Wednesday, December 31, 2008

Projek Kontroversi : My Mac for All

Untuk beberapa bulan kebelakangan ini, saya disibukkan dengan satu projek kontroversi dinamakan My Mac for All. Saya suka melihat projek ini dari aspek ilmu dan kebebasan memilih. Kita masih belum terlambat untuk menyedari hakikat bahawa windows bukanlah satu-satunya sistem operasi yang ada.

Pertamanya bagus rasanya pembaca mengetahui serba sedikit sejarah saya dan Mac OSX. Sifat saya ialah, apabila otak saya menimbulkan persoalan, saya akan usahakan untuk jawapannya. Selepas saya mengenali ubuntu dan menggunakannya, barulah saya mengetahui Mac OSX dengan lebih dekat. Saya tertarik dengan theme Mac OSX untuk ubuntu dan tertarik dengan interfacenya yang kemas, simple dan sedap mata memandang. Saya tertanya-tanya bukan sahaja kepada diri sendiri malah turut bertanya kepada kawan yang masih pekat mentaliti windows, bolehkan Mac OSX dipasang ke dalam PC biasa?

Persoalan itu membawa saya kepada satu pengkajian yang sungguh fokus dan minat. Ya, saya membaca dan belajar sendiri! Jangan terkejut jika saya tidur hanya 2-3 jam sehari semata-mata untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan yang muncul dalam benak saya. Saya tidak begitu meminati teori, lalu saya belajar dari praktikal. Saya memasang Mac OSX Tiger ke dalam Laptop saya dengan jayanya. Ketika itu, Mac OSX Leopard baru sahaja keluar. Jika anda menyoroti blog ini, akan bertemu dengan banyak artikel tentang Mac OSX - seolah-olah menceritakan pengalaman saya dengan Mac OSX.

Saya membeli sebuah MacBook, semata-mata untuk kepuasan dan mendapati Mac OSX dan Ubuntu memberikan saya satu pengalaman cukup berbeza dari juzuk ilmu dan kebebasan. Ianya satu pengalaman baru yang membuka satu ruang dalam otak dan pemikiran saya ke arah manusia yang lebih terbuka, produktif, dan kreatif. Banyak idea baru muncul bertimpa-timpa, dan anda boleh melihat kesannya dengan kemunculan blog ini, emaj dan sebagainya.

Projek My Mac for All, ialah satu projek menfokuskan tentang perkembangan ilmu dan kebebasan berkomputer kearah satu dimensi baru dipanggil OPEN COMPUTER. Setahu saya ianya adalah yang pertama di malaysia seumpamanya. Panduan Pemasangan Mac OSX ke dalam PC ditulis dalam bahasa melayu mempunyai sekurang-kurangnya 6 bab mengandungi ilmu dan aspek teknikal tentang kerja-kerja hack mac osx ke dalam PC dan bagaimana semua itu boleh berlaku. Saya menghabis banyak masa merujuk dan membaca untuk memahami keseluruhan cerita kemudian mengolahkan cerita tersebut kepada sesuatu yang mudah difahami oleh pembaca pada semua level pengetahuan berkomputer. Saya rasa pembaca di melayubuntu cukup memahami style penulisan saya.

Projek ini sedang ditahap akhir sebelum dilancarkan. Namun website tersebut telahpun siap dan bersedia menerima tempahan. Ini adalah projek awal sebelum saya beralih kepada projek panduan ubuntu. Saya juga telah siapkan satu blog untuk projek ini dan dimasa depan saya merancang untuk menubuhkan satu forum supaya komuniti dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman. Anda mungkin mempunyai banyak persoalan dan sesuatu yang ingin diperkatakan. Percayalah, saya bebas untuk di kritik!=P

66 comments:

  1. Bagaimana pula dari aspek perundangan.
    OSX hanya untuk Mac. Apple pernah menyaman PsyStar kerana menjual produk "clone". Sila rujuk http://bits.blogs.nytimes.com/2008/07/16/apple-sues-psystar-to-block-macintosh-clone-sales/

    BUkankah ia sama seperti cetak rompak?

    ReplyDelete
  2. @Taufeq : Apple tulis dalam EULA bahawa Mac OSX hanya untuk apple labeled computer. Di malaysia, anda tak boleh tetapkan jenis penggunaan produk anda. Macam ko bli baju tiba2 tuan kedai tu ckp baju ni hanya utk tujuan pakai jer..wat lap lantai xleh. WTF??

    bli dvd leopard original utk tujuan lesen.. yg 2 perlu kepada org2 yg risau ttg aspek legality.. well..tau x kerajaan malaysia benarkan guna software cetak rompak utk pembelajaran... tu satu lagi WTF..ekeke..

    ReplyDelete
  3. Dalam DVD tu ko bagi OSX sekali ke Zul?

    ReplyDelete
  4. @MK : Secret & Confidential. hahaha..

    ReplyDelete
  5. ape lah kejap kata tak nak dapat ilmu x berkat...tapi aku tengok ko x leh juga lari dari apa yang ko sampaikan....kalau nak terus tak gune lanun teruskan jgn separuh jalan je bro...respect aku terus down nak sokong ko

    ReplyDelete
  6. @anonymous : ilmu xberkat? aku xrasa ko faham apa yg cuba aku sampaikn.. btw, aku xsuh sapa2 respek aku..

    ReplyDelete
  7. aku guna ubuntu sebab aku dah bosan dengan windows dan sebab percuma. Kat sini aku nak highlight perkataan percuma. Abang saudara aku adalah salah seorang pelopor dalam programming POS dalam Malaysia. Then company dia bangkrup bila orang start jual pirated copy software dia, terus aku sedar yang aku pun salah seorang yang meggunakan pirated software. Jadi aku mula cari alternative untuk cari OS yang free or at least aku kumpul duit beli legal software. Aku taknak jadik typical Malay yang mencari software pirate kat kedai-kedai komputer. Aku taknak jadik salah seorang keparat yang membantu orang buat duit dengan menghancurkan business orang yang bersusah payah buat kerja. Aku tau niat kau bukan nak buat duit. And aku tau Steve Jobs memang dah kaya. Tapi kau tak berhak nak cas kerja kau atas hasil kerja orang lain. Mac bukan OSS, so buat guide je cukup la. Tak payah nak bantu orang buat dosa. Kerja download mendownload biar orang lain buat sendiri.

    ReplyDelete
  8. oh, faham. patut la ko kata kontroversi.

    idk.. untuk tujuan belajar memang la boleh dimaafkan kalau kita beli software pirate. tapi untuk tujuan komersil, hati-hati la. ada persoalan etika, dan keberkatan. hmm.

    ReplyDelete
  9. yup..kontroversi...
    dlm panduan aku ada masukkan cara camne nak guna dvd leopard original utk install dalam PC. klu guna cara ni xde isu pirate. leopard original dari apple store malaysia - RM500 dan seperti dalam tutorial percuma yg aku tulis, klu nak guna leopard dlm PC sila beli lesen utk leopard. aku xamik untung utk dvd dan jika customer xnak dvd aku dengan senang hati bleh remove dari pakej.aku rasa rm39 tak terlalu mahal utk sebuah ebook skrg ni klu ko betul2 ikut perkembangan..jika nak dibandingkan dengan ilmu yang terkandung dalam tu...macam aku cakap, aku melihat dari segi ilmu dan juzuk baru dalam kehidupan berkomputer... sapa nak amik sapa xnak xyah amik....

    haha...panas topik nih...

    ReplyDelete
  10. Bla bla bal bla bla........ Ubuntu sungguh berkat tanpa was-was

    ReplyDelete
  11. @anonymous : windows dan mac pun berkat.. klu ko bli lesen sah dia... aku ada macbook dan aku xpnah bli windows pirate...

    ReplyDelete
  12. hehe...tajuk pun kontroversi...hbs kontroversi sungguh jadi nye.... :D hehe

    ReplyDelete
  13. fes skali, aku sokong xordy.

    1. kat form pembelian aku ade lihat koleksi software yang dijual dengan harga RM30. Apa isi kandungan die?

    ReplyDelete
  14. wei Adlan berani ko gune nama aku .. aku malas nak campur dalam urusan ni.. jangan libat kan aku..

    ReplyDelete
  15. @ melayubuntu : panas-panas tahi ayam mana semangat oss ko Zul

    ReplyDelete
  16. hahaha...teruk aku kena kali ni...ok lah..sape2 yg xpuas hati add ym aku kita smbang tengok...

    ReplyDelete
  17. No comment. Semuanya terletak ditangan pembeli. Dosa kan sendiri-sendiri. Dem!

    ReplyDelete
  18. tenang...tenang.sume brtenang...jgnlah pulak komuniti kita ni bpecah2.sekarang kita belum kuat lagi. jadi jgn mulakan retak itu. :-(

    ReplyDelete
  19. No comment. Semuanya terletak ditangan pembeli. Dosa kan sendiri-sendiri. Dem!

    ReplyDelete
  20. camni ah cadangan aku. Since blog ni namanye melayUBUNTU, apakata kalau ko filter post ko hanya untuk ubuntu je? pasal mac ni, ko just letak link blog untuk mac kat tepi je. Ko kena paham orang yg masuk blog ni untuk ubuntu, bukan utuk OS lain. Tapi terserah la, ko owner blog ni, and aku kasik cadangan je.

    ReplyDelete
  21. @ adlan (wan adlan) , eh haha, aku tak tau la, sori2 bos,
    apa2 ni pun nama aku jugak, keke.

    ReplyDelete
  22. Erm, panas2.. tak perasan plak ada projek kontroversi ni, gile ketinggalan aku.

    Tapi rasanya better baca apa itu Open Source sblm korang cakap pasal Open Source tu sendiri.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Open_source

    ReplyDelete
  23. yup aku sokong baik ko paham open source tu bebetul zul...ko campur aduk campur aduk...sebeb kebanyakkan post ko semangat nak free senag kata lah....nak benda yang dibuat boleh dikongsi ramai..open source la katakan

    ReplyDelete
  24. hah,encik gunblade sudah bkata² :)
    btw i love mac ;)

    ReplyDelete
  25. aduh... aku sokong 200% ape yang jomlinux cakap... komuniti kite masih belum kuat... jangan biarkan mende ni jadik luka kepada komuniti melayubuntu...

    ReplyDelete
  26. ekeke...banyak aku kene arini..xpe2..kutuk aku puas2 dlu... puaskan hati korang..kang kempunan plak..ekeke

    ReplyDelete
  27. Lorgh.. takde sapa yg kutuk apa anda buat cik Zul. Komuniti kita tak besar lagi, sama2 la besarkan komuniti ni. Semenjak Melayubuntu ni wujud, ramai lagi orang mesia yg celik apa itu Linux.. Bagus kan?

    ReplyDelete
  28. haih, pelik, melayubuntu ni blog ke komuniti eh? ey, gi bukak forum bley?

    ReplyDelete
  29. buang ar perkataan "tidak pada lanun" sebeb aku tengok pun last ada juga lanun terselit...walaupun ko tak ada jual lanun tapi sikit ada juga ajar bab lanun....aku rasa abaije la niat ko nak jadi pengguna setia tu....

    ReplyDelete
  30. kepada yang terase...

    adakah anda sudah puas dengan semangat anda?
    mungkin anda sudah tersalah blog..
    mungkin anda ingin meraih populariti murahan di blog ini..
    KU tahu yang anda ada pendapat tersendiri tetapi kata-kata ini tidak patut anda luahkan sebegitu rupa..


    KU kenali ubuntu lalui blog ini..
    Dan juga distro linux yang lain..

    Ada blog yang dikenali windowsxp...
    Tapi ada juga meletakkan artikel mengenai linux
    Kenapa kita tidak pertikaikan?

    Kita amat mudah menyalahkan orang..
    Tapi,andai kita ditempat orang yang kita salahkan..
    Dapatkah kita tanggung..


    Ku sokong blog ini sejak dulu..

    ReplyDelete
  31. hmm...aku nak join gak.

    blog zul nie...bleh kata tiap2 ari aku masuk...bkn pe...saje nk tgk perkembangan ubuntu kt msia nie.

    aku start dunia computer aku dgn windows...then ada try bermacam2 linux...termasuk ubuntu....then finally aku end up beli aluminum macbook even though 6 bln b4 aku baru jer beli xps (then aku pasang hackintosh dlm xps) tp aku jual xps kt member aku sbb nk beli Mac.

    bab2 pirate ke...ori ke....individu tu...pikir la sendiri...cuma satu jela yg kurang best skit....bila kita buat duit dgn benda pirate nih.....tak sedap bro....kalau betol utk belajar...make it free or at least on donation basis..kalau org rasa apa yg derang blajar tu berguna...sumbanglah skit..aku rase la,...aku tau ko penat bertungkus lumus cari info bla..bla...but all those thing widely available in internet....and the best part...the hackers yg make it possible to install mac in PC...takde charge paper pun...mcm iAtkos...takde pun derang charge...siap bg cara2 nk install lg...leo4all ke...same jer...

    mcm aku...aku try mac in pc.....tp aku tau...aku takkan dpt experience yg sama dgn pakai ori mac...thats y aku beli gak macbook...

    in some way...hackintosh did help apple business...(contoh aku la...try..puas ati dgn leopard...trus beli).....

    saranan aku...cari jer cara2 tu kat internet...everybody save..hehe

    ReplyDelete
  32. Nasihat sedikit ya bro ,
    jangan jual kalau bukan hasil titik peluh sendiri .

    iAtkos pun tak minta bayaran untuk kerja diaorg. Ini pula hanya translator yang charge lebih dari 30 ringgit hanya untuk documentation and step by step? . dude, kalau that thing is gpl/open source , than i dont give a damn , but what you have done really makes the mac user group(esp in malaysia) look down towards you .

    Im here because ada orang bagitau , ingat somebody just compiling everything than give everything for free , but sold it?. This is beyond my expectation. Ada juga jenis yang macam ni .

    Macam panduan ubuntu yang kau nak jual , tak kisah lah sebab that os is free . But this?.

    Ni ker yang dikatakan semangat Open Source? . fuhh.
    ~

    ReplyDelete
  33. @chipun, asx : baca komen aku sbelum ni... sape cakap aku jual iatkos?? bullshit...dont be too ignorance.. org yg tak pernah nak hargai usaha kerja org macam ni aku paling benci...sori aku cakap terang-terang...bullshit!

    ReplyDelete
  34. Siapakah Anonymous yang bacul tu...?tunjukkan diri sebenar anda...kate open source,kene open minded..so,ade id sendiri kan..takkan gune Anonymous je kot....

    aku remindkan kat sini ye...penulis menjual hasil penyelidikan dan pembacaan dia sendiri...ebooks tersebut...bukan jual DVD...paham...DVD adalah untuk tujuan pembelajaran...diberi percuma...kalau taknak dvd, cakap je...beli ebooks tu sahaja...aku nak tanye...kenape org sanggup berhabis duit untuk beli ebook rahsia diranjang...?tetapi tidak untuk yang ini...?

    kontroversi sungguh...

    ReplyDelete
  35. aku ader nasihat sikit:

    1. @ Anonymous :aku x suke org yang blagak open source supporter tp bacul. Klu open minde serlahkan diri tuh.

    2.Aku x nak pecah belah sbb nanti musuh kite (non-OSS) akan tergelakkan kite. kita yang free ni pun nak bertelagah.

    3.klu blog nie dah pecah mai r kat blog aku plak (http://www.pcosmind.blogspot.com). Tp jangan pecahkan blog aku plak

    4. @melayubuntu: jangan bimbang, saye sokong melayubuntu.

    5. mengikut aper yang kawan saye bagitau kite disunatkan mencuri barangan orang kafir yang sedang kite perangi. Halal la tu Hackintosh kut.

    6. hidup OSS

    ReplyDelete
  36. Aku pun x ckp ko jual iatkos. Aku bg contoh jer group yg buat hackintosh x charge pun.

    Tp mcm ko ckp la. Ko jual ebook cara nk install hackintosh. Then it fine. Ppl buy ur effort compiling all those guides. Maybe org salah anggap apa ko jual. Bagus ok reword balik la ayat2 tu

    ReplyDelete
  37. aku suka ko Lyle Dylandy...haha...aku pun tak suke org yg banyak cakap,tapi tak serupa bikin...

    pst : sempat lagi promoto blog sendiri ye...seo tu...

    to Chipun...bukan org salah anggap..tapi,org main serbu tak tentu pasal,tanpa mengetahuinyer lebih lanjut...kalau tak paham isi cerita, tanya..bukan kene bayar pun kalau bertanya...ni main redah je nak cakap sesuka hati..sory la kepada yang terasa...

    ReplyDelete
  38. wah..penuh kontroversi.
    BTW, Zul cek emel.

    ReplyDelete
  39. Jangan panas-panas. Walaubagaimanapun, marilah kita contribute kepada pembangunan Linux. Contohnya macam menterjemah Ubuntu ke dalam Bahasa Melayu seperti yang disyorkan oleh saudara Zul.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum.

    1) Aku puji sebenarnya usaha Zul untuk menyampaikan ilmu ni kepada lebih ramai orang, terutamanya untuk newbie. Sekaligus menarik minat dorang dengan Mac.

    Ebook ni ko buat dengan usaha ko sendiri. Memang tak salah kalau ko nak merasa sedikit habuan dari titik peluh ko. Ko berhak.

    Cuma, apa yang tak kena bila OSX dimasukkan sekali. Dari segi etika, dah terang2 la salah. Dari segi keberkatan, aku nasihatkan kita tengok balik, sebab hasil duit ni gak yang kita buat jadi makan pakai nanti.

    Sekali pandang, memang nampak jelas pakej ni jual ebook + OSX sekali.

    Lebih elok kalau dibuang OSX tu dalam pakej. Sape yang berminat dengan hackintosh, boleh beli lesen sendiri.

    2) Blog ni fokus pada Ubuntu dan OSS. Pastu kadang2 bash Windows sebab mahal dan propertiary, tak bebas. Tapi bukan ke Mac tu lagi mahal, dan lagi 'tak bebas' dari Windows?

    Jangan silap, aku bukan anti Mac atau Linux. Aku minat nak belajar Linux, dan tengah kumpul duit beli Macbook ni. Cuma, kadang2 aku sendiri keliru - kejap sokong OSS, kejap agung2kan Mac. Ke semua yang berkaitan dengan Microsoft tu, 'jahat'?

    Takpe, jom kita kembali ke jalan yang benar :). Biasa la kita manusia, kadang2 tersasar dari matlamat asal. Ada kritikan yang baik, kita ambil. Yang buruk, kita buat tak peduli.

    Tak guna kita gaduh2 sesama Windows-Mac-Linux. Benda2 ni semua teknologi, bukannya parti politik.

    Apa2 pun, semoga blog MelayUbuntu terus gah di pasaran (cewah), sama2 kita tolong bro Zul. Sekian, wassalam.

    ReplyDelete
  42. ape nak gaduh2.. bagi aku sume sama.. open source ke. pirate ke.. yg penting memudahkan aku wat keje... x payahlah nak smgt2 itu smgt ini... cool je..kalu ada software bagus untuk aku, aku gune..x kira lah pirate ke, open source ke, free ke.. yg penting software tu memudah kan aku..

    ReplyDelete
  43. Bro , you should read back what i said .

    "iAtkos pun tak minta bayaran untuk kerja diaorg. Ini pula hanya translator yang charge lebih dari 30 ringgit hanya untuk documentation and step by step?"

    Maksud aku , sedangkan people yang bertungkus lumus buat just the same thing like you do didnt even charge a cent because they know what they did is wrong , and we dont sell something that we know is wrong , use for personal use tuh ko punya hal lah , but to sell it ?. See, who's the bullshit now?.

    Maybe kau marah aku , marah lah. Mad for something that you know you will be criticize badly by doing something that you know is wrong.

    Sorry for my words , im not perfect , so do you . Maybe sebab aku just orang biasa , and mungkin pendapat aku kau tak boleh terima , so be it .Kau pun jenis yang tak kisah kan?(as you said on your comments) . Kau ada hak , hak untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk , terpulang pada kau untuk ikut jalan mana . Ini cuma satu kritikan dan aku tak mencarut tak tentu pasal macam kau. Maaf sekali lagi.

    ReplyDelete
  44. sorang lagi ubuntu fan bersuara.. en.papit kita

    ReplyDelete
  45. tapi blog ni adalah blog yang paling saya suka.... mcm2 saya dapat belajar berkaitan dgn dunia linux dan ubuntu.. tulisan zul yang simple dan mudah difahami myebababkan sy x pernah miss semua ayat-ayat zul.. tq zul.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mu..

    ReplyDelete
  46. @wanadlan: ko sbg pengguna biasa mungkin tak ambil pusing sangat software pirate ke ori ke.

    tapi aku guna software2 ni waktu bekerja, cari duit. kalau software2 tu aku guna yang pirate, abis nanti gaji yang aku dapat, halal ke haram?

    "x payahlah nak smgt2 itu smgt ini". haha ayat ni paling tak bleh blah.

    ReplyDelete
  47. memang panas, cuma aku pelik melihat tetamu menempelek tuan rumah, kalau tidak suka kenapa masih berkunjung? lagi pelik berselindung di balik anon..

    ReplyDelete
  48. bagus2...ramai yg komen dan ramai yg concern ttg projek aku... serampang 2 mata. atau mungkin 3 mungkin 4. aku nak tarik pengguna windows kepada mac dan ubuntu...nak buka mata org melayu malaysia supaya buka sket..jgn hanya obses kpd satu OS..jgn juga obses kepada satu parti politik...matlamat awal berjaya nampaknya...hehe

    ReplyDelete
  49. eeeeee, aku doh order tp takde susulan dalam inbox aku, camner ni..

    ReplyDelete
  50. Satu lagi Kos RM69 tu termasuk kos post ekpress ke atau kene tambah berapa lagi?

    ReplyDelete
  51. nampaknya ada yang tidak sependapat, menentang, menasihat, tidak puas hati (masalah utama orang kita) dan juga segelintir yang menyokong. Ni lah yang dikatakan rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.

    sudah TERANG2 saudara zul (dan teman2) menjelaskan bahawa projek ini bukanlah SATU PAKSAAN, dan tidak sekali2 mewajibkan pengguna untuk membeli produk MyMac4all tu.

    kalau nak diceritakan BERKAT, kepada yang menimbulkan persoalan tu, aku nak tanya sikit? Cuba lihat pada diri sendiri dulu sebelum nak memprotes hasil kerja orang lain. Pernah tak korang ajar kawan2 ke, sedara ke, rakan sekerja ke atau sape2 lah cara2 nak menggunakan komputer? atau gunakan internet?

    dan katakanlah, kawan2 ke, sedara ke, rakan sekerja ke atau sape2 tu dari seorang yang bute komputer kini telah mahir menggunakan keyboard, mouse, menaip, lihat video, dengar lagu MP3 dan akhirnya melayari internet. dan ketika syok melayari internetlah secara beransur-ansur mereka2 itu dengan sendirinya/tak sengaja terlayar ke laman dotdotdotdotdot yang akhirnya menjadi satu tabiat harian.

    tu belum lagi masuk bab guna OS pirate, software cetak rompak, MP3 yang bukan dibeli tapi hanya download, tengok VCD/DVD yang dibeli di pasar malam dan seterusnya.

    bagaimana dengan situasi pengajar-pengajar kelas komputer? adakah BERKAT pengajaran mereka itu jika sekiranya murid2 mereka balik rumah mencuba ilmu yang mereka pelajari tetapi menggunakan barang2 cetak rompak??

    jadi, sekiranya anda was-was semasa membeli produk saudara zul and the gang tu nanti, adalah DINASIHATKAN beli sekali lesen MAC OSX. dah selesa sok terus beli produk APPLE.

    ReplyDelete
  52. @agas : yup..termasuk kos pos ekspress... tggu dlu..nnti akan ada email susulan...

    @rizq : hehe... tauxper.. xpelah, xleh puaskan hati semua org dalam semua masa..biasa la 2..

    ReplyDelete
  53. hah... org bg teguran elok2, bukannye nak terima secara terbuka. aku tak sangka betul respon yang ko bagi childish la zul, siap mencarut2 lagi. tak profesional langsung la bro

    komen2 yg pjg2 kat atas tu xde lak ko jawab, nak tunggu org len yang backing ko, baru ko setuju

    @rizq, ko punya statement tak relevan lansung ah. ko paham tak bile kita jual OS org lain secara illegal, duit tu haram ke tak>

    sukati la... duit mdh kan, sape xnk

    ReplyDelete
  54. hallo dead *****

    ko tak paham ke atau memang saje buat2 tak paham ape yang aku terangkan tu?

    "ko paham tak bile kita jual OS org lain secara illegal, duit tu haram ke tak" <----- aku atau ko tak berhak nak tentukan halal/haram duit tu tapi yang semestinya jual bende illegal salah di sisi undang2.

    "sukati la... duit mdh kan, sape xnk" <---- ko kot yang tak nak..

    ReplyDelete
  55. aku perasan anonymous dah senyap sekarang...hehehe...

    kalu korang perasan le..dalam bisnes melayu ni byk tul org yg hasad dengki. apa pasal ek?

    ReplyDelete
  56. @dead : camni la bro.. aku tau kalo aku jawab apa2 pun ko xpernah pk akan trima hujjah aku... bijakpandai cakap, bila ko jumpa org xpaham ko bg dia paham. bila ko jmpa org yg xnak paham, ko tggalkan dia... kalo berlaga api ngn api, nnti bkn stakat aku mencarut, mgkin aku wat kerja gila. ko xkan suka kalo aku wat kerja gila... btw, aku bkn perfect. ada masa aku ada sifat marah. dengan semua pengorbanan yg aku wat utk blog ni dan untuk komuniti, tiba2 org yg xtau asal usul serang aku sblm dia baca habis apa yg aku terangkan, mcm mana nk kawal kemarahan... sorry klu ada yg tersinggung.. mulakan tahun baru ni dengan mentaliti baru.

    ReplyDelete
  57. hah, igtkan tuan rumah x brani nk reply, nak tunggu sekretari2 je yg menyalak. rupenye kena provoke dulu baru kluar. dah la zul, ko pusing ke tepi ke tengah tapi ko tak mjwb pun komen2 kt atas tu sbb ko tau ko salah.

    @rizq: "semestinya jual bende illegal salah di sisi undang2". betul2. macam OSX yg bro zul kita ni jual la. setau aku bukan die kot yg buat OSX neh. tak gitu?

    ReplyDelete
  58. @dead : you're dead..so act like dead people...LOL :D

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. @dead : aku xwajib jwb smua komen yg ada kat blog aku nih.. satu kerja plak nk komen.. ko skrg msti igt ko hebat sbb bleh wat aku respon ngn komen ko kan? dengar sini. ko bullshit!!

    ReplyDelete
  61. I am not against OSX being hacked into a PC but am against the fact you are trying to make a profit out of info found easily from OSX86 project & insanelymac forum.


    Don't get swayed & sidetracked ...stick to your goal of bringing Ubuntu to the masses.

    ReplyDelete
  62. hello arul..
    ko nak tau x apa masalah sbenar ko?
    ko sbenarnya dengki hingga menutup segenap ruang rasional dalam mentaliti ko..kalo aku guna teori ko, apa maknanya berlambak buku samada ebook atau buku kat kedai buku yang tulis maklumat yg dengan senangnya boleh ditemui di internet...WTF??
    ko ni mmg melayu la..ckp je omputih tapi minda melayu membungkus..

    ReplyDelete
  63. Bagus-bagus, baru kali ni dengar projek ni. Nak harap mac ug, aku x minat tengokpun. aku keje gomen spolo taun masih x mampu beli mac... tempat keje skang pun masih guna w98 kihkihkih itula kenyataan, dan ri ni aku antar ke stor sebab asik restart jek. Aku pun x paham sangat basa omputih ni, jd aku nak satu la bro. WTF ori,P4 aku cap ayam, xp klu tak WGA memang ... PIII pun hanya xfce je yang responsive, tapi nak blaja aku tak kira

    ReplyDelete
  64. ha..ha..ha...bagus sebenarnya usaha untuk membudayakan penggunaan ubuntu pada rakyat malaysia.Sbb tu sy rasa wujudnya blog ini adalah sebagai usaha untuk menyokong perkembangan sumber terbuka.

    Sy menggunakan ubuntu bermula versi 6.06 dan sy dah belajar untuk jadikan dia sebijik mcm mac.seronok juga dapat pelbagaikan ubuntu theme.Memang betul sprt kata sesetengah rakan bhw adalah kesalahan guna os cd/dvd pirate.Tapi utk tujuan pembelajaran rasanya x salah(utk tujuan pembelajaran shj).Bila puas hati belilah yg ori.

    Fitrah manusia memang tak akan sependapat dalam pelbagai perkara.Bergantung pada kehendak atau keperluan individu kalau rasa perlu teruskan dan kalau tak berminat lupakan saja.

    Penulis blog ini rasanya telah berusaha menggali ilmu yg terdapat dlm internet dan membungkuskannya utk dihidangkan kepada kita semua..tahniah.Kpd yg tak puas hati yg mengatakan ilmu itu adalah percuma yg boleh didapati dlm internet...ya..anda memang benar tapi perlukan usaha utk mendapatkannya.Anda juga boleh tolong orang buat blog yg serupa dan berikan ilmu itu secara percuma dan ikhlas.Kita hanya menghargai usaha,penat lelah,masa yg dikorbankan oleh penulis blog ini shj,sememangnya ilmu itu bukan milik kita.

    ReplyDelete
  65. Betul tu, aku sokong.
    penulis Blog ini cuba menggali dan mengambil perspektif baru dalam bidang sistem operasi komputer.

    Memang benar,segala maklumat berkenaan BOLEH DIDAPATI daripada internet.Persoalan pokoknya,MAMPUKAH (kepada yang membangkang) itu dapat membuat HACKINTOSH secara praktikal???

    (jikalau ada,sila tunjukkan bukti ye;-) )

    Aku bukannya Proksi kepada penulis blog ini,mahupun penyokong @ pembangkang 100%, tetapi aku melihat benda ini dari sudut ilmu.

    Sejujurnya aku kenal apa itu UBUNTU(distro linux),Mac leopard(OSX) dari blog ini.(sebelum ini xtahu ape2 pon psl OS selain windows xXbla3xXXX..)

    Kepada penulis blog ini,tahniah aku ucapkan kerana sifat Usahawan dia,dia pandai amek peluang untuk wat bisnes berdasarkan usaha menterjemah,menyedia keperluan(cth DVD OSX) dll..lagipun penulis xpaksa pon soh beli kan???..betol x??

    Sapa nak ,beli lah..itu jer..Xnak,janganlah cuba menghancurkan bisnes orang.. tu jer...

    Pesanan dari aku r...

    "Siapa yang bijak ambil peluang,dia UNTUNG.Bagi seorang usahawan,setiap peluang yang ada,itulah kekayaannya... "

    renung2kanlah benda ini dari sudut ilmu,bukan emosi semata ;-)..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...