Right First barulah saya perasan bahawa, terdapat 3 orang yang membentuk bulatan lalu ianya menjadi ubuntu, dan apabila 4 orang membentuk bulatan ianya logo Human Right First. Btul ke?

Dah mencuba efek silinder dan sfera compiz fusion 0.7.6?

Image
WOW! Mungkin itu reaksi pertama saya dan mungkin itu reaksi pertama anda juga apabila mencuba sendiri efek silinder dan sfera compiz fusion 0.7.6. Saya baru berkesempatan mencuba compiz fusion versi 0.7.6 selepas mengikuti panduan dalam laman web tombuntu.com (klik untuk merujuk). Saya juga menemui satu review yang sangat detail berkenaan compiz fusion disini . Semoga bermanfaat.

Majalah Full Circle edisi 15 telah keluar

Image
Majalah Full Circle edisi ke 15 telah keluar dan sedia dimuat turun dilaman web rasminya . Edisi ke 15 ini mengupas beberapa perkara seperti; 1.Command and Conquer - Keluar masuk direktori (belajar basic tentang terminal) 2.Howto : Membina home partition yang berasingan , Membina server sendiri , menggunakan GIMP dan Grub 101. 3.My Story : Ubuntu menyelamatkan hari , dan dari ABC Mickey kepada kubuntu. 4.Review : HP Photosmart C3180 printer 5.Motu Interview : Mathais Gug 6.Q&A , My Desktop dan sebagainya. Download : http://fullcirclemagazine.org/issue-15/

Memasang tema intrepid ibex (alpha 1) dalam hardy heron

Image
Pembaharuan tema merupakan sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan dalam release hardy heron kerana kesuntukan masa. Namun untuk release seterusnya iaitu 8.10 intrepid ibex, kita bakal menerima tema (default) yang baru bagi ubuntu. Ini bukan lagi hanya khabar angin kerana dalam versi percubaan iaitu alpha 1 intrepid ibex baru-baru ini kita dapat melihat satu tema yang cukup baru yang agak ekstrem dari segi warnanya. Ya, warna brown yang agak gelap. Banyak kritikan samada menyokong dan tidak bersetuju dengan tema itu. Apapun, ia masih diperingkat percubaan dan kebarangkalian masih terlalu luas. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba tema ubuntu yang default bagi intrepid ibex apha 1, sila ikuti langkah berikut; 1.Buka terminal dan taipkan; sudo gedit /etc/apt/sources.list 2.Masukkan 2 line ini dibahagian bawah sekali (dari kod-kod dalam gedit) deb http://ppa.launchpad.net/kwwii/ubuntu hardy main deb-src http://ppa.launchpad.net/kwwii/ubuntu hardy main 3.Masukkan ini dalam terminal; sudo...

Setup printer dalam ubuntu?

Image
Eh, serius ke saya belum buat apa-apa tutorial tentang tajuk ini? Oh ya, saya pernah buat satu entri tentang printer tetapi hanya menyentuh sipi-sipi dan bukan sebagai rujukan yang kuat. Buat masa ini saya "agak" tidak sempat untuk menghasilkan tutorial sendiri tentang masalah ini. Oleh itu bagi pengguna ubuntu yang inginkan rujukan tentang printer, saya menemui sebuah blog dalam bahasa melayu yang menerangkan bagaimana penulis blog berkenaan setup printer HP1200 dalam ubuntu . Anda juga mungkin mendapat idea baru dari thread ini .

OpenArena di dalam Ubuntu

Image
Pernah bermain Quake, Quake2, Quake3 Arena? Penulis pernah melalui zaman-zaman tersebut, bermain bersama rakan-rakan serumah (LAN) dari pagi sampaikan ke esok pagi. Memang melekakan ! Entri kali ini akan menunjukkan cara mudah untuk jalankan OpenArena ke dalam Ubuntu anda. Sedikit informasi, OpenArena adalah salah satu projek sumber terbuka berasaskan enjin Quake3. Terdapat beberapa variasi diluar sana menggunakan enjin ini, namun kali ini penulis memilih OpenArena kerana ianya mudah dipasang dan menyokong Ubuntu sepenuhnya. Ikuti langkah-langkah berikut: 1. Pergi ke menu Applications->Add/Remove. Isikan perkataan 'OpenArena' pada kekotak 'search' dan pilih OpenArena dibawahnya. Setelah itu klik pada butang 'Apply Changes'. Lihat contoh di bawah. 2. Teruskan dengan memilih 'Apply' pada kekotak yang baru muncul. 3. Tunggu sehingga proses muat turun selesai. Proses ini mungkin mengambil yang lama jika anda tidak mempunyai sambungan jalurlebar yang ting...

Install Safari 3.1.2 (versi terbaru) dalam ubuntu hardy heron menggunakan WINE

Image
Jika sebelum ini bro alHakim telah menulis panjang mengenai cara-cara untuk install internet explorer (IE) kedalam ubuntu menggunakan WINE , hari ini saya akan menulis "tidak begitu panjang" cara-cara install browser safari dalam ubuntu hardy heron. Saya tahu entri ini bukan untuk semua orang, tetapi sebagai rujukan berguna terhadap sesetengah orang. Cara-caranya; 1.Pastikan anda sudah memasang WINE ( sudo apt-get install wine ) atau menggunakan Add/Remove Applications (taipkan wine - pilih - apply). 2.Pastikan Windows Version pada winecfg (Applications - Wine - Configure Wine) disetkan kepada Windows XP. 3.Pastikan anda sudah memasang Microsoft TrueType fonts ( sudo apt-get install msttcorefonts ) dan copy beberapa fonts tersebut kedalam folder Wine dengan cara memasukkan command-command berikut kedalam terminal cp /usr/share/fonts/truetype/msttcorefonts/Arial*.ttf ~/.wine/drive_c/windows/Fonts/ ⤶ cp /usr/share/fonts/truetype/msttcorefonts/Times_New_Roman*.ttf ~/.wine/dri...

Jalankan Web Server anda sendiri menggunakan XAMPP di dalam Ubuntu.

Image
Tentu anda pernah berangan-angan untuk mempunyai serta menguruskan sendiri laman web dari pc anda sendiri di rumah. Entri kali ini akan menunjukkan cara-cara bagaimana membina web server tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan pun (kecuali sambungan internet serta tenaga dan masa anda yang amat berharga). Apa yang diperlukan: XAMPP versi terkini untuk Linux (Apache 2.2.9, MySQL 5.0.51b, PHP 5.2.6 & 4.4.8 & PEAR + SQLite 2.8.17/3.3.17 + multibyte (mbstring) support, Perl 5.10.0, ProFTPD 1.3.1, phpMyAdmin 2.11.7, OpenSSL 0.9.8h, GD 2.0.1, Freetype2 2.1.7, libjpeg 6b, libpng 1.2.12, gdbm 1.8.0, zlib 1.2.3, expat 1.2, Sablotron 1.0, libxml 2.6.31, Ming 0.3, Webalizer 2.01, pdf class 009e, ncurses 5.8, mod_perl 2.0.4, FreeTDS 0.63, gettext 0.11.5, IMAP C-Client 2004e, OpenLDAP (client) 2.3.11, mcrypt 2.5.7, mhash 0.8.18, eAccelerator 0.9.5.3, cURL 7.18.2, libxslt 1.1.8, phpSQLiteAdmin 0.2, libapreq 2.08, FPDF 1.53, XAMPP Control Panel 0.6) Sambungan internet untuk download XAMPP Ub...

Tema Shiftie Black untuk GNOME (UBUNTU)

Image
Saya menemui sebuah tema untuk gnome yang sangat menarik dan kemas. Memandangkan saya sudah agak lama tidak membuat entri tentang tema gnome, rasanya elok saya sisipkan entri ini pada hari ini. Tema ini dinamakan Shiftie Black dan sudah tentu ianya sebuah tema yang bewarna gelap (hitam). Meskipun begitu, tidak seperti tema-tema gelap yang lain yang tidak compatible dengan beberapa perisian tertentu seperti openoffice dan firefox (menyebabkan beberapa bahagian yang sepatutnya bewarna putih menjadi warna gelap juga) , tema shiftie black ini nampaknya sudah mengambil kira segala masalah yang biasa dihadapi oleh tema yang bewarna gelap. Download Shiftie Black Rujuk artikel sebelum ini untuk tujuan installasi. Harap anda menyukainya!

Linux Mint Live CD dengan VirtualBox di dalam Ubuntu.

Image
Bagi memenuhi semangat komuniti sumber terbuka di sini, penulis akan menunjukkan langkah-langkah untuk menjalankan OS tetamu (Guest OS) di dalam Ubuntu dengan menggunakan VirtualBox. OS tetamu yang dipilih adalah Linux Mint (Live CD), salah satu variasi Ubuntu yang amat mudah dan lengkap terutama sekali untuk koleksi multimedianya (tanpa perlu ditambah seperti Ubuntu). Untuk jalankan Windows XP, langkahnya serupa seperti yang ditunjukkan di bawah (maaf, penulis tidak menggalakkan penggunaan sistem operasi atau perisian tanpa lesen sebenar). 1. Pastikan anda telah pasangkan perisian VirtualBox ke dalam Ubuntu anda seperti entri sebelumnya. Mulakan VirtualBox dan pilih menu 'New'. 2. Tetingkap 'wizard' akan kelihatan, sila teruskan dengan menukan butang 'Next'. 3. Namakan OS tetamu anda dengan nama yang mudah dikenali dan pilih 'Linux 2.6' pada menu pilihan 'OS Type'. Rujuk gambarajah dibawah. 4. Kemudian, pilih jumlah memori yang diperlukan. PERIN...

Tolong confirmkan saya : Apa itu andLinux?

Image
andLinux is a complete Ubuntu Linux system running seamlessly in Windows 2000 based systems (2000, XP, 2003, Vista; 32-bit versions only). Itu baris pertama yang tertulis dalam laman web rasmi andlinux. Saya tiada hak mengulas lanjut kerana saya tidak ada windows untuk dicuba, tetapi berdasarkan apa yang saya baca andLinux ini adalah satu perisian membenarkan ubuntu menginap dalam windows. Bukan sahaja perisian, emulasi terminal, malah sistem pengurusan perisian APT turut sama boleh dinikmati dari andLinux dalam windows. Oleh itu, pengguna boleh install perisian menggunakan terminal dan memasukkan sudo apt-get install namapackage -- sama seperti anda dalam ubuntu! Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak ada windows untuk mencuba perisian ini. Tetapi jika apa yang saya huraikan diatas itu benar, adakah anda akan install andLinux sebelum mencuba ubuntu? Tolong confirmkan saya, ok?

Buang kernel lama dalam sistem dan grub

Jika anda menggunakan ubuntu dengan agak lama, sudah tentu anda perasan bahawa setiap kali kernel diupdate, kernel lama akan kekal wujud dalam grub (menandakan ia masih wujud dalam sistem). Semakin banyak kernel membuatkan grub anda sesak dan semak. Sebenarnya, pengguna boleh membuang kernel lama ini secara manual dengan menggunakan synaptic package manager. Mulanya, sila pastikan versi kernel yang sedang digunakan oleh ubuntu sekarang; Buka terminal dan masukkan/taipkan; uname -r Output yang keluar adalah versi kepada kernel anda (cthnya); 2.6.24-19-generic Kemudian buka Synaptic Package Manager dan taipkan linux-image-2 dalam ruangan search. Hasil yang terbit dari pencarian itu antaranya akan menyenaraikan senarai kernel-kernel yang sudah terinstall dalam sistem ubuntu anda. Uninstall kesemua kernel yang tiada kaitan dengan versi kernel sekarang. AWAS : Salah uninstall kernel boleh merosakkan sistem anda. Oleh itu saya nasihatkan anda kekalkan 2 kernel paling terkini untuk langkah ...

Memperkenalkan Freezy Linux

Image
[ source ] Setiap kali anda install ubuntu, terdapat beberapa software dan terdapat beberapa setting yang perlu dipasang dan di enablekan untuk membolehkan anda selesa dengan ubuntu anda. Jika proses ini perlu dilakukan setiap kali anda pasang ubuntu, apakata jika anda pasang satu distro yang berasaskan ubuntu tetapi telahpun mempunyai ciri yang anda selesa dengannya? Saya perkenalkan Freezy Linux , sebuah distribusi terbaru berasaskan ubuntu dan gnome tetapi memasukkan elemen yang saya bicarakan tadi. Antara perisian yang disertakan dalam freezy linux ini ialah ; Btnx Downloader4X Emesene Exaile Filezilla gISOMount Grsync Mirage Notecase Openoffice Photoprint Sopcast Stardict VLC XChat Jika anda melihat kepada tema desktopnya pula adalah sangat mengancam dan menarik dengan adunan warna yang bersih dan seimbang. Saya masih belum mencuba distro ini dan review saya disini agak terbatas iaitu hanya meletakkan maklumat yang saya perolehi daripada laman web rasmi distro ini. Apapun jika and...

Tentang E-MAJalah dan projek buku praktikal ubuntu

Image
Apa yang paling saya takutkan dengan semua usaha ini adalah jikalau semuanya ini masih terlalu awal untuk diusahakan.. huhu. Faham ke ayat diatas? Akhir-akhir ini diri saya disibukkan dengan pelbagai komitmen manakala situasi politik semasa kencang meransang adrenalin saya untuk berlari laju menyelusuri salur darah yang sudah lebih 20 tahun berkhidmat. Pun begitu, komitmen untuk memastikan blog ini sentiasa diatas landasan pecutan yang betul tidak pernah terabai. Kerana itulah sesibuk manapun, setertekan manapun, selagi ada saluran internet insyaallah blog ini akan diupdate. Berkenaan perkembangan E-MAJ ubuntu for malaysian yang saya keluarkan pada 1 Mei 08 iaitu kira-kira 2 bulan setengah yang lalu adalah seperti berikut; Baca Online di Scribd : 3288x Versi 20MB : 1551x Versi 7.9MB : 1334x Ketiga-tiga mirror diatas adalah dibawah kelolaan saya dan angka ini tidak termasuk mirror lain yang disediakan oleh blogger persendirian dan sebagainya. Apabila dicampur kesemuanya, maka matlama...

Download tema UbuntuME untuk Sony Ericsson w200i

Image
Ada seorang pengguna ubuntuME dari negeri terengganu yang baru berusia 16 tahun memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah berjaya menghasilkan satu theme bagi sony ericsson w200i berasaskan tema ubuntuME. Beliau telah postkan satu thread dalam forum ubuntuME tentang hal ini . Erm.. Saya bukan pengguna model HP berkenaan dan saya tidak berkesempatan mencuba tema yang masih diperingkat beta0.1 ini. Jika anda diluar sana berminat mencuba, sila download file berkenaan; Download tema. Jika anda diluar sana yang ada merekacipta sesuatu berkaitan dengan ubuntu dan open source dan ingin direview dalam blog ini, sila beritahu saya atau penulis-penulis lain yang ada disini.

Ubuntu-My Meetup 13 Julai 08

Image
Salam dari surau stesen bas putra. hehe.. Pada hari ini , 13 Julai 08, team ubuntu malaysia telah mengadakan satu perjumpaan membincangkan hala tuju dan agenda bersama komuniti ubuntu malaysia. Saya dimaklumkan mengenai program ini disaat-saat akhir kemudian bergegas mendapatkan tiket bas untuk ke kuala lumpur pada malam sabtu 12/07/08. Perjumpaan yang diadakan di Restoran Pelita (sebelah KLCC) ini dihadiri oleh 20 orang (lebih kurang) yang terdiri daripada otai-otai ubuntu malaysia. Antara yang dibincangkan ialah berkenaan pendededahan ubuntu kepada khalayak terutamanya kepada pelajar di IPTA/S, dan target untuk dicapai oleh komuniti ubuntu malaysia sehingga akhir tahun ini. Saya sempat menyelitkan projek buku praktikal ubuntu yang sedang saya usahakan kedalam agenda perbincangan dan diterima sebagai secondary target untuk dicapai selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Linux bukan windows! Mengapa pengguna windows sukar memahami hakikat?

Ada 1 artikel yang berjaya memikat minat saya untuk mengulasnya. Tajuknya -- Why is it so hard for windows users to understand that linux is not windows . Pilihan jawapan yang ada mungkin; A) Kerana pengguna windows sukakan hasil kerja bill gates dan team microsoft B) Kerana pengguna windows tak mahu sia-siakan pengalaman mereka bersama windows C) Kerana mereka bencikan cara sistem linux berfungsi D) Lain-lain : Atas sebab peribadi dan kesihatan Penerangan Dalam artikel asal, penulis mempersoalkan beberapa aspek seperti installing software, partitioning, drivers, mounting ISO images, dan video and codecs. Persoalan yang penulis utarakan ialah, mengapa pengguna windows ingin linux berfungsi sepertimana windows berfungsi dalam aspek-aspek yang digariskan ini? Saya mempunyai sedikit pengalaman berhadapan dengan situasi bilamana seorang pengguna windows yang baru mencuba ubuntu dan bertanya sesuatu yang seolah-olahnya ingin ubuntu berfungsi seperti windows. Ianya agak tidak adil ji...

Windows XP Dalam Ubuntu - VirtualBox

Image
Sudah bosan "dual-boot" antara Ubuntu dengan Windows XP? Kini ada cara lebih mudah untuk jalankan Windows XP di dalam Ubuntu anda. Mungkin anda pernah dengar dan cuba menggunakan teknologi virtual di mana anda boleh jalankan berbagai sistem operasi tanpa perlu keluar dari operating sistem sekarang (tak perlu reboot dan pilih OS lain). Ada banyak pilihan untuk jalankan virtual OS ini antaranya VMWare, VirtualBox dan lain-lain lagi Untuk kali ini saya akan terangkan serba ringkas bagaimana untuk 'install' VirtualBox ke dalam Ubuntu. Perkakasan dan perisian yang digunakan adalah seperti berikut: Acer Aspire 5051, AMD Turion64 2.0 GHz, ATI Raden Xpress 1100, 80 GB HDD, DVD-RW Ubuntu Hardy Heron 8.04 (latest update) VirtualBox 1.6. Boleh downlod .deb fail disini Langkah 1 : Download VirtualBox versi terkini dan pilih versi yang menyokong Ubuntu anda (samada x86 atau AMD64). Download dan simpan file tersebut ke dalam pc/laptop anda. Setelah selesai jalankan fail tersebut (v...