Thursday, December 25, 2008

Projek CD Ubuntu 8.10, Kini Peringkat Beta!

Agak lama jugak rasanya saya tak mengemaskini artikel pasal projek CD Ubuntu 8.10 kerana agak sibuk menguruskan bahan cetakan dan pelekat.

Jadi diringkaskan cite..ada 4 pengumuman yang saya nak bagi tau (update siki...hehehe).

1. Hantar Gambar Pelekat Ubuntu Anda!

Bagi mereka yang telah menempah pelekat Ubuntu dan melekatnnya di komputer, laptop ke apa-apa lagi...ambil gambar dan hantarkannya di editor[a]jomlinux.com . Insyallah saya akan wat satu album bagi mengumpul dan meletakkan gambar2 tersebut. Boleh juga letak watermark pada gambar seperti nama, jenis komputer dan kawasan.

2.Projek CD..Sekarang Kira Peringkat Beta!

Kini semua benda dalam CD Case sudah ada. Buku manual, pelekat Ubuntu. Lihat gambar di bawah. Selepas ini, saya akan hasilkan 8 unit untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang nak dengan syarat mereka wajib mempunyai web site/blog.

Sila emel pada editor[a]jomlinux.com dengan tajuk 'cd percuma'.

(klik gambar untuk zoom)

3. Peluang Jadi Penaja Bersama Untuk CD Ubuntu

Kami dengan suka citanya menjemput sapa2 yang nak jadi penaja dalam projek CD ini. Sila tinggalkan komen dan kami akan beri senarai sebut harga kepada anda.

4. Belian Pukal

Semenjak saya war-warkan tentang projek CD ni, ramai yang tanya nak beli secara pukal. Tapi tak dapat berikan jawapan masa tu pasal lum tahu kos produk. Jadi, yang nak beli pukal tolong emel kat editor[a]jomlinux.com dengan tajuk 'harga pukal'.

-------------------------------

Boleh gak rujuk di link bawah.

http://www.jomlinux.com/v1/index.php/20081225189/Artikel/Berita/Projek-CD-Ubuntu-8.10-Kini-Dalam-Beta

10 comments:

  1. wah..
    buku manual tu mmg tak boleh dlepaskan..
    nnt jmpe bwk satu..
    hehe ;P

    ReplyDelete
  2. Insyallah, dah emel kat ko psl tu..apa2 hal boleh runding..

    ReplyDelete
  3. buku panduan tu mmg comel...hehehe

    ReplyDelete
  4. satu kit demo dah kasi kat ubuntuseekers. nanti ko pny aku hntr minggu depan..hehe :D

    ReplyDelete
  5. bile nak launch jual?...heheh...walopun aku dah ade yg request kat ship-it...yg ni cantik utk buat koleksi...heheh

    ReplyDelete
  6. salamz bro,
    sy nak satu leh?
    hehe..
    BTW, send skali info pasal penaja, dan juga belian pukal..huhu
    emel - studio.aman[at]gmail.com

    ReplyDelete
  7. aku nak jugak buku tu bro. Ko ade jual kan?

    ReplyDelete
  8. sbnyr aku kurang paham ttg projek nih.

    leh bg detail x kat email aku.

    faizal_azri@yahoo.com

    manual itu kita buat sendiri ka atau dari ubuntu sendiri?

    ReplyDelete
  9. @Lyle:buku tu jual skali ngan cd.kira satu kit le.
    @Anonymous:detail ada kat jomlinux.com dan post sebelum nie.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...